Friday, January 14, 2011

Rosmah Mansor kita kena hormat

Macam tajuk tulisan nie, Rosmah Mansor kita kena hormat.Kenapa? Ye lah, kan dia tue bini PM kita.Kita kena lah hormat.Lebih-lebih sekarang nie. Apa sebab aku cakap macam nie? Baca dulu kat bawah nie.

Haa..kan bagus Rosmah nie. Sebelum kita marah-marah, baik kita ingat kan dulu siapa Rosmah nie sebenarnya..Isteri PM kan. Isteri kepada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Takkan la Rosmah nak duduk hotel kelas rendah-rendah. Dan jangan pula kita lupa, harga RM100 k tue baru kos masuk bilik je. Takkan la Rosmah nak duduk bilik saje-saje kan. Mesti la kena order makanan sekali.Aku tak tau la berapa harga makanan kat hotel Dubai tue. Yang pasti, hotel tue tidak sama sekali akan jual teh o ais berharga RM1.20.

Kita kan rakyat baik. Najib suruh kita berjimat cermat. Minyak kan dah naik. Bawang pun dah naik harga. Restoran Mamak seMalaysia juga naikkan harga mereka. Jadi kita kena la berjimat cermat. Menteri-menteri bawah Najib pun ada suruh kita semua tanam sayur sendiri, kurangkan ambil gula dan kurangkan guna bawang dalam masakan. Kan bagus-bagus para pemimpin kita semua. Pemimpin kita juga galakkan kita bercuti dalam Malaysia je. Rakyat tak boleh melancong ke luar negara. Membazir. Rakyat pun mana boleh na menginap kat hotel macam Rosmah buat kat Dubai tue. Mahal tue. Rakyat kena berjimat cermat.

Rosmah mana mungkin guna duit rakyat menginap kat hotel yang mahal tue. Duit dia sendiri tue.Jangan kita cepat tuduh dia. Kesian dia. Isteri PM kan. Tonggak negara lagi. Kan dia sebelum nie wakili Malaysia sebagai wanita pertama. Malu lah negara kita kalau isteri PM duduk hotel yang low class. Bagi dia tak mahal pun RM100 k. Murah je. Mungkin dia ke Dubai sebab nak kasi orang Arab turunkan harga minyak. Untuk Rakyat jugak tue.Takkan la Rosmah nak membeli belah kat Dubai tue.

Tulisan aku nie bukan nak kutuk sape-sape. Siapa lah aku nie nak kutuk Isteri PM. Aku takut kena ISA nanti. Aku kan bijak. Aku kan yang undi BN dulu. Jadi bila dah undi BN, maka automatik, aku lah yang undi Najib jadi PM. Jadi kalau aku duk kutuk PM, maknanya aku sendiri lah yang salah kan. Aku mana ada salah. BN bagus. BN la buat pembangunan kat Malaysia nie. BN baik lagi. BN yang usulkan kemerdekaan negara kita. Parti lain mana ada buat macam tue. Besar tue jasa BN.

Aku memang tak bayar cukai lagi, tapi ibu bapa aku bayar cukai. Aku pun tak kisah kalau Rosmah guna duit cukai rakyat buat bayar hotel kat Dubai tue. Kalau aku kisah pun, aku boleh buat apa kan. Orang kata nak tukar kerajaan masa PRU nanti? Jangan. Kesian lah kat Rosmah. Mana dia nak menginap nanti.

Tak mengapalah. Biar je lah Rosmah menginap kat hotel mahal-mahal . Kan pemimpin tue. Kita rakyat biasa nie mana boleh buat macam tue. Kita kena berjimat cermat. Bagus kan rakyat Malaysia. Pemimpin kita yang bagus sebenarnya nie. Diorang duk suap pemikiran begini sejak dari dulu lagi. Kita kena berterima kasih kepada mereka.

8 comments:

  1. good article... actually we need to respect all people... Islam ask us to respect each single person.... in order to make people respect us WE FIRST need to respect the other around us.... And we need to know that everythings that we did, will be judge in the day of judgement soon... Don't give bad perception to other people... Try to be more matured and good thinker as Tun Dr. Mahathir....
    BTW, good article.... I love this post...

    Jangan lupa visit my blog.....

    ReplyDelete
  2. Salam Fadli..
    Afdalnya kita menilai memang bab luaran jer, dalamnya tu kita serah kat Tuhan. Kalau ada yang tak adil bagi kita, insya Allah semua akan diperlihatkan besok...
    Lainlah kalau nampak depan mata dia ambik duit kita lepas tu pakai duit kita buat macam tu..tu terang lagi nyata. Boleh terus jatuh hukum :)

    ReplyDelete
  3. perabis duit rakyat betul la minah tuh.. laki dia jadi PM dia yg melebih2 ...adussss..

    ReplyDelete
  4. ni kalau 10 tahun lagi laki dia jadi PM konpem Malaysia akan tersenarai di dalam senarai negara yg bangkrap.....moga-moga tuhan turunkan bala pada dia supaya insaf dari membazir dana negara...amin...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share