Monday, November 22, 2010

5 cara BN boleh tawan Kelantan

Selamat pagi.Tajuk yang sering orang Biru nak dengar. Dan kali ini orang Biru boleh dengar elok-elok dari orang Hijau ye. Aku bercakap bukan sekadar nak bercakap politik tapi bercakap mengenai kebajikan dan keselesaan orang Kelantan yang rata-rata Hijau belake.

Hari ini dah masuk Isnin, 2,3 hari yang lepas, jalan  raya  sesak dengan kenderaan warga kota yang kembali berkerja ke KL. Tanyalah kepada anak-anak kelantan yang berada di perantauan. Setiap kali musim perayaan, jalan dari Bentong, Raub, Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalami kesesakan yang amat teruk. Kadang-kadang kesesakan yang dialami boleh menjangkau sehingga 12 jam sedangkan perjalanan yang sebenar daripada KL ke KB yang berjarak lebih kurang 450 km sepatutnya dalam 7,8 jam sahaja tetapi disebabkan banyak faktor, maka boleh berlarutan 2,3 jam. Bukan itu saja, ditambah lagi dengan keadaan jalan yang tidak begitu memuaskan, perjalanan dari KL ke KB melalui Gua Musang amat memenatkan minda dan fizikal.Sebab? jalan hanya selorong jadi perlu berhati-hati, tidak boleh memotong kereta sangat dan perlu melalui beberapa pekan seperti raub, gua musang dan kuala krai yang pada waktu siangnya sudah dipenuhi kenderaan lain. Ditambah lagi dengan kenderaan berat yang hanya akan melambatkan lagi perjalanan seperti bas atau treler di bukit tujuh.

Apa penyelesaian bagi masalah ini? Kerajaan tak peka kah? bukan setahun dua tapi dah bertahun-tahun episod kesesakan dalam jalan ini bagi penduduk Kelantan.


Bersempena dengan masalah ini, aku cadangkan 5 cara BN boleh tawan Kelantan.Satu cara yang paling penting adalah bina lebuhraya yang baik dari Bentong sehingga Machang.

5 Cara BN boleh tawan Kelantan

Buat lebuhraya hubungkan KL dan KB
     Lebuhraya yang ini memang sangat-sangat dinantikan oleh penduduk kelantan yang berada di perantauan.Kalau kerajaan BN takde duit, pajak je kepada swasta, ramai yang nak, cuma BN perlu luluskan tanah di Raub, Bentong dan Kuala Lipis je.Aku rasa yang itu tak de masalah sebabnya bukan ramai pun manusia dalam tiga daerah tue. Kalau kat Bentong tue macam ramai Cina je.Kuala Lipis pun penuh dengan bukit-bukit. Tolong la, buat satu lebuh raya yang ada 2 jalan sehala yang dapat beri keselesaan kepada rakyat.Buat macam Plus atau MTD ke.Sambil buat lebuhraya buat sekali tempat RnR yang lebih elok.RnR di sepanjang jalan menghala ke KL sekarang tidak begitu selesa. Pengguna kadang-kadang perlu singgah di restoran di Merapuh yang kadang-kadang meletakkan harga yang melampau tinggi tapi kami tiada pilihan. Keadaan tandas pula langsung tidak bersih.Kalau tak nak buat sampai ke Bentong buat satu lebuhraya menghubungkan Temerloh - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai. Sambung terus dengan LPT di Temerloh sana.
    Jika kerajaan BN mampu buat lebuhraya macam ini, insyaAllah, aku sendiri akan turun pakai baju Biru dan pangkah Dacing.Dengar semua menteri yang duk goyang kaki serta kak Rosmah yang berlagak macam TPM, buat lebuhraya anda akan dapat sekurang-kurangnya 30 ribu undi daripada anak kelantan yang ada di perantauan.
    Buat stadium baru
       Ini untuk penyokong bola sepak Kelantan. Semua pun dah tau penyokong Kelantan adalah antara yang paling fanatik dalam Malaysia.Tetapi yang menyedihkan, keadaan stadium di KB adalah sangat uzur.Stadium dah lama, fasiliti yang ada pun dah ketinggalan. Tahun depan barulah stadium tue dapat 'scoreboard' elektronik. Lihat saja setiap kali ada perlawanan di stadium, penuh sesak dan kadang-kadang mencetuskan kepada kemalangan.

      Bina satu stadium baru untuk Kelantan. Daripada najib duk bina bangunan 100 tingkat yang selepas ini akan jadi projek 'gajah mati' baik dia luluskan tender bina stadium baru untuk kelantan. Duit pun dapat masuk banyak dalam poket die daripada tender macam nie.nama pun dapat sebab peminat kelantan akan kenang dan hargai stadium baru ini. Tak perlu bina stadium yang besar pun, cukup dapat tampung 40,50 ribu orang pun dah ok. kami tak mahu pun stadium bertaraf antarabangsa macam kat terengganu yang dikatakan dapat dipenuhi dengan 85000 orang dalam satu-satu masa.Bahaya juga bila stadium terlalu besar takut nanti runtuh.Susah pula kerajaan BN kena hentam.Takkan nak harapkan kerajaan negeri buat stadium kan. Kerajaan BN kan banyak duit, kalau kapal selam boleh beli takkan buat stadium satu pun tak boleh.

