Thursday, January 6, 2011

Sempena kerja kosong di Lembaga Lada Malaysia

Gambar dicedok dari Google image   

Aku mendapat info daripada sini mengenai ada kekosongan jawatan di Lembaga Lada Malaysia. Dan sila ingat ye, ini bukan kerja kosong mengutip lada di mana-mana ladang ataupun menjadi operator memproses lada di mana-mana kilang. Jawatan kosong yang ditawarkan adalah seperti berikut ;


JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17
3. JURUTEKNIK GRED J17

haa.tengok baik-baik jawatan tue.Mana-mana yang masih menganggur tue boleh lah mintak. Peringatan juga, jawatan-jawatan diatas adalah untuk warganegara Malaysia sahaja. Nepal, Bangla, mamak, Indon, Siam atau Vietnam, harap maaf ye. Jawatan ini hanya untuk orang Malaysia yang ada kad pengenalan sah. Yang pakai ic palsu tue sila ke jabatan pendaftaran dengan kadar segera.

Berkenaan dengan nak mintak kerja kosong nie, aku ada satu cerita ringkas bab nak isi borang interview.


Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank Maybank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah"

Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Jika ya, kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap".



Untuk keterangan lebih lanjut mengenai jawatan kosong di Lembaga Lada Negara, boleh la ke laman web dibawah.

My Adha
Website Official LLN
Borang Permohonan
Iklan permohonan

p/s..sape nak dapatkan kerja nie perlu bawak kabel besar..jangan bawak kabel lada pulak ye

7 comments:

  1. Hahahaha...Siapa yang suka makan pedas sure akan berpusu2 untuk isi borang. Hari2 kat rumah masak lauk sambal.
    Anyway, buat masa sekarang, bukan kita pilih kerja tapi kerja yang pilih kita..so ada kekosongan, apply je.
    Keep in touch and Salam santai.

    Blog ke 5 "Jom komen-komen"

    ReplyDelete
  2. alaaaaa gred 41 xada eh...
    kang mintak gred 27,mesti xdapat...

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Zul, kena bawak cable ke? Ni yg leceh. Nanti Yong dtng bawok penyapu nok sapu bersih2 lembaga tuh!

    ReplyDelete
  4. JOM SERTAI SAYA DALAM ANUGERAH PENGKRITIK BLOG
    Mungkin anda yang saya cari. Sila lawat blog saya untuk keterangan lanjut.
    http://aazzrruull.blogspot.com/2011/01/anugerah-pengkritik-blog.html
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. semangat dia jawab soalan dalam borang tu. =))

    setakat ni, banyak gak email kerja kosong masuk ke inbox saya, tapi belum ada kudrat nak masuk.. =D

    ReplyDelete
  6. budak praktikal boleh keje kat sini tak?
    heheh

    ReplyDelete
  7. jomsantaisekejap - terima kasih sudi komen blog nie.betul pun apa yang dicakap tue.apply je byk2 utk peringkat awal kan.

    rossoneri - takde la bro..gred 41 selalu susah nak dapat tue.yg tue kena guna kabel bawah laut tue baru ada

    MOH KEMBARA - haha.bawak yong..sapu habis semua lembaga.kasi bersih berkilat.baru effisien sket

    AZRUL AZMI s- terima kasih singgah sini.Nanti aku singgah ye

    ASaDa RyutaRo - tue pasal kan.Takpe insyaAllah, nanti ada rezeki ada tue kerja yang dapat penuhi jiwa kita

    mira the monster- praktikal? tak tau lak tue.bleh kot praktikal.tgk bidang gak kot.kalau bab chemical bleh kot praktikal tgk botol cili sos.heheh.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share