Monday, October 25, 2010

Kawe bango dengan Kelate

Ada seorang kawan aku pernah berkata minggu lepas,(aku cuba ringkaskan apa yang sebetulnya dia cakap), "aku semacam dah takde perasaan sekarang bila Man Utd menang, kalah atau seri atau Rooney nak keluar sebab Kelantan lebih utama sekarang". Untuk pengetahuan, kawan aku yang sorang ini adalah peminat die hard Man Utd tetapi dia juga antara penyokong setia the Red Warriors.
Ya, aku turut mengakui kebenaran apa yang dinyatakan tadi. Aku juga die hard fan Inter dan selalu mengikuti perkembangan Inter Milan tapi sekarang, lebih menumpukan masa kepada Red Warrior yang telah berjaya melangkahkan kaki ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia sabtu ini. Prestasi Inter pada masa sekarang boleh dikatakan masih berbisa meskipun menang dan seri pada dua perlawanan baru-baru ini iaitu menang menentang Spurs dan seri menentang Sampdoria semalam. Tak mengapa, musim bola sepak Eropah masih panjang. Sekarang musim bola sepak tempatan dah sampai kemuncaknya pada hari Sabtu ini dan tiada yang lebih penting daripada menyokong pasukan negeri kelahiran kita sendiri.
Ramai orang menjangkakan Kelantan akan menang pada sabtu ini dan sekiranya kemenangan berjaya dicapai dan aku yakin kemenangan mampu dicapai oleh pasukan Kelantan ke atas Negeri Sembilan, maka kemenangan ini memberikan satu hadiah yang besar kepada 3 benda. Pertamanya kepada Baginda Sultan Faris yang ditabalkan menjadi Sultan Kelantan pada tahun ini. Semua sedia maklum, pada tahun 2010 ini bermacam-macam cerita yang kurang enak didengari daripada pihak istana Kelantan. Dan cerita-cerita sebegini sedikit sebanyak memberi impak yang kurang baik kepada imej negeri Kelantan secara keseluruhannya. Tapi alhamdulillah, dengan pertabalan Sultan Muhammad ke 5, Sultan Faris, imej Kelantan akan pulih dan diharapkan dibawah pimpinan baginda, Kelantan akan terus makmur dan maju. Keduanya, kemenangan pada hari Sabtu ini adalah hadiah kepada penyokong Kelantan. 2 penyokong Kelantan pada tahun ini kehilangan nyawa dan semoga kegigihan arwah menyokong pasukan Kelantan dapat terbalas dengan mencapai kemenangan pada perlawanan akhir nanti. Bak kata Bill Shankly, lagenda bola sepak Liverpool pada masa dulu, football is not a matter of life or death.it's more than that.
Yang ketiganya, kemenangan itu nanti adalah hadiah buat jurulatih Sathia yang sekarang ini menanggung hukuman digantung 6 bulan. tindakan FAM dilihat seperti seolah-olah benar-benar mahu menghukum Kelantan dan tidak mahu Kelantan mengecapi kejayaan. Sebenarnya banyak pihak yang cemburukan dengan kejayaan pasukan Kelantan. Kelantan pada 3 tahun kebelakangan ini dilihat meningkat naik dan memberikan wajah baru kepada liga bola sepak tempatan. stadium sentiasa penuh setiap kali pasukan kelantan bermain tidak kisah samada di KB ataupun di lain-lain tempat. KAFA juga telah menjenamakan bola sepak sebagai satu perniagaan dengan meniru"approach" yang diambil di eropah. KAFA mewujudkan cafe Red Warriors, mempelbagaikan cenderamata dan menarik minat banyak penaja. Sekiranya persatuan-persatuan negeri lain mengambil langkah yang sama dengan KAFA, liga bola sepak kita pasti akan lebih meriah. Lihat saja di KB, jika dulu anak-anak muda memakai jersey pasukan luar negara tetapi sekarang jersey Kelantan dilihat dipakai oleh ramai orang malah aku berani katakan bahawa lagi ramai orang yang pakai jersey kelantan berbanding jersey negara kita. Cenderamata-cenderamata yang dijual di cafe red warrior juga sentiasa mendapat sambutan dan ini merupakan satu langkah jangka panjang yang dapat menguntungkan semua pihak. Bukan sahaja KAFA dapat mengisi kantung tanpa mengharapkan sumbangan kerajaan semata-mata tapi ianya dapat memberi kepuasan kepada peminat serta penyokong setia Red Warriors.
Jadi sabtu ini, stadium bukit jalil akan sekali lagi dipenuhi penyokong red warrior dan misi membalas dendam terhadap negeri sembilan yang telah menewaskan kelantan pada tahun lepas di tempat yang sama akan dapat dicapai.Kali ini Red Warrior tidak akan kecundang lagi. Dengan adanya Idlan yang memang layak menjadi pengempur utama Kelantan dan Malaysia, Kelantan pasti mencapai kemenangan yang telah lama diidam-idamkan. Selangor boleh berbangga dengan sejarahnya sebagai pasukan yang paling berjaya di Malaysia. Kedah boleh berbangga dengan kejayaan 'treble'nya. Pahang boleh berbangga dengan Sultannya yang sentiasa mengemudi FAM. Negeri-negeri lain boleh mendabik dada bahawa mereka pernah memenangi Piala Malaysia tetapi Kelantan, kami, berbangga dengan penyokong dan sambutan kami. Kami berbangga untuk setia bersama Kelantan tidak kira apa jua yang terjadi.

Red Warrior for life

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share