Wednesday, October 13, 2010

Negeri lain dalam Malaysia tersangat lah baik, negeri Kelantan sahaja yang bermasalah

Betul tak header aku? betul lah kot bagi sesiapa yang selalu ikut media tempatan. Post kali ini adalah berkaitan kejadian yang berlaku semalam dan sebelum-sebelum ini. Semalam kejadian yang tak diingini berlaku apabila seorang peminat bola sepak Kelantan disahkan meninggal dunia. Ya, mungkin betul ada sesetengah laporan katakan kejadian berlaku di luar stadium jadi ianya adalah diluar kawalan. betul jugak orang kata ajal tak mengira masa dan tempat serta orang. Apa pun takziah kepada keluarga arwah. Kita sesama hadiahkan al fatihah kepada roh arwah.
Semalam aku memang bercadang mahu pergi ke Shah Alam tetapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka aku hanya menunggu keputusan perlawanan dari internet yang slow tahap siput kat UPM nie. Apa pun perlawanan-perlawanan sebelum ini aku sentiasa ikuti jika ada kesempatan. Mengenai stadium shah alam, mengikut peminat yang pergi, satu masalah besar adalah pengurusan stadium itu sendiri. Semua maklum peminat dan penyokong kelantan adalah ramai jadi kenapa la pengurusan stadium bangang bukak tempat yang sedikit untuk penyokong kelantan. Walhal tempat kosong lagi untuk Selangor. Selangor nie negeri je besar, stadium besar tapi bukan penuh dengan orang pun. Selangor penuh dengan cina dan india je. Cina bukan mahu tengok bola sepak malaysia nie. Sebilangan kecil je tengok, tue pun maybe sebab berjudi atas perlawanan tue. Dah la tak tengok liga malaysia pastue kata nak jadi warga Malaysia. India pula? maybe diorang lebih suka senyap sekarang sebab baru je kena kes bakar bunuh sebelum ini.Jadi kenapa tak sediakan tempat yang lebih banyak untuk penyokong kelantan? Bila dah sempit mula lah ramai nak marah. Pastu pula daripada gambar-gambar yang diambil semalam, pihak keselamatan tak buat apa-apa pulak? Kalau main kat kelantan bukan main ramai lagi FRU datang. Bukan setakat satu trak malah sampai 3,4 buah trak duk angkut FRU.Ingat penyokong Kelantan nie gila sangat nak merusuh setiap kali tengok bola. Lumrah manusia tak berpuas hati bila ada sesuatu yang tak puas hati berlaku. Bak kata pepatah la, takkan pokok nak bergoyang kalau takde angin nak tiup atau gempa bumi kan.
Ok, mengenai media pula. Kalau apa-apa yang terjadi memang diorang akan cuba jugak pusing cerita untuk salahkan pihak kelantan.Macam semalam, kalau RTM tue bijak , siarkan sahaja kat TV, mungkin ramai yang akan tengok kat tv dan tak perlu pergi ke stadium tapi semalam mana ada kat TV. Semua sudah maklum perlawanan semalam memang sangat sensasi dan best. Walaupun seri tapi daripada yang dilaporkan perlawanan semalam memang sengit. Dan jumaat ini, perlawanan di KB akan disiarkan kat TV jadi ini la peluang untuk media menghukum penyokong di KB. Mengenai pergaduhan pula, semua negeri penyokong nya sama sahaja. Tetapi penyokong Kelantan bila ada laporan pergaduhan akan dituduh memulakan pergaduhan tersebut pastu digembar gembur kat surat khabar. tapi kalau penyokong negeri lain, buat tak tahu je. Kejadian di Perlis awal tahun ini dimana ramai penyokong perlis serang penyokong Kelantan, takde pula disiarkan. Macam semalam juga, ramai juga penyokong Selangor yang bertindak liar tapi disembunyikan juga. Aku nak tengok apa tindakan FAM, Polis, KAFA dan tan sri mengenai kejadian semalam. Takkan nak biarkan begitu sahaja.
Hendak buat macam mana kan, Kelantan nie selalu dianggap negeri Miskin walhal kat Sabah tue berlambak orang miskin. Sejarah bola sepak kelantan tak sehebat Selangor atau Perak ke.Perak tue sampai sekarang tak bayar lagi gaji steve darby, bekas jurulatih Perak sebelum ini. Kelantan tak macam Pahang yang ada Sultan Bola. Pahang memang hebat sebab selalu dapat layanan 'istimewa' dari FAM. Sultan diorang kan bijak dalam pengurusan bola sepak ini.Kemudian langkah FAM benarkan import kembali tahun 2012 pun macam ada agenda tertentu.Tentu diorang meluat kot tengok Kelantan, Selangor dan beberapa team lain naik walaupun tiada import. Ingat kes Kedah? Kedah menang treble 2 tahun berturut-turut kemudian diharamkan import terus merudum kedah.Dan selepas ini bila import boleh guna balik mesti naik kembali pasukan-pasukan kesayangan FAM.

Entah lah, rakyat biasa macam kita semua ini hanya boleh luahkan sahaja. Semua keputusan diambil nanti tak kira kat orang bawahan dah. Penyokong juga yang terpaksa merana nanti, bayar tiket, bayar minyak tapi bila masuk stadium pengurusan tak seperti yang dikehendaki. Jadi selepas ini jangan salahkan kelantan kalau terjadi apa-apa. Jumaat nie aku rasa tak akan ada kot penyokong Selangor yang datang. ingat 94? bas penyokong Kedah kena kepung? Aku nasihatkan kepada pengadil jumaat ini agar bertindak dengan professional. . Bagi aku, kalah menang adalah adat perlawanan. Tak perlu sentiasa menang kerana kita semua manusia..semua ada kesilapan.tapi yang mana kesilapan yang boleh dielakkan tapi masih dibuat itu dinamakan sebagai bodoh.
Akhir sekali, semoga perlawanan Jumaat ini dapat membuka mata orang luar. Kelantan hanya budak kampung, tak macam negeri lain, budak bandar katakan.Tapi walaupun budak kampung, Kelantan takde pula kena diperbodohkan oleh Cina dan India dalam negeri sendiri.Lebih malang lagi kena tindas oleh PATI kat kawasan kediaman sendiri.Mungkin nasib kelantan yang selalu dilabel buruk, jahat, gedebe nie akan berubah selepas najib, Rosmah  serta BN dapat tawan Kelantan.Atau mungkin ini semua agenda Freemason yang tak senang dengan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.hahahah.tak tau la kan.Sekarang inie semua nak freemason, illuminati aje.





 untuk bacaan lebih lanjut sila ke sini

1 comment:

  1. lie! kalo kawe huk g, meme kawe tapa seko2 pok2 selangor ni!!

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share