Sunday, November 7, 2010

Ich habe Lisztomania gehort

Tajuk nie tidak berkaitan dengan apa-apa ye.Hanya berkisar tentang bahasa Jerman. Tidak berkaitan dengan bola sepak mahupun cinta ataupun kehidupan.Aku hanya bermood hendak menaip mengenai bahasa jerman malam ini setelah menelaah beberapa keping kertas nota Jerman yang sekali tengok macam dah bahasa latin.
kenapa aku boleh ambik bahasa jerman sebenarnya?
Persoalan itu sendiri bermain di minda aku. dan meskipun sekarang ini dah 3 sem aku amek bahasa jerman tapi aku sendiri tak boleh nak jawab persoalan diatas tue. Mungkin jawapan yang paling relevan yang boleh diucapkan disini adalah kerana aku malas nak ambik bahasa Arab. Aku sendiri tak tau mengapa aku tak mengambil bahasa arab disini. padahal sebelum ini aku dah belajar bahasa Arab selama 2 semester. satu lagi kalau aku masa awal-awal ambik arab kat sini teramat la senang kerana hanya perlu mengambil satu sem sahaja tapi dek kerana gatal tangan maka pergi lah aku mengisi untuk mengambil bahasa jerman.
Sebenarnya bahasa Jerman ini sangat berpengaruh. Bahasa Jerman merupakan antara bahasa ilmu. Bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh bahasa Jerman.Mungkin bagi orang yang kurang mengetahui bahasa jerman, cara tulisan dan sebutannya adalah lebih kurang sama dengan bahasa Inggeris jadi pada peringkat awalnya aku tak menghadapi masalah sangat dengan bahasa Jerman ini. Tetapi apabila lama kelamaan baru lah aku sedari bahawa bahasa jerman ini lagi susah daripada bahasa Arab dan Inggeris.Kenapa? Sebabnya sama macam bahasa Arab, setiap benda dalam bahasa jerman mempunyai gender nya tersendiri. jadi kita perlu mengingati setiap gender itu. lain macam bahasa Melayu yang lebih dinamik. Mungkin juga aku menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa jerman kerana umur dah tua baru hendak belajar bahasa.Aku masih ingat teori critical period iaitu had umur yang paling sesuai untuk seseorang belajar bahasa kedua adalah dari 4 hingga 10/12 tahun. Teori ini telah terbukti dan aku banyak membacanya dalam membuat kajian projek akhir dulu.Aku menyukai bidang language acquisition ini kerana ianya sungguh kognitif dan it's intrique me a lot.
Berbalik kepada bahasa Jerman tadi. Selama 3 semester bahasa jerman menjadi duri dalam daging kepada result aku. aku tak pernah hendak mencapai keputusan A bagi bahasa Jerman ini. paling tinggi pun B+ tapi itupun setelah berhempas pulas dengan senjata rahsia. dalam kelas memang aku orang yang paling dungu. setiap soalan yang lec tanya memang takkan terjawab lah. tapi dah tau kita nie bengap boleh pulak aku pergi ponteng kelas Jerman.dalam banyak-banyak kelas, aku rasakan kelas belajar jerman paling lambat sekali jam bergerak.Tapi satu je yang aku minat, pergi ke festival filem jerman. Festival ni selalu berlangsung di Help Universiti di Damansara. Disebabkan festival ini lah aku kenal serba sedikit jalan di damansara. Pernah pada tahun lepas aku sesat cari tempat filem tue sampai sejam lebih berpusing area damansara, bukit kiara dan sebagainya. sekarang nie dah tahu la macam mana hendak pergi sana. Sebenarnya bukan minat sangat pun hendak tengok filem jerman tapi terpaksa pergi kalau tak hilang 10 peratus markah.banyak tue 10 peratus boleh tentukan grade.
sem ini adalah sem terakhir belajar jerman. dan lepas ini memang aku bertaubat takkan ambik tahu dah pasal jerman nie. Mungkin hanya akan ambil tahu pasal liga bola sepak Jerman. Tidak menyesal ambik jerman pun sebab sekurang-kurangnya aku mengenal bahasa baru. setakat nak cakap pergi, makan minum tue boleh la skit-skit dalam jerman.Esok paper pertama dan paper tersebut adalah jerman. Nukilan ini juga dibuat setelah pening membaca nota-nota jerman. Selepas ini mahu tidur awal.Esok mahu baca sedikit sebelum masuk dewan peperiksaan.Aku tinggalkan post kali ini dalam bahasa jerman

vergich mich nicht
On Montag, habe ich um 9 uhr gefrustuck
und dann ist ich zu lange geschlafen

3 comments:

  1. bunga cinta kenariNov 8, 2010, 12:00:00 AM

    ayyo..xfhm der

    ReplyDelete
  2. Ayt german hok last 2 wat sndr ke guno google translate?keh3..

    ReplyDelete
  3. bunga cinta kenari - tak faham ker? takpe guna je google translate

    ainul - nie ayat kawe ingat nih maso belaja jerman.google translate takleh caya sgt.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share