Tuesday, November 23, 2010

2 Alam

2 Alam
Dua perkataan, maksud yang sangat berbeza. 

Kalau yang terbaru adalah berkenaan dengan filem oleh dR Rozmey..Aku rasa tulisan aku mengenai dia nie dah kurang molek sebab mungkin dah lambat sedikit berbanding orang lain yang dah bertimbun duk kutuk dia dalam blog dan facebook. Siap banyak group dibuat semata-mata untuk kutuk dia nie. Kadang-kadang terfikir macam kesian pulak kan tapi dah dia sendiri yang buat hal, yang terlebih confidence, terlebih cara dan terlampau tinggi sangat taste maka padanlah kena kutuk.Filem dia pun target 40 juta. Tapi malang, filem ditayang sekali dengan harry potter, memang silap besar lah kan. Kalau betul filem dia boleh capai 40 juta, dia boleh lah ganti david teo takpun rampas takhta Ananda Krishnan sebagai orang terkaya kat Malaysia nie tapi mampukah dia? Mana mampu kan? takkan nak mengharap kan barangan kesihatan tue je.Berlambak kat pasaran benda tue, macam-macam jenama jadi susah lah. Kalau betul nak buat filem target 40 juta kenapa la amek pelakon yang ternama? Aku tengok dari poster filem tue, aku kenal aaron aziz sorang je.yang lain mungkin pelanggan jus mate 5 kot. Semiskin-miskin aku pun kalau nak buat filem yang nak target 40 juta amek terus maya karin, siti, rosyam noor, nabil, farid kamil, lisa surihani, pengarah ahmad idham bergabung dengan aziz m osman.Haa, tengok barisan nama pelakon  pun dah confim dapat 2 juta kan.Takpe lah kita tengok lah nanti berapa banyak kutipan filem 2 alam nie.
Jom layan video nie

video

2 alam yang lain pula adalah mengenai perbezaan gaya pemimpin. ini aku amek daripada blog faisal tehrani. Hendak baca lebih lanjut boleh tengok kat bahagian kanan blog nie dan pergi cari blog faisal tehrani.

Gambar yang dibawah ini adalah kereta Presiden Iran.
Dia mahu melelong kerta ini untuk didermakan kepada tabung kebajikan rakyat negara dia. Tengok lah, betapa rendah dirinya seorang presiden negara yang aku rasa lagi besar daripada Malaysia. Dan pada awal-awal pelantikan beliau menjadi presiden, beliau dikehendaki mengisytiharkan seluruh hartanya. Dan aset beliau hanyalah "sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977". 

Bayangkan, seorang presiden sebuah negara yang paling lantang didunia hanya ada kereta sebegini dan rumah yang boleh dianggap usang serta sempit. Cuba kita sama-sama fikirkan dengan tingkah laku dan aset-aset pemimpin negara kita. Tak perlu lah nak tengok pemimpin di Putrajaya, cukup sahaja lihat pemimpin di negeri masing-masing sahaja. Aku meng'google' beberapa rumah pemimpin negara kita dan ini yang aku jumpa.Jom lihat
Nie rumah Tun Mahathir
Nie pulak rumah Tan Sri Annuar Musa

Yang ini kediaman rasmi PM.
Ini pula rumah bekas CEO Petronas, Tengku Razaleigh
Rumah besar ini rumah Muhyidin TPM kita
dan rumah yang dari jauh pun boleh tau memang besar sakan adalah rumah Wanita Pertama negara kita, Rosmah dan Pak Jib
 Jom bandingkan dengan rumah kita ataupun kita semua nilai rumah-rumah pemimpin yang ada diatas dengan rumah-rumah orang kampung yang menderita bukan setakat takde air malah elektrik pun takde. Rumah diorang diatas nie bukan kata api atau air, lebih daripada tue kot ade. Banding pula dengan rumah dua tokoh terkemuka pihak pembangkang yang betul-betul sederhana dari segi Islam
Yang ini Rumah MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat,sebelah rumah ini adalah masjid

Ini pula rumah Tuan Guru Datuk Haji Hadi di Marang
Ini rumah pemimpin Pas. Tuan Guru pula dah jadi MB Kelantan selama 19 tahun tapi rumah tak jugak besar. Ku Li tak pernah dapat nak jadi MB tapi rumah macam White House. Ini belum lagi aku cari gambar rumah Mat Said atau Idris Jusoh kalau nak bandingkan dengan rumah Haji Hadi.
jadi 2 alam kan? Alam rumah besar, alam rumah sederhana.Sama-sama lah kita fikirkan. PM dan TPM dalam budjet mahu peruntukan hendak baiki kediaman rasmi yang bernilai berjuta-juta sedangkan mereka mampu sangat-sangat nak beli rumah dengan duit sendiri. Peruntukan berjuta-juta untuk kediaman rasmi tapi rakyat masih dalam sebegini...





Kesimpulannya fikirkan lah sendiri 2 alam.2 alam yang berbeza di Malaysia yang tercinta ini, alam pemimpin dan alam rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share