Saturday, October 23, 2010

Jom Bergomo

Malam ini penentuan di Stadium Keramat, Stadium Sultan Muhammad ke 4. Kelantan menentang Kedah. Pasukan yang menang akan melangkah ke Bukit Jalil untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Aku rasa team yang boleh dianggap layak ke Perlawanan akhir Johor FC. Sebab? kelebihan gol di tempat lawan. Tapi kalau Negeri Sembilan yang layak dan Kelantan menang malam ini, lagi best sebab boleh balas dendam kalah pada tahun lepas. Satu benda yang pelik kenapa FAM boleh pula tukar venue untuk perlawanan akhir. Sebelum ini FAM dah tetap nak guna Shah Alam sebab Stesen Bas PUDU diletakkan di Bukit Jalil tapi tengok-tengok tukar pula main kat Bukit Jalil. Apa ke bangang FAM nie.Ada la tue pengaruh dari Selangor yang tak rela tengok Kelantan main tempat diorang.
Berbalik pada perlawanan malam ini, kalau dilihat pada perlawanan separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan ada peluang yang cerah. Tapi kalau tengok prestasi semasa Kelantan bermain di tempat sendiri, memang Kelantan ada peluang cerah melangkah ke perlawanan akhir. Meskipun dikhabarkan ketiadaan 2 tonggak pertahanan iaitu Subramaniam dan Azizi yang cedera baru-baru ini, tapi dengan kehadiran kembali NorShahrul yang telah mendapat rehat yang secukupnya, pasti jentera serangan Kelantan mampu menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia Ultra Kelantan.
Walaubagaimanapun, tidak mahu merendahkan kemampuan pasukan Kedah, dengan pemain utama mereka seperti Khyril dan Badhrol Bakhtiar, mereka juga mampu mengecewakan Kelantan di gelanggang sendiri. Kedah adalah salah sebuah pasukan yang mampu menewaskan Kelantan dalam arena liga Super sebelum ini. Tapi satu kelemahan ketara Kedah jika dilihat pada perlawanan pertama adalah di bahagian pertahanan. Pada malam ini jika Kelantan mampu memberikan aksi yang cemerlang seperti menentang Selangor, perlawanan akhir sudah pasti dalam genggaman. Indra, Farhan dan Piya perlu sentiasa merencana bahagian tengah dan Akmal serta Idlan perlu mencari dan menggunakan setiap peluang yang terhidang dalam kawasan Kedah malam ini.

Malam ini penentuan. Gomo Kelate Gomo. Pasukan Kelantan malam ini bermain dengan sokong pemain yang ke 12 iaitu peminat dan penyokong Ultra setia Red Warriors yang sentiasa memenuhi stadium setiap kali perlawanan. Stadium Keramat Sultan Muhammad Ke 4 sebelum ini telah membantu membenam Selangor yang dianggap pilihan dan malam ini stadium itu akan sekali lagi menolong memberikan semangat kepada Kelantan.Diharapkan juga agak Sultan Muhammad Ke 5, Sultan Faris Petra dapat mencemar duli menonton perlawanan malam ini dan dengan kehadiran baginda sultan pastinya memberikan motivasi yang lebih kepada seluruh pemain dan peminat Kelantan.
Semoga Berjaya kepada Kelantan malam ini. Bukit Jalil menanti sekali lagi kehadiran Red Warriors

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share