Saturday, October 16, 2010

Tunggu di Final sekali lagi

Letih...tapi berbaloi.5 jam memandu dari Kotaraya semalam.Petang ini mahu pulang sudah.
semalam memang sangat terbaik..Red Giants jatuh di stadium keramat. Akmal Rizal membuktikan dia masih berbisa.Semalam aku rasakan penyokong di stadium mengalami kegembiraan yang teramat sangat.
Perlawanan memang rancak.memang patut pun sebelum ini orang cakap Kelantan patut jumpa Selangor kat Final.First half semalam memang milik Kelantan.GOL bak kata pengulas, yang datang dari Selangor pastue ulas macam budak tadika, gol Akmal dan Farhan memang bertaraf 'world class'. Second half memang milik Selangor, 'counter attack' bertali arus tetapi 'Apek' membuktikan bahawa ajaran Halim Napi bukan sekadar ilmu terajang menumbuk semata-mata tetapi juga ilmu menjaga gol dengan baik.Piya membuktikan dia boleh menjaringkan gol dan menutup mulut orang lain bahawa dia adalah sebaris dengan nama-nama pemain tengah terbaik di Malaysia.Kalau rajagopal nak Malaysia lagi kuat, dia kena la tengok perlawanan semalam,sekurang-kurangnya 3,4 pemain Kelantan yang layak bermain dengan Malaysia.Apa-apa pun tunggu perlawanan malam ini untuk tentukan siapa lawan Kelantan pula di Separuh akhir.

p/s sudah terbayang jersi dan tiket perlawanan akhir yang akan berlangsung di stadium shah alam pada hujung bulan oktober..Kelantan melawan siapa? Tunggu dan lihat. Lawan Negeri Sembilan sekali lagi pun orait jugak.Misi membalas dendam. Negeri Sultan Bola? no hal..Terengganu? lagi best, derby Pantai Timur. Kedah? misi balas dendam juga. Perlis? bawa saja ke shah alam. Dan Johor FC? skuad jengking lawan kijang? macam takde saingan.Apa pun terbayang lautan merah di shah alam, ubati kekecewaan tahun lepas dan kejadian baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share