Monday, January 31, 2011

RON 97 dan Ultras

Ringkas sudah..Minyak RON97 naik lagi malam nie. Kenaikan 10 sen. Sekarang nie kalau tengok sape-sape isi minyak gunak RON97 kire dia memang kaya lah. Terima kasih kerajaan. Terima kasih juga kat penduduk Tenang dimana BN menang dengan majoriti besar. Ada sesetengah orang kata, orang Felda yang banyak bagi undi kat BN di Tenang tue. Terima kasih Felda.

Kerajaan dah betul lah menaikkan minyak. Sebab kan kalau rakyat tak suka kerajaan naikkan minyak kenapa BN masih menang di Tenang kan. Kalau aku jadi TPM atau menteri-menteri kabinet memang akan buat andaian macam tue lah. Kalau rakyat tak suka kenaikan harga barang, mesti rakyat tak undi BN kan. Jadi maknanya, boleh disimpulkan disini bahawa orang Felda nie suka pada kenaikan barang. Orang Felda kan kaya raya. Sebab tue BN jaga orang Felda. Felda ada pasukan bola sendiri lagi. Felda United. Najib sendiri panggil orang felda pergi putrajaya sebelum nie. Lepas nie akan ada bangunan untuk Felda tau kat KL. Dengar kata berhampiran dengan KLCC. Mahal tue tanah situ. Felda memang kaya.

Aku takleh la nak tulis lagi pasal felda. Kang tak pasal-pasal Isa Samat hantar orang Felda cari aku.Tak pun serang blog nie. Sebelum nie , aku cakap pasal geng ultras pun dah ada yang menyerang.

haha.nak tergelak aku baca komen Mr nie.Maybe dia nie penyokong kuat Ultras kot. Untuk pengetahuan Mr, jangan juga cuba cakap je.Buat tak serupa bikin. Berkaitan dengan kedudukan geng Ultras tue, kalau betul diorang kisahkan mengenai peminat lain kenapa diorang tak duduk je atas sekali kat stadium? kenapa mesti duduk tengah-tengah? Jangan nak bagi alasan orang lain datang nak duduk kat geng Ultras. Geng ultras kalau betul kisahkan peminat lain, patut diorang duduk kat bawah scoreboard.Macam yang geng Selangor buat. Kat situ tak ramai orang. Geng gendang penat? Sebab penat tue la patut duduk sama-sama. Kan lebih harmoni kalau duduk sama-sama. Kenapa tak boleh? Sebab geng Ultras nak nama lebih? Ke sebab geng gendang tak bagi? Esok geng ultras pergi la cuba duduk bawah scoreboard, dekat gendang kat stadium KB. Aku tunggu esok. Aku sentiasa pergi bila ada match Kelantan.Tak kiralah di lembah klang ke, kat KB ke. Esok aku nak tengok geng Ultras. Ya,semua orang ada suara, ada bunyi. Kiranya dah jadi kumpulan penyokong Ultras, boleh la geng ultras nie mendabik dada cakap diorang nie memang peminat setia? macam tue? kita bagi peminat Kelate yang lain tentukan ye
p/s.owh..ye. Ko kate ko geng ultras la kononnya, kenapa mau tutup muka? takut gak ek. kenapa guna bahasa omputih? geng ultras kan. tak sayang bahasa ibunda ke bhai?

5 penyokong 'Ultras' Kelantan ditahan reman

5 orang penyokong Kelantan yang menggelar mereka sebagai ultras ditahan reman oleh pihak polis kerana didapati bersalah berhubung dengan kesalahan membawa masuk mercun yang berbahaya atau flare ke dalam stadium. Daripada apa yang aku baca, 'mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957. dan jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.'.


Para peminat  Kelantan yang serta keluarga penyokong yang ditahan diharap dapat bersabar dan bertenang. Mungkin kejadian ini adalah satu teladan kepada penyokong lain yang masih bertindak seperti tidak bersekolah pada malam sabtu baru-baru ini. Perlawanan pada malam itu terpaksa ditangguhkan selama 10 minit oleh pengadil akibat daripada aksi sebilangan kecil penyokong Kelantan yang masih lagi degil dengan membaling mercun dan botol air ke dalam stadium. Tidakkah suatu kerugian kepada kita semua apabila perlawanan terpaksa diberhentikan disebabkan kepada seorang dua penyokong yang bertindak seperti orang yang tidak bertamadun? Kenapa segelintir penyokong tidak boleh menikmati perlawanan seperti orang lain? Kerana mengikut emosi marah? tidak berpuas hati? Ramai lagi yang tidak berpuas hati tapi betul kah dengan cara membaling objek ke dalam stadium?

Berkaitan dengan penyokong 'ultras' pula. Aku hargai kesungguhan dan semangat mereka untuk sentiasa menyokong dan memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Tapi yang sedikit mengecewakan adalah apabila mereka membawa masuk 'flare'. Cuaca kita tidak seperti di eropah. Di Eropah sejuk. Tempat kita panas. Bila mereka membakar 'flare', mereka mungkin tidak sedar, asap flare yang mereka bakar tue menyusahkan penyokong lain.Kalau mereka nak bakar flare di tempat duduk yang memang takde penyokong lain , itu tak jadi masalah tapi yang menjadi masalah apabila asap flare tersebut menyesakkan penyokong Kelantan yang lain. Macam mana dengan penyokong wanita, kanak-kanak ataupun orang tua yang terkena dengan asap 'flare' tersebut?

Aku kagum dengan semangat 'ultras' nie. Tapi kalau boleh, biar lah kena pada tempat. Selepas kejadian sabtu ini, aku yakin FAM akan cari alasan untuk mendenda KAFA atas kejadian mercun dan flare tersebut. Kelantan menang Piala Sumbangsih, dapat hadiah RM300000 contohnya, tapi denda dari FAM , RM100000, apa guna. Sia-sia saja. Kita jangan lupa sebagai penyokong Kelantan sekalian, untuk Kelantan lebih maju, bukan saja prestasi pasukan Kelantan, pemain serta pengurusan yang perlu professional tapi juga sikap dan dedikasi para penyokong juga perlu professional. Kepada geng 'ultras', sama-sama kita jumpa di Kota Bharu malam esok. Sama-sama kita beri sokongan padu kepada skuad Kelate. Alangkah lebih elok kalau geng 'ultras' nie berganding bahu dengan paluan gendang. Lebih padu dan kuat sorakan nanti.

Sunday, January 30, 2011

Juara Piala Sumbangsih 2011..Kelantan

Gelaran baru Kelantan..Happy Warrior.Ok tak? Tapi malam tadi memang happy. Pertamanya sebab Kelantan menang lawan Selangor, di Stadium Shah Alam yang boleh dikatakan antara stadium paling susah untuk Kelantan cari mata penuh. Lebih best dapat kalahkan The Red Giant di hadapan penonton mereka sendiri dan pemain mereka terpaksa tengok pemain Kelantan julang Piala Sumbangsih di laman sendiri. Kesian kat Safee Sali. Kawan aku cakap sebelum perlawanan pemain Selangor nak hadiahkan kemenangan mereka malam nie sebagai hadiah untuk hari ulang tahun Safie Sali tapi malangnya kekalahan pula yang diterima Safie. Lepas nie Safie Sali merajuk main dengan kelab Indon la kot. Keduanya , Kelantan turun dengan status underdog malam tadi. Datuk M Karathu baru 3 hari ambil alih Kelantan. Dia mungkin duduk hotel lagi kat KB, tak sempat pun lagi nak cari rumah sewa tapi memang hebat lah sebab perlawanan pertama dah menang piala. Tak stylo lagi? Tapi tahniah juga kepada B Sathianathan kerana kemenangan malam ini sebenarnya hasil kerja tangan Sathia juga meskipun dia tidak lagi jadi jurulatih Kelantan.

Kenapa Red Warrior dah dipanggil Happy Warrior? Satunya sebab Digi Happy taja Kelantan musim nie dan logo Happy tue terlampau besar kat depan jersey baru Kelantan musim nie. Tapi kira happy la sebab dah menang malam nie. Selangor malam tadi sepatutnya lebih kuat daripada Kelantan. Diorang ada lebih ramai pemain Malaysia berbanding Kelantan.Kapten Malaysia lagi ada tue, Safiq Rahim. Kelantan ada 2 orang je pemain Malaysia, Apex, Khairul Fahmy dan NorShahrul. Apex menjadi mvp malam tadi tapi persembahan Apex malam tadi memang sangat bagus. Piya pun tak kurang juga. Tak sia-sia la dia kembali jadi kapten Kelantan. Paling dapat tumpuan adalah K Soley, Daniel Fadly dan Nurul Azwan Roya. Pemain baru Kelantan ini dilihat sudah dapat sesuaikan diri dengan pasukan. Diharap selepas ini Kelantan dapat mencatat lebih banyak kemenangan dan konsisten dalam liga dan saingan piala FA serta mempertahankan Piala Malaysia.

