Thursday, December 29, 2011

tanda dalam kalendar tahun depan

*sumber diambil daripada kelantanfootball.net..

Perlawanan Liga Super The Red Warriors

Januari

10 Januari : vs Lions XII  ( away )
14 Januari : vs PKNS ( home )
17 Januari : vs Johor FC ( home )
21 Januari : vs Kedah ( away )
28 Januari : vs KL ( home )

Februari

7 Februari : vs Sabah ( away )
11 Februari : vs Terengganu ( home )
14 Februari : vs Selangor ( away )
Mac

3 Mac : vs Negeri Sembilan ( home )
17 Mac : vs Perak ( away )
31 Mac : vs Felda United ( home )



p/s..perlawanan yang dibold kan adalah perlawanan tumpuan.Hari valentine pun Kelantan main. jangan jadi valentine's massacre sudah..harap dapat tengok game2 kat Kb n lembah kelang memandangkan januari dan februari akan cuti di rumah. 

Penangan komputer



bila kucing pun berminat dengan komputer, maka boleh dikatakan malaysia kita sudah mahu mencapai wawasan 2020.hahah

Tuesday, December 27, 2011

Penghujung 2011

Lagi 4 hari kita semua akan melangkah masuk tahun 2012.Segala macam peristiwa yang berlaku pada tahun ini dan seperti biasa, diharapkan tahun depan segala macam peristiwa lagi yang akan berlaku akan memberikan kita segala macam rasa dan kepuasan. Tapi, satu nya peristiwa yang akan ditunggu pada tahun depan adalah hari mengundi.Satu lagi yang aku tunggu adalah hari konvo. jika tiada aral melintang atau apa-apa perkara bodoh yang berkaitan dengan server UPM, aku jangka aku akan tamatkan pengajian tahun depan. Mungkin dalam bulan 7 atau 6 macam tue. Tetapi sebelum tue perlulah menyiapkan segala kerja dan mendekatkan diri dengan buku untuk hadapi peperiksaan awal bulan jan nanti. aku nie tak pandai pun, berharap agar semua lepas sudah.asal tak kena repeat sudah.tak berbaloi orang kata. ada setengah orang nie , memang sangat pentingkan markah, boleh jugak dianggap gila markah ataupun tamak markah.Aku tak percaya pun dengan gred yang diadakan oleh universiti nie. Kalau kau dapat a dan aku dapat b atau d sekalipun, tak menentukan untuk subjek itu kau lebih handal dari aku, mungkin kau bawak towol atau kau hafal satu-satu tapi bila kena tanya secara oral tentang apa-apa konsep gagap macam budak tadika nak menjawab jadi kemana nya A atau B kau tue. Kebanyakkan pensyarah sekadar buat je soalan peperiksaan dan tak semestinya soalan yang ditanya tue betul-betul meliputi semua yang diajar atau keseluruhan subjek yang belajar. Tapi itu sekadar dari pandangan aku la, pandangan orang lain mungkin berbeza pulak kan.
Ok lah, sekarang masih lagi bercuti di rumah. Menikmati waktu rehat dengan sebaik-baiknya sebelum kembali menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar balik. Selamat melangkah ke tahun 2012

p/s..baru diketahui bahawa No Ordinary family hanya ada satu season dan mungkin tidak akan disambung untuk musim kedua.cesss

Sunday, December 25, 2011

Ini saja yang aku mahu

Akhirnya...keluar jugak..setelah hampir 6 bulan (? atau kurang) menunggu, akhirnya keluar juga benda alah nie. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, takde fulus pulak dah.adoi lah, kena tunggu kejap nie. Masuk tahun depan, sekurang-kurangnya pada penghujung januari 2012, akan pastikan ada 3 benda alah nie dalam almari.
satu lagi jersey kelantan yang baru..yang akan dilancarkan pada 31hb nie.


p/s..td.dah tengok..dah pegang.takpe nanti dapat jugak.sekurang-kurangnya dah puas hati dapat rasa.hahaada sapa2 nak jadi banker aku?huhu

Wanna watch this



Friday, December 23, 2011

Berakhir sudah

Semakin dkt nak hbs
Tunggu exam
Tahun dpn lagi 6 bulan
kemudian berakhir semuanya
Penantian yang sangat lama
Sangat tak sabar dan takut
markah sudah tak dihiraukan
aku tahu kedudukan aku
bukan ditentukan oleh nombor2
tetapi oleh akal fikiran
hope lies

Monday, December 19, 2011

Moneyball atau duit bola

Moneyball...






asalnya dari sebuah buku yang mengisarkan bagaimana orang kat US terutamanya orang yang berkaitan dengan MLB atau baseball guna cara baru atau pendekatan baru dalam sukan baseball. the grassroot dalam moneyball ini adalah bagaimana untuk menang dalam situasi yang adil? Pendekatan Oakland Athletics yang hanya mengeluarkan lebih kurang 38 juta untuk gaji pemain-pemain nya dalam melawan New York Yankees yang mengeluarkan lebih 200 juta untuk gaji pemain sahaja. Moneyball yang digunakan oleh Billy Beane yang merupakan general manager pasukan tersebut telah membuat rekod apabila menang 20 kali berturut namun malangnya kalah di pusingan playoff. Secara ringkasnya moneyball ini berkaitan dengan 5 benda iaitu

  1. Menang
  2. pemain yang undervalue
  3. statistik
  4. trust
  5. kaya lawan miskin
Jadi setelah konsep moneyball ini digunapakai oleh kebanyakkan pasukan baseball di US, ramai yang berpendapat pendekatan Moneyball mungkin boleh dicuba dalam dunia bola sepak pula. Jika kita lihat, senario bola sepak eropah sebagai contohnya, sangat tak adil.Pasukan yang kaya dapat membeli pemain superstar dengan tawarkan gaji yang sangat lumayan dan berterusan memenangi perlawanan dan piala. Bola sepak seringkali dikaitkan dengan duit dan banyak pemain hanya mahu bermain disebabkan kerana duit. Tidak boleh salahkan pemain utk itu kerana itu adalah kerja mereka tapi bagaimana pengurusan bola sepak melihat senario bola sepak dengan duit itu yang salah. Bagaimana dengan pasukan yang tidak mampu menawarkan gaji yang lumayan , atau tidak mempunyai tuan punya yang kaya.Kita lihat contoh di EPL, bagaimana Wigan atau Norwich mampu untuk bersaing atau ringkasnya memenangi perlawanan jika mereka perlu bersaing dengan Man City atau Chelsea yang mempunyai wang yang jauh lebih banyak daripada mereka. Tengok saja gaji Torres, atau Balotelli, Nasri..kelab-kelab kecil ini bila saja mereka mempunyai pemain muda yang meningkat naik, berterusan kelab-kelab besar akan ambil dan bagi gaji yang mahal seterusnya menang banyak piala. kelab-kelab kecil ini berterusan akan berusaha untuk sekadar terus berada dalam liga EPL dengan pemain-pemain yang ada. 

Pendekatan lama dalam bola sepak adalah mengenai duit. Orang lihat penyerang, jika dia sumbat banyak gol, dia berhak dibayar sekian-kian. orang lihat pemain tengah orang kata dia perlu buat assist yang banyak. dan untuk mendapatkan pemain-pemain ini perlu bayar transfer fee yang mahal seterusnya gaji yang mahal.Lihat apa yang terjadi apa Everton.Everton seringkali menjadi tempat kelab-kelab atasan mendapatkan pemain-pemain ternama. Rooney, Rodwell, Pienar, Arteta.Semuanya daripada Everton. Tapi sekarang Everton berterusan berusaha sekadar untuk mendapatkan tempat ditangga pertengahan liga. Mereka tidak mampu menyaingi Chelsea yang ada jutawan yang bila-bila masa mampu membayar 50 juta untuk seorang pemain penyerang dimana hanya 20 juta Everton bayar untuk gaji kesemua pemain dalam kelab tersebut. jadi moneyball sepatutnya digunakan dalam bola sepak

Kita pergi ke arena yang lebih dekat. Senario bola sepak tempatan kita. Kita lihat pasukan-pasukan yang ternama atau yang memenangi banyak kejayaan pada tahun ini atau musim lepas. Selangor, Kelantan dan Terengganu. Kelantan, mereka memang hilang 3 pemain utama iaitu norfarhan, indra putra dan Azizi mat rose.3 pemain utama yang boleh dikatakan berhak mendapat gaji yang tinggi. tapi kelantan tetap memenangi Liga Super yang tidak mampu dimenangi pada musim sebelum ini pada masa 3 orang pemain ini masih bersama Kelantan. Kelantan mengambil Nurul Azwan Roya yang suku gaji daripada Indra sebagai contoh. Daniel Fadly yang jauh lebih murah daripada NorFarhan. K Soley yang sebelum ini orang kata dah habis. tapi secara kolektifnya Kelantan masih berjaya.Memang sukar untuk menggantikan Indra dan Norfarhan tapi bola sepak adalah untuk menang.untuk mencari pemain yang boleh lawan prestasi 2 orang ini pada awal tahun ini memang mahal. Kelantan tahu itu tapi Kelantan tidak mempunyai pilihan. Kelantan tidak mempunyai duit yang banyak . Kelantan bergantung pada diri sendiri. tidak seperti kelab lain yang disokong oleh kerajaan negeri masing-masing. Still, kelantan mampu masuk final Piala FA dan menang liga super. 
Moneyball dalam bola sepak bukan saja dilihat dari segi gaji pemain atau transfer fee. Kelab boleh develop pemain muda yang ada. Lihat izuan solehudin atau pemain-pemain muda yang naik nama di terengganu. Berapa nilai mereka sekarang berbanding pada awal musim. Aku pasti sangat jauh bezanya. kelab bola sepak tidak sepatutnya hanya melihat kepada gol tetapi lebih kepada ability seorang pemain. Sebagai contoh, Kelantan bagi aku bijak dengan mengambil Norfarhan untuk musim 2012, kenapa? jika gaji pemain penyerang import lingkungan 30 ribu sebulan, adalah lebih menguntungkan membayar 30 ribu untuk dua orang pemain dalam Norfarhan dan Indra putra. Ya, Indra dah semakin tua tapi dia masih ada tenaga untuk bersaing. Lebih menguntungkan Indra dan Norfarhan dapat memberi assist yang seterusnya akan memberikan gol dan jaringan. Norfarhan dan Indra sudah kenal suasana di Kelantan. Dengan pemain import, semuanya masih kabur. menjaringkan 5 gol dalam perlawanan persahabatan tidak menentukan seseorang penyerang itu berbisa. lebih selamat untuk mendapatkan pemain tempatan yang memang masak dengan liga tempatan, masak dengan siapa lawan dan bagaimana pasukan lawan bersaing diatas padang.