      Kalau stadium dibuat lepas ini, aku sendiri akan pegang payung warna biru kat pusat-pusat undi. BN buat stadium, berkemungkinan besar, 75 ribu peminat bola sepak tegar kelantan akan undi UMNO atau BN.Percaya lah. Letak terus Annuar Musa jadi MB, ramai sokong nanti.

      bagi Kelantan menang 3 Piala tahun depan dan seterusnya
         Yang ini lebih kurang sama dengan yang atas tapi semacam tak lojik lah sebab Kerajaan BN takde kuasa nak bagi bola bergolek masuk dalam jaring kan.Tapi kalau Menteri Sukan dapat pujuk Sultan Bola letak jawatan pastu FAM buat-buat 'tolong' Kelantan bagi kami menang lagi banyak Piala dalam Malaysia ini maka tak mustahil ramai la yang sokong BN nanti. Tapi perlu diingat, buat dulu baru kami undi. Kami bukan budak tak pergi sekolah.

        Sambungkan Pasir Putih dengan LPT
           Sama dengan tulisan yang diatas sekali.tapi kali ini melibatkan rakyat Kelantan yang ada di sebelah Pantai Timur pulak. LPT sekarang ini hanya sekadar perancangan. perlaksanaan hanya baru berapa peratus yang siap.Lihat sahaja di terengganu. Masih belum-belum siap jalan.Kalau LPT disambungkan terus sehingga ke Pasir Putih alangkah senangnya buat rakyat di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Lagi dapat merancakkan ekonomi tiga negeri ini disamping memotong masa perjalanan sebelum ini.Aku cadangkan 2 cara nak buat LPT bagi 3 negeri. Satu jalan dari Kuantan melalui jalan pantai Cherating-Chukai-Paka-Dungun-Marang-'bypass'Kuala Terengganu-Merang-Setiu-Besut-Tok Bali.Bypass disini bermaksud buat satu jalan yang tidak perlu memasuki bandar kuala terengganu kerana hanya akan menambahkan kesesakan lagi dalam bandaraya pesisir air Kuala Terengganu ini.Ataupun sambungkan terus Jabor-Kuala Berang-Setiu-Jerteh-Pasir Putih-Machang. Jalan ini yang membelah bukit.Kalau BN buat lebuhraya ini, pasti bukan sahaja rakyat Kelantan yang bertambah sokong BN, rakyat Terengganu pun akan bertambah sokong BN.

          'Improve' Lebuhraya Timur Barat di Jeli dengan Grik dan bersambung dengan Plus di Kuala Kangsar atau di Kulim
            Lebuhraya di Grik pun perlu dinaiktarafkan. keadaan lebuh raya yang sekarang ini masih sempit kadang-kadang membahayakan pengguna jalan raya. Lebuh raya yang lebih selesa menghubungkan jeli dan grik amat diperlukan.Dan untuk lebih menyenangkan rakyat Kelantan, tambah lebuh raya yang ada sekarang dengan menyambungkan Lebuhraya Jeli -Grik ini sehingga ke Tanah Merah dan Kuala Kangsar. Di Kuala Kangsar lebuhraya Timur Barat ini dapat disambungkan terus dengan lebuhraya PLUS. Hati rakyat Jeli, Tanah Merah, Grik dan Kuala Kangsar akan sangat-sangat gembira kalau lebuh raya sebegini dapat dibina. Bertambah la sokong rakyat Kelantan kepada kerajaan BN nanti.

            begitu lah 5 cara yang boleh BN buat untuk tawan Kota Bharu. Kalau mahu bendera Biru maka perlulah keluarkan not biru. Nukilan kali ini bukan bermaksud bahawa aku gilakan kepada kebendaan tapi sekadar mahukan kebajikan. Kenapa kelantan dipinggirkan semata-mata kerana bendera Hijau dikibarkan? Kerajaan persekutuan masih mempunyai tanggungjawab sosial. Bukannya semua terletak pada bahu kerajaan negeri. Pembangunan seluruh rakyat Malaysia adalah dibawah tanggungjawab kerajaan BN dan kelantan masih lagi dibawah Malaysia walaupun kami tak sokong mana 'Gagasan 1Malaysia'. Kami tak perlukan pun bangunan bertingkat-tingkat pencakar langit.Kami tak perlukan pun pelabur-pelabur asing.Tengok di PP, Johor.pelabur asing ramai tapi penduduk tempatan mula lari malah tak dapat nak tinggal di tanah sendiri sebab kos hidup mahal.Buat apa macam tue? macam menang bersorak tapi kampung tergadai. Kami hanya mahukan kerajaan prihatin dengan kehendak dan kebajikan kami. Kami mintak satu je, tolong 'improve' jalanraya. Pembangunan tak bererti ada golf resort, ada hotel besar-besar, ada supermarket besar-besar. Pembangunan yang paling asas adalah kebajikan manusia. Pembangunan dari segi 'human capital'. Buat apa menjadi negeri moden sedangkan rakyat tempatan terpaksa menjadi kuli di kedai PATI.

            Untuk sekian kalinya, aku memberitahu pada orang kuat BN, buat dulu cara diatas dan aku janji, jika dibuat dengan CARA YANG BETUL, aku sendiri akan julang keris UMNO, aku sendiri akan kibar bendera BIRU, aku sendiri akan pancing undi.
            Sekian.

            1 comment:

            1. urm kesian sek mu nk balik kampung erk..gnie r..mu ng0rat an0k b0s MTD tue..dak k0lej aku..sek kelate celup..hehe..b0s MTD ore Kelate d0h pdhal..huhu

              ReplyDelete

            berkata-kata lah sesuka hati....

            Jom Share