Monday, November 29, 2010

EL Clasico


Malam ini jangan lupa. Perlawanan yang perlu ditengok bagi orang yang katakan diri dia peminat bola sepak. Tapi yang menjadi sedikit susah nak tengok sebab perlawanan malam ini mungkin akan berlangsung awal pagi Selasa. Selalunya perlawanan liga Sepanyol ini main pukul 3,4 pagi. Jadi bagi yang berkerja tuh mungkin terpaksa lupakan sahaja perlawanan yang dijangka hebat malam ini.
Perlawanan yang membabitkan Barcelona lawan Real Madrid

Mourinho vs Pep
Ronaldo vs Messi
Higuain vs Villa
Xavi vs Xabi Alonso

Nantikan perlawanan di Stadium Astro malam ini.Harapnya perlawanan ini dapat berlangsung seperti yang digembar gemburkan oleh media. Kalah Menang  atau seri tidak mengapa, di penghujung hari , ianya hanyalah sekadar satu perlawanan liga, atau mungkinkah lebih besar daripada itu. Impak bola sepak ini bagi Eropah lebih daripada sekadar satu sukan. Ianya satu perniagaan. Satu budaya. Satu ikutan. Satu kepercayaan. Satu minat mendalam. Dan kadang-kadang bola sepak lebih daripada hidup dan mati.
Jom malam ini sokong pasukan kegemaran masing-masing.

Barcelona atau Real Madrid?
Yang mana lebih kuat malam ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share