Senario bola negara kita nie semuanya berkejar mendapatkan pemain import. Ramai pemain tempatan yang tidak dipandang atau undervalue.untuk jangka masa panjang kita tak tau macam mana polisi FAM, mungkin 3,4 tahun lepas ini pemain import akan di'ban' kembali.Dengan mengambil pemain tempatan yang sudah terbukti  dapat memberikan sesuatu kepada pasukan adalah lebih menguntungkan. Kepada bola sepak negara terutamanya.

Sebagai kesimpulannya, Moneyball adalah satu pendekatan yang menyeluruh. bagaimana kita melihat bola sepak itu sendiri. Semua mahu bola sepak yang cantik seperti Barcelona tapi lihat saja bagaimana pembangunan bola sepak di sana. banyak yang dilaburkan. Macam mana kita definisikan bola sepak itu?

p/s untuk lebih faham mengenai moneyball boleh baca di sini dan disini

Sunday, December 18, 2011

Penangan Musim Hujan Hujung tahun

Sudah seminggu tidur lebih 8 jam sehari, makan tak sampai sepinggan nasi, minum bergelen air.Semuanya penangan demam selsema. Ubat tak yah nak cakap la.Ada sampai habis ubat pun selsema aku tak kebah jugak. Alhamdulillah, sehari dua nie dah ok badan aku. Dah naik muak rasa duk tidur.Nak bangun tak terdaya.Pergi kelas pun aku dah macam zombie, badan kat dalam kelas tapi minda atas katil. Tapi kadang-kadang rasa macam malas nak makan ubat.Ye lah , badan nie macam bertoksin gila penuh dengan ubat je.Panadol tue macam dah imun. Maybe lepas nie kena cari ubatan yang herba.tak elok jugak kan badan penuh dengan bahan kimia je.Ubatan kimia nie penuh dengan side effect. Side effect yang satu hari nanti boleh bawa kemudaratan jugak kat kita.InsyaAllah lepas nie kena cari ubatan tradisional lah pulak.Dah seminggu berehat, mulai hari nie kena sambung balik siapkan semua kerja yang ada sebelum study week bermula. Perkara pertama sekali nak setelkan adalah fyp..sekurangnya sebelum balik cuti semester nanti, aku dah ada benda yang nak ditunjukkan semester depan.kerja-kerja lain pun nak kena siapkan sebelum start minggu exam nie.

p/s..dah setengah bulan.Tak lama lagi akan meninggalkan tahun 2011 yang bawa pelbagai makna

Saturday, December 17, 2011

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Rahsia Chelsea menang



JT lawat stadium chelsea baru-baru nie. patutla Lampard, Torres dapat ilham dari JT dan menang lawan Man City. Dengan kekayaan yang City ada, money can't buy everything right? Tengok Jersey Justin Bieber,siap ada nama.Roman cuba bagi motivasi kat pemain-pemain nya. Lepas nie mungkin kelab-kelab kat EPL akan bawa lebih ramai Hollywood stars bagi ilham. mana tahu Hillary Duff lawat Liverpool ke, takpun  Rebecca Black pergi Emirates Stadium bagi ilham kat Wenger. 

p/s...sbb tue aku tak sokong Chelsea. 

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Saturday, December 10, 2011

El Classico

Perlawanan klasik antara dua pasukan terkaya, terhandal, terbaik, penuh sejarah, di dunia. Nak aku explain banyak-banyak pun aku rasa semua peminat bola sepak sudah tahu apa ertinya derby El Classico nie kepada dunia bola sepak. Dan utk bagi analogi yang lagi mudah bagaimana El Classico nie boleh diterjemahkan dalam konteks kita kat Malaysia nie, aku bagi senario macam nie. Kelantan nie ibarat sebuah negeri dalam Malaysia.Ibu Negeri Malaysia pula tue kat Selangor. Kelantan ada team bola sendiri. Selangor ada team bola sendiri. Masing-masing kuat. Kelantan sejak dulu mahu keluar dari Malaysia, jadi rakyat Kelantan tak suka Malaysia yang selalu kutuk Kelantan. Selangor pula yang mewakili Malaysia tak suka kepada Kelantan sebab nak keluar. Jadi bila bertemu atas padang, budaya, bahasa, politik semua dicampur adukkan. Jadi pertemuan antara Kelantan dan Selangor akan jadi sangat-sangat penting sebabnya bukan maruah dipertaruhkan malah lebih jauh daripada itu. Lebih kurang begitu la serba sedikit macam mana analogi EL Classico nie dalam konteks Malaysia. Malam nie tak kisah lah kita peminat kelab mana sekali pun, tapi EL Classico wajib tengok.Perlukan alasan lain lagi utk tengok EL Classico?Aku bagi 3 yang tambahan;

  1. Mourinho bertemu Pep..sekali lagi.2 jurulatih yang hebat, penuh taktikal, penuh visi
  2. Messi bertemu Ronaldo..sekali lagi.2 pemain terbaik didunia sekarang ini. malang, masing-masing tak berjaya di peringkat antarabangsa.
  3. attacking vs attacking. Barca attacking tiki taka, possession ball. Madrid attacking counter attack, fast, direct..
nak lagi? tengok malam nie

Friday, December 9, 2011

Tak adil atau kemaruk ?


Dunia nie tak adil..betul kan? Aku pasti semua orang pun akan cakap begitu.Yang kaya akan terus kaya.Yang miskin walaupun berusaha kuat mana pun, kalau tak berani buat perkara yang tak beretika memang susah nak jadi kaya. Yang kaya akan berterusan mempertahankan kekayaan mereka. Kalau kita ditempat mereka pun pasti kita akan melakukan perkara yang sama juga.
Ketidak adillan kalau dilihat di Negara kita nie bukan sahaja berlaku di dalam dunia politik malah berlaku dalam semua aspek kehidupan. Pendidikan? Pekerjaan? Secara umumnya boleh dikatakan sudah menjadi budaya. Puncanya? Semua mahu yang terbaik. Semua mahu jadi yang terbaik. Semua mahu senang. Semua mahu menjaga muka. Ya, ada orang akan kata perlu bersyukur dengan apa yang ada. Tapi syukur saja tanpa berbuat apa-apa tak ada gunanya jugak. Semua dah tahu budaya kipas mengipas.Guru di sekolah rendah lagi dah beritahu murid-murid “ kena ada kabel, sebab nanti senang nak dapat kerja. Kena kipas baru dapat pangkat tinggi. Kena kipas baru dapat markah tinggi.”
Pensyarah kat university pun cakap macam tue jugak. Orang dah kerja pun cakap jugak. Orang Negara kita memang dah sebati dengan ayat-ayat macam nie, “ dia tue dapat PTD sebab ada kabel” ‘ Dia tue masuk U tue sebab ada orang kat dalam” “ die tue sedap lah sebab ayah/pak sedara/kaum kerabat kerja kat situ”..Jarang sekali kita dengar, alhamdullillah, rezeki dia.
Yang buruk sangka satu hal, yang tak puas hati atau senang cerita dengki satu hal lain pula.Dari sekolah rendah lagi kita sering dengar macam nie, “cikgu, saya nak buat balik ujian” “mana aci kau dapat tinggi dalam BM” “cikgu, dia tue tiru orang lain” “cikgu saya buat balik” “jom kita conteng buku dia”. Kita selalu je tak senang dengan kejayaan orang lain. Kalau boleh dalam fikiran kita, kalau dia dapat, kita perlu dapat jugak, kalau kita tak dapat, dia pun tak dapat jugak. Mak bapak kita pun selalu cakap, “ anak dia tue masuk u sana, kau kena masuk u sini” “anak dia tue masuk situ sebab kabel, kita kena guna kabel jugak”. Bila dah besar, maka ramai la budak-budak yang u terutamanya yang melayu, (aku tak nak sentuh yang berkaitan agama sebabnya semua dah pandai agama, dah belajar agama dari kecik lagi, dan kalau orang yang tahu pasal agama, dia dah tahu pasal syukur, redha dan juga ikhlas), akan mula menampakkan cirri-ciri dengki dan tak puas hati. “kenapa markah aku rendah? Dia tue bukan pandai sangat pun” “dr, saya nak markah tinggi selepas saya buat yang ini”, “eh, kau tiru dia kan ujian baru-baru nie”.
Ketidak adillan. Bila tidak adil banyak, maka benda lain banyak datang. Kemaruk dan gila kuasa datang. Masa kecik gila markah, masa u gila markah, masuk kerja kemaruk pangkat, kemewahan dan kuasa. Bila dah semua kemaruk, rosak lah masyarakat. Yang atas selamanya kemaruk kuasa, yang dibawah sentiasa dengki dengan kemewahan.Yang tinggal?

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Benda annoying dalam FM

Football Manager boleh dikatakan antara game manager bola sepak yang paling realistik, yang paling meluas yang paling diminati oleh semua para peminat bola sepak. Dah berzaman orang main FM dan kepada yang belum main, harap cari dan main dan nikmati fantasy menjadi manager kelab yang diminati. Tetapi seperti juga hidup, yang tidak semua benda adalah sempurna, FM ada beberapa benda yang boleh membuatkan kita sebagai manager rasa nak sepak atau tumbuk laptop atau pc sendiri.