Sebelum tidur, jom layan gol kedua daripada Piya. Cuba dengar betul-betul apa yang pengulas cakap.



p/s..tak cukup? tak perlu pun.hahaha.tak cukup nak sorak ada la. Malam tadi puas hati.dapat tengok geng Ultra fan Kelantan.hahahaha

Saturday, January 29, 2011

Malam ini ke bermula..Merah lawan Merah Kuning

Malam ini liga bola sepak negara kita akan bermula. Setelah berehat lebih kurang 2 bulan, peminat tempatan pastinya teruja untuk mengikuti kembali perkembangan bola sepak tempatan. Pastinya peminat bola sepak negara kita masih teruja dengan kejayaan negara menjuarai Piala Suzuki baru-baru ini di Indonesia.Diharapkan kejayaan skuad negara dapat ditonjolkan dalam liga tempatan pula.
logo baru liga tempatan negara kita.Cantik tak?

Persiapan pasukan-pasukan negeri sudah tamat. Malam ini tiba masanya untuk membuktikan segala persiapan dan perancangan yang telah diambil dapat diterjemahkan dalam bentuk kemenangan. Beberapa isu berkaitan dengan bola sepak juga sedikit sebanyak mewarnai persiapan liga bola sepak negara kita baru-baru ini. Isu yang paling meluas pastinya berkaitan dengan lampu limpah di stadium negeri masing-masing. Sebelum ini beberapa stadium di Kelantan, Terengganu dan Perak tidak mendapat pelepasan oleh FAM untuk bermain pada waktu malam kerana lampu limpah tidak menepati syarat FAM. Tetapi setelah diberi peluang kedua, beberapa stadium tadi sudah diberikan kelulusan untuk bermain pada waktu malam. Stadium Muhammad ke 4 sudah diberi pelepasan untuk bermain malam dan ini adalah satu berita yang menggembirakan kepada peminat serta pengurusan KAFA. Isu pemain yang berhijrah juga mewarnai liga tempatan kita. Para peminat negeri masing-masing sibuk membincangkan mengenai siapakah pemain yang dibeli oleh pasukan mereka. Tidak kurang juga jurulatih baru yang dilantik pengurusan negeri masing-masing. Kelantan, yang sebelum ini dilatih oleh B Sathianathan telah mendapat tamparan hebat setelah FAM menggantung tugas beliau selama 6 bulan. FAM juga memberi amaran kepada KAFA supaya mencari jurulatih kelas A yang baru dalam masa seminggu sebelum perlawanan sumbangsih malam ini. Tan Sri Annuar Musa setelah berbincang akhirnya melantik Datuk M Karathu sebagai pengendali baru Red Warrior. Datuk M Karathu bukanlah nama yang begitu asing kepada arena bola sepak negara. Beliau juga pernah melatih kelab singapura. Beliau juga adalah jurulatih yang telah membawa Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia 1993. Jadi dengan pengalaman luas Datuk M Karathu, peminat Red Warrior berharap mereka dapat melangkah jauh dalam liga bola sepak tempatan.

Ramai peminat Kelantan marah dengan tindakan FAM yang dilihat sangat bias apabila melibatkan dengan pasukan Kelantan. Contoh pertama adalah berkenaan dengan penggantungan Sathianathan. Kenapa FAM lambat untuk memberitahu KAFA mengenai penyambungan penggantungan Sathia? Kenapa tidak diumumkan terlebih awal agar memberi peluang kepada KAFA untuk mencari pengganti yang lain? Contoh kedua pula adalah berkaitan dengan 3 pemain Kelantan yang didapati melanggar kontrak berhijrah ke T Team. Nor Farhan, Azizi Mat Rose dan Indra putra sebelum ini didapati melanggar kontrak mereka dengan Kelantan dan berhijrah ke T Team. Setelah KAFA melanjutkan kes mereka ke FAM, FAM melepaskan mereka secara bebas dan tiada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka. KAFA terpaksa akur dengan langkah FAM meskipun ianya merugikan Kelantan.

Malam ini bermula perlawanan sumbangsih liga bola sepak Malaysia antara Kelantan selaku penyandang juara Piala Malaysia dan Selangor, penyandang liga super. Di atas kertas Selangor didapati lebih kuat berbanding Kelantan. Ini kerana Selangor lebih rapi melengkapkan skuad mereka dengan pemain-pemain baru. Kelantan pula dilihat agak tempang setelah kehilangan ramai pemain-pemain utama skuad tahun lepas. Dua pemain utama Kelantan, Khairul Fahmi dan Nor Shahrul Idlan yang menonjol semasa beraksi dengan negara akan menggalas tugas membawa Kelantan mencari tiga mata.

Malam ini bermula. Kepada peminat yang berkesempatan, jom ke Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Kepada yang tidak berkesempatan, siaran langsung akan ditunjukkan di Astro Arena , 801. Sama-sama menyokong liga bola sepak tempatan.

Thursday, January 27, 2011

Patut la kawan aku minat Alex Cross

Alex Cross bukan artis. Bukan juga pemain bola sepak terkenal mahupun ahli politik. Alex Cross sekadar seorang detektif yang komited dengan kerjayanya dalam menyelesaikan masalah. Alex Cross meskipun tidak terkenal, jauh sekali kaya raya, dia mampu mengoncangkan White House. President USA sendiri serta barisan-barisan FBI, CIA serta Secret Service terpaksa mengakui bahawa Alex Cross adalah seorang yang degil. Jadi siapa sebenarnya Alex Cross ini?

Aku sebenarnya tidak mengenali beliau. Tetapi setelah menghabiskan lebih kurang 3,4 malam, baru lah aku kenal siapa Alex Cross ini. Kawan aku yang memperkenalkan kami. Aku terpaksa akui, perwatakan Alex Cross ini memang sangat menarik. Cara dia berkerja, cara dia melakukan siasatan, cara dia berkomunikasi dengan keluarganya, kadang-kadang seperti terasa dia mahu menjadi Alex Cross. Tapi sayangnya, Alex Cross hanyalah watak ciptaan James Patterson.
James Patterson bukanlah satu nama baru dalam dunia novel. Dah banyak novel yang dia tulis dan malang bagi aku kerana aku baru membaca satu novelnya. Dan kebetulan novel pertama itu adalah bertajuk "i, Alex Cross". Memang satu novel yang sangat menarik. Aku memang cadangkan sangat kepada sesiapa yang meminati novel crime thriller. Bahasa yang digunakan dalam novel tersebut juga ringkas dan mudah difahami. Patterson membawa pembaca ke dunia penyiasatan dari kaca mata Alex Cross. Dan sekarang aku tak sabar nak baca Cross Fire. Harapnya kawan aku ada novel berkenaan. Boleh aku katakan disini James Patterson sehebat Dan Brown. Tetapi siapalah aku untuk membandingkan kedua-dua novelis terkenal ini. Masing-masing ada kekuatan dan keunikan tersendiri dalam hasil karya mereka.

Aku juga telah selesai membaca Match Fixer. Satu novel yang dekat dengan persekitaran kita kerana ia berkisar tentang dunia bola sepak, perjudian, di liga Singapura. Bahasa yang digunakan juga ringkas. Jalan cerita yang sangat menarik dan mudah difahami. Kadang-kadang bila habis baca novel tersebut kita tertanya adakah wujud lagi bookie atau percaturan perlawanan dalam liga bola sepak Singapura? Kepada peminat bola sepak, aku cadangkan juga membaca novel ini. Novel ini bukan sahaja memberikan pandangan mengenai realiti sebenar seorang pemain bola sepak tetapi juga bagaimana hidup di Singapura dari kaca mata pendatang dari England.


Sekarang ini sedang menyambung membaca novel Kathy Reichs "Bones to Ashes" dan "The New Rome/Fall of America". Sebenarnya baru aku ketahui bahawa buku New Rome ini sebenarnya adalah satu kajian mengenai politik, sejarah dan isu semasa mengenai empayar rom dan Amerika Syarikat sekarang. Sebelum ini aku ingatkan buku tersebut adalah buku novel. Tetapi cara penulis sampaikan segala maklumat dalam buku tersebut amat menarik. Bahasa yang digunakan juga senang difahami serta segala isi-isi penting diolah dengan begitu baik sekali. Masih ada separuh lagi aku belum habiskan. Dalam minggu depan aku mungkin dapat habiskan semuanya.


p/s..Kelantan sudah boleh bermain di waktu malam untuk liga Super nanti. Datuk M. Karathu pula telah dibawa masuk untuk mengemudi Kelantan disebabkan B.Sathianathan digantung. Semoga Kelantan menang Sabtu ini.Akan pulang ke Kelantan 2 hari lagi.

Tuesday, January 25, 2011

Apa hal dengan perpustakaan

Hari ini dengan bangganya aku nak citer yang aku pagi-pagi lagi dah menapak ke perpustakaan. Syok ape menapak di pustaka nie pagi-pagi. Orang tak ramai, cuaca pun redup je nie.Komputer banyak lagi yang kosong jadi terus saja sambar sebelum kelajuan tenet menjadi lembap apabila menjelma tengah hari.

