Wednesday, November 10, 2010

Edisi Pasangan 1 - Ahmad Fadhli dan Darliana

Meskipun aku ada peperiksaan yang hendak diduduki esok tapi disebabkan kemalasan dan kebodohan kerana tidak menumpukan perhatian dalam kelas sepanjang sem ini maka apabila hendak mengulangkaji pelajaran berkaitan dengan kertas Syntax esok, otak aku mula menjadi kosong setelah membaca baru 3 bab.Jadi sebagai langkah menghabiskan masa petang ini aku mendapat ilham mahu menceritakan dan menyatakan perhargaan aku kepada kawan-kawan aku yang sebelum ini telah banyak menolong aku.
baiklah, mungkin edisi ini teramat molek dibuat bersempena dengan majlis perkahwinan mereka tapi aku rasa tak salah untuk buat pada masa sekarang ini. Pasangan pertama yang dipilih adalah Ahmad Fadhli Abdul Razak dan Darliana.Jika dikalangan member-member aku yang lain, mereka lebih dikenali sebagai mayat karin dan elly.Mereka berdua mendirikan rumahtangga pada penghujung tahun lepas.


Kenapa dipanggil mayat karin?
Persoalan itu hanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan.hahah.Semuanya gara-gara sekolah terbaik, SMSTMFP. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Gambar diatas adalah antara gambar yang paling tepat untuk menggambarkan siapa mayat ini sebenarnya. Ya, dia memang seorang kaki motor. Dulu dia mempunyai CBR400 (kalau tak silap aku) tetapi sekarang CBR tersebut telah bertukar menjadi sebuah basikal yang boleh tahan juga harga nya.Tapi jauh di sudut hatinya , mayat masih menyimpan hasrat untuk memiliki kembali motosikal berkuasa besar seperti dahulu.

 Elly sekarang sedang mengandung anak pasangan ini. Dan mereka juga menunggu kehadiran anak sulung mereka yang dijangka pada bulan Januari tahun depan. Tahniah kepada mereka. Sekarang ini mereka menetap di Vista Pinggiran.Dekat sahaja dengan UPM jadi bila ada kelapangan memang aku merayap ke sana.Bahkan baru semalam aku melepak di Putrajaya bersama mereka.

Aku kenal mereka secara berpasangan dan bagi aku tiada pasangan yang lebih secocok buat diri masing-masing.. Kisah hidup mereka teramat unik tapi yang lebih manis mereka akhirnya bersama dan sentiasa bahagia. Mayat masih berperangai seperti dahulu tapi sekarang ini aku rasa sifat kebapaan lebih menyerlah dan dengar cerita sudah semakin menjauhi rokok. Satu perkembangan yang sangat bagus. Kadang-kadang aku rasa seronok melihat telatah pasangan ini kerana mereka masing-masing amat memahami diri pasangan masing-masing. Elly memahami gelagat dan perangai gila-gila Mayat dan Mayat pula meskipun berperangai gila-gila , kelakar dan sebagainya masih lagi sensitif dan penyayang serta mengambil berat Elly sebagai isterinya.

Aku doakan kepada mereka semoga sentiasa kekal bahagia sepanjang hayat dan dikurniakan zuriat yang baik nanti.

2 comments:

  1. Malu2..huhu..tp sweet..hee..tq lai :p

    ReplyDelete
  2. terima pasangan kita seadanya.. insyaALLAH bahagia..give and take.. hee..skema g0p ayat2 mu palie.. haha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share