Benda-benda yang membuatkan darah naik dalam FM

  1. Penyerang buat shot 20...shot on target 5.Midfield buat shot 12..shot on target 3.tetapi jaringan hanya 1 dan pihak lawan yang buat 2 shot,tapi masih boleh menang dengan jaringan 2-1.
  2. 10 minit terawal dah ada pemain kita yang kena layang kad merah.Sebelum nie nak kata kad kuning pun dia tak pernah dapat
  3. Kita nak beli pemain A daripada kelab AA dengan harga 20 juta. Kelab lain datang tawar harga 11 juta pun kelab AA dah terima.
  4. 5 musim tak ada seorang pun pemain kelab kita menang world player of the year walaupun menang champions league berturut-turut dan liga berturut. Asyik2 messi, ronaldo yang menang.
  5. Bila nak jual pemain kelab kita, semua kelab tak nak beli dengan harga yang sepatutnya.
  6. 3 minit perlawanan bermula, pemain pertahanan dah kena usung keluar.lembik macam perempuan walaupun dalam stats dia natural fitness 19
  7. Kita beli penyerang dengan harga yang tinggi (cthnya..50 juta) selalu turunkan dia, bagi gaji tinggi daripada orang lain tetapi di akhir musim..hanya jaringkan gol 5.3 daripadanya adalah penalti.
  8. Barisan penyerang di kelab kita lebih hebat daripada gandingan ronaldo dan messi dalam dunia sebenar tetapi yang banyak jaringkan gol adalah dua pertahanan tengah kita.
  9. Mahu membeli pemain muda daripada amerika selatan, scout cakap dia nie power, maka belilah dengan harga yang mahal, tetapi bila 10 perlawanan, hebat Mat Yo lagi.

ESMP - senang citer..bangang

Ingat aku nak bayar lagi? dah lebih pun dah potong, gila mau mintak lagi? baik buat sesiapa2 yang kerja kat UPM bahagian IT nie, sila balik bukak buku programming balik, kalau kerja makan gaji benda ralat macam nie tak boleh nak setelkan, senang citer memang bangang.Menyusahkan orang.Macam nie nak rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Bangang..senang cerita.1 sen pun aku tak akan bayar lagi..

Sunday, December 4, 2011

Penangan Ombak Rindu




Sana sini, dalam fb, seme duk bercakap pasal ombak rindu. Yang dah kawen ajak suami tengok Aaron Aziz..Yang couple bawak pakwe tengok Maya Karin. Yang single kumpul kawan-kawan tengok Lisa Surihani.Bila selesai tengok woyam tue, suami akan pegang tangan isteri, pakwe akan pegang kardigan makwe, yang single2 pegang tisu.Yang tersengih tauke GSC dan TGV. Dan dalam media, semua orang memberikan respons yang baik kepada filem yang diadaptasi dari novel yang tajuk sama ini. Aku percaya tak mustahil filem ini akan beri keuntungan yang besar. satu faktor kerana sekarang ini filem hollywood macam cool down seketika jadi beri peluang kepada filem tempatan nak mencelah. Fenomena twillight rasenya dah cool down sedikit. Dengan status Ombak rindu yang pasti akan capai box office, akan memberi impak yang baik kepada industri filem negara dan budaya membaca negara kita nie.Aaron Aziz akan menempatkan lagi namanya sebagai pelakon yang berkaliber. Pengusaha filem akan lebih rancak untuk membuat filem selepas ini. Banyak novel akan diadaptasi kepada filem di masa akan datang. Orang akan mula banyak membeli novel-novel di kedai-kedai buku. Banyak novel yang akan dikeluarkan oleh para penulis negara kita. Ramai orang akan mula hargai karya seni tempatan kita. kalau kita sebelum ini kagum dengan karya harry potter, the lord of the ring yang diangkat dari novel, apa salahnya selepas ini kita kagum dengan trilogi Tombiruo dari Ramlee Awang Murshid ataupun karya-karya HM Tuah, nukilan Faisal Tehrani yang islamik ataupun mahakarya Sasterawan negara kita seperti Salina oleh A Samad Said. Dengan kerancakan ini, budaya filem dan membaca rakyat negara kita akan meningkat dan barulah kemajuan yang kita semua ingin kejar akan dapat tercapai.

p/s..aku tak pergi pun woyam..aku sumbang industri melalui astro first je lah nanti.pengalaman tengok woyam filem malaysia selalunya tak begitu molek untuk aku.

Saturday, December 3, 2011

Update on my FM

Still on playing FM2012.Currently managing Man City.I actually playing Man City not because of the money that they have but looking on adding the trophy and the challenge that came with it. We all know that Man City is a club that long had been overshadowed by Red Devils and now, backed with 'oil money', they begin the steps to be recognized as one of the clubs that need to be reckon with. The first step i did managing Man City is looking to solve the problem in defender right and midfield. yes, man city has already many world class midfield but in order to compete in all competition, i still need one trully world class midfield center. Nigel and Yaya toure are more on defensive, and Silva and Nasri more toward attack. Milner and Barry are more suitable to be the key, box to box MC. at first i tried the newbarcelona formation which adapted 4-3-1-2. With 1 DLP supported by ball winning midfield and advanced playmaker. In term of strikers, Man City has enough back up. Aguerro, Tevex and Dzeko are all superb. Other main problem was finding the best defender right. In the first season, only zabaleta is the best they have and i tried to find other that can challenge him. Maicon is too price, and old already. der Wiel has some problem with the injury fitness. The best one i could get was Darijo Srna. This one is trully inspiring signing. Really made a lot of assist as i play him as wing back right. In MC, i managed to buy Ganso from Santos. Not only he is as good as lampard, he is still young. He will be the key of Man City. My vision with City was to develop our player and not rely on buying top-top players in the future. yes, the price for Srna and Ganso are high as i bought them for 60 million both. But this investment was successful one.
In the first season, Aguerro was superb. Top scorer in the team. With around 30 goals in all competition. One player that i used as Aguerro back up is balottelli. tevez is also wonderful player. really helped in attacking. Barry is the one that really machine in the middle. I used him, de jong and Yaya toure as the core midfield.We manage to be the England champion but lost to barcelona in champions league quater final. Entering second season, i tried to applied 4-3-3  as i want more goals. So i get Pedro, Cavani and yaya sanogo to help the attackers. Pedro only cost me 13 million as he was transfer listed in Nou Camp. Cavani price 35 million. It was worth it. With new formation and rotation with the help of milner, nasri, vladimir weiss, this time we manage to be the champion of europe. In the third season, i did not buy big. Only bought Kyriakos papadoulous for 12 and Jordan Henderson to be the replacement for the aging Barry. In term of finance, i manage to sell Silva, adebayor, kolo toure, zabaleta, santa cruz in span of 3 season so i guess i somehow balance the money that i spent with the money that i get from the salary cap that was reduced with the sale of those players.
next step in Man city was rebuilding with the core players. Some aging players need to be replaced with the new one. Looking for bargain young player that can play in midfield and defence. In strikers, yaya sanogo still young and balotelli still a killer in the penalty box.

Friday, December 2, 2011

Masuk Disember

Mula-mula sekali kena ucap syukur sebab dah berjaya masuk Disember. Bulan 12 nie petandanya dah nak tamat tahun masihi 2011. Lagi 30 hari maka akan melangkah masuklah ke tahun 2012. Masuknya bulan 12 ada 3 benda yang aku akan tempuhi ;

  1. hujan dan hujan
  2. presentation
  3. persiapan untuk final exam
tambahan untuk yang diatas lagi, sibuk nak menyiapkan FYP dan tugasan2.Sibuk dengan "kerja luar" lagi.Bola sepak pun semakin rancak.Kat Eropah dan di Malaysia. Duit pun jadi macam air hujan, senang je kuar tak reti-reti nak berhenti.Tapi satu benda yang suka sama dengan disember dan hujan, banyak je tidur sebab malas nak keluar.Kena berjaga-jaga juga sebab tak mahu demam hinggap. 

Apapun, selamat datang Disember.Bulan penutup..Selesaikan azam tahun 2011 sebelum buat balik azam tahun 2012.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah.Seluruh dunia Islam menyambut tahun baru hijrah dengan penuh kesyukuran dan penuh harapan. Melangkah ke tahun baru ini menandakan bermulanya pengembaraan yang baru bagi semua Muslim di seluruh dunia. Dan pengembaraan ini berpaksi kepada keredhaan kepada Allah swt.
Dalam kita melangkah ke tahun baru ini, pastinya kita tak lupakan peristiwa-peristiwa yang lepas yang berlaku pada tahun sebelum ini. Dunia arab ataupun timur tengah secara amnya diharapkan dapat mencari satu penyelesaian yang dapat mengembalikan keharmonian, keamanan yang seterusnya diharapkan dapat mengembalikan kuasa dunia arab. Libya masih bergolak..Syria, Jordan, Mesir masih lagi tidak stabil. Kuasa Iraq masih lagi terumbang ambing. Di Palestin nasib belum berubah. Iran masih lagi dicemburui kuasa-kuasa dunia. Arab Saudi dan jiran-jirannya masih lagi dilihat terlalu mengikut telunjuk Barat. Di sebelah Asia pula, Pakistan masih lagi dibawah pengaruh Amerika Syarikat. Afghanistan masih lagi memerlukan masa untuk membina identiti. Indonesia masih dibelenggu kekangan ekonomi. Malaysia walaupun stabil tapi Islam masih lagi dihentam dari kiri dan kanan. Secara keseluruhannya dunia Islam masih lagi tidak stabil. Meskipun kebanyakkan negara-negara Islam dalam dunia ini mempunyai sumber yang boleh dikatakan banyak dan kaya namun disebabkan kekangan teknologi dan pendidikan, kebanyakan negara Islam masih ketinggalan jauh. Pergolakan politik yang hebat pada tahun lepas di Mesir dan Libya telah membuka banyak mata. Semua negara kini semakin berhati-hati dengan pergerakan orang muda. Dalam dunia serba canggih sekarang, internet adalah medium terbaik untuk menyampaikan apa jua ketidak puas hati dan menjadi tempat untuk mencetuskan revolusi untuk kepentingan masing-masing.
Bagi kita, umat Islam di Malaysia ini, kita boleh katakan kita bersyukur kita masih lagi bebas untuk melakukan suruhan Allah tetapi masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki bersama. Kita tidak seharusnya lalai dan leka dengan nikmat yang dikurnia kan Allah dan bersama-sama berusaha untuk meningkatkan lagi martabat agama Islam yang kita semua cintai ini. Semoga tahun baru hijrah yang datang ini akan dapat menlonjakkan pemikiran kita semua sebagai umat Islam untuk melangkah lebih jauh dan lebih efisyen menempuh dunia yang semakin bergerak pantas tanpa meninggalkan ajaran Al Quran.

