Thursday, February 17, 2011

Kempen kesedaran bahaya Shisha

Buletin utama malam ini ada melaporkan bahawa kementerian kesihatan akan melancarkan satu kempen kesedaran bahaya shisha kepada rakyat Malaysia. Setelah langkah kempen pengharaman rokok di premis-premis perniagaan, kerajaan akan menlancarkan satu kempen yang lebih kurang sama dengan kempen rokok, iaitu kempen kesedaran bahayanya shisha.


Siapa tak kenal shisha? Rasanya ramai yang kenal shisha nie. Sebelum ini mungkin ramai yang beranggapan bahawa shisha ini tidak merbahaya seperti rokok. tapi sebenarnya kita semua (perokok dan penghisap shisha) silap. dipetik dari TV3..


Jika sebelum ini larangan merokok dikuatkuasakan, menyusul nanti, shisha.Selain itu ia turut disenarai dibawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.Larangan itu susulan laporan khas Buletin Utama minggu lalu mengenai bahana shisha.

Kementerian Kesihatan menurut Menterinya, memandang serius isu itu.Serentak itu, kempen kesedaran bahaya shisha akan digerakkan, termasuk penguatkuasaan larangan menghisap shisha di premis yang sama dengan larangan merokok serta larangan menghisap kepada mereka berumur bawah 18 tahun.

Kawalan shisha dari segi perundangan juga akan dicadangkan.

DATUK SERI LIOW TIONG LAI / MENTERI KESIHATAN
Oleh itu saya dah mengarahkan kepada ketua pengarah, pengarah-pengarah negeri untuk mengingatkan orang ramai, mengadakan kempen larangan merokok termasuk larangan menghisap shisha. Kalau dulu kita hanya mengadakan kempen larangan merokok, kita kena sekarang tambah larangan menghisap shisha sekali.

Larangan itu katanya, akan dikuatkuasakan secepat mungkin.



Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, W-H-O, menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha




Selepas ini aku rasa memang lingkup la perniagaan shisha di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca blog, MPKB, senang cerita di kelantan, khususnya di KB, lesen untuk menjual shisha tidak dikeluarkan. Aku pernah sekali hisap shisha di Ridel Hotel dimana apabila lori MPKB melintasi kawasan tersebut, para peniaga shisha akan cepat-cepat menyembunyikan botol shisha masing-masing malah ada satu tempat dimana selalu anak-anak muda lepak hisap shisha tutup selama beberapa hari kerana botol-botol shisha dirampas MPKB.


Berbanding di KL dan Selangor, aku lihat shisha memang berlambak. Pelbagai perisa ada. Malah  kalau lihat di Bukit BIntang, shisha sudah menjadi satu tarikan. Geng-geng arab akan penuh menghisap shisha di sana. 


Aku tak nafikan, shisha lebih sedap bebanding rokok. Bau lebih wangi.Dan mengenai kempen kesedaran shisha yang akan dilancarkan oleh kerajaan ini, aku tak tolak ataupun bantah. Benda yang elok bagi kesihatan rakyat kita kena sokong. Mungkin akan ada penggemar shisha atau peniaga shisha akan marah diatas langkah kerajaan ini. Kita perlu tengok dari sudut positif. Jangan nak sembarangan tolak. Yang mana boleh ikut kita perlu ikut. Tapi yang lebih molek, kalau betul kerajaan bersungguh nak jalankan kempen atau menjaga kesihatan rakyat , haramkan saja shisha dan rokok. Kenapa bagi lesen jual lagi. Kerajaan tetap keluarkan lesen jual rokok dan shisha tapi pada masa yang sama lancarkan kempen kesedaran bahaya mengenai kedua-dua benda ini. Bukankah itu satu langkah yang membazir? Kalau mengikut akal aku memang membazir.Bukan aku kata kempen itu membazir.Sila faham ayat dengan baik ye.


Tapi kenapa kerajaan tak haramkan? sebab, kerajaan nak cari duit la kan. Kerajaan nak jaga hati kaum lain terutamanya pelancong. Kan orang arab suka shisha. Kalau Malaysia haram shisha nanti tak ramai la orang arab nak datang kl. Lantaklah orang arab nak hisap shisha ke tak. Kenapa perlu jaga. Mereka bukan rakyat Malaysia. Kalau mereka nak hisap shisha sangat, balik negara masing-masing la. Tak perlu nak hisap kat sini. 


