Monday, January 31, 2011

RON 97 dan Ultras

Ringkas sudah..Minyak RON97 naik lagi malam nie. Kenaikan 10 sen. Sekarang nie kalau tengok sape-sape isi minyak gunak RON97 kire dia memang kaya lah. Terima kasih kerajaan. Terima kasih juga kat penduduk Tenang dimana BN menang dengan majoriti besar. Ada sesetengah orang kata, orang Felda yang banyak bagi undi kat BN di Tenang tue. Terima kasih Felda.

Kerajaan dah betul lah menaikkan minyak. Sebab kan kalau rakyat tak suka kerajaan naikkan minyak kenapa BN masih menang di Tenang kan. Kalau aku jadi TPM atau menteri-menteri kabinet memang akan buat andaian macam tue lah. Kalau rakyat tak suka kenaikan harga barang, mesti rakyat tak undi BN kan. Jadi maknanya, boleh disimpulkan disini bahawa orang Felda nie suka pada kenaikan barang. Orang Felda kan kaya raya. Sebab tue BN jaga orang Felda. Felda ada pasukan bola sendiri lagi. Felda United. Najib sendiri panggil orang felda pergi putrajaya sebelum nie. Lepas nie akan ada bangunan untuk Felda tau kat KL. Dengar kata berhampiran dengan KLCC. Mahal tue tanah situ. Felda memang kaya.

Aku takleh la nak tulis lagi pasal felda. Kang tak pasal-pasal Isa Samat hantar orang Felda cari aku.Tak pun serang blog nie. Sebelum nie , aku cakap pasal geng ultras pun dah ada yang menyerang.

haha.nak tergelak aku baca komen Mr nie.Maybe dia nie penyokong kuat Ultras kot. Untuk pengetahuan Mr, jangan juga cuba cakap je.Buat tak serupa bikin. Berkaitan dengan kedudukan geng Ultras tue, kalau betul diorang kisahkan mengenai peminat lain kenapa diorang tak duduk je atas sekali kat stadium? kenapa mesti duduk tengah-tengah? Jangan nak bagi alasan orang lain datang nak duduk kat geng Ultras. Geng ultras kalau betul kisahkan peminat lain, patut diorang duduk kat bawah scoreboard.Macam yang geng Selangor buat. Kat situ tak ramai orang. Geng gendang penat? Sebab penat tue la patut duduk sama-sama. Kan lebih harmoni kalau duduk sama-sama. Kenapa tak boleh? Sebab geng Ultras nak nama lebih? Ke sebab geng gendang tak bagi? Esok geng ultras pergi la cuba duduk bawah scoreboard, dekat gendang kat stadium KB. Aku tunggu esok. Aku sentiasa pergi bila ada match Kelantan.Tak kiralah di lembah klang ke, kat KB ke. Esok aku nak tengok geng Ultras. Ya,semua orang ada suara, ada bunyi. Kiranya dah jadi kumpulan penyokong Ultras, boleh la geng ultras nie mendabik dada cakap diorang nie memang peminat setia? macam tue? kita bagi peminat Kelate yang lain tentukan ye
p/s.owh..ye. Ko kate ko geng ultras la kononnya, kenapa mau tutup muka? takut gak ek. kenapa guna bahasa omputih? geng ultras kan. tak sayang bahasa ibunda ke bhai?

2 comments:

  1. dulu masa tun jadi perdana menteri tak da pula minyak naik sampai macam ni...adeh...masalah2...

    ReplyDelete
  2. ko celupar la bro... ko tak kenal Ultras, ko tak layak bercakap tentang Ultras..
    ko buat cara ko, nak sokong ke, nak tengok je ke... seeloknya, ko join geng Ultras seround and fahamkan ape itu Ultras.. mereka ni adalah penyokong fanatik yang akan tetap bersorak dan bagi sokongan regardless team kite menang atau kalah.. bukan macam penonton bola, masuk gol bersorak, tak masuk gol menyalak...
    nak menang, main sendiri la...

    -ultras selangor-

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share