Salam Maal Hijrah kepada semua.

Friday, November 25, 2011

Lagi Penangan FM2012



Skuad Malaysia jatuh acuan mana ye? Mungkin satu cabang lagi, bawah naungan Sultan Bola..

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday - Teeth and water


????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
For the sake of your kids, never stay in Kelantan. Utusan said it bad....ptuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya


Tahniah kepada skuad Bola Sepak Malaysia yang berjaya merebut dan mempertahan kan pingat emas di Sukan Sea semalam. Yang lebih manis apabila seluruh negara menyaksikan skuad muda negara menyerang segala asakan Skuad Garuda di laman mereka sendiri. Meskipun ada pihak yang mengatakan Malaysia hanya menang nasib dengan penalti tapi dengan penalti lah kekecewaan yang paling susah hendak diterima. Tak percaya tanya Roberto Baggio di Perlawanan Akhir Piala Dunia 1994. 
Apa-apaun perlawanan semalam memang sangat mendebarkan dan seluruh peminat harimau malaya terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar untuk membuktikan bahawa Malaysia masih lagi digeruni di rantau asean ini. Kejayaan bola sepak Malaysia semalam diharapkan dapat mengukuhkan lagi semangat bola sepak peminat-peminat tempatan kepada bola sepak Malaysia seterusnya mengorak langkah yang lebih jauh untuk setanding dengan kuasa-kuasa bola sepak yang lain. Target seterusnya sudah pasti mempertahankan apa jua gelaran yang sudah dimenangi, terus mengolah langkah di rantau yang lebih besar di Asia dan meningkatkan mutu persembahan liga tempatan.
Dan kepada Indonesia, terimalah kekalahan dengan sebaiknya. Aku tengok banyak je orang indon duk bakar bendera malaysia, macam kesian pulak sebab membazir. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dalam skuad Harimau Malaya semalam. Semoga kejayaan semalam membawa langkah yang lebih besar di masa depan nanti. Selamanya harimau Malaya.

p/s...angkat tangan Ong Kim Swee ganti Rajagopal...Fakri Saarani boleh tidur lena la kot walaupun semalam main tak berapa nak elok lagi. Apek sekali membuktikan dia penjaga gol nombor satu di Malaysia dan harapan Apek terus kekalkan persembahan cemerlang untuk Kelantan pula lepas ini.

Sunday, November 20, 2011

Perlawanan akhir Sukan Sea 2011

Malam esok, tuan rumah, Indonesia akan bertemu dengan jiran tetangga, musuh tradisi, Malaysia. Pastinya malam esok akan menjadi satu acara sukan yang paling mendapat liputan meluas dikalangan media Malaysia dan Indonesia. Malam esok, ribuan penyokong Indon akan bertumpu ke stadium dan mengharapkan pemain-pemain mereka dapat menembus luka kekalahan baru-baru ini dalam peringkat kumpulan.
Banyak benda yang membuatkan perlawanan malam esok akan menjadi satu perlawanan tumpuan.Satunya sebab perlawanan akhir bola sepak. Kalau pasukan yang menang sukan sea, selalunya pasukan tersebut akan menempa kejayaan yang lebih di masa akan datang. Macam Malaysia yang menang sukan sea pada 2009 seterusnya menang Suzuki Cup pada tahun lepas. Ya, rantau Asean kita nie bukan ada satu pasukan yang betul-betul kuat. Tetapi semua mengakui Sukan Sea adalah medan untuk mengukuhkan nama negara masing-masing. tambahan lagi, pemain-pemain yang bermain dalam sukan sea ini adalah pemain yang berumur bawah 23 tahun jadi mereka lah yang akan menjadi tonggak pasukan bola sepak negara pada masa akan datang.
Berbalik kepada pertemuan Indonesia dan Malaysia. Selain sejarah, seperti Melaka melawan Majapahit atau Tunku Abdul Rahman lawan Sukarno, banyak faktor lain yang menyebabkan setiap kali perlawanan antara Malaysia melawan Indon, pasti ramai yang akan mengambil tahu. Lihat saja berapa ramai amah-amah Indon Malaysia yang gajikan.Berapa ramai anak gadis Malaysia yang lari ke Lombok.Berapa ramai budak Malaysia yang belajar perubatan terutamanya di Indonesia. Pendek kata, pasti ada saje perkaitan yang membuatkan masing-masing negara mahu membuktikan bahawa negara masing-masing adalah terbaik.
Bagi aku, Malaysia tetap tempat tanah darah tumpah. Kalau aku kutuk sekalipun semua itu untuk kebaikan negara sendiri. Bagi Indonesia pula, aku langsung tiada kaitan malah nak kata tak suka tak jugak, nak kata suka mungkin ada beberapa aspek yang aku suka pasal Indon. Selain cewek-cewek Indon yang lawa-lawa,bagaimana Indonesia mendapatkan kemerdekaan mereka dan revolusi-revolusi yang telah terjadi disana amat menarik perhatian aku.Tetapi kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa setiap kali Malaysia bertemu Indonesia, orang-orang di seberang sana yang lebih emosi melihatkan seolah-olah mereka teramat dengki dengan apa yang Malaysia ada. Orang Malaysia tidak pula berkelakuan sedemikian. Contoh terbaik kalau bas pemain malaysia nak masuk stadium, dikatakan setiap kali bas nak masuk mesti bas tersebut akan dirosakkan menyebabkan pemain-pemain Malaysia kena bawa masuk menggunakan kereta perisai. Ada perkara sedemikian berlaku di Kuala Lumpur? Nehi...Kalau betul Indonesia tue benci, dengki sangat-sangat dengan Malaysia, kenapa ambil Safee Sali? Kenapa hantar jugak amah-amah ke Malaysia? jawab-jawab. Aku memang tak paham. Mungkin sentimen bangsa tue sangat kuat dalam diri mereka. Apa yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia tidak pula terjadi dengan negara-negara lain seperti Indonesia dengan Singapura contohnya, Malaysia dengan Singapura atau Thailand. Kalau diikutkan Malaysia dengan Singapura lebih kuat pertalian sejarah. Mungkin juga seteruan Malaysia vs Indonesia nie disebabkan 'ganyang Malaysia ' dulu.
Berbalik kita kepada bola sepak. Kalau dikaji dari segi permainan, Malaysia masih belum menyakinkan. Berbanding dengan Indonesia yang dilihat lebih pantas dari segi serangan. Jika tidak keterlaluan aku mengatakan bahawa kebanyakan kemenangan yang malaysia raih adalah disebabkan faktor 'luck'.tetapi faktor itu adalah yang terpenting dalam bola sepak. Buat apa main cantik, shot on target 30, kena palang gol, kena tiang gol tapi takde nasib bola tak masuk? baik main tak cantik, shot 1 tetapi satu shot tersebut terus masuk gol dan dapat kemenangan. Jadi, malam esok aku yakin dan percaya, Ong Kim Swee sudah ada percaturan taktikal yang tersendiri untuk misi mendapatkan pingat emas seterusnya meleburkan ego Indonesia dalam laman mereka sendiri. Semoga skuad Negara akan berjaya pada malam esok. Kita rakyat Malaysia sesama-sama lah memenuhkan kedai mamak menonton perlawanan pada malam esok dan jangan lupa ajak Indon kalau terjumpa dimana-mana tengok bola sekali.

Thursday, November 17, 2011

Mindfull Thursday

Lecturer aku kata duit nie ada 3 sifat?
Satu duit nie tak pernah cukup
Dua, duit nie akan buat kita selalu cari
Tiga, duit nie akan buat kita buat duit lagi

Semua betul.Aku kata ada 2 sifat lagi
Duit nie buat orang happy
Duit nie buat orang gila

Tak kisah la apa pun sifat duit nie, tapi yang pasti duit yang buat dunia berputar,
ada orang cakap duit tak leh beli segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit.

Tuesday, November 15, 2011

Now..i feel more alive than before

never been better
feel more alive
will smile
will do what need to do
will go where need to go
will finish when need to finish
calmer
stronger
happier
livelier

Pretty Ugly




Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikanku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih ke tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

(Korus)
Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Lukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku

Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku inginkan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikanku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan kusuluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saat yang ku nanti dikau bahagia

