Sunday, October 10, 2010

tarikh comel jah..10/10/10

tarikh yang sangat bermakna bagi sesetengah orang.bagi aku perihal tarikh nie takde lah membawa apa-apa sangat pun. Siapa yang mendirikan rumah tangga hari ini memang akan terkenang sepanjang hidup lah. So apa yang nak dibuat untuk tarikh yang keramat nie?
kalau sekarang nie kat UPM, pesta konvo dan majlis konvo yang ke 34 berlangsung.Mesti orang pelik apasal la UPM buat konvo lambat dari orang lain.Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa .Kena tanya TNC la kot.Sekarang nie dalam UPM memang penuh la orang. Pesta konvo pun boleh tahan meriah.Macam-macam permainan ada. Siap aku main golf putting lagi. Nie je la masa nak pegang menatang tue kalo tak memang tak merasa la nak p golf resort mana-mana.UPM juga ramai sebab UPM memang dah selalu jadi tempat persinggahan universiti lain kalau ada apa-apa pertandingan. Dan sekarang ada varsity boat race kat Putrajaya jadi banyak la bas-bas universiti lain duk melepak dalam UPM tue. Setakat yang aku nampak, USM, UDM, UMT, Unimas. Kira banyak jugak la tue bas.
Semalam memang penuh hari. Rela nie bangun pagi nak main paintball padahal selalu kalau kelas kul 10 tue pun boleh lagi fikir 10 kali dalam selimut. Tapi semalam paintball punya pasal sanggup bangun. Sebelah malamnya pula p kelana jaya tengok kelate main dan seperti yang telah dijangka dan diharapkan, Kelantan menang besar semalam, 4-0.Kelantan berjaya meneruskan saingan Piala Malaysia peringkat Suku Akhir dan akan bertemu Selangor di Stadium Shah Alam Selasa nie. Patutnya Kelantan bertemu Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia tapi takpelah.Kelantan pasti leh mara jauh lagi kalau berjaya tumpaskan Selangor Selasa dan Sabtu nie.
Hari ini? Hari ini bercadang mahu berehat, tengok-tengok apa yang patut. sekarang pun duk merehat depan tv layan baseball yang tengah rancak kat America sana. Tapi sebenarnya mata masih lagi tak nak buka nie.jadi maybe akan terlelap depan tv nie nanti.

p/s Sang Merah hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk berada bersama aku. Selepas ini Merah akan pergi, Biru akan datang. Terkenang segala kenangan bersama Merah tapi berharap kenangan yang lebih indah bersama Biru nanti.

2 comments:

  1. 10-10-10

    bufday kakok ipa aku!
    tbo2..haha

    ReplyDelete
  2. haha.mesti happening birthday kak ipa mu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share