Monday, February 28, 2011

Butt hurt

Dalam bahasa baku selalu orang cakap sakit punggung. Tue kalau diterjemahkan secara terus lah. Selalunya banyak benda yang leh buat orang sakit punggung nie. Dalam dunia blog nie pun banyak. Kalau kita fikirkan, takkan la dalam dunia maya blog nie pun nak sakit punggung kan atau panas punggung. Tapi jangan tak tau, ramai yang sakit punggung dalam dunia blog. Selalunya yang sakit punggung dalam dunia blog nie apabila seseorang tue tak puas hati dengan tulisan dalam sesuatu blog. Blog aku nie pun pernah ada gak orang yang panas punggung disebabkan tulisan aku. Aku tak amek peduli pun. Malah berterima kasih sebabnya, sekurang-kurangnya aku tahu ada jugak orang yang baca tulisan aku dan ambik serius tulisan aku.

Kenapa aku berceritakan pasal 'butthurt' (mengikut Manglish). Sebenarnya aku pun butthurt jugak sejak dua menjak nie. Puncanya sebab sebelum ini malas. Dan butt hurt aku nie lebih kepada aspek fisiologi. Walaupun aku tak sepower orang yang belajar medicine tetapi aku tahu jugak la serba sedikit mengenai kesihatan nie.Aku butthurt sebab kerusi yang disediakan oleh UPM untuk mentelaah atau menaip kat laptop nie sangat-sangat tak ergonomik. Kerusi besi pastu aku duk perhatikan, kerusi aku nie kalau orang yang beratnya tinggi sket 85 kg, pasti kerusi ini akan patah dan akan mengalami kecederaan. Jadi bayangkan la, hendak membuat kerja duduk atas kerusi besi nie selama beberapa jam.jangankan sejam, setengah jam pun dah terasa kat punggung dan pinggang nie.Jadi mungkin bukan satu alasan jika aku katakan kepada pensyarah aku punca aku lambat siapkan kerja adalah disebabkan kerusi. Bila punggung dan pinggang sakit, seseorang manusia tersebut tidak dapat menumpukan perhatian dalam membuat kerja. Bila tidak dapat tumpukan perhatian maka kualiti kerja yang hendak disiapkan itu menurun. Adalah lebih baik sebelum kualiti membuat kerja itu menurun, seseorang manusia itu berhenti dari membuat kerja. Betul tak?

Apa yang dapat aku katakan pada tengah malam ini, bila manusia malas, dia akan mencari pelbagai alasan untuk terus menjadi malas. Sekian.

p/s jangan cepat butthurt.

Friday, February 25, 2011

Dari kaca mata pelajar tua

Demam stress sudah melanda. Selalunya, demam ini berlaku kepada pelajar-pelajar yang semakin menghampiri kepada puncak konvo, senang cerita kepada pelajar 'senior'. Dan selalunya demam ini berlaku pada semester kedua penggal universiti. Macam sekarang. Pelajar macam aku nie yang sem depan masuk tahun akhir memang akan demam. Tambah lagi dengan musim panas sekarang kat Serdang nie. Namanya universiti ladang tapi panas jugak. Tak leh lari dah semua tue. Agaknya banyak dosa kot kat ladang nie.hahaha.Ok, tak cakap banyak jom kita tengok apa demam stress nie. Selalunya demam stress nie berlaku pada pelajar apabila keadaan dibawah terletus;

  1. assignment nak kena hantar minggu depan, rujukan pensyarah suruh cari sekurang-kurangnya 15, minimum 15 muka surat, satu perkataan tak tertaip lagi dan hari dah masuk hujung minggu
  2. duit ptptn habis awal dari yang sepatutnya, baju baru hasil PTPTN berlambak dalam almari, nak makan kena catu, hari-hari tengok poster McD kat laluan pergi naik bas
  3. kena buat tugasan berkumpulan secara berseorangan apabila ahli kumpulan semua buat muka bodo dan beri jawapan bodo 'aku tak reti la, kau la buat'
  4. bila hasil tugasan kumpulan macam hasil kerja budak darjah 5 di pendalaman kalimantan , itu semua hasil kerja ahli kumpulan yang tak fokus masa orang duk berbincang, kesudahannya kita sendiri kena betulkan
  5. laptop kena curi ( celaka kau pencuri..aku masih marah dengan pencuri laptop aku dan aku harap dapat jumpa kat akhirat nanti)
  6. laptop rosak
  7. buah hati tetiba kata..'i dah tak sayang kat u.u tak hensem/cantik..i dah ada orang lain'. tak mati jiwa kita?hahah
  8. kawan hutang ngan kita tak bayar-bayar duit padahal dia boleh pulak berjoli sakan dengan makwe/pakwe dia makan di restoran rasamas takpun tapau secret recipe
  9. pasukan bola sepak kegemaran kalah dengan kita berjaga malam semata-mata nak tengok game tue di kedai mamak yang harga minuman segelas boleh beli sekilogram gula
  10. kaki/tangan cedera sebab kuat sangat main badminton/futsal
  11. 'wireless' universiti lembap bagai nak rak sampai kan kalau nak load facebook tue boleh habiskan nasi kukus ayam kampung dulu
  12. 'result' test pertengahan semester tak lepas separuh daripada markah penuh dan kita tergolong dikalangan nama-nama yang pensyarah panggil
  13. tugasan yang kita dah hantar kena 'reject' pensyarah dan kena buat balik dari awal dalam masa 3 hari 
  14. tugasan yang nak kena buat dah macam buat thesis untuk Phd , tajuk susah gila dan dalam google pun tak de nak 'search'
  15. isi untuk tugasan yang nak dihantar, pensyarah dah siap bagitau awal-awal nak rujukan yang terkini ( ini mungkin aku je kot.hahah)
  16. gelisah, gementar nak siapkan dan 'prepare' untuk pembentangan yang pensyarahnya kita tahu sangat rajin untuk bertanyakan soalan
  17. pergi ke kelas dan lihat gelagat 'coursemate' macam budak-budak tadika yang boleh masuk paralimpik, terlalu hyperaktif sampai ganggu fokus orang lain
  18. poster pilihanraya menyemak sampai nak gosok gigi pun ada tertampal poster kat cermin bilik air
  19. markah coursework diakhir sem jika ditolak tambah darab bahagi dengan markah penuh final belum tentu dapat lulus
  20. apabila orang selalu uar-uarkan bidang sains lagi best daripada bidang sastera
  21. bila pelajar-pelajar yang kononnya berlagak..'i dari fakulti sains/kejuruteraan..i suka bab nombor dan kajian nie' padahal result setiap semester atas sket pada LB..( aku ada kawan jurutera  lah, takde yang perasan macam ko pun!)
  22. apabila bilik tidur u bagi hanya sesuai untuk golongan PATI
ok..aku rasa aku dah melalut.yang 3 last tadi tak sampai pun kepada tahap stress kan.mungkin sekadar tahap meluat je. Apa yang boleh aku simpulkan, dari kaca mata pelajar, banyak benda yang boleh cetuskan kepada  stress atau bahasa mudahnya..tertekan..tapi setiap masalah ada penyelesaian dan langkah pencegahannya kan.Bagi aku, perkara penting taknak bagi stress, adalah masa, guna masa dengan baik confirm semua hal jadi senang. Jadi hargai dan gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.Sekian
Alat pertolongan untuk hilangkan stress.Instruction ada kat bawah gambar tue ye

p/s..lupa nak tambah. Kalau stress sangat..rilek, dengar lagu senyum..takpun layan siri how i met your mother..lagi best kalau ada koleksi FRIENDS..main game kadang-kadang tak tolong hilangkan stress, tambah stress adalah. Stress masa universiti sedikit je kalau nak berbanding stress di alam pekerjaan. Alam perkerjaan kita cerita lain kali.Selamat Malam.