Monday, November 14, 2011

Budaya mengharap selalunya akan tertiarap

Hari ini bermulanya SPM di seluruh negara kita. Para pelajar pastinya mengharapkan agar mereka dapat menjawab semua kertas soalan dengan baik seterusnya mengharapkan agar mereka dapat menempatkan diri dalam institusi pendidikan tinggi yang baik-baik. Para cikgu pula mengharapkan agar anak murid mereka dapat menjawab kertas soalan dengan baik dan segala apa yang telah mereka ajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pihak sekolah mengharap pelajar dapat jawab soalan dengan baik, dapat keputusan yang baik, seterus menaikkan nama sekolah. Ibu bapa mengharap anak-anak dapat jawab dengan cemerlang, masuk universiti yang kelas-kelas, seterusnya membina langkah kerjaya yang bagus-bagus.
Kita, rakyat Malaysia nie memang tak boleh lagi dengan budaya mengharap. Budaya ini sebenarnya bagus. Harapan sebenarnya memberikan kekuatan. Tetapi kalau terlalu mengharap dan berharap, kadang-kadang kita akan tertiarap. Contoh terbaik dalam MLM.Semua inginkan kekayaan. Semua berharap agar dapat duit banyak-banyak. Sebab itu dalam banyak MLM, yang tukang cari mengharap agar ramai orang dapat masuk dan bagi duit. Tapi selalunya MLM yang tak ikut cara yang betul, ramai yang tertiarap apabila harapan yang mereka harapkan musnah sebabnya berharap semata-mata akan jadi sia-sia sahaja.
Contoh lain lagi pasukan bola sepak negara kita. Setiap kali pergi kejohanan, semua pihak akan berharap dan mengharap agar pasukan negara memberikan persembahan yang baik seterusnya menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Seperti yang berlaku sebelum ini, bila lawan Singapura, semua peminat marah sebab Malaysia tidak dapat berikan kemenangan yang diharap-harapkan maka harapan peminat tue menjadi maki cela. Tapi apabila Malaysia menang lawan Thailand pula, harapan ditunaikan tetapi ramai yang menambah berharap kepada sesuatu yang lebih lagi. Selepas ini, apa-apa pun keputusan yang pasukan negara kita perolehi selain mendapat pingat emas akan menjadi satu kegagalan yang besar, gara-gara harapan yang terlalu besar untuk digalas. Ya, tidak salah untuk berharap tinggi. Orang kata, berharap tinggi, usaha kita akan jadi kuat jugak. Tetapi selalunya tidak sebegitu. Orang kita terlalu berharap dan mengharap.Akhirnya tertiarap
Kita berharap agar negara kita selalu stabil tapi hakikatnya kita banyak berpecah dalam setiap aspek politik dan kaum. tengok bahasa. Dulu orang angkat BM dengan harapan dapat satukan semua kaum. tapi lihat sekarang, Cina harap bahasa mereka jadi bahasa kedua di dunia selepas English, India harap bahasa mereka tak akan pupus macam sanskrit. Melayu sendiri harap semua pandai English agar tidak ketinggalan. Akhirnya BM tercicir disebabkan harapan masing-masing yang tidak disesuaikan.
Dalam hubungan memang harapan paling besar main peranan. yang bujang berharap agar dapat jumpa makwe. yang dah ber'couple' harap dapat kahwin atau bertunang. Yang bertunang harap dapat jumpa di jinjang pelamin. Yang dah kawin harap dapat anak. Yang dah dapat anak harap dapat anak lebih ramai. Yang dah ada bini satu harap dapat bini satu lagi atau lagi dan lagi. Harapan semua ini ada yang bagus, ada yang tidak. Semua kita berharap dapat jumpa seorang macam dalam buku atau filem. Semua kita mengharap agar seseoarang dalam buku atau filem menjumpai kita. Setiap orang berharap pasangan kita terima apa kita ada. Setiap orang mengharap agar kita dapat terima apa jua yang pasangan kita ada. Tetapi kadang kala kita tak sedar, terlalu mengharap dan berharap akan buat kita tertiarap. Terlalu besar gunung kita harapkan, akhirnya ke dalam laut juga ia akan tumbang. Hanya kepada Allah kita boleh berharap dan mengharap. Dia yang Maha Kuasa tidak akan sia-siakan harapan kita. Semua benda seharusnya kita berharap kepada Nya. tetapi, harapan itu perlulah disertaikan dengan usaha. Pernah ada seseorang mengatakan, angan-angan menjadi harapan, harapan menjadi impian dan impian menjadi realiti.
Sebagai pengakhirannya, harapan walaupun sebesar zarah sekalipun, jika pandai dan bijak, boleh menjadi setinggi everest tetapi harapan walaupun secantik bulan, jika lalai dan gopoh, boleh menjadi sejauh bintang yang selamanya tidak akan kita dapat capai. Boleh berharap tetapi jangan mengharap.

Friday, November 11, 2011

FM 2012 My Inter story

Yes..All football maniacs had gone awol this month. All because of the new release of FM2012. i also had got a piece of it. The new version offer a lot more for football fanatics out there. With added features such as more PR functions, a more user friendly match preparation, managing a football club never been harder.
One thing that i like the most about this new FM is the current database that involving Malaysian football. Thank god this time around FM have used a more realistic and logical football names. Despite that, the stats of some player still mismatch with the current one. At least Nor Shahrul Idlan Talaha is still the best strikers in Malaysia, i got nothing to complain more.I started to play Kelantan and Inter for the new FM.But managing Kelantan is very very hard. With the non transfer window shutting down, you can buy player all year long and worse, harimau muda player are up for sale.The attendance is awful, i meant how they did not realise that the minimum attendance in Sultan Muhammad ke 4 stadium is way higher than just 5000? it should be at least 12000.And i don't understand why Malaysian Super League must have at least one player under 21 in the first eleven team? that rule has long gone in reality world. However i must congratulate FM as this time, they almost got everything as they should be in real world. I mean Terengganu is so strong and Negeri Sembilan is way better with all the line up.
Move on to Inter..i guess it must a dream come true to replace Ranieri early in the season , even better replace Gasperini before he destroyed Inter just like in the real world. Inter at the beginning did not have extravagant money so i just have to deal with the players that already in the club. Next one secure the contracts of some co-own players. I signed in long term Joel Obi as i predict he can be backup midfielder for Sneider and Cambiasso. Overall, all positions in Inter team are strong. The main problem is some key positions are old, the same with real world. But there's nothing i can do about it as there's not much money available yet. (i wonder where all the money from Eto sale gone?). the next step is to choose the right tactics to accompany all the best player in San Siro. I mean we got many strikers, not much natural winger and many central midfielders, with aging defenders. So, i surf and found some wonderful tactics.
The first one is 4-3-3. this tactics was used for barcelona.It used 3 strikers, 3 CM and the usual backfour. I guess i can give it a try as Pazzini, Zarate, Forlan, Milito are all excellent striker. But have  modify a little as the tactic required 2 Defensive Forward to accompany one trequesta. So i put Pazzini as target man, Milito work best as Deep Lying Forward and Forlan as Trequesta. It really work. Forlan is natural killer in that position with the supply from Zarate who usually swap role with Milito. Pazzini is the one that make defenders running with his head. For Midfield, Sneider, Coutinho, Dejan, Cambiasso, Motta and Poli are all natural CM. With that tactics, Sneider, Cambiasso and Motta really blending together. For the defender there are not much a problem. Maicon on the right, Lucio and Samuel in center and Nagatomo with Chivu (occasionally) on the left. Maicon is a beast on the right back. Lucio scores a lot with his header. With this tactics, my Inter started to be the King of Serie A before long. Entering January, my Inter separated others with 3 match points. Then something wonderful happen. My board give extra money for transfer and then i found out that Tevez is unhappy in man city. Just like in real world. I mean this is a golden chance. I bid for Tevez. Man City agreed to sold him for 29 Million. Quite a lot actually but i guess i must not miss the chance to sign Tevez. Put aside his problem, he still is the most feared striker.Beside, Forlan and Milito is 30 something already. So with Tevez finally arrive in San Siro, my Inter has added extra weapon. Tevez work best in Central Forward as trequesta where he roam around, shot from distance and the partnership between him and Forlan are lethal. Forlan scores 26 goals in his first season in Italy. Another 10 in Europe as i usually rest him in Italy to focus more on Europe. Zarate is also remarkable striker. Whenever Tevez or Forlan tired , i rest them and give the chance to Zarate. It works. Zarate can play on the right and left winger. I forgot to mention one player, that is Ricardo Alvarez. new signing just before i arrive. i used him to be replacement for sneider in Italy when i face weaker team. At the end, my Inter won Serie A, surprising Man Utd to get the Champions League and defeat Juventus for Italian Cup. Forlan even been crowned the best striker in Europe as he scored more than any other striker at that time.
That's just for my debut season as Inter manager. Now i am entering my third season. The second season is tougher but that's story is for another time. For now, i guess i have to end it here. Got FM to play.

Sunday, November 6, 2011

Pengorbanan

Alhamdulillah, selesai sudah ibadat korban pagi tadi. Syukur juga tiada kesulitan yang dihadapi sepanjang proses penyembelihan dan melapah daging pagi tadi. Dan selepas habis semua tadi, aku meng Qada tidur sebabnya semalam tidur lewat.Rumah aku nie, kalau hari raya haji memang meriah sebab ramai yang datang, memang sangat kontra dengan raya aidilfitri lah. Dan aku rasa situasi yang sama di mana-mana tempat di Pantai Timur khususnya Kelantan. Sebabkan itu lah tiap kali raya haji, jalan nak balik Kelantan memang akan jem teruk sebab anak-anak kelantan tahu, tiada tempat yang boleh lawan suasana hari raya korban seperti yang ada di Kelantan
Dan setiap kali AidilAdha datang, point paling penting adalah pengorbanan.Pengorbanan menjadi key penting untuk Aidil adha kerana manusia tak lepas dari setiap saat untuk melakukan pengorbanan. Semolek-moleknya pengorbanan kita lakukan mendapat keberkatan dan mendatangkan kebaikan kepada kita bukan saja di dunia tapi sehendaknya sehingga ke akhirat. Sebagai contoh ibadat korban kita lakukan pagi tadi, kita korbankan duit untuk membeli lembu. Korban masa untuk menyembelih , melapah, membahagikan daging yang sudah siap. Dan sekiranya kita benar-benar ikhlas dan hanya Allah yang tahu, kita akan memperoleh banyak benda. Keberkatan.Pahala. Dan tambahan lagi, merapatkan ukhuwah sesama rakan,sanak saudara kita semasa penyembelihan lembu tadi.Dan aku rasakan, mereka-mereka yang terpaksa tempuh lebih 10 jam dalam kereta pulang ke Kelantan rasa berbaloi habis masa, penat, duit bila dapat nikmat suasana hari raya di kampung halaman masing-masing bersama sanak saudara, keluarga yang tercinta. Sekurang-kurangnya 2 kali setahun, kita dapat luangkan masa, korbankan waktu kita untuk bersama keluarga terdekat.
Dan molek lagi sekiranya, point "korban" kita nie, kita bawa bukan sekadar dalam aidiladha.Sepatutnya diaplikasikan dalam setiap aktiviti kita nie.Pelajar berkorban masa menyiapkan tugasan dengan harapan dapat markah yang baik seterusnya berharap dapat peluang cari kerja yang elok. Korban masa tidur untuk mengulangkaji pelajaran. Pekerja korban masa yang lebih untuk kerjaya, keluarga agar dapat mencari kebahagian. Peminat bola berkorban masa yang lebih , duit yang lebih untuk menyokong pasukan yang diminati. PM dan Isteri berkorban untuk memberikan khidmat yang lebih baik untuk rakyat. Dan rakyat pula berkorban duit cukai untuk isteri PM bagi membeli belah dengan lebih banyak dan mahal di luar negara.hehe.
Rasanya sekian dulu untuk malam nie. Selamat Aidiladha kepada semua.Darah semakin naik sebabnya daging sahaja yang dimakan. Perlu mencari makanan alternatif lain.

