Tuesday, January 18, 2011

Arak dah sememangnya haram.noktah

Semalam sedang aku syok membaca satu berita sensasi yang ditulis dalam Milosuam, aku pun terbaca la komen-komen mengenai tulisan artikel tue. Yang menjadi perhatian adalah seorang tukang komen yang aku tak pasti samada betul atau sekadar berpura-pura. Tetapi yang menjadi pasti daripada apa yang ditulis oleh orang tersebut, ada nada yang sangat bahaya. Bahaya kepada semua agama. Aku cakap kepada semua agama kerana ideologi Darwin sebenarnya adalah virus. Virus yang sangat bahaya kerana mereka-mereka yang mengikuti ideologi ini tidak mempercayai kepada pegangan Ketuhanan.
Nie blog asal artikel mengenai Jais dan arak di Selangor

Nie komen..baca betul apa yang dia tulis
Kepada sesiapa yang tak dapat baca aku besarkan disini ye.

 Richard Rahman Dawkins said...



stupid. Why are muslims such kill joys. What is next? no muslims in sunway lagoons?moral police stationed in wayang to make sure no couples sit next to each other?

Malaysia is a secular state. Keep it secular. Islamification is a step backwards in the wrong direction. All islamic states fails. name me one good islamic state. anyone? none! its been proven that islamic state is an abject failure when compared to the sheer awesomeness of an secular state

seperation of mosque and state now

Me and my Illuminati friends will make sure Malaysia will become an atheist nation in 20 years. we already have people in place. you cant stop up now mohammadens. U just watch

your false religion will be eradicated and consigned next to greek muthologies and Aesop fables! fake religion is the cancer to a modern society

We shall destroy the fallacies of Islam in Malaysia. We will make sure Islam will be no longer exist or have any political sway

In the name of Dawkins I will make this so

Praise Darwin, Sagan and Feynman


kat bawah ini adalah sebahagian daripada reaksi kepada komen diatas





 Ok.kita lupakan sekejap pasal komen tue. Kita ulas sedikit mengenai artikel asal blog tue iaitu mengenai tindakan Jais yang disokong oleh kerajaan Selangor untuk mengharamkan orang Islam berkerja di premis-premis arak yang ada di Selangor. Apa pendapat kita semua?

Bagi aku tindakan itu adalah tindakan yang sangat baik. Memang dah termaktub dalam Al Quran bahawa segala bentuk atau tindakan atau perbuatan yang melibatkan arak adalah haram sama sekali bagi orang Islam. Jadi adalah amat salah untuk orang Islam berkerja di premis-premis arak. Meskipun pekerja-pekerja di premis arak ini akan mengatakan bahawa mereka tidak menyentuh minuman yang diharamkan itu tapi duit gaji yang mereka dapat adalah secara langsung daripada perniagaan arak dan ini juga boleh dikategorikan sebagai duit haram. Tindakan Jais ini sebenarnya patut dipuji dan diikuti oleh semua negeri yang ada di Malaysia malah, kerajaan Malaysia patut kuatkuasakan bahawa orang Islam tidak boleh beli, menjual atau berkerja di premis, kilang atau dengan sebarang perniagaan yang melibatkan arak.

Tapi kenapa masih ada orang yang menentang tindakan Jais ini? Kenapa ada sesetengah menegakkan bahawa tindakan Jais ini hanya akan memburukkan keadaan. Ada orang memberi alasan bahawa sekiranya Jais menghalau orang Islam daripada berkerja di premis arak maka orang-orang tadi akan kehilangan kerja dan tempat bergantung. Dunia ini luas. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan selain daripada bekerja di premis arak. Lebih baik bekerja sebagai mat despatch atau jadi operator kilang dengan gaji yang tak seberapa daripada menjual atau menghidangkan arak di kelab-kelab malam dengan gaji bertaraf ekskutif muda. Kepada premis-premis arak, mereka perlu sensitif dengan hukum hakam umat Islam di Malaysia. Mereka sepatutnya tidak menggaji orang Islam untuk bekerja di premis-premis mereka. Ya,negara kita berbilang kaum dan agama tetapi tidak semestinya semua agama dilayan sama. Agama Islam adalah hukum hakam sendiri yang semua umatnya perlu ikuti dan patuhi. Agama lain perlu faham.

Jadi, kita tengok apa kesudahannya kepada kes Jais, arak di Selangor nie. Aku yakin dan pasti isu ini akan dipolitikkan oleh sesetengah pihak selepas ini. Apa pendapat para pembaca?

p/s aku tak tau la si beruk Darwin tue baca ke tak blog aku nie , kalau di baca tak mustahil dia akan komen juga lepas nie.

10 comments:

  1. tapi pelik juga.. yang pekerja pun ramai je yang beragama islam... kerja lain banyak.. itu juga yang dipilih... susah nak cari pemimpin yang betol2 tegas dalam bab agama ni..

    ReplyDelete
  2. menghalalkan yg haram.Itu dah jadi idealogi kafir menyesatkan umat islam.hasil pendapatan dari pekerjaan tu pun dah haram hukumnya.Tolak tepi idealogi politikus,yg penting pertahankan agama islam dari dipermainkan.

    ReplyDelete
  3. amat sedih sekali apabila ada orang Islam dengan bangga mempersoal tindakan yang baik ini.

    dan tentulah kita lebih terkesan dengan langkah pemula yang membenarkan industri arak berkembang di Selangor atas dasar pembangunan. Sungguh, mereka telah memilih keuntungan sementara.

    ReplyDelete
  4. punye la byk keje kosong kat malaysia ni..nape nak pilih yg tu jugak..ih ihihih..ni mesti kaki2 yg suke lepak situ sbb tu bleh keje sinun..sian..anak sapa la tu gamaknye..

    ReplyDelete
  5. hurm...betul2..SkY amat setuju dengan entri ini..nice info tuan tanah..neway skY minta izin untuk ambil sedikit info psl "manusia hutan yg mengaku illuminati tuu" untuk entri SkY seterusnya..boleh tuan tanah?

    ReplyDelete
  6. huhu.. keje bahagian camtu, xpayah laaaaa!
    banyak keje lain.. huhuk.. -___-"

    ReplyDelete
  7. dah tu, budak kerja 7e, giant, kedai2 runcit yang jual arak ape sume, yang bersepah kerja dengan berjaya group, kompeni besar yang makan untung dengan duit judi tu nak campak mana?

    Kerajaan nak bagi duit? Nak bagi kerja? Haha.

    Sama la macam cerita McD dengan israel dan cerita-cerita boikot product israel.

    ReplyDelete
  8. ya allah..
    msia skrg kan..
    tolonglah support jais weh..

    ReplyDelete
  9. mina sokong.....arak pemusnah bangsa

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share