Monday, January 10, 2011

Banjir Ana Rafali sebab AJL 25

Semalam heboh , kecoh dalam Fb, dalam blog pasal AJL25. Ramai yang tak puas hati sebab Ana Rafali yang menang. Aku sendiri sebenarnya tak tau sangat pun pasal Ana Rafali tue. Ramai peminat siap buat page kat FB cakap patut kemenangan diberikan kepada Faizal Tahir. Tak kisah la siapa menang siapa kalah. Rezeki semuanya tue. Sebelum nie kan Faizal Tahir dah menang. Bagi lah pulak kat orang lain. Dah juri pilih Ana Rafali, jadi terima sudah.

Dalam ramai-ramai rakyat negara kita duk kecoh pasal AJL, ramai lupa yang ramai jugak rakyat Kelantan dan sesetengah di Terengganu yang tak dapat nak tengok pun AJL. Kenapa? Nak tengok AJL apa benda kalau rumah kena banjir. Habis peralatan rumah kena air. Malah masih ada lagi mangsa banjir ditempatkan di pusat - pusat pemindahan banjir di beberapa kawasan di Kelantan. Kita pula boleh duk kecoh-kecoh pasal benda yang memang takde hasil langsung. Baik kita duk kecoh-kecoh pasal nak bagi sumbangan kat mangsa banjir kat Kelantan.

Rakyat negara kita memang macam nie. Aku sendiri pun tergolong jugak. Kalau bab hiburan memang cepat je melatah. Tapi kalau bab kebajikan , semua senyap je. Duit boleh habiskan taip sms untuk Afundi, tapi kalau bab nak tolong orang sakit, cacat atau sekadar derma kat masjid memang liat. Dari setinggi-tinggi golongan sehingga serendah-rendah golongan. Para pemimpin pun sama je. Kalau bab nak tunjuk muka dalam tv memang nombor 1. Kalau nak tolong orang , kalau takde tv1, 2 atau tv3 memang takkan tunjuknya muka buat kebajikan. Kalau perihal rancangan Bersamamu dalam tv3 tue, cepat je bagi duit. Macam beberapa minggu nie, mangsa banjir kat Kelantan, ada yang tunjuk muka? takde. Kalau sebelum nie kat Kedah dan Perlis, heboh je para menteri. Tapi bila kena ke Kelantan, masing-masing senyap je. Kelantan nie termasuk negara lain ke? Setakat yang aku tahu sehingga hari ini, Kelantan masih lagi dalam negara Malaysia.

Macam semalam, nyanyi satu lagu, menang dapat ribu-ribu lagi. Mangsa banjir dapat berapa? Paling tinggi pun aku rasa rm500. Kita boleh pulak duk tengok je artis-artis yang memang dah kaya tue melompat-lompat atas pentas. Padahal pada masa yang sama ramai lagi rakyat negara kita yang terpaksa merempat di balai raya, dewan sekolah sebab kampung mereka ditenggalami banjir. Malaysia oh Malaysia. Semakin jauh pemimpin negara kita duk laung negara maju, semakin jauh kita kepada asal usul kita dan budaya kita yang dulu.

Aku tuliskan pagi nie bukan saja nak rujuk kepada keadaan di Kelantan. Tapi sekadar satu contoh 'kejakunan' masyarakat negara kita yang kita kata akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Tinggal lagi 9 tahun je lagi sebelum masuk 2020. Jika mentaliti masyarakat kita terus begini, kita hanya akan sekadar maju di alam pembangunan tapi tidak bagi sahsiah diri. Sama-sama kita renungi diri kita dan baiki mana-mana yang patut. Aku pun sambil menulis nie sambil memperingatkan diri aku sendiri.

9 comments:

  1. sangat setuju.. itu rezeki Allah nak kasi.. kenapa mesti rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.. kan???

    ReplyDelete
  2. manusia mudah lupa..agak2nya la kan..berapa ramai artis atau penonton..malam AJL tu yg solat maghrib

    ReplyDelete
  3. Begitulah kita.... hiburan ni menjadi antara fokus utama dalam hidup... rasa teruja menanti keputusan AJL tapi x kisah pun apa yang berlaku kat mangsa2 banjir di Kelantan tu.... Jomlah kita sama2 berdoa semoga mereka tabah menghadapi unian ALLAH...

    ReplyDelete
  4. kadang2 kita terlupa ade org yg masih lagi dlm kesusahan..isk3

    semoge mereka tabah..

    ReplyDelete
  5. percaya or tidak aku xtaw pun AJL semalam..haha.. sgt xupdate ngn dunia hiburan..huhu..

    ReplyDelete
  6. c.i.k.a.m.i.e.a tersangat la betul.Biar je lah dia menang. Rezeki dia kan.

    Akie.. - kalau dapat separuh pun kira dah syukur kot.

    Fuziani JSR - jom.dan kalau rezeki ada lebih.sama-sama kita menderma kepada mereka

    zmah - situasi macam mana tue.ramai yang bertindak akibat situasi ana rafali menang.huhuh

    jan - dah jadi macam lumrah kat negara kita.kena ubah nie.

    analia buyani - sama-sama kita berdoa dan memberi sumbangan yang mana mampu ye.

    ~pinkylixi0uz~ - aikk.pelik mu nie jaa.slalu girl ikut bab-bab macam nie.

    ReplyDelete
  7. tgk sekerat lepas tu dah tertido. ZZzz bOsan. Siapa menang siapa kalah tak payah nak kecoh-kecoh kot. Banyak lagi masalah lain kena fikir. :)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share