Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Takbir sudah kedengaran dari masjid dan surau-surau di kampung aku. Raya Haji di Kelantan adalah lebih meriah daripada Raya Puasa. Tak percaya sila alami sendiri di Kelantan ye. Jika di negeri luar, cuti raya haji hanya sehari dan tidak terasa sangat suasana raya tapi jika di Kelantan, trafik hari ini, malam ini dan semalam sudah sesak. Esok semua yang mampu akan menunaikan tanggungjawab korban. Time korban itu yang meriah. Kalau tak melapah daging di pagi raya rasa macam tak sah raya.Omputih kata 'no excitement'.
Tapi yang agak gusar bila raya haji jatuh dalam penghujung tahun macam ini adalah musim tengkujuh. Sekarang nie pun hujan je sejak dari petang tadi.Berhenti sekejap pastu sambung balik.Kalau hujan pagi esok alamat basah kuyup lah lembu yang hendak disembelih nanti. Apa-apa pun hujan atau tidak ibadat korban tetap kena teruskan. Bersedia semua untuk pagi esok?
Suasana kat rumah nie dah menghampiri suasana raya, dapur dah berbunyi, di bawah ayah aku sedang membersih kawasan rumah.Aku? sempat lagi main internet. Lewat malam sket melepak dengan rakan-rakan sekolah dulu.Tapi memandangkan hujan harus berfikir juga tempat mana mau lepak nie.Pekena teh tarik dikala hujan dengan roti bakar memang sedap.Kedai mana yang ada hidang ubi bakar? Hayaki tak letak dalam menu ke ubi bakar? bagus juga cara nak tarik pelanggan datang kan kalau dalam menu kopitiam ada ubi bakar.
Sekian dulu buat masa ini.Mahu turun sekejap.Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam. Kepada si dia yang tak dapat balik kerana peperiksaan serta mana-mana pelajar universiti yang masih tekun mengulangkaji sebab peperiksaan, sila bertabah dan jangan tertumpah air mata pula di pagi raya esok.
khas untuk si Dia di hati, selamat mengulangkaji pelajaran dan esok jangan lupa pergi sembahyang raya di masjid USM ye.

2 comments:

  1. selamat hari raya aidil adha untuk mu jugok..... =)
    ermmm g mke roti bkar n telur separuh kat white house... best woo...

    ReplyDelete
  2. fadli..betol ke meriah??mcm best je..ngeh ngeh..selamat hari raya jugak..pose tamat x nie?haha..duit raya weh..hihi

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share