Wednesday, February 23, 2011

UPM ..Untuk Pelajar Matang

Pilihanraya kampus yang dijalankan serentak pada hari Isnin lepas telah melihatkan satu perubahan dalam arus politik bagi IPTA di dalam negara kita. UM dan UKM dikatakan telah dikuasai oleh pihak pro mahasiswa. Pro mahasiswa seringkali dilabelkan sebagai anak buah parti pembangkang manakala pro aspirasi yang sebelum ini menguasai hampir semua IPTA pula dikatakan sebagai anak buah HEP atau pihak kerajaan.UIA dan UITM bermula lambat pilihanraya kampus dan UIA dikatakan juga akan dikuasai oleh pro mahasiswa.

Bila dilihat balik kepada suasana pilihanraya kampus ini, pasti rakyat Malaysia akan meneliti perkembangan mahasiswa sebagai anak muda yang menggalas tanggungjawab masyarakat untuk menjadi tonggak negara masa depan. Jadi tak heranlah apabila suasana pilihanraya kampus dikatakan mirip kepada pilihanraya umum. Banyak insiden-insiden yang berlaku yang boleh terjemahkan sebagai satu perkembangan paradigma mahasiswa.

Aku secara jujurnya tidak mahu terlibat dengan pergerakan politik kampus. Malah, aku akui merit aku di UPM ini boleh dibilang dengan jari. Tetapi aku sedar, mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara. Kenapa perlu kita berdiam diri sekiranya hak yang sepatutnya kita dapat , dinafikan oleh sesetengah pihak?

Seperti yang aku katakan pada entri sebelum ini, bagi aku, mana-mana calon pun yang akan terpilih menjadi MPP universiti nanti, adakah mereka dapat kotakan apa seperti yang mereka katakan sebelum pilihanraya. Aku tidak saja tujukan kepada pro aspirasi malah kepada pro mahasiswa sendiri. Kerana , sistem pentadbiran di IPTA kita nie masih dibawah kekangan AUKU dan kuasa muktamad adalah HEP. Mahasiswa kita tidak boleh bergerak sangat. Negara kita tidak seperti Indonesia yang mana mahasiswa nya sendiri bergerak di jalanan menjatuhkan pemimpin negara, atau seperti di UK dimana pelajar universiti membuat demonstrasi membantah kenaikan yuran. Mahasiswa negara kita lemah dan puncanya adalah AUKU.

Adakah salah untuk mahasiswa meluahkan isi hati mereka? Bagi mereka yang menyokong AUKU, mereka berpendapat bahawa mahasiswa perlu menjaga tatatertib  pelajar yang terpilih untuk masuk dalam universiti. Tetapi masalahnya, segala permasalahan pelajar universiti tidak diendahkan dalam kota-kotak cadangan atau dalam mesyuarat HEP. Jika kita lihat pada sejarah lalu, kebanyakkan pemimpin negara kita semasa dalam universiti turut bergerak di jalan-jalan raya. Tetapi setelah AUKU dilaksana, mahasiswa terkongkong. Dan sekarang ini semua orang menuding jari kepada mahasiswa atau graduan apabila ramai graduan yang keluar menganggur. Salah mahasiswa? Selidiki dulu kenapa mahasiswa sekarang kurang kemahiran berfikir dan banyak lagi seperti yang selalu diuar-uarkan oleh media dan pemimpin apabila berbicara mengenai mahasiswa dan penggangguran. Bagi aku, punca utama adalah AUKU. Aku tidak kata AUKU patut dihapuskan tetapi AUKU patut digubal semula.Beri lebih ruang kepada mahasiswa.

Sebagai contoh, aku tak amek jauh, aku amek kolej aku sendiri. Jawatankuasa yang dipilih sekadar melepas batuk ditangga. Mungkin ada pelajar yang betul-betul layak untuk memimpin kolej tetapi tidak nampak.Apa sumbangan jawatan kuasa ini untuk pelajar kolej yang lain? Buat sukaneka. Buat program yang syok sendiri je aku selalu nampak Langsung tiada program yang menampak ciri-ciri pelajar universiti. Sekurang-kurangnya kolej patut meriah dengan aktiviti atau program yang dapat tambah ilmu dan kemahiran kepada pelajar. Contoh di UDM dahulu ada jugak program keagamaan meskipun kecil tetapi sekurang-kurangnya terisi dengan ilmu agama. Aku puji kepada k14 sebab pada hujung minggu lepas mengadakan karnival. Karnival yang dianjurkan oleh mereka bagi aku sangat meriah dan berbaloi. Menaikkan nama k14 dan menambah kemahiran dan pengalaman kepada seluruh jawatankuasa k14.Aku juga dengar universiti lain mengadakan lawatan ke luar negara. Tetapi UPM? sekadar membawa geng MPP dan jawatan kuasa kolej tetapi hasil kerja kepada Kolej langsung tiada.Alasan tipikal yang diberikan pelajar, duit takde, HEP tak bagi, takde masa, pelajar tak berminat, susah la.boo...freaking ..hoo

Ok, berbalik kepada senario pilihanraya kampus di UPM. Semalam (tak silap) UPM iaitu melalui HEP membatalkan kemenangan 10 calon pro m yang menang dalam pilihanraya isnin lepas.. Pagi ini (kalau tak silap) setelah media (malaysian insider dan malaysiakini) melaporkan mengenai pembatalan kemenangan berkenaan, pihak KPT telah menggesa UPM agar menarik balik pembatalan berkenaann.TNC UPM setelah diberitahu oleh KPT, telah menarik balik pembatalan kemenangan calon pro m. Alasan UPM kepada pembatalan kemenangan tersebut adalah calon-calon pro m didapati berkempen secara berkumpulan dan itu adalah salah dari segi akta berkempen (itu jawapan UPM). Pihak pro m UPM telah berkampung didepan pejabat HEP mulai pagi tadi menggesa agar TNC menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.Meskipun pro m diberikan balik kemenangan, pihak mereka masih mendesak agar TNC memberitahu dan menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Malah, dikatakan petang tadi, berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan pihak pro m di bangunan HEP.

Apa yang kita dapat daripada semua ini? Malu? tak jugak.Ok, daripada pandangan aku, apa sebenarnya yang UPM nak jelaskan. Kenapa pihak UPM dilihat mengambil langkah terdesak untuk menidakkan kemenangan calon pro m. Sekiranya pro-m didapati bersalah dalam berkempen sepatutnya memberitahu lebih awal. Jika pro m didapati bersalah sepatutnya membatalkan kesemua calon-calon pro m, samada yang kalah dan yang menang dan jalankan pilihanraya sekali lagi. Aku rasakan geng pro aspirasi turut berkempen secara berkumpulan.Dan semasa berkempen juga, geng pro m dah adakan gerakan mengangkat keranda di bangunan pentadbiran sebagai simbolik kepada kematian demokrasi di UPM.

