Thursday, December 2, 2010

Hujan berpanjangan di Kota Bharu

Hujan lagi.Hari ini boleh dikatakan sepanjang hari hujan di Kota Bharu. Aku tak pasti di daerah lain macam mana tapi rasanya turut hujan juga. Kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai-renyai je hujan tapi tetap hujan dan sebenarnya adalah satu rahmat. Rahmat sebab dapat memberikan suasana yang sejuk dan damai. Diharapkan agar gelombang banjir pada tahun ini tidak besar sehingga menyebabkan kerugian kepada penduduk Pantai Timur amnya dan Kelantan khususnya.

Jadi apa aktiviti yang selalu dilakukan pada musim hujan seperti sekarang ini selain daripada tidur? Satu nya adalah makan. Dan aku rasakan berat badan aku semakin bertambah dan semakin risau. Risau sebab malas nak beli seluar lain, baju lain. Saiz pun dah bertambah 2 tahun nie. Memang perlu lakukan overhaul yang sangat-sangat nekad. Diet dan bersenam. Perancangan selalu ada untuk dua perkara nie tetapi perlaksanaan tue selalu jadi masalah apabila peyakit malas datang.

Sekarang dah masuk bulan 12. Dah penghujung tahun 2010. Dalam masa sebulan lagi masuklah tahun baru, tahun 2011. Jika direnung kembali, banyak yang berlaku pada tahun ini dan secara tidak sedar, cepat masa berlalu. Peristiwa manis, kecewa dan mendebarkan semuanya mengisi tahun 2010. Tahun depan pasti cabaran yang lebih akan mendatang. Semoga apa yang dipelajari pada tahun ini dapat dijadikan tapak untuk menjadi harapan dan teladan pada tahun hadapan.

Selepas ini aku akan cuba senaraikan perkara-perkara yang gembira, sedih yang berlaku sepanjang tahun ini yang terjadi di Malaysia dan khususnya melibatkan diri aku dan kawan-kawan aku. Bila difikirkan juga pada masa, kadang-kadang aku sendiri tak sedar yang aku dah meningkat dewasa. Tapi umur semakin tua, perangai masih lagi tahap remaja.Agaknya bila lah sampai kesedaran mahu bertindak dan berfikir dengan lebih matang.

Sekian dulu. Mahu pergi memasak. Dalam cuaca sejuk ini perlukan makanan sebelum berhibernasi.hehe.Perlukan tenaga untuk panaskan badan. Selalu lupa untuk menulis mengenai bola sepak Kelantan. Padahal selalu dah terfikir nak menaip kat sini. Tak mengapa, untuk ruangan akan datang akan tulis pasal Kelantan.

p/s- Malaysia kalah lagi kepada Indonesia tadi dengan jaringan 5-1.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share