Isu shisha nie sama je dengan isu-isu lain dalam negara ini. Perlaksanaan yang tak kena. Contoh terdekat PATI. Dah berapa lama negara kita berperang dengan PATI. Dah berapa juta kerajaan habiskan dalam operasi banteras PATI, operasi hantar PATI balik. Selagi syarikat pembinaan negara kita masih nak pakai buruh PATI, selagi itu lah PATI akan ada kat Malaysia. Siasat syarikat ini.kuatkan sempadan. Tengok singapura. Ketatkan akta PATI. Orang akan kata Singapura tak mengapa, negara kecil. KIta negara besar kan. Kita negara besar dan rakyat lagi ramai dari Singapura kan. Buka banyak jawatan penguatkuasa sempadan. Baru lah indon, siam, bangla takut. Cuba tengok kat kedai Mamak, pelayan Bangla, India, ramai reti cakap BM? Haram. Nak suruh buat megi sup tanpa sayur pun susah nak bagitau kat mereka. Mahu berkerja kat negara kita tapi cakap BM pun tak reti. Reti angkat, sapu dan letak je.


Dah melalut aku nie. Jadi berbalik kepada shisha tadi. Sama-samalah kita menyokong kempen kesedaran itu nanti ye.


p/s aku tak suke tengok orang perempuan hisap shisha.

6 comments:

  1. betul tu... nizam sokong sangat kempen ni... :)
    samela ,tak suka ngat pompuan isap syisha...

    ReplyDelete
  2. haha.. hmm, sepanjang ak hidup, belum pernah ak dengar ada kerajaan dunia yang mengharamkan rokok daripada dijual tp pada yang sama hampir semua negara melaksanakan kempen KESEDARAN BAHAYA rokok nih.. Ak rasa bukan sebab kerajaan nk duit, tp benda2 nih sumer hak rakyat bro.. kalo rakyat sepakat ntk haramkan rokok, memang dah lama rokok nih diharamkan terus, kilang2 rokok pon sumer dihapuskan.. tp ini lah demokrasi.. selagi ada permintaan, selagi tuh la diteruskan.. sebab itu kot kilang arak masih bebas beroperasi di Malaysia meskipun x ramai kot yg minum.. ;)

    ReplyDelete
  3. sebenarnya shisha nie bahaya...pon sama macam rokok..tapi kenapa rokok kerajaan xwat kempen? ckp rokok bahaya tapi still berlambak jual..sebab satu...cukai pada rokok sgtlah tgi..harga rokok 3 ringgit tapi cukai 7 ringgit... so rokok, arak dan sekutunya mmg nak jadi punca duitla...

    ReplyDelete
  4. betul tu zuried... ikutkan tembakau yg digunakan shisha adalah semata2 daun sirih arab... bukan daun tembakau mcm rokok... kalau dikaji, rokok punya nikotin 4.0% manakala shisha baru je 0.5%... korang kira la sendiri... mcm mana kerajaan bleh haramkan... kerajaan yang haram, pastu kata org jual shisha haram... kalau nak mkn duit sangat, sila la keluarkan lesen shisha... kitorang boleh bayar la... tak susah pon kan... so, buat pe nak kata shisha haram... org perempuan pon bleh isap... tak de beza pon... perempuan boleh jadi bos atau supervisor, kenapa korang tak menyampah pulak? pe la korang ni... hahaha... fikiran kampung la... mana la asal korang... dalam utan kot... kalau rasa kat kedai makan tak nak diganggu dgn asap shisha, lu beli tapau la... makan kat rumah... ada betul tak? wakakakaka....

    ReplyDelete
  5. Btul 2..kt kl n selangor dh b'sepah dh..sume kdai mkn dh da...rmai lg bdk2 muda lpak...smbil isap shisha..xska la..sokong sgt klu rokok n shisha d hram kn lam malaysia..sme je bhya mcm rkok..n tgk owg isap shisha 2 mcm x elok je...klu pmpn isap mang nmpk lg x sopan laa....owg arab blek la isap kt tmpt dye....

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share