Dalam segala kekalutan ini, yang menjadi mangsa adalah UPM, staf-stafnya serta tenaga pengajar dan pelajar UPM. Aku tak sokong sepenuhnya pro m . tak juga sokong pro aspirasi.Betul, suara mahasiswa perlu didengari tetapi aku tidak mahu menjejaskan masa depan aku. Pro aspirasi pula tidak seharusnya melihat pro m salah semua segi. Bagi aku pro m dan pro aspirasi perlu wujud bersama. Bersama mengimbangi masing-masing. Sama seperti politik negara kita, Pakatan rakyat perlu ada untuk mengimbangi BN. Tetapi aku tidak bermaksud untuk neutral. Dalam dunia ini kita perlu memilih. kita perlu pilih hitam atau putih. Hijau atau biru. Jahat atau baik. Syurga atau neraka.Tiada ketetapan untuk berdiri diatas pagar.Apa pun yang kita pilih, kita perlu bertanggungjawab diatasnya. Seperti hidup, setiap hari kita mengambil risiko, dan risiko itu kita perlu jadi matang dan kawal serta kuasai apa yang kita pilih diatas risiko yang kita ambil.

Sebagai pengakhirannya, kita sendiri fikir dan tentukan sendiri. Aku sebagai pelajar UPM , tetap terasa bahang tetapi selagi sessi pelajaran aku tidak tergangguu, aku ok.

 ok..ini petikan aku jumpa daripada blog ini.dan aku rasa ini daripada Pro Aspirasi UPM.

 
 
dua petikan diatas berkaitan dengan pembatalan dan penarikan balik. Sumber dipetik daripada Ameno World


ini pula adalah gambar kereta seorang pegawai HEP UPM dimana cat telah disimbah kearah keretanya pada malam kempen pilihanraya baru-baru ini. 


suasana penyokong pro M di bangunan pentadbiran UPM. untuk ketahui lebih lanjut pasal pro m UPM sila ke sini


p/s..Semua dah selesai rasanya dan harapkan semua yang menang dapat berbakti kepada pengundi ye.
Sape sokong aku tengok inter lawan bayern munich malam ini?Jom Interundi(tiru afundi)

Tuesday, February 22, 2011

Entri ringkas tengah hari

Terkenang makan tengah hari

nasi kukus + gulai kambing + keli masak merah + milo ais

sekian

Monday, February 21, 2011

Seorang penjual ABC


Penjual ABC baru sahaja melabuhkan punggung dalam van buruk kecik milik ayahnya. Dia berfikir panjang. Kelihatan peluh di dahinya. Hari ini dia puas hati.Cuaca di sisinya. Tapi pada kebanyakan hari yang lain, baru sahaja dia membuka bonet vannya, angin mula bertiup kuat, petanda hari akan hujan. Tetapi dia cekal.

Penjual tadi mula membuka tingkap vannya. Membiarkan angin menerpa masuk ke dalam. Memberikan satu kelegaan. Matahari memancar terik hari ini. Dan dengan itu, wang penjualannya juga meningkat. Tetapi ada masanya, dia langsung tidak peroleh apa-apa. Dia tidak kecewa. Walhal sudah banyak kali dia termenung sendirian. Memikirkan masa depannya.

"Apa yang boleh aku buat"

"Apa lagi yang tak cukup?"

Pertanyaan yang sering dia utarakan dalam benak mindanya. Tetapi dia bersyukur. Walaupun hari selalu hujan, dia tahu, ada hari , matahari akan bersinar. Dia tetap bersabar. Kerana dia tahu Allah akan beri nikmat kepada mereka yang sabar. Dia tetap sabar walaupun perniagaanya ibarat kais pagi makan pagi sahaja. Tetapi itu saja dia tahu.

Dia sudah berusaha. Dia sudah ikhtiar. Tapi apakan daya. Cuaca bukan sesuatu boleh dikawal. Tetapi dia tetap akan cekal dan tabah. Selama mana dia boleh bermimpi, selama itu dia akan terus berniaga.

Sebab dia tahu, ada pelanggan setianya yang akan menunggu ABC nya. Dia tahu, pelanggan-pelanggan setianya akan datang membeli ABC daripadanya. Dia tidak akan berganjak. Dia akan tetap di situ.

Penjual tadi menghidupkan vannya.Kedengaran enjin buruk van putih itu apabila dihidupkan oleh tuannya. Penjual meneruskan pemanduannya. Membelah jalan. Mengharap pada hari esok. Bermimpi untuk yang lain.

Sunday, February 20, 2011

Pilihanraya kampus 2011

Bangun pagi dah ada flyer bawah pintu. Baru tekan remote kete dah ada flyer melekat kat wiper kete. Kat bus stand penuh poster digantung. Kat tiang-tiang, dinding-dinding cafe, penuh muka-muka orang pakai blazer tersenyum nampak gigi. Pergi amek air kat watercooler pun ada gak muka budak dengan slogan.

Penangan pilihanraya kampus minggu depan. Weekend nie memang meriah kat u nie. U lain pun lebih kurang sama juga aku rasa. Malam nie pun masa aku lalu kat cafe tadi, macam ada rapat umum. Tapi tak tau la seberapa mana umum kan. Yang jadi kelakar, tahun ini aku rasa HEP dah hadkan, sorang calon kena letak satu je manifesto. Jadi takleh la calon-calon nak berjanji sakan. Satu cukup. Yang satu tue pun tak tau dapat tunai kan ke tak. Lepas tue pulak, manifesto setiap calon memang taknak kalah. Pengantarabangsaan la, apa kejadah lagi lah.Pelajar universiti tak perlulah guna perkataan pelik-pelik. Baik cakap benda-benda yang mudah je. Alah, tak payah bagitau takpe manifesto masing-masing. Bukannya dapat buat pun. Last skali semua permintaan, perancangan terlekat kat HEP. Ini Malaysia laa.Bukan Papua New Guinea ataupun Sierra Leone.Amek contoh satu key, ada satu flyer satu nie kat bilik aku, manifesto dia," mencadangkan program mahasiswa bersama masyarakat/klinik pertanian".