Saturday, November 5, 2011

Komuter ke LCCT

Bagai nak gila berebut naik komuter.Aku ingatkan hari nie orang dah balik kg semua boleh la rilek2, santai2 naik komuter tapi rupanya tak. Aku tengok tadi dalam 10 orang yang duk tunggu komuter, 5 orang bukanlah rakyat Malaysia. Bila masuk dalam coach lagi sial jadinya. Semua duk bertumpu kat pintu.Akal letak kat kepala lutut gamaknya.Pastu bau sorang-sorang memang harum bau stokin lagi.Tapi nak buat macam mana kan, tahan je lah.Dan boleh dikatakan hanya ada seorang Melayu daripada setiap 10 orang yang ada dalam tren komuter petang nie. Yang lain bangsa dan warganegara yang lain. Yang Melayu semuanya dah balik kg. Yang india dan Cina pulak time nie la sibuk nak pergi Midvalley.Siap bawak anak beranak berhimpit-himpit masuk komuter.Yang indon dan nepal, negro dan Iran aku pun tak paham diorang nak pergi mana weekend nie. Nak kata balik hari raya haji kat kg memang tak lojik lah lah. Tapi ramai jugak yang berenti kat KL Sentral. Sedang aku tunggu bas nak pergi LCCT, aku terdengar ada 2 orang mat indon nie tanya brother polis, "pak, bas ke Johor nya dimana?"
Dalam hati aku tergelak je.Sian plak kat indon tue.Takde orang gitau ke yang bas bukan adanya kat kl sentral tue. Maybe dia ingat KL sentral tue sentral jadi semua pengangkutan awam ada la kot.Brother polis tue siap bagi instructions lagi kat indon tue suh pergi pudu cari bas pegi Johor.
Sekarang aku dah sampai LCCT. Tiket sepatutnya malam nie tapi saja menggatal pergi awal melangu kat airport yang memang sedia maklum sentiasa ramai nie. Aku dah plan nak isi masa 3 jam nie. 1 jam surfing, 1 jam main game, 1 jam lagi membaca.hahaha.Ok tak?

Selamat pulang ke kampung


Pagi esok akan bergema takbir hari raya Aidiladha.Bagi orang pantai timur, hari raya aidil adha adalah lebih meriah berbanding aidil fitri. Disebabkan itu lah, sejak semalam, ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk di jalan raya yang menghala ke pantai timur. Ada beberapa kawan aku yang terpaksa ambil jalan yang jauh dengan melalui LPT untuk pulang ke Kelantan. Aku pula? masih lagi di Selangor. InsyaAllah malam nie akan bertolak dan sampai KB.
Pagi esok macam biasa rumah aku akan melakukan korban.Dan macam biasa, akan meriah sebab penuh orang. Yang lelaki dengan sembelih lembu, yang perempuan dengan memasak. Harapnya tahun ini cuaca elok dan boleh sembelih lembu tanpa banyak masalah.
Malam nie aku rasa kawan-kawan lama sekolah aku akan buat pertemuan macam biasa.Tapi aku tak pasti lagi aku sempat pergi ke tak. Kalau pergi pun mungkin lewat sedikit.
Hari raya pun macam tak raya mana kali nie, sebabnya minggu depan, habis cuti aidil adha nie banyak kerja yang menanti. Kerja yang bertangguh sebelum nie perlu dibereskan dan ditambah pula dengan kerja-kerja yang sedia menanti.Tapi macam biasa, take it slow.Yang membuatkan kerja bertangguh sejak 2,3 hari nie disebabkan FM.Ya, FM2012 dah keluar dan macam biasa, bila FM baru keluar, excited tue memang kuat lah nak main. Hadap laptop 4,5 jam duk tengok FM je lah kejenye. Sekarang nie tengah manage Kelantan dan Inter. Pasukan yang memang feveret untuk di manage kan. Mungkin selepas nie nak try Man City. Tengok gaya Man City macam budget takde limit, baru bes nak membeli pemain-pemain.
Ok, setakat itu dulu buat pagi nie. Petang nie dah kena keluar tunggu LRT atau Komuter. Malam nie terbang.Esok pagi jumpa di masjid semua.Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tuesday, November 1, 2011

1.11.2011

Dah masuk November dah.Bila diingatkan balik, terasa sekejap je tahun 2011 nie berlalu.Habis bulan November nie, tinggal lagi sebulan dan nanti masuk lah tahun baru pulak. Dah macam-macam yang terjadi tahun nie.Nak sebut satu-satu kat sini memang tak larat lah kan.Kepada yang ada buat azam tahun 2011 tue, sila lah tengok-tengok balik azam yang telah dibuat, tinggal lagi 2 bulan nak kotakan azam sebelum kena buat azam baru pulak nanti.
Dan bila memasuki bulan 11 nie, banyak event akan jadi.Satu yang penting pasti musim hujan.Sekarang pun hujan dah turun di pantai timur khabarnya.Kat KL nie pun bleh dikatakan tiap-tiap hari hujan tapi takdela lebat berpanjangan. Kalau lebat macam kat pantai timur tue, alamat banjir kilat lah kawasan-kawasan di Selangor nie. Event yang lain pula pasti pasal bola. Bila bola malaysia dah hbs baru nie, semua peminat pasti tumpu pada EPL pula. Sekarang nie bola malaysia memasuki orang kata "pre season". Dalam pre season nie la perubahan jurulatih, pemain akan berlaku. Musim depan pula pemain import dah boleh main balik kat Malaysia jadi memang akan sibuk la pasukan - pasukan negeri mencari pemain.
Oke, sekian dulu buat masa sekarang, penangan hujan lebat semalam masih terasa.Mahu tarik selimut tunggu pergi kelas tengah hari nanti. Chowww

Sunday, October 30, 2011

Saturday, October 29, 2011

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2011

Malam ini, dua pasukan, satu berlambang penyu, satu berlambang rusa, akan masuk padang di shah alam, merebut piala berprestij di dalam bola sepak malaysia. Terengganu dan Negeri Sembilan akan turut malam ini dengan pelbagai agenda dan reputasi yang perlu dipertahankan. Di atas kertas dan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Terengganu dengan barisan penyerang yang sudah berjaya menewaskan gergasi Kelantan dan Selangor. Negeri Sembilan dengan barisan pertahanan yang berpengalaman dan konsisten. Dua jurulatih yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara. Irfan Bakti yang memang sangat luas pengalaman dan pasti tidak mahu kecundang lagi. Azraai Khor yang sebelum ini sudah mengecapi kejayaan piala malaysia bersama Kedah. Kedua-dua pasukan mempunyai pemain bintang bertaraf negara.. Abdul Hadi Yahya sebagai penjaring terbanyak liga super. Aidil Zaquan Adha sebagai kapten pertahanan negara. Marzuki Yusof yang memang setia bersama Terengganu sejak dulu. Hairrudin Omar yang memang terbukti berbisa dengan memasuki final piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut..
Dan yang paling penting malam ini, adalah ribuan para penyokong kedua-dua pasukan. Ya, isu tiket belum lagi reda dan masih kedengaran. Dari kerusi atas sehingga kerusi paling bawah, semua orang sudah menyatakan pendapat masing-masing mengenai isu ini. Apa-apa pun, para penyokong dan peminat bola sepak kedua-dua pasukan ini harus diberi penghargaan yang sewajarnya. Malam ini tiada siapa yang akan kalah. Penyokong Terengganu sudah menang apabila melayakkan diri ke shah alam. Negeri Sembilan sudah menang apabila melayakkan diri sekali lagi ke pentas akhir.
Malam ini 22 pemain, 2 pasukan, 3 pengadil, 2 jurulatih, 60000++ penyokong, 1 bola, 1 FAM akan mencurahkan segala yang ada untuk satu malam yang penuh kegemilangan.

Tuesday, October 25, 2011

GKG!

Priceless..Gambar bersama 2 watak penting yang akan bawa Kelantan lebih berjaya untuk musim 2012 nanti. 2 watak penting tue bukan yang berbaju hitam di tengah tapi yang di kiri dan kanan. Untuk sesiapa yang tak mengetahui, yang sebelah kiri adalah Tan Sri Annuar Musa dan yang di kanan adalah coach baru Kelantan, Peter James Butler.
Credit to Amir for both pic.



Petang tadi ada satu perlawanan persahabatan skuad Piala Presiden dengan skuad Kuala Krai (amatur).  Disebabkan perlawanan persahabatan jadi fan pun tak ramai sebab ramai yang tak tahu kot. Game habis dengan team kelantan menang tapi aku sendiri tak tahu berapa. Mungkin 2-0 kot.Aku pun masuk lambat dalam stadium tadi.Tapi kalau dikira dari game petang tadi, persembahan pemain import kelantan tak menyerlah sangat. Dari segi speed memang ada. Semua kulit hitam kot.Badan tak yah cakap la kan.Dari segi teknik memang ada lah.Mungkin perlawanan ini sekadar untuk fitness diorang kot. Sorang-sorang striker import shooting kuat tapi tinggi ke langit.Habis kena khemah karnival jom heboh.Tapi masih terlalu awal untuk nilai sepenuhnya kot. Jocip tak kelihatan tadi.
credit to Megat Faris

Ok, habis game terus balik umah. Bila bukak FB, TSAM dah umum senarai pemain kelate untuk tahun depan. Keseluruhannya ramai yang kekal. Roya, Daniel Fadli keluar. Dan pemain baru hanya akan diumumkan TSAM selepas Piala Malaysia nanti bersama pemain import yang akan bersama Kelantan. Rumor kuat yang mengatakan 6 pemain local yang akan diambil oleh kelantan adalah;
4 SUDAH TANDATANGAN :
1) Norfarhan Muhammad
2) Azizi Mat Rose
3) Indra Putra Mahyudin
4) Amirulhadi Zainal

2 BELUM TANDATANGAN :
1) Safiq Rahim
2) Zairo Anuar Zailani

Kalau dari segi line up rumor nie.Memang mantap la barisan tengah kelantan. Tue belum campur dengan pemain import lagi. Tahun depan kalau memang betul rumor nie, Mat Yo memang akan mendapat supply yang banyak lah.

