Sunday, January 2, 2011

Langkah baru di bulan baru dalam tahun baru

Langkah mula-mula yang aku nak amek adalah menukar template blog nie. Aku rasa macam dah lembab je guna template nie. takpun mesti dah sarat dengan widget yang kadang-kadang aku sendiri tak tengok sangat pun. Aku rasa aku nak guna kan template yang lebih GUI.
Kalau nak cakap pasal template untuk blogspot nie, berlambak ada dalam tenet nie.Cuma kita kena pilih yang mana satu paling sesuai untuk menggambarkan diri kita sebagai penulis blog tersebut. Betul tak? Ada blogger perempuan suka yang ada bunga-bunga, yang laki ada yang suka simple-simple je. Warna pun memainkan peranan yang sangat penting dalam template blog (padahal aku sendiri rabun warna.hahaha).
 Dalam aku tengah memikirkan template mane yang hendak dipakai nanti, ada pape cadangan tak template mane yang rasa-rasa pembaca paling suka. Kiranya bila masuk blog tue, tengok template rasa sejuk je mata memandang. Lame je duk tatap tulisan penulis blog. Pernah aku terjumpa template blog yang diadaptasi kan dariapada facebook. Aku tak ingat blog mane dah aku jumpe. Kalau tak silap rasanya daripada pengikut blog aku nie yang latest-latest. macam best gak template FB tue. Sempoi la orang luar cakap.
Sekarang ini aku rasa aku mahu tengok-tengok template yang berasaskan wordpress. Sebabnya template daripada wordpress nie lebih professional look. Lebih clean dan dah ada ready made ads dan widget. Column dia pun kebanyakkannya besar. Atau mungkinkah aku perl tukar kepada wordpress. Kawan aku suggest kan aku tukar je terus kepada domain sendiri. lagi senang.Betul jugak kan.
Berkenaan juga dengan template yang baru. Satu ciri penting yang aku sendiri neglectkan adalah header. Header blog memang sangat penting. Dalam masa aku blogwalking, banyak aku jumpe header blog yang terus mencerminkan penulis dan apa isi kandungan blog tersebut. Kira header blog ini macam kulit depan buku lah. Kalau header berbunga-bunga pasti pemilik tersebut orang perempuan. Kalau nampak banyak gambar kat header tue, mesti pemilik blog tue suka amek gambar dan sebagainya. Masalah bagi aku, aku malas bab-bab gambar nie. Nak kata alergik tue taklah teruk sampai macam tue kan. Tapi memandangkan kena buat header nanti, jadi terpaksa luang kan masa jugak lah fikirkan design header untuk blog ini nanti.
Apa-apa pun , blog ini akan bertukar rupa sedikit masa lagi.
Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang sentiasa mengikuti tulisan aku yang tak seberapa dan terima kasih juga kepada pengikut blog yang baru dan yang lama. Sangat-sangat hargai kesudian kalian semua mengikuti blog ini

5 comments:

  1. salam.. hi..
    chaiyok2 tuk trus blog lebih menarik :)

    ReplyDelete
  2. ayuh salin kulit..hehe..xpe2 pelan2 kayuh..

    ReplyDelete
  3. nak bagi cadangan ni, tak yah header gambar yang berat2 sangat. kalau nak lagi simple buat header tulisan saja tapi mesti smart dan nampak professional.

    cadangan je!

    ReplyDelete
  4. cek la - terima kasih kat cadangan tue.memang betul pun bab header tue.

    Eita - Salam kembali..terima kasih komen blog nie

    zairi - terima kasih.pelan2 kayuh pun smpi jugak kan?

    lampu neon - jom sama2 usha WP

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share