Tuesday, October 5, 2010

Kalau mamak nak cakap pasal haram, tengok kaum sendiri dulu lah

Mesti sesetengah orang dah tau pasal nie.Ada ketua penerangan di Penang yang kalau kita tengok muka dia pun kita tau dia nie bukannya Melayu tulen tapi duk kecoh-kecoh pasal wang pemberian Kerajaan PP yang dikatakan datang dari duit haram, duit judi bagi kat warga emas.Pastu dia duk kecoh pulak kalau orang bukan Melayu jangan cakap pasal halal haram nie. Yang aku peliknya, semua dah tau Lim Guan Eng tue bukan Melayu dan bukan Islam pastu yang nak kecoh, nak serang orang tue.Sudah semestinya lah dia tak tau apa sangat.kalau nak serang, serang la exco yang lain.Tapi diorang nie saja je cari pasal untuk cari publisiti murahan je.Kalau betul la nak cakap pasal halal haram bukannya diorang tahu sangat pun. Takut pulak nak berdebat dengan orang yang betul-betul faham agama.
Ok, jom kita tengok kalau betul la pemimpin tue prihatin dengan duit haram nie.Cuba bagi tau pergi mana duit yang Genting bagi kat kerajaan tiap-tiap tahun? Duit Genting tue duit halal ke? Bukan ke kat Genting tue banyak tempat judi.Tanya budak sekolah pun diorang tahu duit Genting tue haram.Bukan ke cukai yang Genting bagi tue masuk dalam belanjawan negara tiap-tiap tahun? Patut la negara kita susah nak maju sekarang nie sebab duit Genting tue la buat bayar subsidi gula yang kita duk makan minum tiap-tiap hari. Kenapa takde pulak pemimpin persoalkan pasal tue? Gaji sektor awam pun maybe termasuk sekali dalam duit Genting nie.halal ke haram tue? Parent aku pun sektor awam juga.Patut la budak-budak u kurang pandai sekarang sebab kena pakai duit PTPTN.Duit PTPTN tue datang dari mana ek.Nak kata duit orang bayar tak logik sebab duk heboh dalam media orang ramai tak bayar.
Kalau cukai dari Sports Toto pulak p mane? Aku rasa bukan sikit. Magnum lagi.Tiap-tiap minggu nampak ramai je duk beli nombor ekor kat kedai Serdang tue. Sampaikan orang Myanmar pun beli jugak nombor ekor. Pergi mana duit cukai judi ekor tue?Mesti masuk dalam belanjawan jugak kan.Pastue tak nak heboh pasal tue? Review balik la semua.Kutip balik semua gaji sebelum nie. Ada pemimpin pembangkang bagitau kalau betul UMNO concern pasal duit haram nie, suruh la semua surat khabar berhenti amek duit iklan nombor ekor. Cuba tengok dalam Metro, Utusan, malah kosmo pun ada rasanya iklan 4D, Magnum. Dah bercampur tue hasil pendapatan dengan duit  judi. Tak yah bayar gaji media semua.Sanggup ke? Mesti diorang tak sanggup.
Nak cerita lagi pasal duit haram? Cukai arak pergi mana? Cukai arak dan rokok tiap-tiap tahun naik.Rokok pun dah naik harga sekarang. bagitau rakyat pergi mana cukai arak tue.Aku rasa cukai arak bagi peratus yang agak besar juga pada pendapatan negara. Pastu negara buat apa dengan duit tue. tak lain tak bukan masuk poket sendiri jugak akhirnya. halal ke haram tue?
Ala, kalau perkara senang sekali nak cakap pasal halal haram nie, makan nasi tak bayar kat kafe pun dah kira haram. Makan gaji tapi tak buat kerja pun dah kira duit yang haram kan.Tengok lah pemimpin semua, betul ke diorang buat kerja setimpal dengan gaji yang diorang terima.Last sekali rakyat juga jadi mangsa. barang semua naik. gaji tak naik-naik. Orang atas sedap la kata berjimat-jimat. Padahal diorang naik kereta besar jugak. Nak elaun banyak-banyak. kalau betul-betul kesian kat rakyat, potong elaun. guna duit sendiri la isi minyak. Ada berani? tak beraninya. rumah wakil rakyat mana ada kecik2.Semua banglo juta-jutanya.Pernah tengok rumah Tok Guru Nik Aziz? kalau tak pernah tengok jom pergi KB.Menangis la tengok rumah dia.Rumah kayu je pun.Tue baru berjiwa rakyat dan mengikut Islam. ini tidak, pemimpin mamak yang koya melayu nak cakap pasal hukum halal haram. Cermin diri dulu la mamak ooi.Aku tak bermaksud nak bersifat perkauman kat sini. Aku tak cakap juga aku nie prejudis pada kaum lain.Aku pun tak cakap juga aku nie benci kat kaum mana-mana.
Akhir sekali, kalau betul nak cakap pasal Islam, hukum halal haram nie tiru je Brunei. Brunei tak jual pun arak walaupun dengan kawasan bebas cukai sebab alasan mereka arak memang haram jadi diorang tak mahu terlibat langsung walaupun kat Brunei tue ada orang tak agama Islam.Orang bukan Islam nak minum arak kena pandai-pandai cari sendiri. Pemerintah Brunei tak mahu terlibat sebab diorang cakap diorang takut kena soal akhirat nanti.

Aku tak halalkan satu sen pun duit cukai ke, zakat ke, yang aku bayar kat kerajaan kalau kerajaan salah guna untuk kepentingan individu ataupun parti mana-mana. Berjawablah sesiapa yang berkenaan kat padang Masyar nanti.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share