Tuesday, November 23, 2010

Selamat Hari Ulang tahun Mama

Selamat hari ulang tahun buat mak aku yang kini dah menjangkau umur separuh abad.
Tiada duit di dunia yang dapat ganti balik apa yang telah mak berikan kepada aku
Tiada peluh yang dapat aku ganti seperti mana yang dia telah keluarkan demi membesarkan aku
Tiada masa di dunia yang dapat aku bagi seperti mana yang mak telah luangkan untuk aku
Tiada benda di dunia yang dapat aku ganti seperti mana kasih dan sayang yang telah mak berikan kepada aku
Aku bukan seorang anak yang baik
aku juga bukan anak yang alim
tapi aku sayang mak aku dan aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan hatinya
berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat dia menangis
aku akan menjadi manusia yang berguna dan membuat mak aku gembira
yang aku cari hanya lah agar dia redha agar sebagai anaknya di dunia dan di akhirat
tiada wanita lain yang dapat bagi kasih sayang seperti yang telah mak aku berikan kepada aku
tiada ucapan terima kasih yang dapat diucapkan untuk menggambarkan betapa bersyukur aku mendapat mak seperti mama aku
Terima kasih mama
Semoga mama dilimpahi keberkatan Ilahi dan sentiasa sihat dan panjang umur serta murah rezeki.
Selamat Hari Ulang tahun Mama

2 comments:

  1. betul tu....
    xde kasih syng standing ksih syg seorng ibu

    ReplyDelete
  2. yup...sayu pulok jd... selamat hari jadi untuk mama mu.... semoga panjang umur, murah rezeki...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share