Perpustakaan kat UPM nie dan aku rasa sama saja macam di mana-mana universiti, hanya akan dipenuhi orang apabila musim peperiksaan tiba.Kalau hari biasa memang boleh dikira dengan jari saja bilangan pengunjung. Buku-buku kat sini? Kebanyakkan pelajar pinjam pun sebab nak gi fotostat bukannya ramai pun yang betul-betul pinjam buku akademik kat perpustakaan nie untuk dijadikan buku rujukan tambahan dengan nota atau buku teks yang telah sedia ada. Kalau ada pelajar yang pinjam buku kat perpustakaan dengan niat betul-betul buat rujukan, aku memang respek.Seingat aku, aku tak pernah lagi pinjam buku kat pustaka UPM nie.Macam mana prosedur diorang pun aku tak tau. Yang aku reti guna hanya lah komputer. haha

Cuma satu yang aku suka bila guna perpustakaan yang besar macam nie adalah koleksi journal. Kat UPM nie memang berlambak database journal yang disediakan. Sebab tue aku datang sini, sebab nak download journal.Bukan apa, nak cari dalam google memang boleh tapi memakan masa dan kadang-kadang tak dapat access sesetengah journal.Kat library nie senang, diorang banyak dah beli lesen journal jadi boleh download je. Lagi pun, kat library nie tenet dia laju sket. Laju la berbanding dengan duk kat bilik asrama kan.

Niat mahu cari journal tapi aku nie dah habis setengah jam, satu journal pun tak download lagi.haahha.Biasa la bila hampir seminggu dah tak merasa keyboard.Ok lah, mahu meraba journal dalam dunia web sebentar pastu balik tido.hahah

Sunday, January 23, 2011

Aku nak jadi macam Rashid Sidek, macam mana ek


Kegilaan terbaru aku, badminton. Semalam baru lepas main di BSC Seri Kembangan. Habis sakit tulang selangka dengan lutut tapi berbaloi. Main takde la power pun tapi nak sakit macam-macam. Sebab orang amatur macam aku la bila main sakit habis badan. Tapi sakit semalam nie aku salahkan kepada bola badminton yang keras gila.Biasa la, bola murah kan. Student lagi, mane mampu nak beli bola badminton jenama otai-otai macam Yonex atau RSL yang melebihi RM50. Asal ada bola sudah. Raket pun pakai yang cincai-cincai je. Yang penting semangat tue. Aku rasa zaman Misbun atau Rashid Sidek dulu main pakai raket bodo-bodo je. Kalau dah power, no hal je.Betul tak?

Banyak lagi kena improve dalam main badminton aku nie. Paling atas stamina. Semalam main baper set pun dah teguk air habis sebotol besar.hahaha. Teknik takyah cakap la. Bila orang dah smash confirm tak terangkat la raket aku.Amatur lagi kan. Ok la. Aku tengok flyer dekat BSC tue ada kelas teknik badminton. Sape nak join dgn aku? Sehari dua je aku tengok dalam kelas badminton tue. Mana tau kelas tue ada coach otai Malaysia tolong ajar teknik-teknik main badminton. Lama-lama setakat nak wakil kolej boleh la nanti.

Kawan aku pun ada ajar macam mana nak improve skill badminton nie. Senang je. Cari dalam Youtube.hahaha. Tak caya taip la sendiri kat Youtube tue.Banyak teknik-teknik asas dan yang pelik-pelik orang ajar. Lepas nie aku rasa kalau aku bertapa depan youtube, setakat nak buat backhand smash atau jump smash memang tak de hal lah.

Tapi sedap sebenarnya main badminton nie. Satu badan punya senaman. Dari kaki sampai kepala kot. Badan aku yang besar nie pun rasa nak turun sket berat badan. Tapi tak banyak sangat la kurang berat badan kalau dah lepas main terus bantai nasi dan tido tak ingat dunia. Tapi at least bersenam juga kan.Dapat la juga bakar lemak-lemak yang bermastautin dalam badan nie.

Lepas nie mau improve lagi permainan. Tukar tali raket kasi lebih power. Sekarang nie asik bola keluar gelanggang je bila smash. Mana tau kalau rajin main badminton boleh mintak ngan Misbun jadi anak didik dia. Misbun kan dah letak jawatan sekarang nie. Ada duit mau saja aku apply masuk Nusa Mahsuri. Kalau apply rasa layak ke sparing dengan Lee Chong Wei? Mana tau nanti leh lawan Taufik atau Lin Dan. Kalau dalam mimpi tue memang selalu dah lawan dengan diorang. Tapi yang jahatnye, dalam mimpi pun boleh kalah lagi lawan diorang.hahaha.

Jom layan final Malaysian Open petang nie. Lee Chong Wei lawan Taufik Hidayat petang ni.Sama-sama kita tengok backhand Taufik yang memang superb. Ramalan aku Lee Chong Wei menang petang nie.21-15, 16-21 , 21-13. Tak caya? Jom bet.

Thursday, January 20, 2011

Nak muhasabah? dah terlambat pun

Tak ngantuk. Layan inter je lah. Senyum sudah. Simpan sorang-sorang sudah. Pendam dalam-dalam. Lama-lama hilang lah kan. Takpe. Tak mintak ape-ape dah lepas nie. Terima kasih semua yang kasihan kepada aku. Dah lama gak kan aku duk makan kasihan orang je. Tapi boleh ke aku nak gelak? Gelak kat diri sendiri je

Ek eleh..hilang laptop je pun.Orang lain hilang gak

betul dah kata adik aku. loklag.Cuai. Kalau aku ada abang macam aku nie, aku memang akan malu gile kot. Aku hilang malam nie bukan sekadar laptop. More than that.
Satu lagi.Sori lah esok ye. HP aku takde bateri dah. Charger hilang kan.Orang kate setiap benda tue ada hikmah dia kan. Hikmah dia, jangan byk sangat berderat.huhu. Jangan cuai. Jangan take for granted barang yang kita ada. Hikmah dia duduk dalam bilik sudah. Jaga barang elok-elok.Pesanan kat orang lain.Jagalah laptop anda baik-baik ye. Jangan tinggal dalam kete walaupun seketika.

History hidup aku nie orang tengok macam aku tak ambil berat setiap benda. Memang pun. Aku duk pk gak. Bila cakap skit mula sentap.Jadi simpan sudah.Lali dah.

Terima kasih ye kepada semua. Aku tahu semua ambil berat kepada aku. Masalahnya, aku nie yang tak pandai ambil berat pada diri sendiri.

Lepas nie macam mana? Boleh hidup. Tak susah. Go on je lah. Sakit ke susah ke seksa ke, go on sudah. Hidup bagi aku nie bukan untuk aku. Dan kejadian malam nie membuktikan lagi bahawa aku takkan pernah maafkan diri aku. Sejak kuar utp lagi.

Sekian dan selamat pagi. Esok hp ada bateri lagi dan kena jawab macam-macam. Tadah je lah.

Maaf ma, aboh.

p/s..sabar sudah kan.nak marah-marah pun last skali tuhan jugak tentukan semua nie. Aku pun tuhan yang cipta.  Kalau aku yang salah, dan memang aku yang salah pun, bila selidiki balik, tuhan juga yang buat aku macam nie.Jadi kesimpulannya, nak marahkan tuhan? Gila ke ape nak persoalkan takdir. Bukan boleh pusing waktu pun. Kalau boleh pusing waktu, aku tak nak susahkan sape-sape.Pusing balik waktu ke waktu aku mula-mula masuk utp. Sebab semua masalah bermula bila aku masuk utp.Sape yang nak masuk utp? Aku juga jadi semuanya berpunca dari aku.Ok.noktah.lepas nie cukuplah cakap pasal nie. Banyak benda lain lagi leh citer. Masalah negara ke, air ke, Palestin ke.hahaha

Kerugian

Malam nie gua kerugian. Satu beg laptop hilang. Laptop hilang. Charger hilang. Ipod hilang.Pendrive hilang. Gambar dalam laptop hilang. Assignment dalam laptop habis.

Tue je lah nak cakap malam-malam nie. Ore kelate kato naik geroh. Cukuplah. Tak perlu cakap ape-ape lagi. Cukup beritahu pasal hilang semua tadi sudah. Bak kata sarjan tadi, salah aku jugak. Cuai. Nak kate ape lagi kan.

Wednesday, January 19, 2011

Rokok tidak dibenarkan dijual kepada remaja bawah 18 tahun


Terdapat seorang pelajar tingkatan 5 yang sedang leka merokok diperhentian bas. Kemudian datang seorang polis menegur pelajar berkenaan.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tuan.”

Polis : “Dari mana wang kamu untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari wang belanja saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu bungkus dan harganya sekitar RM 10.00.”

Polis: “Kenapa wang RM10.00 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu boleh membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tuan?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tuan merokok?”

Polisi : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Jadi kenapa tuan takde motor ?”

Polis terbabit terkedu mendengar ayat pelajar tersebut

p/s..sekadar cerita jenaka ringkas.

