Wednesday, January 5, 2011

Hikmah harga RON97 naik lagi

Bermula malam nie kerajaan akan naikkan harga minyak RON97, sepuluh sen.Dan kalau dibandingkan dengan tahun lepas, minggu depan RON95 pulak yang akan naik harga. Kalau tak minggu depan, dalam bulan nie kerajaan akan naikkan jugak minyak tue.Alasan? Macam biasa lah. Subsidi kerajaan tak larat nak tanggung.
Aku tak marah kerajaan nak naikkan harga minyak nie. Tapi yang aku marah kenapa naikkan sedikit-sedikit. Setakat 10 sen, 20 sen apalah sangat.Naikkan je jadi RM5.99 seliter ke.Kan senang. Dah cover subsidi terus tue.Bukan apa.Kalau naikkan sedikit-sedikit macam nie, ramai rakyat nak marah. Ramai rakyat dapat dosa free-free je. Cuba kita tengok ye. Bila minyak naik, rakyat biasa-biasa nie akan maki hamun Petronas selaku penjaga minyak negara kita. Yang kita tak tahu, bila minyak naik, orang keje petronas tak naik pun gaji. Kalau betul orang Petronas naik gaji setiap kali naik harga minyak, aku rasa dah bercanak-canak kawan-kawan aku yang keje dengan petronas beli kereta baru. Orang petronas sendiri guna minyak kita takde diskaun. Jadi bila kita duk marah kat petronas, kan dah dapat dosa free tue.
Bila harga minyak naik, orang duk marah kat kerajaan BN. Kalau sebelum nie orang yang undi selain BN boleh lah nak marah kan sebab diorang undi parti lain tapi BN jugak yang menang.Tapi macam mana pula yang undi BN jugak. Kalau still marah kat BN, maknanya marah kat diri sendiri la kan.Betul tak?
Sebenarnya kerajaan kita bijak. Kan diorang dah kaji dulu nak naikkan harga minyak nie.Najib sendiri cakap, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Contoh macam aku lah kan. Kena tempias jugak harga minyak nie walaupun pelajar lagi. Bila harga minyak naik, aku semakin kering la nak isi minyak kereta. Nak harapkan PTPTN? PTPTN aku beli 2,3 buku dah habis pun. Tue pun buku yang difotostat dah.Masih mahal lagi. Nak beli buku ori? PTPTN tak bagi (jahat statement). Berbalik pada tadi. Kenapa aku kata pencapaian diutamakan. Bila minyak naik, aku dengan automatiknya dan secara paksa relanya takkan gunakan kereta sangat dah. Jadi aku takkan keluar dah la merayau tak tentu hala kat KL atau sewaktu dengannya. Nak keluar dengan bas? Tambang bas pun mesti naik lepas nie. LRT? Komuter? Nak pegi stesen dah satu hal. Nak tunggu komuter pula satu hal.Baik aku simpan duit tambang beli nasi. Sebab aku tau, harga nasi pun akan naik lepas nie. Jadi bila dah tak keluar sangat daripada bilik nie, aku nak tak nak terperap dengan buku-buku lah dan kerja-kerja biasa seorang pelajar lah kan. Akhir sem nanti, mesti pencapaian peperiksaan aku akan naik. Hikmah Najib naikkan minyak sebab tue lah. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Contoh tadi baru aku yang seorang pelajar, bagi orang lain aku rasa lebih kurang gak. Mesti ada hikmah je.
Jangan lah kita buat dosa duk tuduh BN duk kutip duit dengan rakyat untuk PRU. BN baik. Betul. BN janjikan pembangunan. Kan Najib dah janji nak buat bangunan 100 tingkat. Jadi nak kumpul duit buat bangunan tue kena la naikkan harga minyak. Ismail Sabri pun baru nie dah cadangkan , rakyat kena tanam sayur sendiri. Berjimat. Sebab nanti sayur pun naik lagi. Tak lama lagi semua naik. Kerajaan prihatin kat kita, kat rakyat nie. Kan bagus tanam sayur sendiri tepi beranda rumah flet kat Pantai Dalam. Takda tanah? takpe, hidroponik pun bleh. Ismail Sabri bijak. Dia tahu semua orang pandai tanam sayur. Kat Presint 9 dan 11 tue pun dah ada orang tuai sayur yang ditanam kat beranda tingkat 10. Sayur diorang tue memang sebijik dengan yang ada kat pasar. Kobis besar lagi. Cili pun sama. Bab timun tak yah cakap lah. lagi sedap daripada yang ada kat TESCO. Tak caya tanya Ismail Sabri. Takkan lah orang pangkat menteri nak tipu rakyat. Takkan orang nak undi orang penipu jadi menteri kan.
Cukuplah kot tulisan tengah malam nie. Nak bangun awal esok. Sebabnya kena start naik bas dah la pergi kelas dan ke mana-mana. Kan bersenam tue. Jimat karbon lagi. Baru la lagi bersih udara negara kita. Terima Kasih Najib.Terima Kasih BN.