Relevan ke? apa sebelum nie mahasiswa tak bersama masyarakat? Aku rasa setiap hari kot mahasiswa bersama masyarakat. Serdang nie, landmark dia adalah UPM.Stesen komuter pun ada orang panggil stesen UPM.Tol PLus tue, exit UPM lagi dia letak. Senang cerita, tiap-tiap hari mahasiswa memang dah bersama masyarakat. Secara informal atau formal je. tak payah la nak buat muka baik mahasiswa pergi berkampung dalam felda mana-mana jadi anak angkat. setakat pergi 2,3 hari tunjuk muka kat orang kampung pastue makan, balik KL balik pastu haram dah nak jejak kaki sana. Tak perlu.Tapi itu aku kan, aku nie siapa. Tak layak pun nak jadi calon. Aku rasa yang jadi calon nie kurang-kurang perlu cgpa atas 3.5. hebat tue.Tapi sayang, otak pandai, nak cari manifesto yang dekat dengan pelajar-pelajar biasa nie tak dapat. Apa maksud dengan klinik pertanian diatas? kalau orang lain yang tak terlibat dengan pertanian nie apa macam?

tapi seronok jugak baca slogan-slogan para calon nie. ada tue, ingat bihun ingat nama calon yang dekat-dekat dengan bunyi bihun. ada pulak, "ada sudip ada kuah, pradeep apa ntah kat belakang tue..Pro mahasiswa ke, pro aspirasi ke.aku tak tau sape yang betul dah sekarang nie. PMI ke ape ke. Ada pelajar yang tak nak undi pelajar cina. Pelajar cina ada gak tak nak undi pelajar melayu. Dari u lagi dah nak racist. Bila dah kuar esok, fikir sendiri la kan. Kalau tanya aku, siapa yang aku akan undi minggu depan , aku terus terang cakap, aku tak kisah, tak peduli, tak ambik tahu, dan akan klik je sekadar menunaikan kewajipan. tetap akan pergi mengundi. itu hak. Sudah pasti kan. Tapi siapa pun yang aku undi , dia tue pro mahasiswa ke, pro aspirasi ke, manifesto nak bagi yuran free ke, bukak starbuck dalam upm ke, aku tak peduli dan aku yakin berani kerat jari tangan keenam aku nie yang calon-calon yang naik jadi MPP atau menang pilihanraya nanti, akhirnya tidak akan memberikan apa-apapun kepada kita yang mengundi. Tak percaya? tengok lah.

Kalau sebelum ini aku baca dari satu blog yang mengatakan bahawa MPP lah bertanggungjawab terhadap beberapa perubahan dalam kampus, aku kata " boo..freaking..hoo". MPP yang bertanggungjawab jalan sekitar kampus diturap? MPP yang slow talk ngan PJSD dan sebabkan pelajar boleh menetap di kolej serumpun? MPP yang sebabkan tiang-tiang lampu dinaikkan disesetengah tempat? Nak cakap dengan pelajar kolej Timur Leste boleh la. Ini universiti kat Selangor. Student power? ingat nie zaman Malcolm X ataupun kisah Dataran Tiananmen? Apalah sangat yang nak dinaikkan dengan student power di Malaysia nie yang sejak dulu dibelenggu dengan AUKU dan ISA. Lagi kan Bersih dan GMPMSI pun polis dan FRU hentam.Setakat student power tue, jadi 'jatuh ke bodo' je.

Nak kata apa pun kata lah. Aku hentam semua. Pro mahasiswa ke, pro aspirasi ke. lantak lah. Banyak isu dalam kampus lain yang perlu lebih dititik beratkan. Tak usah lah bercakap mengenai demokrasi dalam universiti selagi demokrasi kat negara kita nie sendiri tak betul. Tak usah la nak bercakap mengenai demokrasi, kalau nak pilih jawatan kuasa kolej pun dah guna 'lick ass', 'guna kabel', bodek membodek.Daripada manifesto yang gempak yang membazir baik ketengahkan isu-isu yang lebih 'bermahasiswa'. Contohnya, harga makanan ke, kebersihan kafe ke, parking kereta, keselesaan kediaman, pergerakan bas, kemudahan internet, pusat sukan. Itu contoh aku je lah. Ini contoh daripada pelajar yang tak dapat cgpa 3.5 pun, calon-calon pilihan raya yang dapat cgpa 3.5 ke atas tue mesti boleh fikir lagi bijak dan pandai kan.

Sekian coretan pilihanraya kampus 2011. Sama-samalah kita mengundi minggu depan.

p/s..yang tahun lepas pun aku tak tau siapa yang menang.Calon-calon yang menang takde pulak datang berjumpa dengan pelajar di kolej ataupun di fakulti.Nanti aku nak calonkan rumate aku lah.sempat lagi tak? Rumate dah siap rehearsal speech tadi. Slogan agak power.hahahaha.Nantikan..

Saturday, February 19, 2011

Penalti pun penalti lah

Kelantan menang malam ini dalam perlawanan pertama Piala FA apabila berjaya menumpaskan TTeam dengan kemenangan dari sepakan penalti yang memihak kepada Kelantan 6-5. Pemain pertahanan TTeam, NorFadzli tidak berjaya menjaringkan gol dalam sepakan penalti terakhir taid dan memberikan kemenangan kepada Kelantan setelah perlawanan seri dengan 1-1 setelah tamat 90 minit dan 30 minit masa tambahan.

Secara keseluruhannya, Kelantan tidak bermain pada prestasi sebenar malam ini.Mungkin taktik Datuk Karathu tidak menjadi apabila Subramaniam yang dimasukkan untuk posisi pertahanan tengah dilihat gugup dan seringkali hilang bola. Nurul Azwan Roya juga tidak menunjukkan aksi seperti perlawanan sebelum ini. Pertahanan Kelantan seringkali kucar kacir apabila TTeam menyerang dengan gandingan Indra, NorFarhan dan Haris Safwan mereka.

Kelantan terlebih dahulu mendahului melalui Rizal Fahmy. TTeam kemudiannya menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang Indra Putra. Kelantan berpeluang memenangi perlawanan pada masa sebenar apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit-akhir perlawanan malangnya NorShahrul mensia-siakan peluang tersebut apabila sepakannya melepasi palang gol TTeam.

Azizi Mat Rose , bak kata pengulas beraksi cemerlang mengawal setiap pergerakan NorShahrul Idlan. Piya dan Shakir kelihatan seperti hilang idea malam ini dan Piya digantikan dengan Daniel Fadli pada separuh masa kedua.

Kemenangan ini memberikan satu kepuasan kepada Kelantan kerana 3 pemain utama musim lepas, Indra, NorFarhan dan Azizi Mat Rose berhijrah secara tiba-tiba ke TTeam. Rasanya semua pemain dan penyokong Kelantan berpuas hati dengan kemenangan malam ini meskipun terpaksa menunggu sehingga kepada sepakan penalti.

Semoga Kelantan akan mara lebih jauh dalam saingan Piala FA.

p/s Cakap-cakap dari orang ganu, Mat Said sangat marah malam ini dengan TTeam dan mungkin Norfadzli yang 'miss' sepakan penalti akan dibuang dan berkerja dengan T Lekor nanti. Yunus Alif juga akan disuruh berkerja dengan T dagang (bak kata rumate aku).

Apa -apa pun penalti memang mendebarkan. Pakcik depan aku tadi membuat tumbukan padu ke udara apabila Kelantan menang. Tahniah Kelantan.

Friday, February 18, 2011

Skim MLM saman Malaysia

Berita terbaru..Kerajaan Malaysia memang prihatin dengan rakyat. Baca petikan kat bawah.(dipetik dari TV3)


Lebih lama bertangguh, lebih banyak yang perlu di bayar. Kompaun berganda pula kepada pemandu yang lakukan kesalahan berulang. Manakala saman yang tidak diselesaikan  selepas hari ke 60, akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.

Itu antara peraturan baru,  yang menunggu pesalah lalu lintas bermula 1 Mac depan.

Peraturan itu hasil penyusunan semula kategori kesalahan lalulintas daripada  3 kategori kepada 4 kategori.

Selain dua asas yang disebutkan tadi, kadar kompoun akan ditetapkan berdasarkan jenis kenderaan dan tahap keseriusan serta jenis kesalahan.