Tuesday, January 18, 2011

Arak dah sememangnya haram.noktah

Semalam sedang aku syok membaca satu berita sensasi yang ditulis dalam Milosuam, aku pun terbaca la komen-komen mengenai tulisan artikel tue. Yang menjadi perhatian adalah seorang tukang komen yang aku tak pasti samada betul atau sekadar berpura-pura. Tetapi yang menjadi pasti daripada apa yang ditulis oleh orang tersebut, ada nada yang sangat bahaya. Bahaya kepada semua agama. Aku cakap kepada semua agama kerana ideologi Darwin sebenarnya adalah virus. Virus yang sangat bahaya kerana mereka-mereka yang mengikuti ideologi ini tidak mempercayai kepada pegangan Ketuhanan.
Nie blog asal artikel mengenai Jais dan arak di Selangor

Nie komen..baca betul apa yang dia tulis
Kepada sesiapa yang tak dapat baca aku besarkan disini ye.

 Richard Rahman Dawkins said...



stupid. Why are muslims such kill joys. What is next? no muslims in sunway lagoons?moral police stationed in wayang to make sure no couples sit next to each other?

Malaysia is a secular state. Keep it secular. Islamification is a step backwards in the wrong direction. All islamic states fails. name me one good islamic state. anyone? none! its been proven that islamic state is an abject failure when compared to the sheer awesomeness of an secular state

seperation of mosque and state now

Me and my Illuminati friends will make sure Malaysia will become an atheist nation in 20 years. we already have people in place. you cant stop up now mohammadens. U just watch

your false religion will be eradicated and consigned next to greek muthologies and Aesop fables! fake religion is the cancer to a modern society

We shall destroy the fallacies of Islam in Malaysia. We will make sure Islam will be no longer exist or have any political sway

In the name of Dawkins I will make this so

Praise Darwin, Sagan and Feynman


kat bawah ini adalah sebahagian daripada reaksi kepada komen diatas





 Ok.kita lupakan sekejap pasal komen tue. Kita ulas sedikit mengenai artikel asal blog tue iaitu mengenai tindakan Jais yang disokong oleh kerajaan Selangor untuk mengharamkan orang Islam berkerja di premis-premis arak yang ada di Selangor. Apa pendapat kita semua?

Bagi aku tindakan itu adalah tindakan yang sangat baik. Memang dah termaktub dalam Al Quran bahawa segala bentuk atau tindakan atau perbuatan yang melibatkan arak adalah haram sama sekali bagi orang Islam. Jadi adalah amat salah untuk orang Islam berkerja di premis-premis arak. Meskipun pekerja-pekerja di premis arak ini akan mengatakan bahawa mereka tidak menyentuh minuman yang diharamkan itu tapi duit gaji yang mereka dapat adalah secara langsung daripada perniagaan arak dan ini juga boleh dikategorikan sebagai duit haram. Tindakan Jais ini sebenarnya patut dipuji dan diikuti oleh semua negeri yang ada di Malaysia malah, kerajaan Malaysia patut kuatkuasakan bahawa orang Islam tidak boleh beli, menjual atau berkerja di premis, kilang atau dengan sebarang perniagaan yang melibatkan arak.

Tapi kenapa masih ada orang yang menentang tindakan Jais ini? Kenapa ada sesetengah menegakkan bahawa tindakan Jais ini hanya akan memburukkan keadaan. Ada orang memberi alasan bahawa sekiranya Jais menghalau orang Islam daripada berkerja di premis arak maka orang-orang tadi akan kehilangan kerja dan tempat bergantung. Dunia ini luas. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan selain daripada bekerja di premis arak. Lebih baik bekerja sebagai mat despatch atau jadi operator kilang dengan gaji yang tak seberapa daripada menjual atau menghidangkan arak di kelab-kelab malam dengan gaji bertaraf ekskutif muda. Kepada premis-premis arak, mereka perlu sensitif dengan hukum hakam umat Islam di Malaysia. Mereka sepatutnya tidak menggaji orang Islam untuk bekerja di premis-premis mereka. Ya,negara kita berbilang kaum dan agama tetapi tidak semestinya semua agama dilayan sama. Agama Islam adalah hukum hakam sendiri yang semua umatnya perlu ikuti dan patuhi. Agama lain perlu faham.

Jadi, kita tengok apa kesudahannya kepada kes Jais, arak di Selangor nie. Aku yakin dan pasti isu ini akan dipolitikkan oleh sesetengah pihak selepas ini. Apa pendapat para pembaca?

p/s aku tak tau la si beruk Darwin tue baca ke tak blog aku nie , kalau di baca tak mustahil dia akan komen juga lepas nie.

Monday, January 17, 2011

Kalau bab agama, jangan cuba main-main.

Islam agama aku. Malah aku bersyukur sangat-sangat dilahirkan dalam agama Islam. Kat Malaysia nie, perlembagaan dah termaktub bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Agama Islam, bukannya agama kristian, bukannya Buddha atau Hindu. Jadi semua orang kena faham dan patuh. Ingat ye, faham dan patuh. Kepada penganut agama-agama lain tue, kalau tak suka kepada agama Islam, boleh angkat kaki pergi negara lain.

Tulisan aku kali ini bukan nak maki hamun atau kutuk agama atau penganut agama lain. Aku akui negara kita ada berbilang bangsa dan agama. Agama aku sendiri suruh semua penganutnya hormati agama dan bangsa orang lain. Bangsa lain aku hormat. Aku hormati kaum cina, india, iban atau sebagainya selagi diorang semua hormat dengan bangsa Melayu. Dalam bab agama juga sama. Selagi agama lain tidak menghuru harakan agama aku, aku akan hormati agama lain. Aku takkan kata bahawa agama sekian-kian adalah salah. Aku juga takkan kutuk bahawa agama sekian-kian adalah buruk atau sebagainya. Islam adalah agama suci. Islam tak suruh penganutnya menghina agama lain.

Tapi yang menjadi topik perbualan sejak kebelakangan ini adalah berkaitan ada seorang peguam Cina yang merungut sebab bunyi azan dekat kawasan perumahan dia. Untuk dapat berita lebih lanjut, kita boleh la cari dalam dunia blog nie. Samada kisah ini salah atau sekadar manipulasi sesetengah pihak , aku sendiri tak pasti. Sebabnya sekarang nie sibuk dengan kempen undi di PRK Tenang. Kawasan Tenang nie pula ada pengundi Cina. Jadi mungkin berita pasal azan tue dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk mengucar kacirkan menggunakan sentimen perkauman dan agama.

Walaubagaimanapun, sekiranya benar kisah azan tersebut. Adalah amat tidak elok (aku cuba gunakan ayat sehabis baik mungkin) peguam Cina mempersoalkan mengenai azan. Azan dalam agama Islam memang seharusnya dilaungkan sekuat mungkin. Kenapa? Sebabnya nak memperingati kepada semua orang Islam bahawasanya sudah masuk waktu untuk solat. Jadi bila bab berkaitan dengan agama Islam, penganut lain tidak boleh masuk campur. Penganut Islam tak buat bising pun bila geng Hindu duk berarak kat Batu Caves padahal sampai jalan jadi sesak setiap tahun. Penganut Islam tak bising pun orang Cina duk pasang mercun setiap kali tiba Hari Raya Cina. Penganut Islam tak bising pun kuil-kuil Hindu atau Buddha duk pasang lagu kuat-kuat. Tapi kenapa pasal azan, penganut agama lain nak bising? Bagitau aku.

Yang lebih sedihnya, ada pula pihak yang seperti mempertahankan peguam Cina tadi. Ada pula pihak yang cakap laungan azan patut diperlahankan lagi. Malah ada juga yang cakap bacaan Al Quran dekat nak maghrib atau subuh dipendekkan. Aku tak nak cakap siapa atau pihak mana. Kalau nak tau, baca sendiri dalam dunia web nie. Dah banyak orang duk citer. Dan yang duk cakap diatas tue adalah penganut Islam sendiri. Kononnya ingin menjaga keharmonian kaum dan agama. Apa bangangnya buat macam tue. Azan hak milik orang Islam. Suka hati la masjid tue nak kuat ke, nak panjangkan bacaan Al Quran ke.Orang Islam takde pula nak kata apa bila agama lain duk buat aktiviti keagamaan masing-masing.

Itu lah negara kita. Terlampau berlembut. Perkasa ke Pekida ke Pewaris ke, semua sama je. Kalau cakap pasal bangsa Melayu cepat je melatah. Tapi bila bab agama, semua senyap je. Bodoh. Nama saja pemimpin. Kepada sesiapa yang tak tau, kat negara kita nie dah banyak surau, madrasah dirobohkan. Alasan, untuk pembangunan. Tapi bila ada je kes kuil atau gereja , semua nak jadi hero. Pernah dengar kuil kena roboh? pernah dengar tokong kena roboh? Takde kan. Kalau surau, madrasah banyak je. Kat Selangor nie pun banyak dah kena roboh. Yang lagi sedih, yang robohkan atau yang luluskan tue, adalah orang Islam sendiri. Islam pada nama saja. Sudah lah orang Islam kat negara kita dah semakin kurang sebab ramai jadi murtad tiru Lina Joy, pastu dirobohkan pula surau-surau dan madrasah. Kerajaan pula bukannya nak bagi dana besarkan surau-surau atau madrasah. Kalau bab kuil atau tokong, boleh pula diorang bina bersepah kat mane-mane. Tengok Batu Caves sudah la. Ala tak payah pergi jauh. Kalau kat aku nie tengok kubur Cina sudah kat UPM nie. Satu bukit untuk kubur Cina saja. Tapi kubur Melayu? Sempit gila.

