Wednesday, February 16, 2011

Bola sepak tempatan kita

Safee Salie

Safee Sali dah pergi ke Jakarta.Kalau tak silap semalam dia berlepas ke sana. Ke kelab Pelita Jaya. Ramai yang menyokong pemergian dia ke sana dan tak kurang juga yang seakan tidak bersetuju dengan penghijrahan dia. Sultan Ahmad Shah juga ada berkata, " hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang ". Jadi kita boleh faham lah kan dengan peribahasa tersebut.

Pro bagi penghijrahan Safee ini adalah, dia dapat membuktikan bahawa pemain negara kita dapat beraksi di liga orang dan tidak lah nanti orang akan menganggap bahawa Malaysia adalah jaguh kampung. Walaubagaimana pun, Safee pasti berdepan banyak masalah untuk menyesuaikan diri di tempat orang. Budaya, bahasa serta corak permainan yang berbeza adalah antara masalah utama yang mungkin sedikit sebanyak mencacatkan persembahan safee nanti. Safee Salie juga dilaporkan dalam akhbar, perpindahannya ke Indonesia adalah satu langkah sebelum pergi lebih jauh dalam dunia bola sepak. Dia mengimpikan untuk bermain di liga Australia.

Dalam liga bola sepak kita, mentaliti seperti Safee sepatutnya ada. Pemain-pemain negara kita tidak seharusnya hanya terkongkong dengan liga tempatan semata-mata. Mereka harus mempunyai impian untuk mara lebih jauh di pentas antarabangsa. Dengan pendedahan dalam liga luar, pengalaman dan teknik yang mereka dapat akan menguntungkan negara kita kelak. Kita lihat sahaja pemain brazil. Hampir keseluruhan pemain yang mewakili pasukan negara Brazil beraksi di Eropah. Pemain kita seharusnya meletakkan impian untuk satu hari beraksi di liga eropah. Langkah pertama yang boleh mereka lakukan adalah beraksi dengan baik untuk negara dan dari situ, kelab-kelab luar negara dapat membuka mata untuk mengambil pemain-pemain negara kita.

Kelantan

Semalam Kelantan menang lagi keatas Kuala Lumpur. Percaturan Datuk Karathu yang kini menggandingkan Ramzul dengan NorShahrul dillihat berkesan. Kelantan menang 2 gol berbalas kosong semalam dengan Ramzul dan NorShahrul menjaringkan gol-gol Kelantan. Kelantan kini memdahului takhta liga dengan 10 mata dan jumlah jaringan yang lebih berbanding pencabar terdekat iaitu Perak. Perak seri semalam dengan Kedah. Selepas ini Kelantan akan bertemu TTeam dalam saingan Piala FA. Pastinya ramai peminat menanti perlawanan ini kerana  3 pemain Kelantan iaitu NorFarhan, Indra dan Azizi Mat Rose berhijrah ke Tteam. Sama-sama kita nantikan perlawanan pada jumaat ini.

Video dibawah adalah sedutan perlawanan antara Kelantan dan Johor FC yang berlangsung pada hari Sabtu dengan kemenangan 4-1 kepada Kelantan. Daripada video ini, pada separuh masa kedua, barisan serangan Kelantan memang terbaik. Hantaran pendek dan ketajaman dalam kotak penalti oleh penyerang-penyerang Kelantan memang terserlah. Sekiranya Kelantan dapat mengekalkan aksi sebegini, harapan untuk menjuarai Liga Super pasti dapat diraih dan seterusnya mempertahankan Piala Malaysia dan memenangi Piala FA.
Gomo Kelate Gomo.






No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share