Ini pula pemain yang kekal bersama TRW musim depan;
Shahrizan Ismail, Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu, Farisham Ismail, Rizal Fahmi, Subramaniam, Mat Aziz, Zairol Fitree, Shakir Shaari, Badhri Radzi, Chanturu, Matyo, Ramzul, Nizad, Izuan Rosli, Nik Shahrul Azim dan Izuan Solahuddin.

Ya, mungkin ada peminat bola sepak negeri lain jelek dengan persiapan Kelantan yang dilihat awal berbanding negeri lain. Tapi inilah Kelantan. Ya, kami kalah piala malaysia dan ini adalah langkah untuk merampas kembali Piala tersebut musim depan.Nantikan..

p/s..gambar diatas pada akhir tahun depan akan jadi priceless.Kelantan akan melangkah jauh. AFC, Piala FA, Liga Super, Piala Malaysia.Kelantan akan berikan saingan terkuat.Kalo dua pemain berbaju hitam dalam gambar diatas masuk TRW, mungkin TRW bleh masuk World Club Championship.hahaha

Monday, October 24, 2011

Dan pemenang bagi bola sepak tempatan jatuh kepada...

Ok, final Piala Malaysia, penutup bagi kancah bola sepak Malaysia bagi tahun ini akan dilangsungkan pada hari sabtu ini di Shah Alam. Dan setiap final tak sah kalau tiada kontroversi. Kontroversi tahun ini sudah pasti datang dari FAM kan, dikatakan tiket akan berharga RM50.Agaknya FAM nie buat naik harga tiket sebab najib kot, yelah, hari tue kan najib buat kuar bajet Rakyat.Jadi untuk tahun ini aku rasa ramai yang akan sekadar tengok bola di stadium astro. Gila apa nak beli tiket rm 50, nak pergi shah alam lagi dah berapa . tapi tahun lepas dan 2 tahun lepas aku pun bayar harga tiket dengan rm50. tapi tue dikira ok sebab dibeli dari ulat. Kalau fam dah kuar Rm50, aku tak tau la geng ulat nie nak jual berapa ringgit.
Ok, cukup la pasal tiket tue. Terengganu akan menentang Negeri Sembilan bagi edisi final Piala Malaysia kali nie. Dan bagi aku kedua-dua pasukan sudah menunjukkan aksi yang mantap dan berhak untuk layak ke final tahun ini. Bagi geng pasukan lain, mesti kecewa tak dapat masuk final tapi sudah nasib.Lagi kan Man Utd bleh kalah besar dengan Man City kan? tersilap provoke.haha.Apa pun, tirai yang akan menutup bola sepak Malaysia tahun ini akan berlabuh dan sudah pasti ada pemenang dan yang kalah pada tahun ini. Jom kita tengok.

Pemenangnya...

  • Terengganu..
Sudah semestinya pasukan yang paling hepi pada tahun ini. pencapaian yang sangat membanggakan bagi geng Penyu nie. Juara Piala FA, naib juara liga super dan masuk perlawanan akhir. Menewaskan Red Giants dengan bergaya. Menewaskan Red Warrior dengan bantuan pengadil (huhuh).Apa pun Terengganu berhak masuk final dengan aksi yang ditunjukkan. Anak Buah Irfan Bakti memang nelang tahun ini. Pasukan Pilihan untuk menjulang Piala Malaysia sabtu ini
  • Negeri Sembilan
Masuk perlawanan akhir untuk 3 tahun berturut-turut bukan perkara yang senang.Negeri Sembilan berjaya membuktikan mereka adalah salah satu pasukan yang mantap. barisan pemain yang cukup ternama. Mungkin sedikit kecewa dengan kegagalan di Piala FA dan Liga super tapi apabila masuk saingan Piala Malaysia, pemain-pemain Negeri Sembilan menunjukkan watak sebenar mereka. Syabas bagi skuad Rusa.

  • TTeam
Pasukan kelab yang menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang musim ini.Dengan kehadiran tiga pemain(Azizi, Farhan dan Indra) mereka berjaya mengalahkan pasukan-pasukan besar seperti Selangor dan Kelantan. Satu kelab bola sepak yang boleh dibanggakan bagi tahun ini. Sedikit malang apabila kalah pada pusingan awal piala FA kepada Kelantan dan kalah saingan separuh akhir kepada negeri sembilan. Tapi keseluruhannya, Yunus Alif mengemudi Tteam dengan hebat

  • Kelantan
mungkin ada yang akan mengatakan Kelantan adalah pasukan yang kalah bagi tahun ini tapi sebenarnya Kelantan adalah pasukan yang 'menang'. Ok, senario satu, Jurulatih baru 'bidan terjun' terpaksa dipanggil- Datuk M Karathu. Senario dua, ramai pemain utama berhijrah dan sukar diganti. Barisan penyerang yang hebat pada 2010 hanya tinggal mat Yo seorang saja. Yang lain semua berpindah. Jadi dengan kekurangan ini Kelantan masih lagi mampu mendakap 2 piala, Piala Sumbangsih menewaskan Selangor di laman Shah Alam dan menjuarai Liga Super dengan mengenepikan saingan hebat Terengganu dan Selangor. Ya, kalah pada perlawanan akhir Piala FA dan suku akhir kepada Terengganu tetapi dengan barisan pemain yang kelantan ada pada tahun 2011, Kelantan masih lagi pemenang

  • Irfan Bakti
Jurulatih yang semakin mendapat tempat dengan mengemudi Terengganu. Corak yang diterapkan menghiburkan dan beliau pandai mengatur strategi melawan pasukan-pasukan besar. Beliau juga bijak menggunakan pemain-pemain beliau. Lihat saja aksi Ashaari Samsudin dalam Piala Malaysia, Manaf semasa perlawanan di Shah Alam, Abdul Hadi, penjaring terbanyak liga super, Marzuki di barisan pertahanan. Irfan bakti membuktikan beliau adalah jurulatih yang berkaliber setaraf dengan nama-nama besar lain di negara kita


Yang kurang berjaya....

  • Selangor
Kehilangan tonggak utama penyerang, Safee Sali..gagal misi 33. Hilang k Devan. gagal rangkul satu piala tahun ini bagi pasukan berstatus seperti selangor boleh dianggap sebagai malapetaka. Dan untuk menambahkan lagi derita, ramai pemain utama mereka dikatakan akan berhijrah musim depan

  • Pulau Pinang
Aksi teruk dalam Liga Perdana. Musim depan akan bermain dalam Liga FAM. Pengurusan pasukan negeri yang bercelaru, bercampur aduk dengan politik.

  • Datuk RajaGopal
Bila Malaysia menang dalam tahun ini selain dibelasah teruk kepada Kelab EPL, Singapura dan Australia. Tapi datuk Raja masih lagi dibuai mimpi Suzuki Cup. Masih lagi menurunkan pemain-pemain emas nya. Masih lagi degil dengan taktik nya. Sampai bila Raja?

  • FAM
Harga tiket macam celaka. Padang bukit jalil dan perubahan venue di Shah Alam macam celaka. Persembahan pengadil macam celaka. Pengurusan jadual liga macam celaka. Apa lagi yang tak tersebut disini. Pendek kata, FAM semakin hari semakin ramai yang benci. 

Sekian dulu. kalau nukilan aku nie ada berbaur politik ke sentimen bangsa atau kenegerian ke, aku harap semua harap faham ye. Bak kata pepatah, jangan hakimi buku daripada kulitnya, tengok harga dulu, kalau mahal tak yah beli. Macam bola jugak.

Monday, October 17, 2011

One Hell of expression

i think i am a damn good friend. i think i'm right.
i seldom said no
i always fulfill what i promised
ask around
i'm not good at lying
or maybe i just suck at lying
or maybe I was buried in my lies
but one thing for sure, i won't be over lying on something
i often speak what's on my mind
i might hurt someone
worse, i might hurting myself
but the fact is i'm one good friends
my method might be different
my ways might be cruel
my action might be foolish
but in the end
the result is all that matter
life taught me 
we'll never satisfy others
even worst
ourself
the expectation is great
but none is greater that our own expectation
Hell, I know for sure I’m not that great
I’m not that perfect
But for a friends
I surely can give the best
I’m not asking much
Nor money
Nor fame
Just a little gratitude might be help
Or simpy I’m just asking too much
Or maybe Friendship need no reason
Or maybe, just go to hell with everything
Hate is just a term

Saturday, October 15, 2011

Kenangan terindah

Kenangan terindah bersama Kelantan bagi tahun 2011.


.net
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk menyokongmu
darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah kelab bola sejati
bila yang tertulis kekalahan 
adalah yang terbaik untuk kita
kan kujadikan tahun ini kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan kekecewaan ini
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah



Friday, October 14, 2011

Episode 5 - Revenge of Mat Yo


Best football game will happen tonite.After one hell of a match last monday in which Kelantan lost by a virtual 3-1 to Nemesis, Terengganu. A match where the focus is not on the best Malaysian player on the field, or the best die hard fan in the country, but the match was marred with the insanity of a referee. Why insanity? it's just like a movie. In the right corner we have Kelantan, last year defending Malaysian Cup  and this year Super League Champion, and in the left we have Terengganu, this year FA Cup champion battling each other that promise all football fan, a mouthful of entertainment where almost more than half of the player in that match are national players. But stand in the middle is one crazy referee who might be lost his judgement over the hype of a derby match or might not able to handle the pressure of this kind of match. Surely, FAM might argue that players and fans are responsible for the referee actions where he put out 5 red cards. But sadly, the consequences of that incident lies beyond the result. Yes, tonite, Kelantan might win or lost by some causes or maybe just not enough potent strikers. Terengganu might win or lost tonight by mere luck or superior quality but overall, the impact of last Monday match goes beyond the match between these two football club. The football fans whether supporting RED or WHITE or simply neutral can see the incompetence of referee. No wonder our referee does not get the right recognition in the world stage. just ask subkhidin, the retired officials. FAM once again pile up the hate that all football fan in this country carries and the burden is not on how to make Malaysia repair the ranking but on how to make the fans felt something toward FAM rather than hate.
Ok, stop talking about FAM now focusing on tonight match. Why i called it Episode 4? lets rewind a little bit. Just something to ponder before the big game. Because when the referee start the match tonight, nothing else matters. Nothing, not even rain.

