Wednesday, November 3, 2010

Di waktu pagi

Berada di hadapan tv
menunggu Astro menayangkan perlawanan Champion League. Inter lawan Spurs awal pagi ini di White Hart Lane.
Hari ini dah masuk hari Rabu. Dah 4 hari sejak kemenangan Kelantan baru-baru ini. Semalam di KB satu perarakan besar-besaran diadakan meraikan kepulangan skuad Kelantan. Rasanya selepas ini sehingga musim bola sepak Malaysia bermula kembali pada bulan 12, kalau tak silap, boleh la berehat seketika daripada liga bolasepak tempatan.Lepas ini mungkin kalau yang akan dibicarakan oleh peminat tempatan adalah mengenai khabar-khabar angin mengenai perpindahan pemain untuk musim depan. Daripada sumber surat khabar, Selangor dikhabarkan antara yang terawal mengambil langkah menguatkan skuad mereka. Perak juga dah bertukar jurulatih, Norizan Bakar yang pernah menjadi jurulatih negara mengambil alih kerusi Perak. Kelantan? aku rasa Tan Sri mahu semua berehat dulu setelah mengharungi Piala Malaysia. Mungkin selepas ini akan memikirkan perancangan untuk tahun depan. Bagi aku skuad Kelantan yang ada sekarang sudah cukup. Tapi mungkin masih ada peluang untuk memperbaiki mana-mana ruang. Dikhabarkan juga ada pemain yang akan keluar dan ada pemain yang berminat untuk masuk skuad Kelantan.Apa-apa pun kita tunggu sahaja berita yang akan keluar nanti.
Sekarang ini dah masuk musim peperiksaan. Hampir kebanyakkan universiti di Malaysia mengalami sindrom peperiksaan sekarang nie.Musim macam nie boleh dikatakan asrama atau hostel universiti akan berjaga lewat malam.Malah ada juga yang 'terlebih power' mengulangkaji pelajaran di McD tak pun di kafe.Kononnya stadi la tapi kalau ikut firasat aku tempat-tempat mcm tue bising, jadi macam mana nak tumpu kat apa yang dibaca kan. Lain la kalau study kat kafe yang ditutup.Ini kafe kolej serumpun yang terkenal selalu ramai tue boleh pula ada orang nak membaca dan mengulangkaji pelajaran.Kononnya nak tunjuk kat orang la bahawa dia nie rajin membaca. Pastue pula rajin pula mengulangkaji pelajaran dengan berdua-duaan dengan awek-awek. Kononya nak ajar awek dia la kan.Padahal bile balik kat bilik tidur je. Padahal awek die tue takde la pandai mana pun nak mintak ajar. Padahal ada je kawan-kawan dia yang lain yang boleh minta ajar atau 'study' sama-sama.Aku tak kata lak takleh 'study' ngan pompuan kan. Orang pompuan nie rajin, senang study ngan diorang sebab diorang banyak tahu benda. maklumlah diorang selalu pergi kelas. Orang laki ni selalu ponteng. kadang-kadang tugasan pun leh terponteng. Tapi kalau nak study pun, study la ramai-ramai kan. Jangan nak berdua-duaan pulak.Tak masuk study la berdua-duaan. Duk mengayat ade la.
Satu lagi tempat yang orang suka pergi adalah di library. Aku pernah sekali kot pergi library time exam week sem lepas. bukan dah panggil library dah bila ramai sangat orang sampai nak cari kerusi pun susah.Biasa lah, semua dah bertumpu kat library.Mesti lah jadi bising kan. last-last aku pergi library sekadar untuk surfing.huhuhu.baik study kat bilik lagi senyap sebab semua pergi library.
Tapi bila difikirkan balik semua bergantung pada individu kan.Learning styles nie ada macam-macam.Bergantung pada pilihan masing-masing dan yang penting sekali pada niat.
ok lah, masa untuk study perlawanan inter pulak. Aku bile stat study? bilo paper esok malam nie baru aku stat.hahaha.kalau dasar pemalas memang macam nie la.sem nie nak tengok jadual betul-betul agar tak bertukar lak macam tahun lepas.
Selamat mengulangkaji semua

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share