Jenis kenderaan di bahagikan kepada dua kategori iaitu motosikal 250cc ke bawah dan semua jenis kenderaan yang lain.

Kompaun berganda pula bagi kesalahan berulang membabitkan kesalahan kategori pertama. Kedua dan ketiga atau kombinasi kesalahan sebanyak 3 kali atau lebih dalam tempoh 2 bulan tarikh kesalahan pertama.

Kadar kompaun kategori pertama- ditetapkan maksimum 300 ringgit.

Ia membabitkan kesalahan menyumbang kemalangan, kesesakan lalulintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi.

Bagi kategori lain, kadar kompaun berdasarkan tempoh pembayaran dan tahap keseriusan kesalahan.

Penunggang motosikal di bawah 250 cc pula di beri kadar kompaun lebih rendah 

berbanding kenderaan lain bagi kategori pertama




Kan prihatin tue...Kerajaan kita tak nak rakyat selalu buat masalah kat jalanraya. Sebab tue kerajaan buat macam nie. Lagi lama tak bayar, lagi tinggi kompaun saman tue jadi. Kire macam konsep bank la kan. Interest kena kira. JPJ dan Polis bukannya free tau. Diorang pun nak makan jugak. Jd betul la kompaun kena naik bila lagi lama.Duit pentadbiran tue. Saman kita yang bertangguh tue merugikan pihak mereka tau.


Bila buat begini, berebut la orang nak bayar awal lepas nie. Silap-silap bayar kat polis dan JPJ semasa mereka menyaman (rasuah). Alaa, kerajaan kan pandai. Setakat rasuah sedikit-sedikit nie tak hal mane pun. JPJ dan Polis nak makan jugak kan. Diorang kena isi minyak jugak  kan. Nak harapkan gaji? Pehh..Kerja bagai nak gila..Berdiri atas jalan. Sepak mat rempit. Tembak "penyeludup"..Belasah "samseng".Angkat tilam. Escort orang besar. Bukan senang tue buat keje mereka semua. Tapi akhir bulan dapat gaji, gaji mamak lagi besar rasanya. Jadi biarlah kita derma kat mereka nanti kan. Daripada saman ratus-ratus baik bagi "derma" seratus dua. Lagi pun kalau kita kena saman, susah dah nak gi bayar kat balai.


Kira macam MLM kerajaan sekarang nie. Mula-mula kerajaan naikkan harga minyak. Pastu bawah harga minyak, rakyat kena bayar yang lain-lain pulak. Sayur naik, gula takde, minyak masak naik, tepung naik. Sekarang saman pulak naik. MLM kan berkonsepkan piramid (yang orang selalu duk uar-uarkan la..aku tak pernah masuk pun MLM..biar la papa kedana daripada duk cari kaki-kaki la apa la).. Yang diatas sekali, dalam MLM syarikat Malaysia , para menteri, kabinet, Raja-raja akan sentiasa kaya..Diorang duk perah duit dari kaki-kaki yang kat bawah nie. Yang kat bawah nie, rakyat biasa macam kita semua. Minyak tiap-tiap hari kena isi. Makanan tiap-tiap hari kena beli. Bukan semua ada tanah nak tanam brocolli ataupun kobis kan mcm saranan 
Ismail Sabri..


MLM nie aku tak tau la sampai bila piramid nak bertahan. Piramid kat Mesir dah roboh pun. Firaun Mubarak dah takut sebab piramid kat bawah dah runtuh. Syria, Jordan, Bahrain pun dah menampakkan tanda-tanda mahu meniru Mesir. MLM kat negara kita yang paling aman. Revolusi di sekitar Asia tenggara sentiasa ada. Indonesia, Thailand, Filipina. Semua kuasa tertinggi yang tak disukai rakyat akan rebah oleh rakyat jugak. Rakyat kita bagus. Baik. Kita kan bersifat pemaaf. Kita tak kisah pun orang atasan nak buat apa. Manusia kan. Tak baik kita nak bermusuh-musuhan. Betul tak. Kalau diorang nak guna duit duduk hotel 100k semalaman pun tak mengapalah.Nanti diorang bayar balik lah kan.


Sekian dulu lah merapu diwaktu petang nie. Sedang mendengar dj Fonesta. Malangnya aku tak bernafsu nak membeli belah di Fonesta. Pokai sudah.huhu.lagi pun baju dah banyak. Beli makanan boleh lah kot kat Fonesta. Malam ini jom cari tv, layan TTeam lawan Kelantan. Awok-awok Kelate meme duk tunggu lamo doh nok lawe TTeam nih. Jom male nie, cari keda siam.

Thursday, February 17, 2011

Kempen kesedaran bahaya Shisha

Buletin utama malam ini ada melaporkan bahawa kementerian kesihatan akan melancarkan satu kempen kesedaran bahaya shisha kepada rakyat Malaysia. Setelah langkah kempen pengharaman rokok di premis-premis perniagaan, kerajaan akan menlancarkan satu kempen yang lebih kurang sama dengan kempen rokok, iaitu kempen kesedaran bahayanya shisha.


Siapa tak kenal shisha? Rasanya ramai yang kenal shisha nie. Sebelum ini mungkin ramai yang beranggapan bahawa shisha ini tidak merbahaya seperti rokok. tapi sebenarnya kita semua (perokok dan penghisap shisha) silap. dipetik dari TV3..


Jika sebelum ini larangan merokok dikuatkuasakan, menyusul nanti, shisha.Selain itu ia turut disenarai dibawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.Larangan itu susulan laporan khas Buletin Utama minggu lalu mengenai bahana shisha.

Kementerian Kesihatan menurut Menterinya, memandang serius isu itu.Serentak itu, kempen kesedaran bahaya shisha akan digerakkan, termasuk penguatkuasaan larangan menghisap shisha di premis yang sama dengan larangan merokok serta larangan menghisap kepada mereka berumur bawah 18 tahun.

Kawalan shisha dari segi perundangan juga akan dicadangkan.

DATUK SERI LIOW TIONG LAI / MENTERI KESIHATAN
Oleh itu saya dah mengarahkan kepada ketua pengarah, pengarah-pengarah negeri untuk mengingatkan orang ramai, mengadakan kempen larangan merokok termasuk larangan menghisap shisha. Kalau dulu kita hanya mengadakan kempen larangan merokok, kita kena sekarang tambah larangan menghisap shisha sekali.

Larangan itu katanya, akan dikuatkuasakan secepat mungkin.



Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, W-H-O, menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha




Selepas ini aku rasa memang lingkup la perniagaan shisha di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca blog, MPKB, senang cerita di kelantan, khususnya di KB, lesen untuk menjual shisha tidak dikeluarkan. Aku pernah sekali hisap shisha di Ridel Hotel dimana apabila lori MPKB melintasi kawasan tersebut, para peniaga shisha akan cepat-cepat menyembunyikan botol shisha masing-masing malah ada satu tempat dimana selalu anak-anak muda lepak hisap shisha tutup selama beberapa hari kerana botol-botol shisha dirampas MPKB.


Berbanding di KL dan Selangor, aku lihat shisha memang berlambak. Pelbagai perisa ada. Malah  kalau lihat di Bukit BIntang, shisha sudah menjadi satu tarikan. Geng-geng arab akan penuh menghisap shisha di sana. 


