Wednesday, October 27, 2010

Misi di kubu Rusa gagal

pagi tadi beberapa pengikut setia Kijang menyelinap ke kubu sang rusa. Dengan harapan bukan untuk mencuri maklumat atau mengintai persiapan mahupun memprovokasikan sang rusa yang tengah mencatur arah melawan si kijang sabtu ini tapi hanya sekadar mahu mencari tiket untuk ke gelanggang.
Sampai di medan kegemaran sang rusa, ingatkan hujan hanya ditengah highway tetapi rupa-rupanya sehingga ke kesana dengan setibanya disana 2 perkataan yang paling dibenci pencinta benda bulat " Tiket Habis". Pelik. Tak sampai pukul 12 tetapi tiket yang dikhabarkan dalam media dan FAM berjumlah 30,000 mampu habis dijual dalam masa dua hari. Ada sumber di sana memberitahu tiket mungkin masih ada jika pergi ke kubu kuat Sang Rusa di tengah bandar Seremban. Maka, sekumpulan anak muda bertawakal menongkah arus, bertanya tanpa segan silu, berani meskipun masing-masing tahu padah sekiranya sang rusa dapat menghidu kehadiran mereka. Anak muda ini kemudiannya sampai juga ke kubu kuat Sang Rusa, pejabat PBNS dan sekali lagi amat malang apabila tiket juga sudah habis. Sekali lagi perkataan pelik terhambur tetapi kali ini disertakan dengan perkataan amarah.Amarah kerana jika difikirkan dengan akal yang waras amat mustahil untuk pengikut Sang Rusa mampu membeli 30000 tiket.Jika Si Kijang tidak mustahil. Ini tidak lain tidak bukan satu komplot dengan sang ulat. Sang Ulat yang nampak kepada keuntungan dan mahu menangguk di air keruh.Bukan ayer keroh melaka tetapi air keruh yang akan tercipta akibat daripada pertarungan kali kedua Sang Rusa dan Si Kijang sabtu ini di Bukit Jalil. sang Ulat sudah memasang strategi. Pukat sudah mengena. Mahu tidak mahu itu saja jalan yang tinggal bagi pengikut kedua-dua belah. Baik si kijang mahupun sang rusa. Siapa tidak marah. Anak-anak muda tadi juga sangat marah. sehingga anak-anak muda Jengking dan Penyu juga marah.Siapa sebenarnya dajal disebalik semua ini? Di sebalik kekalutan semua ini? pastilah dajal bermata satu bertopengkan harimau iaitu FAM. FAM patut dipersalahkan kerana FAM pencetus semua ini. Perkara utama yang dajal ini lakukan adalah menaikkan harga menjadikan tiket lebih mahal daripada satu set Carl Juniors di The Mines.Kedua, dajal ini tidak menjual awal tiket tetapi hanya akan menjual pada hari pertarungan yang mana akan mendatangkan huru hara kerana kedua-dua pengikut akan berpusu di tempat yang sama dan tidak mustahil pertarungan yang tidak sah akan berlaku lebih awal nanti. Ada ura-ura beberapa pengikut si kijang mahu memboikot. dajal FAM tidak berselindung dengan tujuannya menkayakan yang kaya dan memiskin kan yang telah miskin.Mungkin si kijang patut meminta pertolongan dengan si dajal yang lebih besar iaitu DAJAL BN. Mungkin ini semua adalah permainan DAJAL BN semata-mata. Dajal besar arahkan dajal kecil supaya mengaut banyak-banyak untuk di galas bawa ke Galas nanti. Almaklum, Dajal BN akan bertarung juga disana nanti dengan Parti Bulan yang disukai ramai di negeri si kijang. Apa-apa pun berbalik kepada kisah anak-anak muda tadi. mereka akhirnya pulang dengan hampa. harapan terakhir untuk bersolat subuh di perkarangan medan pertarungan sabtu ini. Selain dari itu sudah tiada jalan lain. Wang sudah habis. PTPTipu sudah lama habis. Meal Plan dah tak tau kat mana. Yang tinggal hanya kecewa, putus asa dan marah. Mungkin jodoh untuk tengok si kijang tidak kesampaian tahun ini, Tapi jika ada pasti akan pergi juga. Duit boleh dipinjam. Makan boleh diminta. Minum boleh dikongsi. Bola tetap sokong.
Sekian sahaja kisah anak-anak muda bertarung di perantauan demi sebiji bola tetapi dinoda hasrat oleh si dajal bertakhtakan Ringgit.
Jumpa sabtu ini di stadium Astro.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share