Ok.dah lah.Setakat itu dulu. Sekarang nie aku tak tau apa tindakan susulan atau perkembangan berkaitan dengan kes azan tue. Sesiapa ada info bagitau la kat aku ek. Bila bab agama, kita tak boleh main-main.

Alhamdulillah..300 sudah

Hari ini boleh dikatakan hari yang bersejarah bagi blog nie. Sebabnya, hari ini blog ini sudah mempunyai follower yang ke 300. Dan follower yang ke 300 tersebut adalah...

Klik untuk ke blog Yatt

Terima kasih kepada Yatt. Terima kasih juga kepada semua follower blog ini. Aku akui blog aku tidak sehebat Ben Ashaari yang mempunyai rating yang tinggi, tidak jugak secantik blog Hanis Zalikha yang follower dia beribu-ribu. Ribu-ribu bai, aku nie baru je jejak 300. Jauh lagi perjalanan nak kumpul ribu-ribu tue. Tapi dengan usaha tidak mustahil kan. Banyak lagi langkah yang aku perlu ambil dalam memperkenalkan blog aku nie kepada dunia blogger di luar sana. Sekarang nie tak mustahil pun nak dapatkan follower ramai-ramai. Tapi yang penting sekali, isi dalam blog itu juga perlulah bagus kan. Tak guna juga follower ramai-ramai tapi tuan punya blog hilang ntah ke mana. Apa-apa pun terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Diharapkan akan sentiasa mengikuti dan membaca blog yang tidak seberapa ini.

Menjejaki kembali kewujudan blog ini. Pada asalnya blog aku nie sekadar ditubuhkan untuk mengulas cerita-cerita berkaitan dengan bola sepak terutamanya pasal Inter Milan. Jika pembaca dan pengikut blog ini lihat dalam bahagian arkib, tulisan-tulisan terawal aku memang berkaitan dengan bola sepak, baseball dan kadang-kadang basketball. Masa tue memang banyak cakap omputih lah. Sekarang nie dah agak kurang guna omputih. Aku kena juga cakap omputih lepas nie. Bukannya apa, untuk memperbaiki lagi omputih aku nie. Bila aku tulis dalam omputih, boleh la pembaca dan pengikut blog nie tegur, betulkan mana-mana yang salah. Bahasa Inggeris aku tidak lah power mane pun. Nama je mahasiswa jurusan bahasa inggeris tapi speaking, pronounciation serta writing aku masih banyak perlu diperbaiki. Tapi kita kena sentiasa perbetul bahasa kita kan?

Sekali lagi, aku mengucapkan terima kasih kepada semua. Semoga terus beri sokongan dan bantuan kepada aku selaku tuan punya blog ini. Sekian.

ps..Lepas ini target setengah ribu pula.

Saturday, January 15, 2011

Layan Ngangkung..download Hantu Kak Limah balik rumah

Semalam aku dah tengok filem Ngankung. Sebelum nie aku dengar filem nie capai kutipan yang tinggi.Kalah Jangan Pandang Belakang. Aku harap bila tengok filem nie macam best la jalan cerita dan skrip dia sebab kutipan tinggi.Tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Aku tak pasti la apa orang lain tahu kan apabila tengok filem nie tapi bagi aku, filem ini tidak seperti yang dikhabarkan. Mungkin juga filem ini hanya berdasarkan kepada Sam, pelakon utama yang sebelum ini naik mendadak dengan cerita Adnan Sempit.Aku rasa kalau Bung Mokhtar tengok filem Ngangkung nie pun akan turut kecewa dengan persembahan adik ipar dia tapi tak boleh la marah lebih-lebih kan, kang tak dapat la tidur ngan Zizie malam nanti.hahaha.


Ok, berbalik kepada Ngangkung tadi. Lawak dalam filem nie macam terlalu tipikal. Dah boleh diagak. Jalan cerita pun semacam mendatar dan kadang-kadang ada sesetengah bahagian tue lebih baik tak ada daripada ada. Sam pula dalam filem nie terlalu serius. Sangat berbeza dengan watak dia dalam filem Adnan Sempit. Aku rasa kalau watak Sam itu diberi skrip yang lebih lawak, lebih santai, tak mustahil filem Ngangkung akan jadi lebih menarik. Jalan ceritanya juga patut diberikan 'twist' agar penonton lebih ternanti-nanti apa yang akan terjadi seterusnya. Tapi mungkin juga aku terlalu letak harapan tinggi kot kat filem nie.

Untuk filem Hantu Kak Limah pula, kawan sebilik aku pergi menonton semalam dan 'review' daripada dia tak seperti yang diharapkan. Mungkin filem tersebut tak sampai seperti yang kita harapkan. Satu faktor yang menyebabkan sedemikian rupa mungkin kerana terlalu lama menunggu untuk menonton filem Hantu Kak Limah. Aku sendiri belum menontonnya jadi mungkin hanya berpeluang menontonnya bila dah dapat download filem tersebut. Tayangan untuk filem ini rasanya dah tamat. Melepas sudah tapi sekurang-kurangnya apabila tengok depan laptop tak akan rasa kecewa sangat berbanding tengok di pawagam. Betul tak?

Semalam juga, selepas kecewa tonton Ngangkung, aku layan Dinner for Schmuck. Steve Carrel dan Paul Rudd. Filem ini memang best. Skrip best. Lawak klasik. Jalan cerita sempoi. Takde lawak yang melampau-lampau. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Secara ringkasnya aku boleh cakap, bila tengok filem dinner for schmuck nie, aku lagi terhibur berbanding tengok filem Ngangkung. Aku cadangkan kepada sesiapa yang nak bersantai di malam hari, sila tengok filem Dinner for schmuck . Memang tak akan rugi. Berbaloi lagi.

Sekian untuk sekarang. Hujan sudah turun maka perut pun menjadi lapar.

Kondom Pak Menteri

 Ada seorang Menteri nie, dia baru je berkahwin dengan seorang anak dara yang cantik manis. Disebabkan perbezaan umur , pak Menteri nie tidak mahu mendapatkan anak kerana bimbang, dia akan mati sebelum sempat lihat anaknya masuk sekolah menengah. 
tak pengsan perempuan kalau tengok kondom besar tue.hahah

Pak menteri ini pun pergi la mengadu pada seorang doktor yang berkaitan. Doktor tersebut mendengar cerita pak menteri tadi dan dia suruh pak menteri tadi pakai kondom bila nak bersama isteri mudanya tue. Doktor cakap cara itu paling senang, cara lain susah dan memakan kos yang tinggi. Disebabkan pak menteri nie kedekut dan tak nak hilang isteri mudanya, dia pun bersetuju untuk pakai kondom. Sebenarnya pak menteri nie jakun, dia tak pernah pun pakai kondom sebelum nie dengan bini lamanya.

Selang setahun dua kemudian, pak menteri ini datang sekali lagi berjumpa dengan doktor tersebut.

"Doktor, doktor kata kalau pakai kondom, isteri saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, dapat kembar lagi."
 

Doktor berkenaan menjadi pelik lalu dia bertanya kembali kepada pak menteri tadi:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"


Jawab Pak menteri:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini kan orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."


Doktor tadi kemudianya termangu sendirian memikirkan kejakunan pak menteri tadi. 


p/s cerita lawak kelakar yang tidak ada kaitan dengan mana-mana individu samada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sekadar pengisian waktu tengah hari hujung minggu.

Manchester United jumpa Tottenham Hotspur

Minggu ini, satu perlawanan yang boleh dianggap penting dalam perebutan EPL adalah antara Man Utd lawan Tot Spurs. Kedua-dua kelab ini menunjukkan peningkatan yang baik dalam liga setakat ini. Spurs dilihat sebagai kelab yang berasal dari London yang cemerlang bagi musim ini dalam EPL berbanding Arsenal dan Liverpool. Harry Redknap membuktikan bahawa dia adalah salah seorang pengurus England yang berbakat dan wajar diberi peluang untuk mengurus skuad kebangsaan England.

Di Old Trafford pula, Red Devil dilihat mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga setakat ini. Mereka mahu menjarakkan mata dengan pencabar-pencabar yang lain iaitu Man City, Chelsea dan Arsenal. Sekiranya Rooney mampu mengembalikan prestasi seperti di awal musim, gandingan dia dan Berbatov mampu memberikan senyuman kepada Ferguson tapi setakat ini Rooney dilihat masih mencari rentak yang asal.

