Saturday, November 27, 2010

Bila kita bangun pagi yang penting sekali niat

Selamat Pagi semua. Apa yang paling penting bila kita bangun pagi? Mestilah niat kan.Dan niat sebenarnya bermula dari tengah malam lagi sebelum kita tidur. Kalau kita niat nak bangun awal maka pasti akan bangun awal, kalau niat sahaja mana nak cukupkan . Sama jugak dalam hidup, kalau setakat niat sahaja mana nak cukup, perlu lah disertai dengan usaha, tawakal dan doa. sembahyang pun tak boleh setakat niat aje. Jadi pepagi nie apa niat yang hendak kita pasang? Memandangkan dah hujung minggu mesti ada orang niat nak rehat aje kat umah hari ini. Ada yang niat nak keluar sebab dah hujung bulan. Ada yang niat nak sambung tidur padahal masih lagi atas katil. Ada yang niat nak makan pagi, nasi kerabu daging bakar dengan milo beng disertai dengan baca surat khabar. takpun ada yang niat nak pergi kenduri kahwin sesiapa tengah hari nanti. Apa pun niat kita semua jangan lupa niat tahun depan. Niat apa? jom baca kat bawah.

Niat ni lebih afdal jika dibaca sewaktu melangkah keluar dari rumah untuk pergi mengundi pada pilihan raya akan datang.

SELAMAT MENGUNDI..FIKIR DULU SEBELUM MEMANGKAH!!!

"Sahaja Aku Masuk BARISAN, untuk pangkah Bulan, demi KEADILAN."

Kalau sesiapa yg nak mufarakah !!! So niatnya camni :-
Sahaja aku keluar BARISAN menaiki ROKET menuju BULAN kerana KEADILAN.

Aminnn... :)

Jadi niat lah dengan elok-elok ye. Sedikit nukilan di waktu pagi dimasa mata baru terbukak dan perut dah lapar

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share