Aku tak nafikan, shisha lebih sedap bebanding rokok. Bau lebih wangi.Dan mengenai kempen kesedaran shisha yang akan dilancarkan oleh kerajaan ini, aku tak tolak ataupun bantah. Benda yang elok bagi kesihatan rakyat kita kena sokong. Mungkin akan ada penggemar shisha atau peniaga shisha akan marah diatas langkah kerajaan ini. Kita perlu tengok dari sudut positif. Jangan nak sembarangan tolak. Yang mana boleh ikut kita perlu ikut. Tapi yang lebih molek, kalau betul kerajaan bersungguh nak jalankan kempen atau menjaga kesihatan rakyat , haramkan saja shisha dan rokok. Kenapa bagi lesen jual lagi. Kerajaan tetap keluarkan lesen jual rokok dan shisha tapi pada masa yang sama lancarkan kempen kesedaran bahaya mengenai kedua-dua benda ini. Bukankah itu satu langkah yang membazir? Kalau mengikut akal aku memang membazir.Bukan aku kata kempen itu membazir.Sila faham ayat dengan baik ye.


Tapi kenapa kerajaan tak haramkan? sebab, kerajaan nak cari duit la kan. Kerajaan nak jaga hati kaum lain terutamanya pelancong. Kan orang arab suka shisha. Kalau Malaysia haram shisha nanti tak ramai la orang arab nak datang kl. Lantaklah orang arab nak hisap shisha ke tak. Kenapa perlu jaga. Mereka bukan rakyat Malaysia. Kalau mereka nak hisap shisha sangat, balik negara masing-masing la. Tak perlu nak hisap kat sini. 


Isu shisha nie sama je dengan isu-isu lain dalam negara ini. Perlaksanaan yang tak kena. Contoh terdekat PATI. Dah berapa lama negara kita berperang dengan PATI. Dah berapa juta kerajaan habiskan dalam operasi banteras PATI, operasi hantar PATI balik. Selagi syarikat pembinaan negara kita masih nak pakai buruh PATI, selagi itu lah PATI akan ada kat Malaysia. Siasat syarikat ini.kuatkan sempadan. Tengok singapura. Ketatkan akta PATI. Orang akan kata Singapura tak mengapa, negara kecil. KIta negara besar kan. Kita negara besar dan rakyat lagi ramai dari Singapura kan. Buka banyak jawatan penguatkuasa sempadan. Baru lah indon, siam, bangla takut. Cuba tengok kat kedai Mamak, pelayan Bangla, India, ramai reti cakap BM? Haram. Nak suruh buat megi sup tanpa sayur pun susah nak bagitau kat mereka. Mahu berkerja kat negara kita tapi cakap BM pun tak reti. Reti angkat, sapu dan letak je.


Dah melalut aku nie. Jadi berbalik kepada shisha tadi. Sama-samalah kita menyokong kempen kesedaran itu nanti ye.


p/s aku tak suke tengok orang perempuan hisap shisha.

Wednesday, February 16, 2011

Bola sepak tempatan kita

Safee Salie

Safee Sali dah pergi ke Jakarta.Kalau tak silap semalam dia berlepas ke sana. Ke kelab Pelita Jaya. Ramai yang menyokong pemergian dia ke sana dan tak kurang juga yang seakan tidak bersetuju dengan penghijrahan dia. Sultan Ahmad Shah juga ada berkata, " hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang ". Jadi kita boleh faham lah kan dengan peribahasa tersebut.

Pro bagi penghijrahan Safee ini adalah, dia dapat membuktikan bahawa pemain negara kita dapat beraksi di liga orang dan tidak lah nanti orang akan menganggap bahawa Malaysia adalah jaguh kampung. Walaubagaimana pun, Safee pasti berdepan banyak masalah untuk menyesuaikan diri di tempat orang. Budaya, bahasa serta corak permainan yang berbeza adalah antara masalah utama yang mungkin sedikit sebanyak mencacatkan persembahan safee nanti. Safee Salie juga dilaporkan dalam akhbar, perpindahannya ke Indonesia adalah satu langkah sebelum pergi lebih jauh dalam dunia bola sepak. Dia mengimpikan untuk bermain di liga Australia.

Dalam liga bola sepak kita, mentaliti seperti Safee sepatutnya ada. Pemain-pemain negara kita tidak seharusnya hanya terkongkong dengan liga tempatan semata-mata. Mereka harus mempunyai impian untuk mara lebih jauh di pentas antarabangsa. Dengan pendedahan dalam liga luar, pengalaman dan teknik yang mereka dapat akan menguntungkan negara kita kelak. Kita lihat sahaja pemain brazil. Hampir keseluruhan pemain yang mewakili pasukan negara Brazil beraksi di Eropah. Pemain kita seharusnya meletakkan impian untuk satu hari beraksi di liga eropah. Langkah pertama yang boleh mereka lakukan adalah beraksi dengan baik untuk negara dan dari situ, kelab-kelab luar negara dapat membuka mata untuk mengambil pemain-pemain negara kita.

Kelantan

Semalam Kelantan menang lagi keatas Kuala Lumpur. Percaturan Datuk Karathu yang kini menggandingkan Ramzul dengan NorShahrul dillihat berkesan. Kelantan menang 2 gol berbalas kosong semalam dengan Ramzul dan NorShahrul menjaringkan gol-gol Kelantan. Kelantan kini memdahului takhta liga dengan 10 mata dan jumlah jaringan yang lebih berbanding pencabar terdekat iaitu Perak. Perak seri semalam dengan Kedah. Selepas ini Kelantan akan bertemu TTeam dalam saingan Piala FA. Pastinya ramai peminat menanti perlawanan ini kerana  3 pemain Kelantan iaitu NorFarhan, Indra dan Azizi Mat Rose berhijrah ke Tteam. Sama-sama kita nantikan perlawanan pada jumaat ini.

Video dibawah adalah sedutan perlawanan antara Kelantan dan Johor FC yang berlangsung pada hari Sabtu dengan kemenangan 4-1 kepada Kelantan. Daripada video ini, pada separuh masa kedua, barisan serangan Kelantan memang terbaik. Hantaran pendek dan ketajaman dalam kotak penalti oleh penyerang-penyerang Kelantan memang terserlah. Sekiranya Kelantan dapat mengekalkan aksi sebegini, harapan untuk menjuarai Liga Super pasti dapat diraih dan seterusnya mempertahankan Piala Malaysia dan memenangi Piala FA.
Gomo Kelate Gomo.






Saturday, February 12, 2011

Happy Anniversary

3 years and will be counting for more

Tuesday, February 8, 2011

Software power

Dalam dunia teknologi sekarang nie , kita tidak lari daripada menggunakan pelbagai software dalam membantu kita menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi setiap hari. Antara contoh software yang akan sentiasa diguna oleh manusia hari ini adalah seperti software operasi seperti window 7, winamp untuk dengar lagu, VLC untuk tengok cite, dan pelbagai lagi yang kita semua sudah sedia maklum.

