Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Kedua

Hari ini masuk lah hari raya kedua bagi penduduk Malaysia. Alhamdulillah, semalam sambutan aidil adha di kota bharu berjalan lancar. Cuaca cerah dari pagi memudahkan urusan ibadah korban. Di rumah aku, disebabkan lembu yang agak liar sampaikan kena ikat kaki segala macam, maka pukul 10 lebih dekat hendak pukul 11 baru rebah lembu tue. Selepas zohor baru lah dapat makan dan kemas segala barang.Pukul 3 lebih aku pula yang rebah atas katil sebab penat.Penat sebab duk melapah daging satu hal, penat duk makan daging satu hal.

Ok, apa program hari ini. Yang aku tahu, malam ini main futsal. Lama gak tak main nie, kasut pun dah takde.Rasanya kasut lama tertinggal kat Serdang sana.Alangkah jauhnya.Nak beli yang baru? hmmm...

Semalam aku macam biasa la surfing, pastu terjumpa la patch FM yang latest, dengan gatal tanganya aku pun download dan try install. Tengok2 tak dapat main langsung pulak.Menyesal download dan install. Hilang setengah jam dah kat situ. Pastu hilang pula game sebelum ini.Aduh la.Terpaksa uninstall terus FM2011. Hendak yang baru nampak gaya kena beli dvd lain la.Sebelum nie pinjam ngan member je. Member lak ada kat KL, sempat tak ek pinjam nanti? Ke nak beli je?hmmmm..

Malam sebelum hari raya baru ini, aku melepak la dengan kawan-kawan aku di Hayaki.Memandangkan malam tue hujan maka terpaksa la duduk borak-borak kat dalam.Bila dah lama tak jumpa maka banyak lah isu-isu yang dibicarakan tambahan lagi dengan ramai pulak lagi la kecoh kan.Satu isu yang aku rasa heboh dalam dunia FB dan kat Malaysia nie adalah pasal video budak Melayu duk berciuman dekat area Pavilion.Ramai gila duk kutuk video nie. Yang watak utama bangang. Watak sampingan pun sama bengap. Watak tukang rakam pun bodoh. Video nie memang memalukan kaum melayu. tapi adakan pemimpin yang kononnya memperjuangkan Melayu ambil apa-apa tindakan pasal nie? Mesti sesetengah pembaca kata apa hal lak nak kaitkan dengan politik saja? Sebabnya pemimpin nie pegang kuasa besar. Kalau setakat kita nie duk merepek-merepek mana ada orang nak ambil tindakan dan layanan kan? kalau pemimpin buat, sekejap je.Tengok yang pasal banjir di Utara baru nie la, pemimpin turun tengok air sekejap dah dapat bantuan kat mangsa banjir.Elok tiap-tiap bulan banjir kat Malaysia nie, baru boleh kenal pemimpin mana yang tak segan tak malu nak jumpa dengan rakyat.Haa, dah pergi jauh.Berbalik kepada video tadi, tukang rakam tue pun satu, aku tak tau apa motof diorang, nak support member ke nak kenakan member.Bila dah tersebar macam nie apa rasa member dia tue.Kalau bangga memang sahla boleh diberikan taraf kewarganegaraan sudan. Kalau nak tunjuk romantik, gentlemen, loving pun, jangan lah nak berciuman kat tempat awam.Area Pavilion tue bukan nye macam Times Square kat New York. Yang pompuan tue pun sama, nangis-nangis cium mulut. Nak pujuk bagi bibir.Kalau yang lebih berat pergaduhan alamat bagi body la kot.So, sekarang ramai yang nak budak-budak dalam video tue diambil tindakan. At least disiarkan dalam media. Tunjuk siapa mak bapak dia. Bagi dia malu. bagi mereka insaf sket. Hukuman dari masyarakat nie lagi parah daripada hukuman undang-undang. Biar masyarakat yang 'judge' mereka. Memalukan agama, bangsa dan negara saja. lepas nie berduyun la 'kapel' lain berciuman juga kat tempat awam gamaknya. Lepas nie maybe terserempak dengan kapel duk berciuman kat area KLCC kot sebab pompuan tue pilih midvalley daripada bf dia, takpun kat area KL sentral sebab pompuan bangang pilih Komuter sedangkan BF dia nak naik monorel. Tahniah Pak Jib kerana konsep satu Malaysia, sekarang nie budak-budak tahu 1bibir, 1ciuman.

Sekian nukilan mengarut di pagi hari raya kedua.

*info tambahan...Messi kalahkan Brazil dan Spain kecundang di kaki Portugal.Football is unpredictable - bak kata setengah orang.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share