Saturday, December 4, 2010

Rumah Merah dah siap tapi pahat berbunyi jugak


Red Warriors. Gelaran untuk pasukan Kelantan.Sebuah pasukan bola sepak yang diakui ramai mempunyai penyokong dan peminat bola sepak yang fanatik dalam Malaysia. Sebulan yang lepas, Kelantan akhirnya mengecapi jugak gelaran Piala Malaysia dan akhirnya menempatkan diri dalam kelompok pasukan terulung di Malaysia.
Setelah memenangi Piala Malaysia baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil setelah menewaskan Negeri Sembilan, Kelantan berehat dan memasuki minggu nie baru menjalani latihan kembali.Tetapi yang menjadi berita hangat di Kota Bharu sekarang disebalik berita hujan yang hampir setiap hari turun adalah mengenai perpindahan pemain dan krisis pengurusan dan pemain yang sejak akhir-akhir ini semakin banyak yang timbul. Yang menjadi lebih buruk apabila Tan Sri Annuar Musa masih lagi bercuti dan dengan ketiadaan Presiden Kafa ini, semakin banyak khabar angin tersebar.Khabar angin ini sedikit sebanyak menjejaskan persiapan skuad Kijang untuk memulakan kempen bola sepak pada tahun depan.
Setakat hari ini, Kelantan dilihat mengekalkan sebilangan besar skuad lama namun beberapa tonggak utama sebelum ini memilih untuk beralih angin ke pasukan lain. Setelah memenangi Piala Malaysia, banyak pasukan mula buka mata terhadap keupayaan pemain Kelantan dan mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan pemain Kelantan dengan menawarkan gaji yang tinggi. Apa yang dapat disahkan daripada laman web Kelantan.net, Akmal Rizal dan Hairuddin Omar sudah berpindah ke pasukan lain. Mungkin pasukan baru mereka menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada Kelantan. Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada perpindahan ini. Satunya, ada peminat yang menuduh mereka lupa daratan. Ini kerana awal musim lepas mereka berdua dilihat tiada pasukan dan Kelantan lah yang menjadi penyelamat karier bola sepak mereka. Persembahan mereka jika dilihat secara keseluruhannya tidaklah begitu membanggakan. Kedua-dua pemain sudah menghampiri umur 30 yang dilihat sebagai penamat bagi seorang penyerang di Malaysia. Akmal hanya memberikan persembahan yang cemerlang apabila menentang Selangor di Kota Bharu manakala Hairuddin menjadi penyelamat Kelantan pada pentas perlawanan akhir. Namun, bukan bermaksud Kelantan tidak menghargai jasa mereka. Kami peminat Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pemain ini yang telah menabur bakti semusim bersama Kelantan. Mungkin alasan bagi mereka untuk berpindah adalah untuk mencuba dan mencari motivasi baru dalam karier mereka. Kita tidak mampu menyekat pemain yang ingin berpindah tetapi cara perpindahan itu perlulah dalam cara yang betul agar memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pasukan lama, baru dan pemain itu sendiri. Dikhabarkan juga, tiga pemain utama Kelantan yang lain iaitu Indra, Nor Farhan dan Azizi Mat Rose juga telah berpindah. Dikatakan mereka memilih pasukan T-Team. 3 pemain ini merupa tulang belakang pasukan Kelantan pada musim lepas dan ramai peminat kesal dengan perpindahan mereka.Tak kurang juga melabel mereka sebagai lupa daratan dan tamak. Setakat hari ini, pihak pengurusan Kafa dan Sathianathan sendiri tidak mengetahui kemana perginya 3 pemain ini.
Dan bagi menampung kekosongan pemain yang hilang, Kafa telah bertindak pantas dengan  mengambil 2 langkah yang dilihat akan membantu Kelantan dalam jangka masa panjang. Pertamanya dengan menyerap pemain muda daripada Piala Presiden dan keduanya membeli pemain Kelantan yang berada di luar. Pemain Kelantan yang dibeli daripada KL Plus dan Johor FC dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain sebelum ini. Sementara itu, bagi menguatkan lagi sokongan kepada pemain utama, Khalid Jamlus, Wan Rohaimi dan Daniel fadly juga dikatakan mengikat kontrak dan dilihat menjalani latihan bersama skuad Kelantan. Tiga pemain yang boleh dianggap berpengalaman ini dilihat sebagai mentor kepada pemain muda yang lain. Ada yang mempertikaikan keupayaan mereka bertiga disebab umur mereka tapi jika dilihat pada musim lepas dimana Akmal dan Hairuddin juga telah meningkat usia tapi masih mampu memberikan persembahan yang cemerlang jika kena tepat pada masanya. Sathianathan juga menyerap penjaga gol muda untuk melengkapkan skuad yang telah mempunyai Khairul Fahmi dan Shahrizan Ismail. Syed Adney yang gagal memberikan persembahan bermutu musim lepas telah berhijrah ke Sabah jika menurut laman web dan akhbar.