Perlawanan ini dijangka sengit sebab kedua-dua pasukan akan menggunakan kepantasan dan kelicikan penyerang masing-masing. Spurs pasti akan bergantung kepada Modric dan Bale untuk menggoyahkan pertahanan Man Utd yang dikawal oleh Vidic dan Ferdinand. Giggs pasti akan menggunakan pengalaman beliau untuk menghidangkan peluang-peluang gol kepada Berbatov dan Rooney dalam usaha mencari gol. Tetapi aku rasa Man Utd akan memperolehi kemenangan nanti. Bukan bermaksud aku menyokong Man Utd dan bukan juga bermakna aku membenci Spurs. Spurs dilihat sudah kembali lembut kebelakangan ini. Sebelum ini mereka satu pasukan yang digeruni tapi sekarang beberapa pemain daripda Spurs dilihat sudah hilang sedikit demi sedikit kejantanan mereka.Adakah ini semua berpunca daripada gambar-gambar dibawah? Fikirkan sendiri bagi peminat Spurs terutamanya Shelby Singh. Mungkin Shelby yang membekalkan beg-beg tersebut.







Pemain Spurs dah pakai beg macam perempuan?

Friday, January 14, 2011

Rosmah Mansor kita kena hormat

Macam tajuk tulisan nie, Rosmah Mansor kita kena hormat.Kenapa? Ye lah, kan dia tue bini PM kita.Kita kena lah hormat.Lebih-lebih sekarang nie. Apa sebab aku cakap macam nie? Baca dulu kat bawah nie.

Haa..kan bagus Rosmah nie. Sebelum kita marah-marah, baik kita ingat kan dulu siapa Rosmah nie sebenarnya..Isteri PM kan. Isteri kepada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Takkan la Rosmah nak duduk hotel kelas rendah-rendah. Dan jangan pula kita lupa, harga RM100 k tue baru kos masuk bilik je. Takkan la Rosmah nak duduk bilik saje-saje kan. Mesti la kena order makanan sekali.Aku tak tau la berapa harga makanan kat hotel Dubai tue. Yang pasti, hotel tue tidak sama sekali akan jual teh o ais berharga RM1.20.

Kita kan rakyat baik. Najib suruh kita berjimat cermat. Minyak kan dah naik. Bawang pun dah naik harga. Restoran Mamak seMalaysia juga naikkan harga mereka. Jadi kita kena la berjimat cermat. Menteri-menteri bawah Najib pun ada suruh kita semua tanam sayur sendiri, kurangkan ambil gula dan kurangkan guna bawang dalam masakan. Kan bagus-bagus para pemimpin kita semua. Pemimpin kita juga galakkan kita bercuti dalam Malaysia je. Rakyat tak boleh melancong ke luar negara. Membazir. Rakyat pun mana boleh na menginap kat hotel macam Rosmah buat kat Dubai tue. Mahal tue. Rakyat kena berjimat cermat.

Rosmah mana mungkin guna duit rakyat menginap kat hotel yang mahal tue. Duit dia sendiri tue.Jangan kita cepat tuduh dia. Kesian dia. Isteri PM kan. Tonggak negara lagi. Kan dia sebelum nie wakili Malaysia sebagai wanita pertama. Malu lah negara kita kalau isteri PM duduk hotel yang low class. Bagi dia tak mahal pun RM100 k. Murah je. Mungkin dia ke Dubai sebab nak kasi orang Arab turunkan harga minyak. Untuk Rakyat jugak tue.Takkan la Rosmah nak membeli belah kat Dubai tue.

Tulisan aku nie bukan nak kutuk sape-sape. Siapa lah aku nie nak kutuk Isteri PM. Aku takut kena ISA nanti. Aku kan bijak. Aku kan yang undi BN dulu. Jadi bila dah undi BN, maka automatik, aku lah yang undi Najib jadi PM. Jadi kalau aku duk kutuk PM, maknanya aku sendiri lah yang salah kan. Aku mana ada salah. BN bagus. BN la buat pembangunan kat Malaysia nie. BN baik lagi. BN yang usulkan kemerdekaan negara kita. Parti lain mana ada buat macam tue. Besar tue jasa BN.

Aku memang tak bayar cukai lagi, tapi ibu bapa aku bayar cukai. Aku pun tak kisah kalau Rosmah guna duit cukai rakyat buat bayar hotel kat Dubai tue. Kalau aku kisah pun, aku boleh buat apa kan. Orang kata nak tukar kerajaan masa PRU nanti? Jangan. Kesian lah kat Rosmah. Mana dia nak menginap nanti.

Tak mengapalah. Biar je lah Rosmah menginap kat hotel mahal-mahal . Kan pemimpin tue. Kita rakyat biasa nie mana boleh buat macam tue. Kita kena berjimat cermat. Bagus kan rakyat Malaysia. Pemimpin kita yang bagus sebenarnya nie. Diorang duk suap pemikiran begini sejak dari dulu lagi. Kita kena berterima kasih kepada mereka.

Lagi pasal Fasha Sandha berbikini

Sebelum ini heboh pasal gambar Fasha Sandha yang berbikini memang seksi tahap maut nye kat Bali. Pastue pulak malam nie aku ada terbaca pasal komen mak Fasha mengenai perihal terbaru anak dia tue. Hebat artis-artis negara kita nie, tak lekang dengan kisah-kisah yang boleh lah dikategorikan sebagai tahap hollywood. Nape aku cakap tahap hollywood? Ye lah.tengok sendiri la gambar-gambar kontroversi Fasha sebelum nie, memang macam artis Hollywood pun. Sekarang nie orang lebih tahu pasal Fasha bukan sebab lakonan dia tapi lebih kepada kisah peribadi dia. Betul la, artis pun manusia juga. Tapi artis kalau dah nama tue Islam, kena la jaga agama jugak. Nak tahu pasal apa jawapan mak dia? Baca kat bawah nie.


"Kalau di Bali,tak kisahlah..tetapi kalau di Malaysia memang tak bagi pakai.Kami pun selalu mandi manda di sini (Malaysia) tetapi Fasha pakai baju T dan seluar panjang,Kami sekaluarga selalu pergi ke luar negara melancong dan bercuti seperti di Phuket,Thailand sebelum ini,Fasha pakai pakaian yang sama (Berbikini) tetapi tak masuk surat khabar pun sebab kami tak memuat naik gambar tersebut."kata ibu mithali ini

sumber dipetik dari sini                                                                                                                              
  
Jawapan macam orang tak sekolah je kan. Jadi kiranya daripada apa yang aku tafsirkan jawapan mak mithali nie, kalau duk kat luar dari Malaysia, hukum hakam berkaitan dengan aurat tue lain la. Dalam negara kita nie je aurat kena jaga, luar daripada Malaysia tak perlu lah nak tutup-tutup aurat nie. Macam nie ke jawapan seorang mak. Baik tak payah bagi komen. Bila komen nampak sangat kejahilan dia. Memang patut la kot anak dia jadi macam tue.

Ntah la. Artis negara kita memang dah sebati kot dengan kontroversi. Masalahnya, berkaitan dengan isu kat atas nie, orang bukan Islam bila baca perkara yang berkaitan dengan agama kita nie, nampak sangat penganut dia boleh main-main je bab hukum hakam yang sepatutnya dah termaktub haram. Tapi bila dah tak cukup didikan agama, jawapan jahil macam tue lah yang keluar.

Aku tak pelik pun bila tengok melodi atau rancangan atau majalah hiburan pasal artis rampas suami orang la, pergi kelab malam ke, cium mulut ke. Sebab? Memang mereka jahil. Dan salah kita sebagai puja sangat mereka nie.Tengok lah, siapa yang duk cerai berai, siapa yang hisap dadah, siapa yang tipu sana sini. Bukan golongan artis. Tapi masyarakat kita nie baik, duk puja lagi. Malas lah aku nak cakap berkaitan nasihat ke apa ke. Diorang bukan akan berubah sangat pun. Cakap je pergi mekah la, buat ape la. Tudung tak pakai jugak. Aku bukan tujukan kepada semua. Ada yang elok, bagus lah, yang tak elok itu lah yang nak kita betul kan. Bukan apa, artis nie, satu mewakili kaum melayu. Kalau artis tue orang cina, lantak dia lah nak cium mulut ke, nak berbikini ke, tak nak pakai baju terus ke, tak kisah sebab diorang bukan ada hukum hakam dan adat. Tapi artis melayu yang selalu buat hal nie. keduanya, bila kita cakap pasal melayu, pastilah beragama Islam. Jadi kena lah jaga betul-betul agama suci nie.Yang mana haram memang tetap akan haram.

Salah siapa bila semua nie berlaku. Kita nak marah kat diorang? tak berkesan pun. Kerajaan pula takde pun nak amek tindakan kan. Buat apa amek tindakan. Artis kan pendokong utama industri hiburan kita. Kita juga yang nak industri hiburan kita maju. Jadi kalau nak industri hiburan kita maju macam negara lain, artis kita pun kena lah maju kan. 

Dah la, awal pagi nie layan how i met your mother lagi baik.Jom layan pastu tidur. Jangan mimpi fasha sandha sudah.

Thursday, January 13, 2011

Laptop lelaki ke perempuan?

Sekadar secebis hiburan mengisi masa lapang di waktu petang macam nie.

Sebenarnya, laptop yang kita guna tiap-tiap hari tue pun ada jantina tau. Jadi macam mana kita nak tau jantina laptop kita, cuba lah buat langkah-langkah yang ada kat bawah nie.

