Friday, November 12, 2010

Pe'el dale FB

Ok..Sape yang ade FB?
Mesti seme ada kan.
Kadang-kadang mesti terasa serabut kan? Betul tak? Aku sekarang pun semacam dah serabut je FB. Baik main twitter lagi best. FB sekarang nie dah bukan macam FB. Bermacam aneka disumbatkan dalam FB. Video penuh.Link2 yang ntah apa-apa ntah disumbat.Pastu ada pulak yang MLM nak join sama memenuhkan wall FB tue.Kadang-kadang benda-benda yang tak berpautan pun hendak dimasukkan juga dalam FB.
Aku tak kata kat orang lain pun, kadang-kadang aku pun ter'emo' jugak menggunakan FB.Segala macam cerita nak bagitau kat FB.Kadang-kadang dah macam takde privasi dalam FB. Kalau nak marah masuk FB. Tak puas hati update dalam FB. Sampaikan nak masuk toilet pun mau jugak update dalam FB.
Ada juga yang jenis suka ceritakan hal peribadi dalam FB. Kadang-kadang best juga baca tapi bile dah terlebih jadi meluat pun ada kan kalau dah sampai tahap 'koyapan' tue kena agak-agak lah. FB nie ramai orang boleh baca jangan nak main redah je update status.Sama juga macam blog nie kan. Tapi senang je jawapan permasalahan nie, tak suka lantak lah. "FB aku, suka hati aku la, tak suka remove je friends".."Blog aku,,tak suka jangan baca." ayat penyedap diri sendiri.hahaha
Apa-apapun pandai-pandailah nak tulis dalam FB.fikir lah sebelum tekan keyboard tue.jangan tulis sampai orang menyampah. Kita tak tau penerimaan orang lain. Takkan pasal dapat period pun nak bagitau kan. hal-hal macam tue kena la simpan jugak.Pastue jangan la nak tunjuk lagak yang kita je banyak kerja.Tue dah macam nak riak lah.Tau la orang lain tak aktif kan. Pastue jangan la nak emo dalam FB atau blog kan. Emosi kena kawal.
Aku cakap nie mesti ada yang melenting lepas nie. Maaflah. aku pun sedar aku nie siapa.Aku pun kadang-kadang ter'emo' juga dalam FB dan blog nie.
Ok lah.sekian sudah.Mahu tidur awal.Selamat malam dunia

2 comments:

  1. aku pn byk jer ter em0 dlm bel0g..kuikui..FB?urm n0 k0men. haha..

    ReplyDelete
  2. adik Shah Rukh KhanNov 12, 2010, 1:10:00 PM

    oooooohhhoooooiiiiiiiii..sentap der sape yg baca..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share