Monday, January 3, 2011

Jom Bersukan..Badminton

Perhatian..kepada sesiapa yang menetap, kerja, belajar dan tinggal di kawasan dekat dengan UPM nie, ataupun kawasan yang berdekatan ini, tau tak kat mane ada dewan badminton yang best leh main?
Tetiba skang nie aku macam bersemangat gila nak berbadminton. Sebulan baru nie duk kat KB acap kali jugak pegang raket.Jadi bila dah masuk balik sini, semangat nak pegang raket tue masih berkobar. Cuma skang duk mencari-cari tempat. Kat UPM nie ada dewan leh main badminton tapi biasa lah, pengurusan universiti nie kedekut sedikit. Court badminton ada tapi jaring pulak takde. Selalu pelajar main kena bawak jaring sendiri. Mahal sangat ke jaring tue sampai pihak u tak dapat nak sediakan. Pastu pulak kena berebut dengan budak cina la kalau nak main.Kalau dapat main pun selalunya tak lama pun.
Disebabkan itu, aku duk mengajak kawan-kawan mencari court yang bes-bes yang berdekatan. Sekarang nie nafsu nak main futsal dah menurun. Satu sebab utama sebab selalunya tak cukup geng. Kalau nak pegang raket tue takde hal, sebabnya tak perlu ramai orang pun. Cukup 2,3 orang dah boleh main. Tapi kalau molek nak cari tempat yang tak mahal. Biasa lah aku nie belajar lagi. Nak pegang raket nie pun sebab nak keluarkan peluh je sambil mengempiskan perut. Aku nie nak main lama-lama pun tak larat mana. Kalau main sampai mata 12 tue memang dah tak cukup nafas lah, padahal baru kejap pukul bulu tangkis tue.
Apa-apa pun siapa-siapa yang ada idea tempat mana yang best main badminton ajak-ajak la aku ye.
Sekian..Selamat Malam..Layan bola luh.

p/s..pencarian kulit baru untuk blog ini masih diteruskan.Satu sebab utama malas nak tukar kulit adalah sebab sayang kat widget-widget yang ada.tapi rasanya sedikit masa lagi bila dah menatap laptop maka dapatlah kot kulit yang baru. Sekarang nie masih lagi duk mencari, membaca, menengok template-template free.

5 comments:

  1. Lama x main badminton.. Skali main kang mau menggeletar tangan nak pegang pen time kje..
    p/s : nak tukar baju baru xde mslh, widget boleh kekalkan..

    ReplyDelete
  2. pergh...nak carik kulit baru utk blog tuuu...selamat mencari...nway, layout nih cm dah cool...

    klo nak men badminton ajak skali...hahahahha

    ReplyDelete
  3. Teruskan mencari tempat paling sesuai dan template paling cambest ok! ;D

    ReplyDelete
  4. Salam, Selamat berkenalan dr Istanbul. Adik Zul ni minat bola, badminta dan macam2 sukan ye?

    ReplyDelete
  5. deCrew - dah tukar baju dah nie.Nasib baik leh kekalkan widget tapi masih kena edit

    Azmil - bleh2..kita sama-sama pukul bola nanti.

    Moh Kembara - salam dan selamat berkenalan juga.Main macam-macam sukan asal dapat kuar peluh.haha

    yousof - terima kasih. Masih mencari tempat gak nie

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share