Thursday, November 25, 2010

Terbatal hajat pakai Wireless

Sebelum ini aku teringin gak nak pakai wireless.Senang sket kan.Boleh surf sambil berbaring atas katil dalam bilik je .Tapi memandangkan rumah aku nie time cuti je ramai orang maka terpaksa la cancel 'arahan dari bos besar'. Tapi setelah aku jumpa artikel kat bawah ini , lega sket. Lepas ini kena berhati-hati lah bila nak 'surfing'. Kalau pokok boleh mati, manusia pun lama-lama mesti kena kesan dia jugak kan. Jangan mati pucuk sudah.hahahaha

Sumber daripada http://myadha.blogspot.com/2010/11/pokok-mati-akibat-wifi.html

ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.

- Agensi



p/s sila berhati-hati selepas ini apabila menggunakan internet di Kopitiam, Mcd dan tempat-tempat lain yang ada HotSpot. Rumah aku guna kabel je. tak canggih pun takpe asal selamat dan stabil.

3 comments:

  1. rumah saya guna wireless..aishh..tapi pokok-pokok hidup subur..

    ReplyDelete
  2. owh....umah aku wifi laa...adeyh...sush jugak cm ni.... tp wireless kn sng...huhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share