17 comments:

  1. seram sejuk nak balik malaysia macam ni.. adeih..

    ReplyDelete
  2. Salam Adik Zul, semua naik ka kat malaysia skng? Nasib baik akak takder kat Malaysia! Tapi ujan turun kan, ok lah tuh...ada gak yg turun!Bawok bersabor, jgn naik minyak, harga minyak naik takpa!

    ReplyDelete
  3. naik naik belaka..esok naik darah plak hehe

    ReplyDelete
  4. erk ada hikmah? haha..kerajaan soh org nek beskal je kut pi keje..ngehh~ =_=

    ReplyDelete
  5. minyak naik nk tampung belanja pilihanrayer PRU 13....

    ReplyDelete
  6. yea the truth facts! dorang memag pndai dahulukan rakyat.. ;p

    ReplyDelete
  7. Haha aku suka citer ni... haha... kpd yg duk luar negara tu tak yah laa balik duk sana jer senang... ramai lah lps ni rakyat berpenyakit darah tinggi haha... aku tak salah kan pemimpin2 memang perangai dia cam tu... aku salah kan rakyat yg sokong bila laa nak pandai2 berfikir....

    ReplyDelete
  8. heheh betul kata MOH KEMBARA, nasib masih baik sebab hujan masih turun... ;D

    ReplyDelete
  9. ayat dalam gambar tu memang best. ngehehehe

    ReplyDelete
  10. BUNGA - betul.Malaysia skang nie seme mahal.tak yah balik je

    MOH KEMBARA - hehe.salam kak.hujan memang selalu turun.lebih2 lagi kat pantai timur nie

    nuriz - nie pun dah stat naik darah dah.

    YanaMIB - rakyat suh naik basikal tapi pak-pak menteri naik kete besar lak.

    jelah - tepat sekali!

    amal20 - rakyat didahulukan.kroni disuapkan.haha

    Min - lepas nie marah je kat orang pangkah dacing tue ramai-ramai.

    YOUsoF - kalau hujan pun tak turun memang akan naik parlimen lah rakyat seme

    farah rahim - hehe.thanks drop by.memang hot lagi nieh

    FareedSairi - stylo tak ayat last tue dalam gambar?

    ReplyDelete
  11. naik komuter atau monorel.
    bagi aku la ia bukan
    satu kaedad penjimatan.

    1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

    ReplyDelete
  12. aik,buke duit ptptn mu byk abis beli ekzos keto ko??seingat aku laa..:P~

    ReplyDelete
  13. Ali ridha -memang bukan penjimatan pun malah mungkin lebih sakit kan?


    pok nik - tue zaman diploma takpo lah duk ganu.

    ReplyDelete
  14. there are too many solutions for us to face this kind of price hike.

    1. sayur, menteri suruh tanam sendiri. jom!
    2.minyak masak, jom tanam kelapa sawit sendiri!
    3. petrol mahal, jom tanam kepala dinasour belakang rumah, kempen,di masa 1 rumah 1 telaga minyak.

    dan byk lagi idea yg lebih bijak dr para menteri

    ReplyDelete
  15. Kalau semua naik.....okla tue.Senang la nanti PRU13... Depa bagi ambik....bila pangkah, pandai2 la....

    Aku sokong sapa kata tadi gi keja naik basikal....
    pastu gi kalau kena langgar ngn orang keta besar, naik ambulan free... masuk hospital, kalau kita keja swasta bayar mahal RM30 jumpa pakar, kalau keja gomen bayar RM1.....

    ReplyDelete
  16. macam2 hal laaa......adui3...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share