Tuesday, January 11, 2011

Kisah bawang dan jawatan untuk menjadi seorang menteri

Baca petikan berita di bawah yang dipetik dari surat khabar UMNO negara kita.



MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu. Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah. Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya - Utusan


p/s..Mana menteri yang berkaitan dengan harga-harga barang-barang kat negara kita nie. takkan nak berdiam diri je kot. Mesti tengah duk fikir ayat apa nak guna nak sedapkan hati rakyat. Apa, ingat rakyat nie bodoh sangat ke apa? Yang duk cakap pasal nak kurangkan bawang tue pun satu. Tak boleh fikir ke, takkan nak letak bawang bila masak nasi atau lauk. Apa diorang leh makan nasi goreng tawar? Dia boleh buat resipi baru telur dadar tanpa bawang?

Wei..menteri-menteri yang bijaksana. Rakyat nie bodoh kan. Bila orang atasan kata kena kurangkan ambik pape sebab barang naik, jadi rakyat pun kurangkan la. Sebelum nie kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Sekarang nie kurangkan bawang pula dalam masakan. Lepas nie kurangkan penggunaan kenderaan bermotor sebab minyak naik. Betul tak wahai menteri-menteri sekalian? Takpe..Rakyat negara nie bijaksana dan baik. Kami kurangkan juga la penggunaan barang-barang yang dah naik semua tue. Betul lah apa yang para menteri bagitau kat kami tue. Gula bahaya sebab boleh bagi diabetes kan. Bawang pula mungkin ada kaitan dengan darah tinggi. Minyak pula sumbangkan kepada pelepasan gas karbon monoksida ke udara. Jadi kami kurangkan la semua. Bijak sungguh para menteri di Malaysia. Lepas nie mana tau ada pemborong naikkan harga beras pula kan. Harga tepung ke, telur ke ayam ke daging. Takpe. Rakyat ikut je menteri cakap apa. Kalau ayam daging naik, menteri suruh rakyat pelihara sendiri haiwan-haiwan tersebut. Senang je. Bukan susah. Kalau kat putrajaya tue , ternak je ayam tepi beranda rumah flet. Kalau beras pula, kurangkan makan nasi. Bijak.Makan roti pula.

Jangan kita sebagai pengguna marah kat menteri-menteri negara kita. Mereka sudah bertungkus lumus usahakan agar negara kita tak bankrap. Jadi mereka terpaksa la naikkan harga barang-barang tadi. Kita kan pilih orang yang berwibawa untuk jadi menteri. Macam Ismail sabri. Menteri penuh bertanggungjawab tue. Dia kurangkan gula dalam minuman dia. Dia tak makan bawang. Dia pun berbasikal je ke tempat kerja. Najib sendiri naik basikal dari Presint 2 ke Presint 10. Aku sendiri tengok dia naik basikal dengan Rosmah baru nie. Kan bagus. Maklumlah harga minyak naik kan. Ismail Sabri nak cakap apa plak pasnie pasal bawang? Aku jamin bawang naik harga, nasi goreng pattaya pun akan naik juga. Nak tanam bawang sendiri? Belajar la geografi dulu. Bawang mana ada orang tanam kat negara kita. Tak tau la kot-kot menteri kita bijaksana bleh cari tempat untuk tanam bawang. Mana tau kot-kot Mardi, FAMA atau UPM leh kaji atau cipta bawang tanaman Malaysia lepas nie

Kesimpulannya..kena kurangkan bawang lepas nie.Jom makan nasi kukus semua.Lauk ikan rebus sudah.

5 comments:

  1. Tia2 minggu aku beli bawang...kene kurangkan makan bawang le pulok kali nih...huhuhu

    ReplyDelete
  2. bawang membahayakan akaun bank

    http://www.sisiberbeza.com/

    ReplyDelete
  3. bawang merah ok lagi....tapi bawang putih memang tengah mahal sekarang.....harga tak masuk akal....

    najib dan rosmah dan sekutunya umpama vampire....sebab tu bawang putih mahal....!!!

    ReplyDelete
  4. nasib bek aku mmg xske mkn bawang.keh3.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share