Hari ini aku nak cakap mengenai satu software baru (aku rasa lah) yang diuar-uarkan oleh ramai pensyarah di UPM sekarang ini. Turnitin. Software ini bersifat online dan boleh didapati di laman web yang berikut, turnitin.com. Laman web ini sebenarnya bersifat akademik. Ianya dapat mengesan sebarang plagiat yang dilakukan oleh pelajar atau sesiapa saja yang menghantar kertas kerja atau tesis mereka. Caranya mudah dan berkesan kerana sekarang ini dengan menggunakan laman web yang bersifat software nie, pensyarah dapat mengetahui serta merta dari mana dan di mana pelajar dibawah syarahan mereka melakukan 'plagarism'. Plagiat adalah satu kesalahan yang berat. Ianya adalah sama seperti cetak rompak dan aktiviti jenayah lain yang bersangkut paut dengan hakmilik.

Kenapa aku bersungguh-sungguh menerangkan mengenai software merangkap laman web nie? Sebabnya aku sebagai pelajar terpaksa guna benda nie. Kalau 3,4 tahun lepas jadi pelajar senang saja, copy paste daripada wikipedia masuk dalam tulisan kita, ubah mana-mana perlu dah setel keje. Tapi sekarang dah tak boleh. Hampir kebanyakkan pensyarah aku mewajibkan pelajar menghantar draf pertama melalui turnitin dahulu baru boleh dihantar kepada mereka. Laman web ini memang sangat berkesan kerana dia dapat mencari dimana ayat yang kita copy dengan sumber yang kita ambil.Tetapi kadang-kadang, laman web ini mengesan ayat yang kita tidak copy tapi sama dan kadang-kadang, sumber yang diberikan oleh turnitin ini sebenarnya adalah tidak sama dengan sumber yang digunakan oleh kita sendiri. Turnitin memang dah merevolusikan cara pembelajaran zaman sekarang. Dengan turnitin ini, plagarism dapat dibendung.

Sekian dulu bebelan aku mengenai turnitin. Mahu menulis lagi. Turnitin sedang menunggu.

Sunday, February 6, 2011

Sukan memang lawak

Sukan sangat baik untuk kesihatan. Semua orang tahu mengenai ini . Tapi apabila terlebih fanatik dalam menyokong sesuatu sukan pula amat lah tidak elok untuk jantung kita. Sebagai contoh dalma sukan bola sepak, bila kita dah fanatik kat sesuatu pasukan tue, mesti kita harapkan pasukan kita sentiasa menang kan. Dan apabila sesuatu keputusan yang tidak berapa elok kepada pasukan kita, mesti kita jadi nak marah dan secara automatiknya darah akan naik. Lama-lama boleh dapat penyakit darah tinggi. Senangnya, kita semua mesti ingat adat dalam pertandingan dalam mana-mana sukan sekalipun, kalah menang adalah biasa.

Petang nie, aku bukan nak citer panjang lebar pun pasal sukan nie semua. Sebenarnya aku sekadar nak tunjuk gambar-gambar sukan yang memang boleh buat orang tersenyum. Jom layan (gambar dipinjam daripada sini)





















Bila malas menjelma.

Malas.Satu perkara yang aku rasakan sudah jadi semacam penyakit kepada manusia. Kalau malas, semua perkara tak menjadi. Ada tak sesiapa yang hidup kat muka bumi nie tak pernah rasa malas? Memang sangat mustahil kalau manusia tidak merasa malas.

Gambar-gambar di bawah nie rangkuman perbuatan malas kat dunia nie.(kredit kpd blogger nie)

bila dah malas nak guna kaki.

bila malas nak alihkan bangkai

bila malas nak minum..suruh anak terus

bila malas nak beratur kat JPJ.sambung 3 ribu tahun terus.

bila malas nak berasak kat pejabat pos

bila malas nak guna tangan.

bila malas nak pakai helmet.rembat tong cat jadi

bila malas nak berdiri padahal tak ramai pun

bila malas nak mandi waktu pagi, kuar pakai pijama terus

bila malas nak buang sampah.letak tepi sudah

bila malas nak bertugas.sambil duduk je


bila malas nak teman anjing.naik kereta jadi

begitu la serba sedikit perihal malas nie.Kalau kita selalu ikutkan perangai malas, semua benda tak menjadi.Jadi kurangkan malas, tingkatkan kerajinan (berpesan pada diri sendiri juga)

Saturday, February 5, 2011

Walawei..penangan keras

Aku tak tipu. Aku ada bukti nih. Semuanya penangan blogger nih.
Tengok gambar kat bawah
ini dari satu hari..kalau sebulan tak tau la

mmg tak pernah impi
mmg tak sangka sgt jd gini


nak tau lebih lanjut? pergi sini....Cuma sayangnya aku masih takdapat BE dari Nuffnang.takpe2.kena banyak bersabar.

Ahad malam atau malam Ahad

Semalam ada member aku tanye, balik malam esok ke? Aku cakap Ahad. Ahad malam. Tapi ada juga kawan aku yang confused, Ahad malam tue kiranya sampai pagi Isnin la kan. Tak pun malam Ahad tue bermakna hari Sabtu la kan. Yang mana betul? Rasanya ramai orang yang confused dengan perkara macam nie.

Dulu aku ingat aku pernah tertukar tiket bas nak pergi Ipoh disebabkan benda macam nie. Tak pasal-pasal kerani bas tue kena marah sebab nak cover malu tertukar masa perjalanan tapi nasib baik dia boleh cari tiket yang lain pulak kalau tidak malu saja la dapat.Kalau aku untuk tidak meragukan orang lain, aku akan cakap sampai bila-bila. Contohnya kalau balik Sabtu malam, maknanya akan sampai pada pagi Ahad dan bukannya malam Sabtu dimana akan sampai pada pagi Sabtu tue.

Jadi Ahad malam iaitu pada malam besok aku akan bertolak pulang ke kampus.3,4 hari ini banyak pergi rumah kenduri kawan-kawan yang selamat diijabkabulkan. Tahniah kepada semua. Jalan pun sesak je di jalan-jalan utama sekitar Kelantan. Aku tengok semalam Pasar Wakaf Che Yeh pun dipenuhi pengunjung-pengunjung. 3,4 hari nie pun aku selalu kuar petang balik malam, kuar petang balik malam. Kuar awal malam balik tengah malam.hahah.Biasa lah, geng 'hok buje' je lah duk tunggu lepak kedai makan. Geng 'tok buje' mano doh tue kena luang masa ngan isteri dan sanak keluarga kan.Aku yang 'hok buje' lagi nie kena cari geng ' hok buje ' jugok lah.

Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya.

Thursday, February 3, 2011

Pergolakan di Mesir..persoalan kita harus jawab

Pergolakan di Mesir sudah masuk hari ke 9 hari ini. Tanda-tanda bahawa pihak pro demokrasi untuk kembali aman tidak kesampaian meskipun Presiden Hosni Mubarak memberi jaminan bahawa dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan pada september ini. Pihak pro demokrasi tidak mempercayai kata-kata presiden tersebut dan memberi tempoh sehingga esok agar regim Mubarak turut daripada jawatan. Pergolakan dilihat semakin buruk apabila pihak penyokong Mubarak turut keluar ke bandar-bandar besar Mesir dan di sesetengah tempat mereka bertempur dengan pihak pro demokrasi.


