Wednesday, November 10, 2010

Edisi Pasangan 2 - Izzudin dan Azleeza

Edisi kedua pula kali ini adalah mengenai salah seorang teman baik aku dan bakal isterinya. Nama diatas mungkin tak ramai yang tahu kerana mereka lebih dikenali sebagai Judin dan Su.


Sebenarnya aku kurang kenal Su. Aku ingat lagi mula-mula aku mengenali Su adalah apabila Judin ini mengajak aku pergi ke kenduri.Katanya rumah kawan dia.Jadi aku tak kisah sangat lah apabila dia memberitahu bahawa ‘kawannya’ meskipun pada masa dia ajak pergi kenduri tersebut adalah selepas maghrib. Tetapi apabila sampai di tempat kenduri, rupa-rupanya kawan yang si Judin maksudkan sebenarnya adalah kawan perempuan.Sejak itu aku baru lah mengenali Su dan Judin pun banyak menceritakan mengenai Su kepada aku. Su pula sekarang ini belajar secara separuh masa di UPM kerana menjawat jawatan di jabatan kerajaan di Putrajaya jadi memang acapkali juga lah Judin datang ke UPM untuk berjumpa Su maka berjumpa la sekali dengan aku. Dulu, untuk membuktikan betapa kuatnya cinta Judin kepada Su ini, dia sanggup memandu seorang diri dari Lumut ke KL pada malam Jumaat kemudian balik kembali ke Lumut pada hari Ahad semata-mata untuk bertemu dan melepaskan rindu kepada Su. Lumut dan KL jaraknya bukannya dekat dan Judin pernah menceritakan bahawa dia pernah tertidur di RnR di lebuhraya Plus kerana kepenatan dalam perjalanan ke KL. 

Dan pada tahun ini , mereka telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan tahun yang lepas dan mereka telah merancang untuk berkahwin selepas Hari Raya Aidiladha nanti. Akhirnya mereka akan mendirikan rumahtangga. Apabila aku melihat pasangan ini, aku merasakan mereka telah ditakdirkan bersama.Dan aku turut gembira kerana apabila mereka berkahwin nanti, mereka akan menetap di Putrajaya jadi dekatlah lepas nie kalau aku boring di UPM nie boleh lah bertandang melepak di Putrajaya.Tapi tidaklah sampai mengacau waktu mereka kan.

Su, aku lihat sangat memahami Judin. Dia tak kisah mengikut Judin tengok bola di Stadium Bukit Jalil malah sanggup ikut ke mana sahaja Judin pergi.tapi dia tidak pula mengongkong Judin kerana dia membenarkan Judin meluangkan masa bersama-sama kawan-kawannya seperti aku. Kadangkala Su menggelarkan aku sebagai madu dia sebab Judin lebih suka habiskan masa dengan aku berbanding dia.Judin pula sangat penyayang terhadap Su. Dia tak kisah meredah MRR2 walhal semua tahu yang MRR2 selalu sesak dengan kenderaan semata-mata untuk berdating  dengan Su.Dan dia akan pastikan Su akan mendapat yang terbaik yang dia dapat berikan.Contoh terbaik adalah apabila mereka mencari barang hantaran. Su inginkan sebuah kamera dan Judin, (bertemankan aku) sanggup pergi merata KL mencari kamera yang terbaik yang dapat memenuhi kehendak Su. Akhirnya Su dapat juga Sony Cybershot berwarna pink meskipun Judin sanggup membeli DSLR yang lebih berkuasa tinggi.

Semoga Judin dan Su akan bahagia dan dikurniakan Tuhan zuriat nanti. Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada 20 dan 22 November ini.Minta maaf Su sebab mungkin tak dapat hadir pada majlis 20 hb itu nanti kerana masih ada peperiksaan yang kena duduki tapi insyaAllah, majlis pada 22hb itu pasti akan datang di rumah Judin.

Minta maaf juga sebab tidak reti menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dalam tulisan ini. Ini saja yang termampu. Jika ada perkataan atau ayat yang mengguris perasaan mana-mana pihak, aku mohon maaf berbanyak-banyak.

1 comment:

  1. hmm sweet..bile plop turn aku erk..huhu *tetibe jerk*

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share