Sunday, October 31, 2010

Mcm aku kata sebelum ini

Malam tadi sejarah tercipta kata sesetengah orang. Mengapa? Sekarang semua orang akan ingat yang tahun 2010..Kelantan akhirnya menjadi juara Piala Malaysia. Kelantan kini bukan lagi pasukan yang selalu kalah. Penyokong Kelantan tidak lagi bawa 'muka kalah'
Malam tadi Hairuddin dan Piya membantu kemenangan Kelantan ke atas Negeri Sembilan. Lawan yang pada separuh masa pertama mendahului dengan 1 gol hasil jaringan penalti. Saat selepas penalti, stadium bukit jalil yang boleh dikatakan 4/5 dipenuhi dengan warna merah terkesima.Terkejut dan marah.Dalam pemikiran semua penyokong pasti teringat peristiwa tahun lepas dengan situasi yang sama dimana kelantan ketinggalan kepada Negeri Sembilan. Tetapi tahun ini seperti yang aku katakan sebelum ini, pisang, yang sememangnya berwarna kuning takkan berbuah 2 kali.Dan kali ini Kelantan datang dengan semangat dan pengalaman yang berbeza. Kali ini Kelantan tidak sanggup lagi membiarkan puluhan ribu penyokong setia Red Warriors kecewa. Dan pemain-pemain berjaya lakukannya malam tadi. Masuk separuh masa kedua, Kelantan menggandakan serangan. Akhirnya, Hairuddin Omar yang menariknya turut menjaringkan gol dalam final tahun lepas sekali lagi menjaringkan gol tahun ini. Gol tersebut pemangkin semangat semua penyokong. Aku dan rakan-rakan serta hampir satu stadium bersorak. Puas.Lega.Gembira. Tak tau lagi bagaimana nak gambarkan perasaan pada masa itu. Dahaga hilang. Letih tak terasa. Semangat terus membara. Semua penyokong berdiri bersama paluan gendang memberi semangat kepada pemain untuk mencari gol kedua.Pemain Kelantan seakan menyambut semangat sorakan padu puluhan ribu penyokong Red Warrior. Serangan terus diatur. Meskipun tanpa tonggak pertahanan iaitu Subramaniam dan Azizi Mat Rose, pertahanan Kelantan masih dapat mengekang serangan Negeri Sembilan yang kadang kala menggusarkan hati penyokong.Walaupun begitu, pertahanan Kelantan harus berterima kasih kepada Apek yang berjaya mengawal pintu gol dengan cemerlang.Akhirnya gol yang dinanti-nanti tiba apabila Piya berjaya menjaringkan gol hasil serangan balas yang cekap dan laju.Gol kedua Kelantan ini amat dinanti oleh semua orang.
Saat ini semua bagai nak gila. Melompat.Berteriak.Malah ada yang membuang baju.Aku tak terkecuali tapi baju masih dipegang ditangan.hahaha.tak sanggup nak lempar baju merah keramat tue.
Saat itu tidak akan dapat dilupakan.Tersangat seronok.Tersangat puas. Tersangat....Aku tidak tahu lagi nak gambarkan macam mana.Dan bermula saat gol kedua dijaringkan sehingga ke wisel penamat, stadium bukit jalil malam tadi bergema dengan sorakan dari penyokong Kelantan. 'balik jang balik'...sorakan untuk penyokong Negeri Sembilan kedengaran di penghujung perlawanan. Apabila wisel dibunyikan, aku mengangkat tangan ke atas. Mulut seolah-olah terkunci.'Speechless'..Kemenangan akhirnya. Kemenangan malam ini adalah untuk semua rakyat Kelantan. Untuk semua penyokong Kelantan.Aku tahu banyak penyokong Kelantan banyak berkorban untuk Kelantan sepanjang tahun ini. Dan pada malam kemuncak malam tadi ramai yang sanggup berkorban. Tapi malam tadi pengorbanan terbalas.Kawan aku, seorang doktor sanggup datang ke KL semata-mata untuk tengok bola. Sanggup berpisah dengan bini buat sementara tapi akhirnya berbaloi.Sanggup berhabis duit..Sekejap lagi aku akan hantar dia ke LCCT sebab mahu pulang ke KB awal pagi esok sebab Ahad sudah bekerja tapi sebabkan kemenangan semalam, Kelantan diumumkan akan cuti. Rakyat Kelantan tersangat gembira minggu depan. Ahad cuti. Khamis juga cuti. Kawan-kawan aku yang lain juga banyak berkorban.Tapi malam ini semuanya puas.Semuanya lega. Semuanya gembira.Yang asal dari Jeli gembira. Yang asal dari Pasir Putih seronok. Yang asal dari Pasir Mas bersorak ria. Yang asal dari Tumpat bertepuk tangan. Yang asal dari Kota Bharu, mengangkat tangan ke atas. Daerah mana sekali pun asal , yang penting semuanya rakyat Kelantan.Semuanya lega. Semuanya seperti yang aku katakan sebelum ini. Ingat tarikh ini yang akan diingati sampai bila-bila. Kelantan akhirnya membuktikan bahawa pasukan Red Warrior sebuah pasukan yang sudah berubah.Tiada lagi perkataan gagal. Kami menang semalam. Kami sudah menang. Kami akan pertahankan kemenangan. Kami akan mencari kemenangan lagi. Kami akan terus mencipta sejarah.


bermacam-macam ragam di dalam stadium.terlupa nak upload kan gambar persiapan di UPM. Gambar tersebut dengan seorang kawan aku. Apa-apa pun tersangat puas hati.
Kali ini kelate meme bergomo.Kelateeeeeeeeeeeeeeeeeeee
p/s-esok hari mahu rehat selama mungkin. 2 hari celebrate kemenangan kali ini. Tiada perasaan yang lebih best bagi seorang lelaki apabila pasukan kesayangannya mengecapi apa yang dicari selama ini. Mungkin perasaan dapat isteri dan dapat anak kot setanding dengan perasaan malam tadi. Perasaan berkaitan isteri dan anak tue aku belum rasai lagi mungkin lambat lagi, mungkin cepat, tapi buat masa ini akan menikmati kemenangan malam tadi.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share