Sunday, December 12, 2010

Hidup dan bola sepak ! Bola sepak adalah kehidupan, hidup seperti bola sepak ?

Bola sepak.Satu sukan yang telah diakui ramai paling diminati ramai diatas dunia ini. Bola sepak sekarang bukan sekadar satu permainan. Melangkaui satu sukan. Bola sepak adalah industri. Bola sepak adalah budaya. Bola sepak adalah permainan politik. Pendek kata, bola sepak sudah menjelma menjadi sebuah kehidupan yang tersendiri. Di Argentina sebagai contoh, ada peminat fanatik yang menwujudkan sebuah agama yang berasaskan ' hand of God' Diego Maradona, seorang lagenda bola sepak Argentina. Budaya bola sepak England yang diminati ramai orang Malaysia, di mana saban minggu, penonton menyaksikan pasukan mereka berentap bersertanyaa nyanyian-nyanyian di dalam stadium dan sorakan yang menaikkan semangat pemain bola itu sendiri. Di Serbia, peminat bola sepak mencampur adukkan politik dengan bola sepak apabila mereka melakukan rusuhan semasa perlawanan antarabangsa Serbia dan Itali apabila Hillary Clinton dijadualkan akan singgah di Serbia, wilayah yang sentiasa bergolak sejak dari dulu lagi. Di Malaysia, fahaman politik PAS dan UMNO sering dimainkan orang-orang politik apabila memperkatakan mengenai pasukan bola sepak negeri khususnya Kelantan. Ada sesetengah orang yang memang taksub dengan bola sepak sanggup memperkatakan bahawa bola sepak bukan sekadar hidup dan mati, tetapi lebih daripada itu.

Jika bola sepak kita anggap sebagai kehidupan, boleh kah kita anggap kehidupan itu sebagai bola sepak. Pada pendapat aku, semesti nya tak boleh.Tapi kita boleh mencerminkan satu perjalanan kehidupan sebagai satu permainan bola sepak.Ya, kehidupan boleh diterjemahkan atau ditonjolkan dengan perumpamaan sebuah perlawanan bola sepak atau permainan bola sepak itu sendiri. Contohnya...

dalam kehidupan kita, harapan adalah satu benda yang paling penting.Kita berharap kita dapat duit banyak. Berharap dapat isteri dan keluarga yang baik-baik. Berharap mendapat keredhaan Allah. Dan dalam kita menjalani kehidupan, kita berusaha kearah mencapai harapan kita. Sama seperti bola sepak. Pemain mengharapkan mereka dapat menjaringkan gol atau mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi gol. Pengurus atau jurulatih berharap agar taktik yang mereka guna akan membuahkan hasil diatas padang. Pihak pengurusan pasukan berharap pelaburan mereka akan memberi pulangan kepada mereka. Peminat pula mengharapkan pasukan yang mereka sokong akan menang. Dan dalam mereka berharap, mereka akan berusaha kearah harapan yang mereka letak tadi. Pemain akan berlatih bersungguh-sungguh.Pengurus akan berfikir banyak-banyak mencari taktik yang sesuai. Pengurusan akan cuba membeli pemain-pemain yang bagus-bagus.Peminat akan menonton setiap perlawanan dan memberi sorakan untuk menaikkan semangat pemain. Jadi kehidupan boleh dianggap sebagai bola sepak.

Dalam kehidupan kita, masa adalah satu benda yang sangat penting.Masa adalah satu-satunya benda yang tidak boleh dibeli, tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh diundurkan.Kita sering menyesal tentang masa kita muda apabila kita dah tua. Kita sering menyesal mengenai masa yang kit sia-siakan. Kita sering menyesal mengenai masa kita lapang apabila kita dah sibuk. Sama seperti dalam bola sepak. Masa adalah penentu segalanya. Dalam satu perlawanan bola sepak, masa 90 minit disertakan dengan masa tambahan adalah satu-satunya masa yang telah diberikan. Masa ini tidak boleh dibeli meskipun kelab atau pasukan itu kaya raya. Masa itu tak boleh diundurkan meskipun pasukan itu kalah teruk.Pemain sering melengah-lengahkan masa kerana mereka tahu jika diberikan masa lagi mungkin keadaan dimana pasukan mereka tengah mendahului mungkin akan ketinggalan.