Episode 1 - Stalemate menace
Kelantan 1 -  Terengganu 1
Match being played in Kota Bharu where Kelantan still lingering on the prize of conquering Super League. Terengganu still building up the potent strikes in Abdul Hadi, Kallang Tie and Ashaari. The match mostly involve in the middle and in the end , the visitors would be the one that smile as they manage to steal one point from the fortress of KB. Kelantan, despite moaning about the missing chances, would be glad not to lose and might argue that this team would be their nemesis, not Selangor that had been provoked by the media all year long.

Episode 2 - Rise of Mat Yo
Terengganu 0 - Kelantan 3
One week before the final FA cup in Bukit Jalil. This match in fact can be called a warm up match. But as both team locked at the top of the table, one can't simply overlook this match. As both team prepared for the Final FA cup match, both managers tries not to burden their players with too much expectations. As for the fans, both want the win as it might give extra spirit to bring to Bukit Jalil. In this match, Mat Yo validate his status as national striker as he score 2 goals that bring Kelantan the edge in conquering the Super League title. This match was a meaningful one as all fans might think that Kelantan is just one step closer in a year of conquest of domestic football. But it was a mistake..

Episode 3 - Peteh strikes back
Kelantan 1 - Terengganu 2 (extra time)
FA Cup final. Bukit Jalil. Thousands of spectators. Thousands of fans. Millions watching. 11 players.1 ball. one split second. A match that people being waiting. Red vs White. It started slowly. Ball mainly played in the middle of the field. Both set of players still anxious not to do something stupid. But then came a boomer. A masterclass pass, and a world class lob from Roya to give Kelantan the lead. Kelantan then sit back.A mistake from Karathu. Irfan urge his players to move forward. They got nothing to lose. Then, out of nowhere, in a matter of second, a mistake by Kelantan defenders broke all Red Warriors heart. Daudsu misjudge the ball and headed into his own goal. Terengganu equalize. Hell broke open. Terengganu gained momentum. Kelantan lose faith. Into extra time. It seems Kelantan players just demoralized. Terengganu took their chance. Nordin Alias finally ended the match with a winning goal that beat Apek. Terengganu won FA Cup. Another bitter lost to Kelantan who yet to win FA Cup.

Episode 4 - A Red Hope
Terengganu 3 - Kelantan 1
Malaysian Cup quarter final. First leg. Kuala Terengganu . A match that supposedly give the football culture it's fullest color. But in the end. RED is only the color it shown. A derby match between clubs that not only connected through geographic but also everything else, social, culture, language, history and political ideology. A match that should give rajagopal , national managers, something to think about. But it seem another figures like to be the center of attention. 5 red card was shown that night. 2 to terengganu and another 3 to Kelantan. 2 red card even being shown before half time. Kelantan lost. Terribly but still manage to plant some HOPE seed in scoring one away goal. Terengganu gained edge. But in the end both lost to referee. Both preparations crushed as both key players will be missing

Episode 5 - Revenge of Mat Yo..
Tonight..KB..Fortress of Red Warrior. Where the fans had been the number 12 players. Where winning is only matter. Where playing defensive is a crime here. Where the culture being labeled hooliganism by others.Tonight the match will be remembered. Win or lost. It does not matter anymore. Pride.

GOMO Kelate GOMO\

Thursday, October 13, 2011

Baju dan basuh


Dah dekat seminggu mesin pengering kat blok aku nie buat hal.Ada orang cakap, plug kat mesin tue rosak, kalau pasang, satu blok nie akan blackout. Ada pulak orang cakap, duit syiling kat mesin tue dah tersumbat jadi memang tak bleh nak sumbat dah . Yang mana satu betul aku pun tak tau. Sekarang nie menjadi dilema lah bagi aku. Nak basuh baju tapi takde mesin pengering tue satu masalah jugak. Sebabnya, UPM nie universiti yang terbaik.UPM mana nak sediakan ampaian untuk semua pelajar. Ampaian yang ada pun sekadar cukup untuk keringkan boxer-boxer je. Yang pihak pengurusan pun aku tak paham jugak. Boleh dikatakan banyak gila masalah semester nie. Padahal baru sebulan lebih tapi banyak gila sungutan daripada para pelajar merangkap penginap kolej nie. Bab makanan, cafe, harga makanan, bas, elektrik, air lagi. Air semua tahu kan keperluan asas manusia tapi boleh pulak bekalan air kat selalu tersangkut. Agaknya UPM tak bayar bil air kot. Bab elektrik tok sah cakap la kan. Tiap-tiap malam black out. Orang pasang heater, blackout. Orang pasang peti ais, black out. Ya, memang la salah bawak peralatan elektrik yang disebut tadi tue tapi kalau tak bawak, nak harapkan watercooler? ntah bila la dia tukar tapisan watercooler tue.
Ok, berbalik kepada baju aku tadi. Sekarang nie tengah fikirkan lagi macam mana. Basuh sendiri adalah pilihan yang baik jugak tapi masalahnya nak sidai di mana. takkan nak buat ampaian dalam bilik nie. Macam rumah setinggan la pulak kan jadinya. Nak dobi? aku sebenarnya ada sejarah hitam dengan dobi nie. Dulu pernah aku hantar dobi tapi bila ambil pakaian balik, ada sehelai baju aku hilang. Baju inter pulak tue.Memang la tak mahal mana tapi tetap jugak baju kan. Pergi la report tapi boleh pulak kedai dobi tue cakap diorang tak tau pergi mana, dan diorang tak nak bertanggungjawap. Macam bodoh gila perkhidmatan kedai macam tue. Lepas tue memang aku dah tak mahu dobi. Kat kawasan kolej aku nie ada dobi baru bukak, tapi tak pasti lah macam mana service yang dia bagi. Aku bukannya jenis cerewet mana tapi ya lah kan, alang-alang guna perkhidmatan dobi, kita mahulah yang setimpal dengan apa yang kita bayar. Dilema baju dan basuh nie nampak gaya akan berterusan sampai malam nie. Last choice? tunggu minggu depan balik KB.haha

p/s..mahu basuh jersey Kelate.Malam esok mau pakai tengok perlawanan kedua Kelantan vs Terengganu

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Perlawanan terbaik saingan Piala Malaysia 2011

Perlawanan terbaik selalunya akan sentiasa orang kenang sampai bila-bila. Perlawanan terbaik menghimpunkan pemain bola yang terbaik bersaing di antara sama lain, mengejar kemenangan dengan disokong oleh para penyokong yang terbaik. Jadi macam mana kita nak kelaskan perlawanan terbaik diantara perlawanan terbaik yang ada di Malaysia ini?
 Semalam boleh dikatakan antara perlawanan terbaik dalam saingan piala Malaysia. Kenapa boleh jadi perlawanan terbaik ? Aku sebagai penyokong Kelantan berhak katakan perlawanan semalam antara Terengganu dan Kelantan adalah perlawanan terbaik. Sebab pertamanya, pengadil semalam adalah pengadil yang sama yang mengadili perlawanan akhir Piala FA sebelum ini. Dan jika pengadil semalam sekali lagi diberi mandat oleh FAM untuk mengadili perlawanan derby semalam sudah pasti pengadil tersebut layak dipanggil pengadil terbaik. Masakan pengadil semalam tidak dianggap terbaik? FAM merupakan badan bola sepak yang terbaik dalam dunia ini. FAM juga dinaungi oleh Presiden yang berkelayakan Sultan. Sultan yang terbaik sudah pastinya sultan yang berjiwa rakyat kan. Sultan Pahang yang sekarang ini menjadi ketua dalam FAM adalah ketua yang terbaik sebabnya bola sepak Malaysia semakin maju sekarang. Kita bandingkan dengan organisasi bola sepak negara kita dan negara lain. Ya, memang ranking negara kita sangat rendah tapi itu bukannya kayu pengukur dalam menentukan siapa yang terbaik kan. FAM adalah yang terbaik sebabnya setiap tahun bola sepak di negara kita semakin maju dan semakin ramai peminat menyokong pasukan tempatan.
Berbalik kepada perlawanan semalam. Pengadil semalam adalah yang terbaik kerana berjaya mengawal perlawanan dengan baik. Buktinya? 5 kad merah dikeluarkan semalam. Pengadil yang terbaik adalah pengadil yang berjaya menghukum pemain ke atas kesalahan-kesalahan yang pemain itu buat. Hukuman yang terbaik dalam padang adalah kad merah. Jadi , pengadil semalam memang layak dinobatkan sebagai pengadil terbaik. Dia sudah mengeluarkan 2 kad merah sebelum rehat separuh masa pertama lagi. Sesungguhnya pengadil semalam adalah yang terbaik kerana dia tahu sekirannya pemain-pemain tidak diberikan kad merah, perlawanan semalam akan menjadi buruk.
Ok, sebagai pengakhirannya, perlawanan semalam adalah terbaik dalam kareer pengadil. Meskipun ramai akan menganggap keputusan semalam bukannya yang terbaik tapi bagi sesetengah orang, pasti akan menganggap ianya tetap adalah yang terbaik. Perlawanan timbal balik di KB pada hari jumaat ini pasti bukan satu perlawanan yang terbaik meskipun dua pasukan penyokong terbaik yang akan datang, meskipun dijalankan di stadium yang boleh dianggap terbaik dari segi atmosferanya, dan dijalankan di bandar yang terbaik di Malaysia, tetapi dengan ketiadaan beberapa pemain terbaik kedua-dua pasukan , dan ditambah dengan tiadanya pengadil terbaik maka perlawanan jumaat ini tidak akan menjadi perlawanan yang terbaik.

Monday, October 10, 2011

Jom Share