Thursday, January 27, 2011

Patut la kawan aku minat Alex Cross

Alex Cross bukan artis. Bukan juga pemain bola sepak terkenal mahupun ahli politik. Alex Cross sekadar seorang detektif yang komited dengan kerjayanya dalam menyelesaikan masalah. Alex Cross meskipun tidak terkenal, jauh sekali kaya raya, dia mampu mengoncangkan White House. President USA sendiri serta barisan-barisan FBI, CIA serta Secret Service terpaksa mengakui bahawa Alex Cross adalah seorang yang degil. Jadi siapa sebenarnya Alex Cross ini?

Aku sebenarnya tidak mengenali beliau. Tetapi setelah menghabiskan lebih kurang 3,4 malam, baru lah aku kenal siapa Alex Cross ini. Kawan aku yang memperkenalkan kami. Aku terpaksa akui, perwatakan Alex Cross ini memang sangat menarik. Cara dia berkerja, cara dia melakukan siasatan, cara dia berkomunikasi dengan keluarganya, kadang-kadang seperti terasa dia mahu menjadi Alex Cross. Tapi sayangnya, Alex Cross hanyalah watak ciptaan James Patterson.
James Patterson bukanlah satu nama baru dalam dunia novel. Dah banyak novel yang dia tulis dan malang bagi aku kerana aku baru membaca satu novelnya. Dan kebetulan novel pertama itu adalah bertajuk "i, Alex Cross". Memang satu novel yang sangat menarik. Aku memang cadangkan sangat kepada sesiapa yang meminati novel crime thriller. Bahasa yang digunakan dalam novel tersebut juga ringkas dan mudah difahami. Patterson membawa pembaca ke dunia penyiasatan dari kaca mata Alex Cross. Dan sekarang aku tak sabar nak baca Cross Fire. Harapnya kawan aku ada novel berkenaan. Boleh aku katakan disini James Patterson sehebat Dan Brown. Tetapi siapalah aku untuk membandingkan kedua-dua novelis terkenal ini. Masing-masing ada kekuatan dan keunikan tersendiri dalam hasil karya mereka.

Aku juga telah selesai membaca Match Fixer. Satu novel yang dekat dengan persekitaran kita kerana ia berkisar tentang dunia bola sepak, perjudian, di liga Singapura. Bahasa yang digunakan juga ringkas. Jalan cerita yang sangat menarik dan mudah difahami. Kadang-kadang bila habis baca novel tersebut kita tertanya adakah wujud lagi bookie atau percaturan perlawanan dalam liga bola sepak Singapura? Kepada peminat bola sepak, aku cadangkan juga membaca novel ini. Novel ini bukan sahaja memberikan pandangan mengenai realiti sebenar seorang pemain bola sepak tetapi juga bagaimana hidup di Singapura dari kaca mata pendatang dari England.


Sekarang ini sedang menyambung membaca novel Kathy Reichs "Bones to Ashes" dan "The New Rome/Fall of America". Sebenarnya baru aku ketahui bahawa buku New Rome ini sebenarnya adalah satu kajian mengenai politik, sejarah dan isu semasa mengenai empayar rom dan Amerika Syarikat sekarang. Sebelum ini aku ingatkan buku tersebut adalah buku novel. Tetapi cara penulis sampaikan segala maklumat dalam buku tersebut amat menarik. Bahasa yang digunakan juga senang difahami serta segala isi-isi penting diolah dengan begitu baik sekali. Masih ada separuh lagi aku belum habiskan. Dalam minggu depan aku mungkin dapat habiskan semuanya.


p/s..Kelantan sudah boleh bermain di waktu malam untuk liga Super nanti. Datuk M. Karathu pula telah dibawa masuk untuk mengemudi Kelantan disebabkan B.Sathianathan digantung. Semoga Kelantan menang Sabtu ini.Akan pulang ke Kelantan 2 hari lagi.

2 comments:

  1. baru Alex Cross...demo xjupo lagi nga Michael Bennet

    ReplyDelete
  2. hahaha .
    komen depe tu dialek Klate tushh . hik3 :D
    nnti follow blog saya ek . :D

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share