Sunday, November 7, 2010

Fenomena sekarang

Apa fenomena sekarang yang heboh dalam dunia?
Yang terdekat adalah berkaitan dengan banjir di utara semenanjung. Daripada berita yang disiarkan dalam media, keadaan di Kedah dan Perlis amat teruk sekarang. Lebuhraya PLUS pun dah ditutup sekarang nie disana sebab air banjir tinggi.Agak ramai jugak yang dipindahkan ke pusat pemulihan banjir.Sekolah ditutup tapi yang sedihnya apabila SPM akan diteruskan seperti biasa kata Kementerian Pelajaran.Macam mana la agaknya budak-budak SPM nak fokus kat peperiksaan kalau rumah tenggelam, ayam itik mati dihanyut banjir. UUM juga dengar khabar ditangguhkan peperiksaan akhir semester mereka. Kalau banjir kat area Serdang pun best gak kan.Tak payah jawab final sem nie, amek sem depan. Apa-apa pun diharapkan semua yang ditimpa bencana banjir dapat bertabah dengan dugaan tuhan ini.
Yang jauh sedikit adalah mengenai kejadian gunung merapi yang meletus di Indonesia. Sehingga sekarang dah beratus-ratus orang mati disebabkan bencana ini. Kawan aku yang belajar di sana juga akan pulang esok atas arahan kerajaan kita yang risau tentang keselamatan mereka. Keadaan di kawasan-kawasan yang terkena bencana ini diberitakan sangat huru hara dengan debu dan asap daripada gunung berapi tersebut menimpa bumi dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sekali lagi diharapkan bertabah dengan bencana yang Allah turunkan ini.
Fenomena yang ketiga yang aku rasa tidak penting sangat adalah fenomena peperiksaan bagi budak-budak universiti. Aku sendiri akan mula menduduki kertas pertama pada hari Isnin. Tapi bukan kata nak bukak buku, buku sendiri tak tersentuh lagi.Asyik duk menaip tugasan yang sepatutnya dibuat minggu-minggu sebelum ini. Dan hari ini boleh pulak aku ikut member aku pergi makan ikan bakar di Melaka. Melaka bukannya dekat dengan KL tapi atas ajakan member, aku ikut sahaja.ahahah.tak sedar kita nie pelajar kan.Takpe sekali sekala kenal tempat orang. Tadi aku ikut diorang makan di Anjung Batu. Boleh tahan la cuma service lambat sedikit, maklumlah ramai sangat orang.Memang seafood je lah duk ratah tadi. Dan pagi esok baru boleh balik UPM. Maka esok baru nak mengadap senjata rahsia menghadapi final exam
Sekarang mahu tidur.Cuaca sejuk je nie. Mula-mula terfikir nak tengok Inter tapi mata dah penat duk drive tadi .Jom tidur.
Ehh.sebelum itu aku rasa aku nak kepilkan terus lah tag yang di buat si jalilah.Aku pun tak tau kenapa la nama aku boleh ditag.Aku pun jawab je lah ye serba sedikit...


3 nama samaran kamu.

zul
Fadli
li

5 tarikh penting dlm hidup kamu.

11 julai
6 julai
Tarikh Kelantan menang Piala Malaysia
Tarikh Inter menang Treble (Champion league, Serie A dan Piala Itali)
Tarikh dapat genggam ijazah nanti setelah sekian lama berhempas pulas

5 perkara saya buat semalam

main MLB 2K10
Main FM2011
Tidur
Makan
Siapkan tugasan komm

5 perkara yang buat saya gembira

sms
Dengar dia ketawa dalam telefon
Inter menang
Kelantan menang
Tengok duit dalam atm beribu-ribu

5 tempat percutian idaman saya

Mekah
Milan, Itali
New York
Sipadan
Munich(ni sebab belajar jerman)

5 sebab saya jawab tag ni

saje penuhkan blog
Jawab taq daripada jalilah
Aku pun tak tau sebab apa
Jawapan diatas telah menjawab soalan ini
Mahu jawapan lagi ke?

5 org yg nk di-tag

Farah
Roy
Yeng
Ayie
Semua sekali lah boleh ?
p/s dah.setel.sekarang boleh lah tidur.Selamat malam semua

3 comments:

  1. mesti awak suka die ketawa sbb suara die lunak merdu kan...

    ReplyDelete
  2. kencana dewi - huhuhu.mesti la lunak merdu sekali.berlemak lagi

    ReplyDelete
  3. 5 perkara yang buat saya gembira :

    Dengar dia ketawa dalam telefon.. haha..memang xleh blah jwpn nie.. suara cik farah bile ketawa mmg haru biru ak ase.tp 2 yg buat hepi od.g0od2..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share