Monday, November 8, 2010

Penangan mimpi dalam mimpi

Tulisan kali ini setelah berjaya mengharungi peperiksaan Jerman pagi tadi dengan jayanya.(dengan jaya sebab dapat jawab semua soalan tapi tak tau salah ke betul, tak mengharap dapat A pun sekadar jangan C).

Semalam menonton satu filem yang menarik, Inception. Barisan pelakon yang boleh dikatakan hebat dengan Leonardo Di Caprio dan diarahkan oleh Christopher Nolan, pengarah Batman Begin dan Dark Night. Filem ini berkaitan dengan cubaan untuk memasuki mimpi orang, menanam idea dalam mimpi orang tersebut.Caranya adalah dengan bermimpi kemudiannya memasuki mimpi tersebut dengan mimpi yang lain. Melalui filem ini, mereka mengatakan bahawa minda separa sedar manusia tersangat hebat dan otak kita lebih kuat digunakan semasa kita tidur atau bermimpi dan kadang-kadang jika kita kuat, kita mampu menggabungkan minda sedar dan separa sedar atau jika tidak bernasib baik kita akan terkandas dalam dunia separa sedar dengan realitinya badan kita sedar tetapi otak separa sedara, ringkasnya dalam keadaan limbo atau koma.
Jadi betulkah apa yang filem ini katakan? Dari satu segi memang betul.Satu ayat dari filem ini yang boleh kita semua fikirkan bersama adalah
"do you realize, when you dreaming, you never remember the beginning."
betul tak apa yang dinyatakan ini? Pernahkah kita ingat apa permulaan bagi mimpi-mimpi kita? Tak pernah bukan. Sebabnya bagi minda yang lemah macam kita yang tak pernah cuba untuk menggunakan minda separa sedar dalam mimpi, kita tak boleh mengawal mimpi kita.Kita selalu hanyut dalam mimpi kita.Kita kadang-kadang sekadar ambil remeh temeh apa yang ada dalam mimpi kita. Kadang-kadang secara kebetulan kita akan terasa kita pernah mengalami kejadian di dunia realiti dalam dunia mimpi. Jarak antara realiti dan mimpi sebenarnya kecil tapi tersangat luas. Tak faham? begini, bagi orang yang boleh mengawal pergerakan antara dalam mimpi dan realiti, jarak realiti dan mimpi akan dianggap sebagai kecil tapi bagi kita akan terasa sangat luas. Sebagai contoh, masa kecil-kecil jika kita bermimpi mengenai hantu, mengapa apabila sedar, kita terasa bulu roma meremang, badan jadi sejuk, berpeluh contohnya? ini kerana, meskipun dalam mimpi, badan kita turut terasa apa yang dialami dalam dunia mimpi.
Jadi banyak pengkaji mengatakan minda separa sedar sebenarnya membawa potensi yang sangat besar kepada manusia. Contohnya, jika kita selalu latih minda separa sedar kita, kita dengan sendirinya atau automatiknya dapat melaksanakan apa yang dihajati. Kuasa yang paling hebat yang manusia ada adalah kuasa imaginasi. Dalam mimpi, kita mampu buat segala-galanya kan? jadi untuk memperolehi kuasa minda separa sedar ini, terdapat cara-cara yang dicadangkan oleh pengkaji barat. Pakar kesihatan sendiri mengatakan jika kita demam atau selsema kita perlu berehat dan tidur.kenapa? Kerana bila kita tidur, kita bermimpi, minda separa sedar kita akan membaiki badan kita. Pasti kita pernah terjumpa dengan sesetengah orang selalu bercakap dalam tidur malah berjalan dalam tidur.Mereka ini kadang-kadang tidak pasti mereka sudah memasuki dunia realiti.
Bagaimana pula dengan mimpi dalam mimpi? Tidak mustahil untuk memasukinya.Kita sendiri secara sedar atau tidak pernah mengalami mimpi sebegini. Kadang-kadang mimpi yang kita alami adalah berkaitan dengan apa yang minda kita mahu dan dikaitkan dengan memori atau kenangan yang kita miliki.
Macam mana nak perolehi bakat atau kemahiran seperti yang ada dalam filem tersebut iaitu dapat memasuki mimpi orang lain ataupun mengawal tindakan kita dalam mimpi? Banyak langkah yang perlu dilakukan dan perlu diulang-ulang. selalu tidur petang bukan satu cara untuk mengecapinya.Tapi antara cara-cara yang boleh dilakukan, semuanya berpaksikan kepada kekuatan dan betapa dalam pemikiran kita.Contoh untuk mengetahui mengawal mimpi boleh dibaca di sini.
Tapi satu perkara yang penting yang perlu sentiasa diingati. Dunia mimpi sangat berbahaya. Jika kita tidak sempat balik ke dunia realiti, kita akan sentiasa terkandas di dunia tersebut dan jasad di dunia realiti adalah tidak berguna lagi.Sama keadaanya dengan orang yang mati otak ataupun koma.
Jadi sekarang kita fikir, sekarang ini adakah kita bermimpi atau dalam dunia realiti?
Bermimpikah aku?
satu jawapan atau penerangan lain berkaitan dengan inception ini adalah mungkin seluruh kehidupan kita ini sebenarnya adalah sebuah mimpi yang kita inginkan. tetapi kadangkala macam mana pula dengan halangan yang kita tempuhi? kita selalu dengar orang berkata "mimpi aku musnah", "awak seperti yang saya impikan" "aku dah lama impikan semua ini".jadi apa hubungannya dengan dunia realiti. seperti yang aku telah nyatakan awal-awal tadi, dunia realiti dan mimpi sebenarnya kecil tapi semuanya bergantung pada individu untuk melebarkan atau membiarkan jarak dua dunia ini sepanjang hidupnya.
bak kata pepatah melayu, "jangan bermimpi di siang hari"

1 comment:

  1. marjina ali babaNov 8, 2010, 3:17:00 PM

    mimpi..mimpi..sy mimpi awak smlm..awak sgt la booncit...huhhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share