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara “i love u.”

Cuba dengar btul2 suara “i love u” tu….suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya….

Enjoy! blh wt korg gelak tau…. saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu…hehehe?

*sebenarnya aku sendiri belum buat lagi langkah-langkah diatas.huhu.takpe.Sesiapa yang dah buat kalau berjaya bagitau la nanti key*

Wednesday, January 12, 2011

Surah pertama dalam Al Quran berkisar mengenai membaca

Membaca. Banyak definisi orang boleh bagi kalau berkaitan dengan perkataan ini kan. Tak kisah la apa orang nak definisikan macam mana sekalipun mengenai membaca , yang penting, membaca memang sangat penting. Tak kira kepada semua peringkat umur sekalipun. Bagi orang Islam, surah pertama yang turun dalam Al Quran, Allah suruh kita semua membaca. Kenapa? Sebab memang membaca itu penting.


Kali ini aku bukannya nak tulis pasal membaca. Semua orang dah tahu pun pasal membaca nie kan. Aku sendiri sebenarnya dah kurang membaca. Kalau membaca pun, sekarang nie sekadar membaca blog-blog. Novel pula agak lama aku tinggal. Sekarang ini aku teruja kembali untuk membaca novel sebabnya kawan aku tengah mengumpul novel karya James Patterson. Semalam aku telah ikut dia ke Amcorp Mall. Bukan main banyak dia borong novel James Patterson. Sebelum ini, dan kalau tak silap aku pada sem lepas aku teringin nak beli dan baca karya terbaru Dan Brown, The Lost Symbol. Hanya novel yang terbaru je aku belum baca, karya-karya Dan Brown sebelum ini semua aku dah habis baca.




Kat Amcorp Mall rupa-rupanya ada sebuah kedai buku yang jual buku dengan harga yang cukup berpatutan dan sangat murah. Kiranya kedai nie akan tawarkan harga yang orang kata boleh beli lah.Semalam pun aku beli dua buah buku dengan harga bawah RM10. Tak murah lagi? Buku-buku yang aku beli pulak tue bukannya buku lama pun, masih agak baru. Cuba gak cari The Lost Symbol tapi takde lagi kat kedai tue.Tapi apa pun kena slow-slow lah didik balik hobi membaca nie. Takkan nak borong banyak-banyak buku tapi tak terbaca jugak nanti kan. At least mula dengan sebuah dua dulu la kan.

Kedai buku yang aku pergi semalam adalah seperti dibawah. Sesiapa yang belum tahu mengenai kedai buku nie, aku cadangkan sangat-sangat berkunjung lah ke kedai nie. Kenapa? Sebabnya, harga dan koleksi buku yang kedai ini ada memang akan menarik minat kita untuk membaca.
http://www.bookxcess.com/
Sesiapa yang nak tau lebih lanjut mengenai kedai buku yang aku maksudkan boleh la layari laman web diatas. Dan kepada sesiapa yang tahu kat mana lagi ada kedai buku yang lebih kurang macam kedai diatas, maksud aku tawarkan harga buku murah, boleh la beritahu aku. Aku nak masuk MPH atau kedai buku lain yang jual buku mahal-mahal memang berfikir 2,3 kali la kan. Sekarang nie beli buku akademik pun sebab kena paksa dek pensyarah je. Kalau tak memang fotostat sudah walaupun tau fotostat buku nie adalah satu tindakan ceroboh hakmilik cipta.
Dan satu lagi..sesiapa yang minat jugak membaca, boleh tak bagi cadangan buku atau novel apa yang memang best untuk dibaca lagi. Aku suka yang berkaitan dengan sejarah.Ini buku yang aku beli semalam.

Tuesday, January 11, 2011

Kisah bawang dan jawatan untuk menjadi seorang menteri

Baca petikan berita di bawah yang dipetik dari surat khabar UMNO negara kita.



MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu. Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah. Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya - Utusan


p/s..Mana menteri yang berkaitan dengan harga-harga barang-barang kat negara kita nie. takkan nak berdiam diri je kot. Mesti tengah duk fikir ayat apa nak guna nak sedapkan hati rakyat. Apa, ingat rakyat nie bodoh sangat ke apa? Yang duk cakap pasal nak kurangkan bawang tue pun satu. Tak boleh fikir ke, takkan nak letak bawang bila masak nasi atau lauk. Apa diorang leh makan nasi goreng tawar? Dia boleh buat resipi baru telur dadar tanpa bawang?

Wei..menteri-menteri yang bijaksana. Rakyat nie bodoh kan. Bila orang atasan kata kena kurangkan ambik pape sebab barang naik, jadi rakyat pun kurangkan la. Sebelum nie kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Sekarang nie kurangkan bawang pula dalam masakan. Lepas nie kurangkan penggunaan kenderaan bermotor sebab minyak naik. Betul tak wahai menteri-menteri sekalian? Takpe..Rakyat negara nie bijaksana dan baik. Kami kurangkan juga la penggunaan barang-barang yang dah naik semua tue. Betul lah apa yang para menteri bagitau kat kami tue. Gula bahaya sebab boleh bagi diabetes kan. Bawang pula mungkin ada kaitan dengan darah tinggi. Minyak pula sumbangkan kepada pelepasan gas karbon monoksida ke udara. Jadi kami kurangkan la semua. Bijak sungguh para menteri di Malaysia. Lepas nie mana tau ada pemborong naikkan harga beras pula kan. Harga tepung ke, telur ke ayam ke daging. Takpe. Rakyat ikut je menteri cakap apa. Kalau ayam daging naik, menteri suruh rakyat pelihara sendiri haiwan-haiwan tersebut. Senang je. Bukan susah. Kalau kat putrajaya tue , ternak je ayam tepi beranda rumah flet. Kalau beras pula, kurangkan makan nasi. Bijak.Makan roti pula.

Jangan kita sebagai pengguna marah kat menteri-menteri negara kita. Mereka sudah bertungkus lumus usahakan agar negara kita tak bankrap. Jadi mereka terpaksa la naikkan harga barang-barang tadi. Kita kan pilih orang yang berwibawa untuk jadi menteri. Macam Ismail sabri. Menteri penuh bertanggungjawab tue. Dia kurangkan gula dalam minuman dia. Dia tak makan bawang. Dia pun berbasikal je ke tempat kerja. Najib sendiri naik basikal dari Presint 2 ke Presint 10. Aku sendiri tengok dia naik basikal dengan Rosmah baru nie. Kan bagus. Maklumlah harga minyak naik kan. Ismail Sabri nak cakap apa plak pasnie pasal bawang? Aku jamin bawang naik harga, nasi goreng pattaya pun akan naik juga. Nak tanam bawang sendiri? Belajar la geografi dulu. Bawang mana ada orang tanam kat negara kita. Tak tau la kot-kot menteri kita bijaksana bleh cari tempat untuk tanam bawang. Mana tau kot-kot Mardi, FAMA atau UPM leh kaji atau cipta bawang tanaman Malaysia lepas nie

Kesimpulannya..kena kurangkan bawang lepas nie.Jom makan nasi kukus semua.Lauk ikan rebus sudah.

Apa Bra mau?

Haa.tengah malam macam nie, aku terjumpa satu fakta yang menarik. Kaum lelaki bila dengar perkataan bra memang akan cepat je tangkap perhatian. Tak percaya? Tanya la kaum lelaki mana-mana. Kalau lelaki tue tak excited pasal bra, mungkin ada something wrong la dengan kelakian dia. Tapi zaman sekarang nie kat negara kita, lelaki pun ada yang pakai bra. Jenis lelaki macam nie adalah lelaki yang tak suka jadi lelaki dan yang akan dilaknat nanti. Apa pun jom kita tengok info sedikit pasal bra.
*semua ini adalah ciptaan dan kebetulan semata-mata.Tidak bermaksud untuk menyindir atau memalukan sesiapa. Sekadar hiburan di tengah malam *
mau beli?


Q: Which is the striped BRA?
zeBRA


Q: Poisonous BRA?
coBRA


Q: Mathematical BRA?
algeBRA


Q: Sunsign BRA?
liBRA


Q: Magical BRA?
aaBRA ka daBRA


Q: Religious BRA
BRA hmin!


Q: Metallic bra
BRAss


Q: Anjelina jolly’ Bra
BRAd pit…


Q: Botany BRA
BRAnch


Q: Marketing BRA
BRAnd!


Q: AMERICAN PRESIDENTIAL BRA
BRAaak Obama


Q: puctuation k liye bra
BRAcket


Q: Scary bra….
GhaBRAahat!!!!


Q: Cricketers ka bra
BRAdd hogg


Q: How does d donkey cry…
BRAAAAA!!
Braaaaa!!
Braaaaaaaaaa!!!


Q: a room where BRA’s are kept..
LiBRAry


Q: Bra which became the american president and inspired the whole world,
aBRAham Lincoln!


Q: The BRA which holds the record for most no of T20 runs in an innings?
BRAndon McCullum.