Dalam menilai aspek kehidupan seharian kita, peluang yang ada sepanjang kita hidup adalah satu benda yang sangat  bernilai. Dan bercakap mengenai peluang, nasib memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang kita berpeluang untuk berpindah untuk ke tempat lain. Berpeluang untuk mendapatkan kerja yang lebih baik. Tapi kadang-kadang kita tidak bernasib baik, kita mensia-siakan peluang yang ada.Aku sendiri mensia-siakan peluang belajar dahulu dan sekarang bernasib baik kerana mendapat peluang kedua. Sama apabila kita bercakap mengenai bola sepak. Peluang dan nasib adalah elemen yang penting bagi setiap perlawanan bola sepak. Sebuah pasukan hebat sekalipun jika pada hari perlawanan itu mengalami nasib yang tidak baik mungkin akan mengalami kekalahan. Bayern Munich pada tahun 1999, perlawanan akhir Champion League, menerima kekalahan kerana nasib tidak baik apabila Manchester United menyumbat 2 gol pada 2 minit masa tambahan. Bayern mensia-siakan peluang yang ada sebelum itu untuk menyumbat lebih banyak gol. Penyerang juga berdepan dengan peluang dan nasib setiap kali perlawanan. Ivica Olic dan Diego Milito, 2 penyerang yang pada musim lepas yang menunjukkan kadar gol yang tinggi sebab mereka bernasib baik setiap kali dalam kotak penalti dan mengambil setiap peluang yang mereka ada untuk menjaringkan gol.

Satu lagi aspek yang penting dalam hidup kita adalah kesabaran. Malah dalam agama Islam mengajar umatnya bahawa separuh daripada iman itu adalah kesabaran. Kenapa kita kena banyak bersabar. Bersabar melatih diri kita lebih gigih, tabah dan matang. Bersabar sebenarnya dapat membantu banyak benda dalam kehidupan kita. Apabila tidak sabar, banyak benda yang tidak baik akan terjadi. Contoh terbaik di atas jalan raya. Banyak kemalangan yang terjadi akibat sikap tidak sabar pemandu itu sendiri. Dalam perkahwinan, apabila salah seorang suami atau isteri tidak sabar dengan perangai pasangan masing-masing maka perkahwinan itu akan goyah. Keadaan yang sama juga terjadi dengan bola sepak. Kesabaran adalah sangat penting. Peminat perlu sabar dengan pemain dan pasukan kesayangan mereka. Jangan terlalu mengharapkan kemenangan pada setiap perlawanan.Seperti yang terjadi kepada Kelantan, pada awal tahun ini apabila anak-anak buah Sathianathan tidak memberikan persembahan yang memuaskan ditambah lagi dengan penyingkiran awal daripada Piala FA, maka ramai peminat Red Warriors yang memaki hamun Sathia, pemain malah kepada pihak pengurusan.Tetapi Tan Sri Annuar sabar dengan segala kutukan itu dan bersabar dengan jurulatih dan pemain yang sedia ada. Hasilnya Kelantan akhirnya menjulang Piala Malaysia. Jika Tan Sri Annuar tidak sabar dengan Sathia sudah tentu dia mencari jurulatih lain dan mungkin dengan jurulatih baru, Kelantan tidak mampu menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.Sabar memang sangat penting.

Sekian sahaja lah coretan mengenai bola sepak dan kehidupan. Sebenarnya banyak lagi aspek kehidupan yang ada dalam bola sepak yang tidak aku tuliskan diatas sana. Kita semua boleh fikirkan sendiri apa lagi yang kehidupan ada.Jadi kepada peminat bola sepak sekalian, sokonglah pasukan anda dengan matang dan bersemangat. Kepada yang kurang memahami bola sepak, buka mata, minda selami jiwa peminat bola sepak. Khususnya kepada kaum perempuan, untuk memahami lebih dalam mengenai seseorang lelaki, tengok kepada pasukan bola sepak yang digemarinya. Orang lelaki sangat gilakan bola sepak. Jadi untuk mengambil hati orang lelaki, berilah ruang seketika sekali sekala kepada orang lelaki untuk menghadap pasukan yang mereka minati.


I fell in love with football as I would later fall in love with women: suddenly, uncritically, giving no thought to the pain it would bring. Nick Hornby

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share