Monday, November 15, 2010

Aisehh

Ok, Semalam derby Milan berlangsung.Tetapi sebelum match lagi aku dapat rasakan Inter mungkin tak dapat lawan AC sebabnya ramai pemain utama baru lepas sembuh dari kecederaan ataupun masih cedera dan seperti yang aku ramalkan, Inter kalah 1-0 semalam.Tapi ok la kan, kalah pun sebab penalti dari Zla*sombong*tan. Apa pun, macam yang seperti ramai katakan, tahun ini Inter tak dapat menang dah Serie A.Sebab? Benitez. Perlu dihuraikan lagi? tak perlu lah, tanya penyokong Liverpool sudah.hahah.

Cakap pasal bola lagi..mengenai Kelantan pula.Hai-O macam sudah disahkan keluar dari Kelantan dan mungkin menyertai Negeri Sembilan tahun depan. Aku tak tahu la berapa banyak geng Negri letak gaji Hai-O untuk musim depan nie sampai sanggup Hai-O tinggalkan Setiu berhijrah ke Seremban.

Mungkin geng Negri dah book restoran nelayan yang berhampiran dengan pejabat PBNS tue jadi rumah dan tempat makan Hai-O.Bagi suasana perkampungan nelayan sket kat Hai-O yang mungkin akan homesick tengok pantai macam kat Setiu dan Besut. Kelantan pula nak amek siapa? setakat yang diketahui daripada Internet, pemain tengah dan pertahanan telah mengikat kontrak dengan Kafa.Pemain-pemain ini berasal dari Kelantan semuanya dan musim lepas bermain dengan pasukan luar. Aku tak kenal sangat dengan diorang tapi maybe lebih bersifat kenegerian kot perpindahan kali ini.Bagus juga, ramaikan pemain dari Kelantan sendiri, penyokong pun lebih gembira tapi persembahan pun kena lah jaga, jangan ter'medu' diatas padang nanti.

Ke konteks besar sedikit, petang nie jom tengok Malaysia lawan Iran untuk Sukan Asia. Skuad Raja hadapi masalah sebab ramai pemain tak dapat diturunkan sebab kad merah dan cedera.Lepas ini aku rasa Malaysia kena bagi Syed Adney main sebagai pemain tengah sebab semua pemain dah takde. Kalau dia main tengah macam ok sket kot berbanding dengan jadi GK.GK memang dah milik Khairul *Apek* Fahmi jadi Syed Adney tak boleh nak bersaing la. Harapnya Malaysia dapat memberikan persembahan yang menarik perhatian pada petang ini. Tidak mengharap harapan yang tinggi sangat kerana Iran bukan calang-calang pasukan. Tambahan lagi Ahmadinejad dah berpesan kepada pemain-pemain Syiah Iran tue supaya main betul-betul kalau tak balik Tehran kena hukum berat. Pemain Malaysia pula ramai yang buat-buat injured sebab kalau menang besar nanti Datin Seri Rosmah datang dan peluk diorang pulak.

Mau tersengih Ros*Queen Control *mah nanti jumpa atlit Malaysia kat China tue. Dan siapa yang tak tumbang kalau tengok Ros*Queen Control *mah nie senyum manis, Pak Najib kita sampai kena campak sebab selalu kena sengih oleh Ros*Queen Control *mah nie.

Cukup lah setakat itu dulu. Kena pergi drive pula, pergi sekolah naim. Pastu balik nak kena basuh DAS tue. Dah kotor.Maklum jalan jauh baru nie.Aiseh, kereta nak basuh tapi baju bawa balik masih terperuk kat dalam baldi lagi. Kena usahakan basuh juga malam ni.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share