Saturday, January 8, 2011

Jersey baru Kelantan 2011

Jersey home Kelantan musim ini


Sampai atas tue


lagi gadis penajaan

K Soley amek jersey nombor 10
Semalam, petang , telah diadakan satu majlis memperkenalkan pemain baru pasukan Kijang di KB Mall serta majlis memperkenalkan jersey baru. Daripada gambar yang dipetik daripada ahli kelate.net, userun.net serta sumber daripada sini, majlis petang semalam memang meriah gile. Meskipun kelate skang nie hujan masih tak berenti dan ada berita melaporkan sudah ada perpindahan penduduk akibat banjir tapi semalam penyokong dan peminat setia red warrior tetap ramai hadir ke KB Mall untuk melihat lebih dekat jersey baru serta barisan baru Red Warrior
.
semua bersemangat je nak tengok jersey dan pemain baru red warrior
ramai kot orang
Daripada sumber yang dipetik forum Kelate.net(aku tak berkesempatan la nak pergi sebab skang nie ada kat Selangor, kalau ada kat KB memang lepas jumaat tue dah tercongok kat ruang legar KB Mall tue..hahaha), jersey baru kelate yang dilancarkan oleh Tan Sri Annuar Musa semalam adalah berharga RM79.90.

Mahal? Biasa lah, jersey Kelate nie sejak 2 tahun nie memang macam pisang panas. Jersey Malaysia pun dah naik harga melampau sempena kejayaan baru-baru nie. Tapi jika nak dibandingkan dengan jersey luar negara, jersey kelate memang jauh lebih murah la kan. Bagi aku, majlis yang dirasmikan oleh Tan Sri Annuar semalam memang 'kelas'. Kenapa? Sebab, TSAM memang berfikir gaya orang korporat. Majlis sebegitu perlu ada kerana untuk menghargai penaja yang akan memberi tajaan kepada pasukan kelate serta menjalinkan hubungan baik antara KAFA serta peminat. Semalam juga pemilik Cardiff City serta isteri datang dan diberitakan beliau memberikan RM100,000 kepada KAFA sebagai tajaan peribadi. Anak beliau , Nicholas Chan juga diperkenalkan dalam sesi semalam.
pemilik Cardiff City bersama dengan isterinya

gadis-gadis dari pihak penaja
Yang sedikit mengecewakan apabila dikhabarkan Kelantan terpaksa bermain di waktu petang sebab lampu stadium di KB tidak menepati piawaian FAM. Perak dan Terengganu turut terpaksa bermain di waktu petang. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kehadiran peminat ke stadium. Tapi harapnya pihak perbadanan stadium dapat melakukan sesuatu.
antara barisan pemain musim nie.
Ikon bola Kelate , Halim Napi jadi jurulatih musim nie
Aku  akan bercerita lebih lanjut mengenai perkembangan Kelate pada musim ini dan jadual perlawanan liga super juga telah keluar.
Red Warrior 2011
p/s kena stat tabung beli jersey baru kelate nih.
sumber gambar dipetik daripada forum Kelate.net
not bad laa..menabung dengan nuffnang nak beli nih


3 comments:

  1. fuuuhhh .. ramai gilerr peminat bola dale KB Mall tu ...

    ReplyDelete
  2. mana nak beli baju jenis polo hak player TRW pakai masa dia orang dalam bilek persalinan..

    Baju kaler merah..ada kolar, logo umbro disebelah kanan dan logo TRW di kiri.

    gambar baju sini
    http://ceriteranur.blogspot.com/2009/11/senarai-pemain-skuad-red-warrior-2010.html

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share