Saturday, October 30, 2010

Malam ini jadi juara

Hujan seketika di kawasan Gombak ini..Tapi itu tidak mematahkan semangat untuk bertarung malam ini. Malam ini malam yang cukup penting bagi peminat Red Warriors. Malam ini pertarungan kali kedua bertemu musuh tahun lepas, Negeri Sembilan.Malam ini penyokong Red Warriors takkan berputih mata lagi. Pemain ke '12' bagi skuad Kelantan akan gembira malam ini. Kami yakin. Kami sanggup buat apa saja. Semata-mata demi Bola Sepak Kelantan yang dipuja. Kami tak kisah bayar tiket yang mahal angkara FAM mata duitan. Kami tak jadikan alasan jarak stadium Bukit Jalil yang jauh dari negeri Kelantan. Kami sanggup berhabis. Orang kata 'buat apa lagi? tahun lepas dah kalah'.Peminat setia Kelantan tak bimbang dengan semua itu. Biarpun tak pernah kalah. Biarpun dilabel ganah, tak bertamadun. Biar stadium Kelantan runtuh musnah sekali pun. Takkan pernah lupakan skuad Kelantan. Tetap setia menyokong si Kijang. Biar apa pun orang nak kata apa sekali pun. Biar pun kalah 100 kali sekalipun. Tetap setia menyokong. Itulah semangat sejati penyokong bola sepak. Tetap setia ada dibelakang. Kerana tanpa penyokong apa lah yang ada bagi sesebuah pasukan.
Malam ini Kelantan akan bertarung lagi merebut Piala yang dicari-cari selama-lama ini. Cukup lah sekadar mampu melihat pasukan lain mengecapinya sebelum ini. Kali ini tuah akan berpihak di sebelah Kelantan. Kali ini nasib akan menyebelahi Kelantan. Kali ini tuah, nasib akan dikuatkan dengan usaha. Ditambah lagi dengan semangat yang jitu. Malam ini sekali lagi Bukit Jalil dipenuhi penyokong Merah dan Kuning. Malam ini Kelantan mempertaruhkan nasib sekali lagi. Malam ini Negeri Sembilan sekali memperjudikan gelaran yang mereka menangi .
Malam ini semua akan bertumpu di Bukit Jalil.Tiket sudah tersedia. Biar pun mahal penangan 'ulat' yang mahal. Baju merah akan dipakai. Sekejap lagi akan bertolak ke bukit jalil. Akan dicari tempat yang sesuai.
Esok yang pasti suara akan hilang buat sementara. Esok penat pasti akan terasa. Esok duit pasti akan habis. Tapi yang paling penting, esok Kelantan akan jadi juara.
Gomo Kelate Gomo.
Skuad ini membawa seribu harapan seluruh rakyat Kelantan

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share