Ramai pihak beranggapan, Hosni Mubarak berdepan dengan dilema. Ramai mengetahui bahawa Mubarak adalah sekutu dengan Israel dan Amerika Syarikat. Dia telah memerintah Mesir dalam tempoh yang lama dan telah menjadi seperti seorang diktator. Rakyat Mesir sudah hilang sabar dan itulah punca berlakunya pergolakan di sana. Semua mata tertumpu kepada Mesir sekarang ini menunggu apa tindakan selanjutnya yang akan diambil Mubarak. Mubarak seolah-olah tidak mahu tunduk pada tuntutan pro demokrasi dan masih berdegil mahu memegang jawatan. Ini memburukkan lagi suasana disana apabila ada pihak yang mengatakan Mubarak mencipta rusuhan diantara demonstrasi pihak pro demokrasi dengan mengarahkan polis berpakaian biasa melakukan kekasaran.

Pergolakan di Mesir juga telah menunjukkan impaknya kepada Tunisia dimana presidennya menyatakan tidak akan bertanding pada penggal baru nanti. Negara-negara arab lain juga turut menanti perubahan politik Mesir. Kenapa Mesir penting di Timur Tengah?


Satunya, Mesir merupakan sekutu kuat Amerika dan Israel. Dengan turunnya Mubarak, pihak pembangkang yang akan naik mungkin akan menukar polisi baru dan ini yang ditakuti oleh Amerika dan terutama sekali Israel. Palestina serta Hamas turut menyokong pihak pro demokrasi Mesir dan sekiranya pembangkang memerintah di Mesir, haluan Israel di Timur Tengah mungkin terancam.

Keduanya, Mesir mempunyai kepentingan ekonomi yang tersangat penting di terusan Suez. Negara eropah dan Amerika memerlukan Mesir agar kapal-kapal dagang mereka dapat melalui terusan Suez terus ke laut Mediterranean dengan selamat.


Ketiganya, pihak pro demokrasi di Mesir adalah penyokong kuat Islam. Kerajaan Iran sejak dari dulu lagi meskipun bermazhab Syiah tidak sekufu dengan Mubarak. Mubarak dilihat banyak menindas orang Islam di Mesir.

petikan-petikan dibawah dipinjam daripada blog Faisal Tehrani.

Ayatullah Ruhullah Khomeini juga menegaskan tentang Hosni Mubarak, “This second president that has been forced on the nation [Hosni Mubarak] imagines that he will reign in Egypt as the other one [Anwar Sadat] did. Before he became president he announced his solidarity with Israel and America. He overlooked that the people threw his predecessor into hell; they will do the same to him. Egypt must know that if they rise as Iran rose they will be successful. The Egyptian nation should not fear martial law; should disregard it just as Iran broke the martial law and came into the streets. The Egyptian scholars should stand up and defend Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15,  halaman.285)

Jadi boleh dilihat secara lebih mendalam sekiranya pihak pro demokrasi berjaya di Mesir, pasti satu revolusi Islam yang baru dapat ditegakkan di rantau timur tengah. Revolusi yang terakhir yang berjaya adalah revolusi Iran pada tahun 70-an dulu. Orang -orang Yahudi serta Kristian amat takut kepada revolusi Islam yang baru. Ini kerana sekiranya revolusi Islam di Mesir berjaya dan Mubarak digulingkan sama seperti Anwar Sadat dulu maka negara-negara Islam lain di Timur Tengah akan mengambil contoh dan cuba melakukan benda yang sama. Israel adalah negara yang paling takut sekarang. Tidak mustahil, Israel dan Amerika Syarikat akan menggunakan helah dalam meruntuhkan revolusi Islam di Mesir ini.

Bagaimana pula dengan negara kita?

Kita sendiri maklum, kerajaan kita sudah menghantar misi Piramid untuk mengambil balik seramai 11000 (anggaran) pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Mereka berada dalam ketakutan di sana. Meskipun begitu, langkah kerajaan ini dilihat sedikit lewat dan seperti takut kepada kuasa besar lain. Malaysia dan Mesir sudah mempunyai hubungan sejak dari dulu lagi. Ramai anak-anak muda melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar (universiti tertua). Bukan saja dalam bidang pengajian islam tapi dalam bidang perubatan. Dalam usaha menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia disana, ada juga berbunyi unsur-unsur politik.Ada pihak berkata patut diselamatkan pelajar yang mendapat tajaan JPA dan MARA sahaja malah ada yang mengatakan bahawa hanya orang-orang yang sokong UMNO diberi keutamaan pulang ke Malaysia.


Kenapa perlu mempolitikkan benda sebegini? Salahkan pelajar Malaysia yang menyokong PAS contohnya yang belajar di Mesir? Kenapa perlu dianaktirikan. Aku akui ramai juga mengetahui ramai anak-anak muda Kelantan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Mesir. Dan stereotype dibina dimana jika anak-anak muda yang belajar agama maka mereka adalah penyokong PAS. Tak kira apa juga pegangan politik anak-anak muda di Mesir, mereka semua adalah rakyat Malaysia dan kerajaan bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia. Diharapkan semoga semua rakyat Malaysia di Mesir selamat dan berjaya pulang ke tanahair.

Satu isu lain yang berkaitan dengan Mesir dan Malaysia adalah adakah rakyat Malaysia mampu buat seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir?

baca dibawah nie (dipetik juga daripada blog Faisal Tehrani)


Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.

"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller."


Apa yang boleh kita rumuskan daripada petikan diatas? Adakah Israel beranggapan bahawa rakyat negara kita penakut ataupun tidak cerdik? Adakah mereka yakin bahawa parti pemerintah di Malaysia akan terus memerintah negara ini tidak kira apa jua yang terjadi dan pembangkang akan terus bermimpi di siang hari? Kenapa Israel mengambil kisah mengenai politik negara kita?
jawapannya terletak di selatan tanah air.Singapura. Singapura memang semua maklum adalah sekutu kuat kepada Amerika Syarikat. Mereka juga bimbang sekiranya pembangkang mengambil alih negara ini, politik di laluan selat melaka akan berubah. Laluan selat melaka adalah yang tersibuk di dunia.Masing-masing mahu menjaga kepentingan ekonomi di laluan ini.

Tapi persoalan harus ditanya kepada semua rakyat Malaysia. Tak kira yang berpegang kepada dacing atau bulan. Adakah kita mahu situasi yang berlaku di Mesir terjadi di Putrajaya ataupun di Kuala Lumpur sebagai contohnya? Adakah kerajaan BN merasa terlalu selesa dengan 50 tahun lebih memerintah Malaysia. Adakah pihak pembangkang boleh lagi sabar dengan ketidak adilan yang ada di Malaysia?

Sama-sama kita renung dan fikir. Apa yang kita mahu untuk anak dan cucu kita? Jangan sekadar fikir untuk kebaikan kita tapi untuk generasi akan datang. Jika hari ini minyak dah bernilai hampir RM3 untuk RON97 dan pasti selepas ini RON95 akan naik juga, bayangkan berapa harga minyak di Malaysia untuk 10 tahun lagi. Berapa banyak lagi tanah orang Melayu akan dijual sewenang-wenangnya. Berapa banyak lagi surau akan diroboh dengan alasan pembangunan. Berapa ramai lagi kaum Cina akan berhijrah ke Amerika. Berapa ramai lagi kaum India akan terus menoreh getah dalam estet-estet. Berapa lama lagi kaum pribumi akan terus menetap dalam hutan.

Fikir dan tentu la sendiri. Tengok sekeliling. Buka mata. Buka minda.

Jom Share