Saturday, October 23, 2010

Terima Kasih FAM

Sekalung jutaan terima kasih kepada pengurusan FAM yang diketuai oleh Sultan Bola dan anak beranaknya kerana sekali lagi membuktikan liga bola sepak Malaysia satu liga yang tak lekang daripada kontroversi. Kali ini FAM menggantung Sathia kerana komen beliau pada perlawanan liga super yang lepas berkenaan stadium antara perlawanan Perlis dan Terengganu. Sathia akan digantung selama 6 bulan.Selepas ini Hashim Mustapha yang selaku penolong jurulatih akan memangku tugas Sathia.
Terima Kasih FAM
Kenapa tindakan baru diambil pada masa sekarang? Liga super dah tamat sejak sebulan yang lepas.Kenapa baru sekarang dikenakan tindakan? Kenapa lambat jawatankuasa hendak ambil tindakan? Hukuman kali ini sama macam yang Arwah Dato Basri terima dulu. Nampaknya liga bola sepak kita tak boleh dibincangkan langsung.Tak boleh komen langsung mengenai perlawanan yang lain selain dari perlawanan negeri sendiri. Selepas ini semua jurulatih perlu menjadi bisu bila disoal oleh media.6 bulan bukan satu masa yang singkat.Lama.Mungkin ini satu perancangan FAM yang tidak mahu atau tidak rela tengok sebuah pasukan yang sedang meningkat naik dalam liga bola sepak Malaysia.Sudah lah sebelum ini KAFA didenda kerana penyokong semasa perlawanan di Shah Alam sedangkan Selangor tidak dikenakan apa-apa tindakan. Tahun lepas beribu-ribu KAFA didenda. Bermain di stadium berkecuali.Senang cerita kalau FAM tak suka atau langsung benci kepada KAFA, gantung sahaja Kelantan daripada memasuki mana-mana liga dalam Malaysia.FAM jangan lupa, disebabkan Kelantan lah stadium di mana-mana negeri di Malaysia penuh. Lihat sahaja perlawanan membabitkan di lembah klang. KL Plus, PKNS sebagai contohnya, stadium mereka dipenuhi oleh penyokong Kelantan dan ini memberikan pulangan kepada FAM juga.Nak harapkan penyokong mereka? Berapa kerat yang mahu menyokong kelab-kelab sedemikian? Mungkin penjaga tol Plus yang dipaksa pergi ke stadium.
Kelantan sentiasa ditimpa malang. Tapi kami tidak akan berputus asa. Sentiasa menyokong Kelantan tak kira apa jua yang akan terjadi.Biasa lah FAM kuasa tertinggi dalam Malaysia. Lihat sahaja kejadian di Perlis baru-baru dimana ada bata yang dibaling kedalam padang tapi tiada tindakan yang diambil. Selagi Sultan Bola berkuasa, selagi orang politik memegang kerusi bola sepak selagi itu lah bola sepak Malaysia tidak akan maju. Lihat lah pasukan negara. Sudah berapa ramai jurulatih bertukar ganti. Azrai Khor yang sebelum ini antara jurulatih yang meningkat diberikan tugas sebagai jurualatih skuad bawah 21 tahun tetapi sebenarnya ditipu untuk bermain di liga Slovenia. Padahal sebelum itu, harimau muda sedang mengaum hebat di liga perdana tetapi untuk menyelamatkan sesetengah pasukan maka harimau muda terpaksa terbang ke liga yang entah apa-apa entah. kalau betul nak naik kan mutu bola negara, tak perlu pergi jauh, masukkan harimau muda ke liga Indon , Singapura atau Thailand je. Membazir je hantar jauh-jauh.Bukan menang jugak,Pastu tengok sahaja polisi pemain import.Sekejap ada, sekejap takde.Thailand, Indon malah Vietnam ada je pemain import dan pasukan negara mereka tetap kuat. Tetapi negara kita sentiasa berubah polisi.Sekejap ada, sekejap takde. Tahun 2012 pemain import boleh masuk pulak.Lepas ini jatuh pula la pemain-pemain tempatan, takde tempat sebab semua pasukan dapat cari pemain luar. Pasukan yang miskin tak dapat lah bersaing dengan pasukan yang jauh lebih kaya. Kemudian banyak lah hutang yang terpaksa ditanggung pasukan kerana masing-masing terlalu ghairah mencari pemain import. Ingat lagi MPPJ, kelab pertama menjulang Piala Malaysia dengan pemain import Argentina mereka tetapi kemudiannya terkubur sebab menanggung hutang yang banyak,.
Walau apa pun yang diluahkan, FAM tetap degil. Tiada apa yang boleh diubah. Selagi sukan dipolitikkan selagi itulah sukan tidak akan maju. Lihat saja hoki yang satu masa dulu pasukan negara antara pasukan yang ditakuti di dunia tapi sekarang dah jatuh. Swastakan sahaja bola sepak. Lihat diluar negara. Semua sudah dijadikan satu perniagaan. Bagikan sahaja kerusi pengurusan bola sepak kepada orang yang betul-betul berhak, arif dan mempunyai perancangan yang baik demi kebaikan bola sepak tempatan dan masa depan.Tetapi persoalannya adakah sultan bola dan anakanda baginda sanggup berbuat demikian?Adakah FAM sanggup berubah? jawapannya hanya FAM sendiri ada.
Kemeriahan separuh akhir malam ini sedikit tercemar dengan berita Sathia digantung ini tetapi ini tidak akan mematahkan semangat seluruh rakyat Kelantan yang sentiasa menyokong penuh skuad Kijang dan Red Warrior akan berjuang berhabis-habisan malam ini dan akan memastikan Stadium Bukit Jalil minggu depan dipenuhi Red Warrior. Semoga Kelantan memperoleh kemenangan malam ini. Kalah Menang adat pertandingan. Gomo Kelate Gomo.
untuk berita lebih lanjut mengenai Sathia boleh rujuk disini

1 comment:

  1. Sengal to FAM...Tah hape2 tah...Fuh2...Kelantan menang mlm nih...Gomo Kelate Gomo!!!!

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share