Thursday, November 4, 2010

Ini tulisan yang tidak berpuas hati

Tak tujukan kepada sesiapa tapi mahu ditujukan kepada "something" takut nanti berbaur perkauman pula kan.
Amat sakit kepala memikirkan cara-cara mahu menyiapkan tugasan yang terakhir ini. Masih tersangkut pada satu soalan yang boleh dikatakan teramat susah.
Aku tak kisah kalau diberi soalan-soalan metafizik mahupun bio kimia kerana soalan-soalan yang sedemikian pasti ada jawapan yang konkrit.Masalahnya sekarang tugasan yang aku kena buat adalah abstrak.Masalah yang lagi besar berkaitan dengan sains sosial ini adalah kerana perlu cari rujukannya.Mana boleh main rembat je kan.Ikutkan hati mahu je aku reka sendiri data-data rujukan tue pastu goreng ayat sesedap rasa.
Sesiapa yang rasa boleh tolong aku silakan la tengok pada soalan ini

Media yang manakah paling mendapat tempat di kalangan masyarakat India pada era revolusi digital hari ini? Bincangkan dengan merujuk kepada sebarang penerbitan badan berdaftar.

Mana la aku nak tau orang India nie suka main apa sekarang ni.Lantak la diorang nak berfacebook ke, myspace ke, twitter ke.Nak bincangkan boleh tapi bab nak merujuk tue susah sket.Dah puas  aku cari dalam internet .Takkan sampai kena pergi perpustakaan negara pula kan.Takpelah, jom sape nak ikut aku pergi perpustakaan negara?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share