Q: which bra is very important for any vehicle
BRAke

Monday, January 10, 2011

Banjir Ana Rafali sebab AJL 25

Semalam heboh , kecoh dalam Fb, dalam blog pasal AJL25. Ramai yang tak puas hati sebab Ana Rafali yang menang. Aku sendiri sebenarnya tak tau sangat pun pasal Ana Rafali tue. Ramai peminat siap buat page kat FB cakap patut kemenangan diberikan kepada Faizal Tahir. Tak kisah la siapa menang siapa kalah. Rezeki semuanya tue. Sebelum nie kan Faizal Tahir dah menang. Bagi lah pulak kat orang lain. Dah juri pilih Ana Rafali, jadi terima sudah.

Dalam ramai-ramai rakyat negara kita duk kecoh pasal AJL, ramai lupa yang ramai jugak rakyat Kelantan dan sesetengah di Terengganu yang tak dapat nak tengok pun AJL. Kenapa? Nak tengok AJL apa benda kalau rumah kena banjir. Habis peralatan rumah kena air. Malah masih ada lagi mangsa banjir ditempatkan di pusat - pusat pemindahan banjir di beberapa kawasan di Kelantan. Kita pula boleh duk kecoh-kecoh pasal benda yang memang takde hasil langsung. Baik kita duk kecoh-kecoh pasal nak bagi sumbangan kat mangsa banjir kat Kelantan.

Rakyat negara kita memang macam nie. Aku sendiri pun tergolong jugak. Kalau bab hiburan memang cepat je melatah. Tapi kalau bab kebajikan , semua senyap je. Duit boleh habiskan taip sms untuk Afundi, tapi kalau bab nak tolong orang sakit, cacat atau sekadar derma kat masjid memang liat. Dari setinggi-tinggi golongan sehingga serendah-rendah golongan. Para pemimpin pun sama je. Kalau bab nak tunjuk muka dalam tv memang nombor 1. Kalau nak tolong orang , kalau takde tv1, 2 atau tv3 memang takkan tunjuknya muka buat kebajikan. Kalau perihal rancangan Bersamamu dalam tv3 tue, cepat je bagi duit. Macam beberapa minggu nie, mangsa banjir kat Kelantan, ada yang tunjuk muka? takde. Kalau sebelum nie kat Kedah dan Perlis, heboh je para menteri. Tapi bila kena ke Kelantan, masing-masing senyap je. Kelantan nie termasuk negara lain ke? Setakat yang aku tahu sehingga hari ini, Kelantan masih lagi dalam negara Malaysia.

Macam semalam, nyanyi satu lagu, menang dapat ribu-ribu lagi. Mangsa banjir dapat berapa? Paling tinggi pun aku rasa rm500. Kita boleh pulak duk tengok je artis-artis yang memang dah kaya tue melompat-lompat atas pentas. Padahal pada masa yang sama ramai lagi rakyat negara kita yang terpaksa merempat di balai raya, dewan sekolah sebab kampung mereka ditenggalami banjir. Malaysia oh Malaysia. Semakin jauh pemimpin negara kita duk laung negara maju, semakin jauh kita kepada asal usul kita dan budaya kita yang dulu.

Aku tuliskan pagi nie bukan saja nak rujuk kepada keadaan di Kelantan. Tapi sekadar satu contoh 'kejakunan' masyarakat negara kita yang kita kata akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Tinggal lagi 9 tahun je lagi sebelum masuk 2020. Jika mentaliti masyarakat kita terus begini, kita hanya akan sekadar maju di alam pembangunan tapi tidak bagi sahsiah diri. Sama-sama kita renungi diri kita dan baiki mana-mana yang patut. Aku pun sambil menulis nie sambil memperingatkan diri aku sendiri.

Sunday, January 9, 2011

Malam Anugerah Juara Lagu Stadium Putra..bagi kat Faizal Tahir lah


Malam nie aku tengok final Juara Lagu. Dan malam nie final juara lagu berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Daripada yang aku tengok kat dalam tv nie, memang padat lah stadium tue dipenuhi peminat-peminat juara lagu. Sejujurnya, aku dah lama tak layan anugerah juara lagu nie. Seingat aku la, anugerah juara lagu yang terakhir aku tengok adalah apabila Flop Poppy menang. Agak-agak tahun berapa tue ek? Aku sendiri pun dah tak ingat.

Sebenarnya, malam nie aku pun takde hati pun nak tengok anugerah juara lagu. Tapi disebabkan Astro bias sebab tak tunjuk game Inter maka aku pun tengok je lah anugerah juara lagu kat TV3 sekarang nie. Ini pun tengok sebab game Manchester United lawan Liverpool tengah rehat. Bukan nak kata aku tak suka pada industri seni negara kita. Aku suka. Malah aku puji. Aku tak nafikan ramai penyanyi negara kita yang bagus-bagus.Cuma yang tak bagusnya mungkin kisah celebriti negara kita nie di luar. Tengok lah dah berapa banyak kes cerai-berai, rampas suami , isteri orang lain. Belum lagi sentuh kes tipu menipu. Tapi nak buat macam mana kan, artis-artis tue pun manusia biasa. Dah memang lumrah manusia la kan. Media negara kita je yang kadang-kadang terlebih expose bila ada kes melibatkan celebriti negara kita.

Dalam bab anugerah juara lagu nie pula,seperti kebanyakan majlis anugerah apa-apa kat negara kita, terlalu formal sangat. Macam malam nie lah. Barisan jemputan yang hadir dan peminat yang datang tengok kat stadium tue ditempatkan dalam suasana yang tersangat formal. Boleh nampak apabila FBI atau cheryl buat lawak apa-apa macam tak ade respon. Kesian lah kan. Sepatutnya floor manager cuba suaikan malam anugerah tue bagi lebih 'hidup'. Takkan takleh fikir kot kan. Ini tak, tepuk tangan pun slow-slow je. Kalau pengacara tak pandai kawal majlis memang senyap sunyi la majlis kat negara kita nie. Malam anugerah juara lagu nie pula boleh dianggap antara malam anugerah yang paling 'top' kat negara kita nie.

Apa pun jom kita layan dan tengok siapa yang menang malam nie. Aku baru dapat tengok faizal tahir je tadi. Dari persembahan tue macam dah boleh menang. Tapi aku tak tau la artis lain buat persembahan macam mana kan. Apa pun kita kritik lain kali bab siapa yang menang dan siapa yang kalah.

"Facebook will be closed cause it had become too stressful for me" Mark Zuckerberg

no more FB

Tue kata-kata daripada pengasas salah satu alat media sosial yang tersohor kat atas dunia skang nie, Facebook. Siapa yang takde facebook skang nie sila angkat tangan? Aku berani bet kalau kita pergi KL Sentral, baling 10 biji kacang, 8 kacang yang dibaling tadi akan kena atas kepale orang yang ada Facebook. Siapa nak join aku buat statistik diatas kat KL Sentral?Petang nie kita pergi buat sambil leh lepak makan Burger King.

Sebenarnya aku baru terjumpa je daripada blog pasal penutupan facebook nie. Sumber yang agak boleh dipercayai boleh dibaca di sini.. Bila sekali baca berita nie, mesti ramai yang akan kecewa, terutamanya remaja-remaja kat Malaysia nie kan (termasuk lah aku walaupun mungkin patut bergelar dewasa dah sekarang nie). Sebelum nie aku ada terbaca satu statistik yang mengatakan pengguna FB ramai datang daripada asia. Jadi apa yang akan berlaku apabila FB betul-betul kena tutup nanti?

Bagi aku, takda masalah. Sebelum FB pun kita semua boleh hidup jugak kan. Takpun kita semua beralih kepada medium lain. twitter ada lagi, myspace ada lagi dan friendster pun rasanya masih wujud. Takpun kita semua beralih kepada facebook yang direka oleh orang pakistan (kalau tak silap) untuk orang Muslim.Blog pun masih ada lagi nie.Jadi kita semua hanya perlu berpindah je daripada bergantung kepada FB kepada benda yang lain. Macam sejarah dunia kan, setiap zaman mesti ada evolusi. FB dah bawak satu evolusi media sosial yang baru kepada manusia dan jangan risau pasti lepas ini akan tiba medium lain untuk manusia.

Langkah sekarang kita tunggu je lah sampai bulan 3 nanti ye. Mungkin juga berita nie sekadar satu hype daripada pihak FB, siapa tahu kan. Kita pengguna sekadar boleh tunggu dan lihat saja nanti macam mana. Takkan nak hantar emel merayu kat Zuckerberg pulak kan.Takkan dilayannya nanti kita nie. Apa-apa pun tunggu dan lihat saja dan kalau boleh, kalau betul la berita nie, delete terus je gambar-gambar yang dah ada skang nie dalam FB.

p/s tengah melayan Knight and Day kat umah member. Member tengah membujang seminggu sebab bini pergi kursus.hahah.Jom melepak di Putrajaya.Malam nie layan bola pula.

Sakit malam pertama

Perkahwinan memang bes

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."


Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


p/s..mesti duk fikir yang biru-biru je ..hahaha.sekadar cerita lawak ringkas di tengah malam hujung minggu

Jom Share