Thursday, November 25, 2010

Celoteh selepas makan nasi berlauk pagi

Makin gemuk lah setiap kali cuti kat umah.Sebabnya pagi makan, tengah hari makan, malam pun makan pastu selang petang makan lagi, tengah malam pun makan lagi. Senaman pula jarang, kalau kat u boleh jugak senaman jalan kaki turun pergi kafe. Kena bersukan dah nie tapi nak bersukan dengan siapa? Kawan semua dah kerja kat luar. Bersukan dalam laptop boleh tak? Main game .hahaha.

Okes, cuti bagi kebanyakan universiti dah pun bermula. Sebulan nie memang masa untuk rehat sebelum masuk balik awal tahun depan. Cuti nie macam biasa, lepak kat rumah sebab memang dah dasar pemalas. Tapi tak duduk diam jugak kat umah nie. Ayah aku nak 'renovate' rumah jadi akan jadi buruh la nanti. Itupun kalau tak hujan. Kalau hujan alamat jadi buruh atas katil je la.

Tabiat memang suka tidur dan makan jadi memang tak boleh buat apa la kan. Bercakap mengenai tabiat atau hobi atau memang keperluan nie sangat subjektif. Kadang-kadang ada tabiat yang lain daripada yang lain, ada jugak tabiat yang boleh merosakkan diri dan ada juga tabiat yang mendatangkan keuntungan untuk masa depan. Jadi apa tabiat aku setiap minggu? Aku kalau boleh setiap minggu perlu buat  perkara ini. Macam mana sekali pun kena cari jugak jalan buat benda nie kalau tak rasa tak sempurna je minggu tue.

  • Baca dan tengok manga / anime One Piece
 Siri komik nie memang dah lama aku ikut.sejak dari sekolah lagi. Sampai sekarang masih lagi ikut dan masih lagi tak tamat-tamat.Jadi bayangkan dah berapa lama si Luffy tue wujud kat dunia kartun nie.Dalam seminggu memang aku akan nanti-nantikan untuk download manga dari internet dan pada hari ahad akan tunggu pula anime dia kuar. Walaupun file dia kecik je untuk satu-satu minggu tapi bila dah dapat baca rasa macam lega sket.
  • Tengok dan muat turun How I Met Your Mother
 Aku boleh katakan yang siri ini sekarang ini adalah siri no 2 yang paling aku minat dan gilai selepas Friends. Aku ikut sejak dari Season 1 dan sekarang sedang mengikuti Season 6. Boleh katakan aku dah khatam setiap season. Bila aku tak ngantuk aku layan siri nie. Bila hendak tidur layan siri nie. Bila habis exam layan siri nie. Bila tak pergi kelas layan siri nie. Bila tunggu nak bukak pose layan siri nie. Memang gila lah,
  • Ambil tahu pasal Inter Milan
Perlu ke bagitau lagi? Walaupun Inter sedang merosot sekarang ini tapi aku tak kisah. Aku tetap akan sentiasa sokong Inter. Tapi musim ini tak berapa suka dengan Rafa Benitez. Takpe. sokong Kelab bukan sokong Individu.Itu baru peminat sejati kan?

2 comments:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share