Berkaitan dengan langkah Kafa memperkuatkan skuad Kelantan, ini dapat dilihat sebagai satu langkah yang bijak dan berkait rapat dengan motivasi. Mentaliti pemain banyak mempengaruhi keupayaan sebenar pemain tersebut diatas padang.Sebagai contoh, kebanyakan pasukan juara apa-apa piala selalunya tidak akan berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan mereka disebabkan motivasi. Bak kata pepatah, adalah lebih susah untuk mempertahan daripada mengecapi. Sama juga konteksnya dalam pasukan Kelantan hari ini. Musim lepas rata-rata pemain mempunyai motivasi yang sangat tinggi untuk memenangi Piala Malaysia setelah kalah pada tahun 2009. Dan sebagai persiapan untuk tahun depan, kehadiran pemain muda yang mempunyai motivasi yang tinggi dan kecergasan fizikal yang tinggi, tidak mustahil Kelantan mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia dan mengejar gelaran Liga Super dan Piala FA.
Kehilangan beberapa tonggak Kelantan untuk musim depan sebenarnya jika dilihat secara keseluruhannya tidak akan memberi kesan yang besar kepada Kelantan. Nor Farhan yang selalu bermain sebagai winger dilihat sudah tumpul serangannya. Aksi Indra juga dilihat sekali sekala tenggelam kepada aksi Shakir dan Piya yang lebih mampu mengepalai barisan tengah. Kekuatan Kelantan masih ada disebalik perpindahan pemain-pemain ini. Di bahagian hadapan, Nor Shahrul dilihat masih penyerang paling profilik dalam Malaysia dan terbukti di perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Jika Sathia dapat mengilap Chanturu dan beberapa pemain muda yang lain, itu merupakan satu kejayaan yang baik. Pemain muda yang rata-rata adalah dari Kelantan memberikan motivasi tambahan kepada peminat skuad Kijang. Peminat berasa lebih puas jika pemain yang beraksi cemerlang dalam pasukan Kelantan adalah dari anak Kelantan sendiri. Hanya pemain Kelantan sendiri dapat menghargai dan menghayati kesungguhan dan betapa dalamnya sokongan peminat fanatik Kelantan. Dibarisan tengah Piya dan Shakir masih ada dan dibantu beberapa pemain lain yang diharapkan dapat memberi sokongan kepada barisan hadapan. Manakala di bahagian pertahanan, K Soley, farisham, Subramaniam dan beberapa lagi pemain mampu mengawal gawang Kelantan daripada ditembusi lawan. Dalam perlawanan akhir baru-baru ini, meskipun dengan ketiadaan Azizi dan Subra, pemain pertahanan Kelantan yang semuanya adalah darah daging Kelantan mampu mengawal perlawanan dengan baik walaupun tidak sehebat dengan kehadiran Azizi dan Subra.
Jadi persiapan Kelantan untuk musim hadapan dilihat berjalan dengan baik. Terdapat juga berita kurang enak mengenai pembahagian bonus tetapi itu akan diselesaikan dengan baik nanti setelah kepulangan Tan Sri Annuar nanti. Mungkin pemergian pemain-pemain utama pada musim hadapan adalah satu rancangan untuk menghadapi musim 'awang import' pada tahun 2012. Siapa boleh jangka yang Kafa mempunyai visi yang tinggi? Dengan kurangnya pemain ternama dalam skuad Kelantan, Kafa dapat mengurangkan kos gaji pemain dan ini dapat menjimatkan kantung Kafa seterusnya membuat perancangan belanjawan untuk tahun 2012. Pada tahun itu mungkin Kafa sudah mempunyai perancangan rapi mengenai pemain import mana yang sesuai untuk Kelantan.
Akhir kata, semoga Kelantan akan memperolehi lebih banyak kejuaraan pada musim lepas. Peminat akan sentiasa dibelakang pasukan. Kami peminat tidak hanya melihat kepada pemain tetapi kepada pasukan itu sendiri.

Gomo Kelate Gomo


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share