Monday, January 31, 2011

5 penyokong 'Ultras' Kelantan ditahan reman

5 orang penyokong Kelantan yang menggelar mereka sebagai ultras ditahan reman oleh pihak polis kerana didapati bersalah berhubung dengan kesalahan membawa masuk mercun yang berbahaya atau flare ke dalam stadium. Daripada apa yang aku baca, 'mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957. dan jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.'.


Para peminat  Kelantan yang serta keluarga penyokong yang ditahan diharap dapat bersabar dan bertenang. Mungkin kejadian ini adalah satu teladan kepada penyokong lain yang masih bertindak seperti tidak bersekolah pada malam sabtu baru-baru ini. Perlawanan pada malam itu terpaksa ditangguhkan selama 10 minit oleh pengadil akibat daripada aksi sebilangan kecil penyokong Kelantan yang masih lagi degil dengan membaling mercun dan botol air ke dalam stadium. Tidakkah suatu kerugian kepada kita semua apabila perlawanan terpaksa diberhentikan disebabkan kepada seorang dua penyokong yang bertindak seperti orang yang tidak bertamadun? Kenapa segelintir penyokong tidak boleh menikmati perlawanan seperti orang lain? Kerana mengikut emosi marah? tidak berpuas hati? Ramai lagi yang tidak berpuas hati tapi betul kah dengan cara membaling objek ke dalam stadium?

Berkaitan dengan penyokong 'ultras' pula. Aku hargai kesungguhan dan semangat mereka untuk sentiasa menyokong dan memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Tapi yang sedikit mengecewakan adalah apabila mereka membawa masuk 'flare'. Cuaca kita tidak seperti di eropah. Di Eropah sejuk. Tempat kita panas. Bila mereka membakar 'flare', mereka mungkin tidak sedar, asap flare yang mereka bakar tue menyusahkan penyokong lain.Kalau mereka nak bakar flare di tempat duduk yang memang takde penyokong lain , itu tak jadi masalah tapi yang menjadi masalah apabila asap flare tersebut menyesakkan penyokong Kelantan yang lain. Macam mana dengan penyokong wanita, kanak-kanak ataupun orang tua yang terkena dengan asap 'flare' tersebut?

Aku kagum dengan semangat 'ultras' nie. Tapi kalau boleh, biar lah kena pada tempat. Selepas kejadian sabtu ini, aku yakin FAM akan cari alasan untuk mendenda KAFA atas kejadian mercun dan flare tersebut. Kelantan menang Piala Sumbangsih, dapat hadiah RM300000 contohnya, tapi denda dari FAM , RM100000, apa guna. Sia-sia saja. Kita jangan lupa sebagai penyokong Kelantan sekalian, untuk Kelantan lebih maju, bukan saja prestasi pasukan Kelantan, pemain serta pengurusan yang perlu professional tapi juga sikap dan dedikasi para penyokong juga perlu professional. Kepada geng 'ultras', sama-sama kita jumpa di Kota Bharu malam esok. Sama-sama kita beri sokongan padu kepada skuad Kelate. Alangkah lebih elok kalau geng 'ultras' nie berganding bahu dengan paluan gendang. Lebih padu dan kuat sorakan nanti.

11 comments:

  1. ish dorang ni kadang2 terlampau taksub menyokong tuh yang jadi teruk tuh. ada yg sampai lupa diri

    ReplyDelete
  2. perasan diri dorang ultramen la tu..

    ReplyDelete
  3. sokong tu sokong la.. jangn la sampai melampau.. orang len pun minat juga.. tapi sampai menggila.. menyusahkan orang ja...

    ReplyDelete
  4. kena scan sorg satu kalau nak masuk stadium ni..

    ReplyDelete
  5. susah bila ada manusia yg mempunyai akal..tapi xmahu guna sebaiknyer.. xfikir penyokong lain.. kira padan muka laa kena tangkap..

    ReplyDelete
  6. WEI korang kalau x tau crita jgn main zass je. ultras ni kalau kau tgk gambar atas tu, duduk dkt curve yg jauh dr org, dkat tempat yg selalu xde org supaya x kacau org lain. sbab tu ultras kdg2 nampak mcm kera sumbang. tp masalah jadi bila org2 yg x tau hujung pangkal ni dtg, nampak geng ultras kat stadium, pastu "eh ultras la. jom duduk dgn diorang!" dan org dah larang awal2, nak tgk bola, x tahan asap, jgn duduk situ. stadium besar. korang kata diorang taksub? nak harap korang dtg stadium mmg xde la, semua glory hunters hanyut dgn epl yg xde kesan tu. gendang x best, 5 org penat gendang, 'peminat' lain makan kuaci kutuk player sendiri. x semua org ada gendang, tp semua org ada suara. lain kali kalau x tau apa2 sila STFU jgn nak judge org x tentu pasal.
    http://ultrasmalaya.net/

    ReplyDelete
  7. cik moon cakap x guna kepala otak..x kene adik beradik ngkau boleh la cakap padan muka..
    lagi satu diaorg kena tangkap sb di tudup baling mercun pada asal nya..
    bodoh.....

    ReplyDelete
  8. CIK MOON.. mulut jangan celupar.. kalo ahli keluarga ko yang kena tangkap tanpa buat salah, aku akan cakap, PADAN MUKA! selidik dulu sebelum nak cakap.. ko tak tengok bola kan? so better you shut up..

    ReplyDelete
  9. maaf lar kalo terkasar bahasa,flare 2 bkan lar bhn letupan bg sy..bg sesape yg xpernah gi stadium utk sokong bola sepak tanah air mmg xtaw kegamatan & kemeriahannya mcm mn..hanya taw kondem sj..kitorang bila flare 2 xley nak bwk msuk ke stadium shah alam rasanya mcm sunyi sgt..nak mengharapkan msyarakat2 Malaysia 2 utk dtg stadium memeriahkan lg suasana mmg x lar..ciput ajer yg dtg..ya,bkn semua org perfek,yg kena tgkap 2 pula hanya mereka yg bakar flare ajer,bkn yg bakar mercun..mereka pown masih lagi waras nak baling2 mercun ni..akibat xnak nampak pak polisi xwat kerja,mereka yg bakar flare ni dikambing hitamkan utk cover2 mereka yg bakar mercun sekali..lain kali kaji dulu sbelum buat andaian yer..terima kasih..

    ReplyDelete
  10. korang hnya tau baca paper & menilai dr media je.mslh kt tmpt lain bkar flare xde plak nk tgkp,bling btol xde plak nk kna denda,player bgaduh dlm padang pn xkna denda..peyokong lain pn bkr mercun tp xkecoh pn

    ReplyDelete
  11. ahahhaha.....kelako...ni undang2 bodoh...flare tu bukan nye bahan letupan....tapi bahan untuk keselamatan....dalam kete aku pun ade flare...ape la bengong sangat FAM ni....

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share