The true test of character is not how much we know how to do, but how we behave when we don't know what to do.
Thursday, December 16, 2010
Kabel mana nak? Sila lah amek sendiri
Entry kali ini bersertakan dengan kabel bawah laut dan kabel elektrik. Rasanya semua orang tahu kedua-kedua kabel ini amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kalo kabel elektrik terputus atau ada burung mati terkena kejutan elektrik kat salah satu wayar tue alamatnya bergelap la satu perumahan maka mengamuk la manusia sebab takleh tengok astro dan pasang kipas. Kalau gempa bumi seperti beberapa tahun yang lepas yang buat kerosakan kepada kabel internet bawah laut, maka tak dapat broker saham nak tengok saham kat Internet dan tak bleh la mahasiswa nak check result exam kan. Jadi sebagai kesimpulannya kedua-dua kabel nie sangat penting. Yang menariknya kat negara kita nie banyak lagi kabel yang amat penting dalam kehidupan seorang rakyat Malaysia. Dari kecik sampai besar. Tak percaya? Tipu la kalau kita tak tau pasal kabel kat Malaysia nie. Aku tak bijak bab kejuruteraan jadi aku bukan nak cakap pasal kabel TNB atau kabel Telekom pun.
Cuba kita tengok..
Lepas UPSR, nak masuk sekolah asrama penuh, ataupun sekolah MARA mahupun sekolah harian biasa yang terkenal kalau takde kabel kirim salam lah.
Lepas PMR pun sama macam diatas. Sekurangnya-kurangnya kita perlukan kabel sebesar tiang api.Setakat guna kabel tok penghulu zaman sekarang dah tak berguna. Sekarang orang guna kabel Kementerian terus,
Lepas SPM, nak masuk u power-power kena cari kabel jugak. Lagi besar kabel lagi senang dapat masuk u. Lagi tinggi kabel lagi senang nak dapat jurusan yang dikenali ramai. Kalau setakat kabel tinggi pokok rambutan, alamatnya dapat masuk kolej u je kot takpun dapat jurusan yang hanya pelajar dan pensyarah je tau, mak cik cleaner kat KB Mall tak akan faham dan tau.
Lepas dapat ijazah nak masuk kerja kena cari kabel gak. Kalau setakat nak minta kerja hantar resume sendirian alamat jadi tukang sapu majlis perbandaran lah. Malah nak kerja jadi tukang potong rumput majlis daerah pun kena ada kabel. Lagi-lagi kalau kerja dengan kerajaan, memang kena pakai kabel besar. Lagi besar kabel lagi senang interview. Malah tak perlu pergi interview, dapat surat tawaran kerja terus. Nak kerja senang, tanya 'Dr' (aku tak tau layak lagi ke dia nie dipanggil dr) fazley. Tengok kabel apa dia pakai sampai dapat jadi dr dan ada kolej sendiri. Kabel 'First Lady' tue. Bukan main besar kabel tuh.
Kalau kerja kontraktor memang tak sah takde kabel. Nak tender sekolah, kena ada kabel kementerian pendidikan. Usahkan nak mintak tender JKR, nak mintak tender renovate stor sukan sekolah pun tak boleh kalau takde kabel.
Kalau kabel besar dan tinggi, orang kerja kontraktor makanan akan dapat bini 4. Ingat senang zaman sekarang nak dapat tender kantin sekolah, lagi-lagi kalau kantin sekolah asrama. Banyak tue dapat. Kalau kabel setakat seinci dua kirim salam lah. sekurang-kurang kena ada kabel Dato takpun Tan Sri. Baru dapat makan banyak perut buncit.
Kabel senang sekali tunggu masa nak mengundi. Masa nie senang nak cari kabel, Bila dah dapat kabel satu pegang betul-betul tapi lagi syok kalau ada banyak kabel. Senang pakai dua kabel besar, satu biru, satu hijau. Kabel dua nie tak lekang dek zaman. Setakat kabel Zaid Ibrahim takleh pakai mana.
Jadi sebagai kesimpulannya, amalan kabel nie dah sebati dalam jiwa masyarakat kita. Hendak tolak ketinggalan, hendak ambik tak dapat. Jadi pengakhirannya memang berserah je lah. Sebab tue kat negara kita nie yang kaya akan sentiasa kaya, yang miskin akan jadi papa. Sebab yang kaya dapat beli kabel besar. yang miskin dapat beli kabel tmnet je.tue pun kena ada kabel gak, kabel telefon. Kalau orang biasa pun tau pasal kabel,takkan ikan-ikan marlin kat Putrajaya sana tak jadi kabel, Bila dah jadi kabel mesti la kena pakai caj kan. Kabel elektrik pun ada caj dia kalau nak digunakan disatu-satu tempat. Kabel politik caj dia duit. Kalau ada kabel yang baik hati mungkin caj dia hanya terima kasih ataupun keikhlasan. Tapi semua bergantung pada niat kan.Kita tengok lah nanti kabel-kabel nie kena soal kat akhirat esok-esok. Boleh tengok lah kabel-kabel nie rentung sebab muatan lebih had takpun kena muatan api neraka yang maha panas nanti. Lagi besar kabel lagi kuat api bakar.
Sekian.
p/s..zaman sekarang nak kahwin pun kena pakai kabel gak. Betul ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perlu kabel kalau nk kawen dua tiga empat.
ReplyDeletegaaa
izzah - hahah.betul jugak tue.kabel dgn pejabat kadi
ReplyDelete