Friday, February 25, 2011

Dari kaca mata pelajar tua

Demam stress sudah melanda. Selalunya, demam ini berlaku kepada pelajar-pelajar yang semakin menghampiri kepada puncak konvo, senang cerita kepada pelajar 'senior'. Dan selalunya demam ini berlaku pada semester kedua penggal universiti. Macam sekarang. Pelajar macam aku nie yang sem depan masuk tahun akhir memang akan demam. Tambah lagi dengan musim panas sekarang kat Serdang nie. Namanya universiti ladang tapi panas jugak. Tak leh lari dah semua tue. Agaknya banyak dosa kot kat ladang nie.hahaha.Ok, tak cakap banyak jom kita tengok apa demam stress nie. Selalunya demam stress nie berlaku pada pelajar apabila keadaan dibawah terletus;

  1. assignment nak kena hantar minggu depan, rujukan pensyarah suruh cari sekurang-kurangnya 15, minimum 15 muka surat, satu perkataan tak tertaip lagi dan hari dah masuk hujung minggu
  2. duit ptptn habis awal dari yang sepatutnya, baju baru hasil PTPTN berlambak dalam almari, nak makan kena catu, hari-hari tengok poster McD kat laluan pergi naik bas
  3. kena buat tugasan berkumpulan secara berseorangan apabila ahli kumpulan semua buat muka bodo dan beri jawapan bodo 'aku tak reti la, kau la buat'
  4. bila hasil tugasan kumpulan macam hasil kerja budak darjah 5 di pendalaman kalimantan , itu semua hasil kerja ahli kumpulan yang tak fokus masa orang duk berbincang, kesudahannya kita sendiri kena betulkan
  5. laptop kena curi ( celaka kau pencuri..aku masih marah dengan pencuri laptop aku dan aku harap dapat jumpa kat akhirat nanti)
  6. laptop rosak
  7. buah hati tetiba kata..'i dah tak sayang kat u.u tak hensem/cantik..i dah ada orang lain'. tak mati jiwa kita?hahah
  8. kawan hutang ngan kita tak bayar-bayar duit padahal dia boleh pulak berjoli sakan dengan makwe/pakwe dia makan di restoran rasamas takpun tapau secret recipe
  9. pasukan bola sepak kegemaran kalah dengan kita berjaga malam semata-mata nak tengok game tue di kedai mamak yang harga minuman segelas boleh beli sekilogram gula
  10. kaki/tangan cedera sebab kuat sangat main badminton/futsal
  11. 'wireless' universiti lembap bagai nak rak sampai kan kalau nak load facebook tue boleh habiskan nasi kukus ayam kampung dulu
  12. 'result' test pertengahan semester tak lepas separuh daripada markah penuh dan kita tergolong dikalangan nama-nama yang pensyarah panggil
  13. tugasan yang kita dah hantar kena 'reject' pensyarah dan kena buat balik dari awal dalam masa 3 hari 
  14. tugasan yang nak kena buat dah macam buat thesis untuk Phd , tajuk susah gila dan dalam google pun tak de nak 'search'
  15. isi untuk tugasan yang nak dihantar, pensyarah dah siap bagitau awal-awal nak rujukan yang terkini ( ini mungkin aku je kot.hahah)
  16. gelisah, gementar nak siapkan dan 'prepare' untuk pembentangan yang pensyarahnya kita tahu sangat rajin untuk bertanyakan soalan
  17. pergi ke kelas dan lihat gelagat 'coursemate' macam budak-budak tadika yang boleh masuk paralimpik, terlalu hyperaktif sampai ganggu fokus orang lain
  18. poster pilihanraya menyemak sampai nak gosok gigi pun ada tertampal poster kat cermin bilik air
  19. markah coursework diakhir sem jika ditolak tambah darab bahagi dengan markah penuh final belum tentu dapat lulus
  20. apabila orang selalu uar-uarkan bidang sains lagi best daripada bidang sastera
  21. bila pelajar-pelajar yang kononnya berlagak..'i dari fakulti sains/kejuruteraan..i suka bab nombor dan kajian nie' padahal result setiap semester atas sket pada LB..( aku ada kawan jurutera  lah, takde yang perasan macam ko pun!)
  22. apabila bilik tidur u bagi hanya sesuai untuk golongan PATI
ok..aku rasa aku dah melalut.yang 3 last tadi tak sampai pun kepada tahap stress kan.mungkin sekadar tahap meluat je. Apa yang boleh aku simpulkan, dari kaca mata pelajar, banyak benda yang boleh cetuskan kepada  stress atau bahasa mudahnya..tertekan..tapi setiap masalah ada penyelesaian dan langkah pencegahannya kan.Bagi aku, perkara penting taknak bagi stress, adalah masa, guna masa dengan baik confirm semua hal jadi senang. Jadi hargai dan gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.Sekian
Alat pertolongan untuk hilangkan stress.Instruction ada kat bawah gambar tue ye

p/s..lupa nak tambah. Kalau stress sangat..rilek, dengar lagu senyum..takpun layan siri how i met your mother..lagi best kalau ada koleksi FRIENDS..main game kadang-kadang tak tolong hilangkan stress, tambah stress adalah. Stress masa universiti sedikit je kalau nak berbanding stress di alam pekerjaan. Alam perkerjaan kita cerita lain kali.Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share